Diriwayatkan daripada Muhammad bin Sirin yang berkata ;
كنا عند أبي هريرة ليلةً فقال اللهم اغفر لأبي هريرة ولأمي ولمن استغفر لهما
Kami berada di sisi Abu Hurairah RA pada suatu malam dan beliau pun
berdoa ; Ya Allah, ampunilah dosa Abu Hurairah dan ibuku serta mereka
yang memohon keampunan kepada mereka berdua (kepada Abu Hurairah dan
ibunya).
Maka berkatalah Imam Muhammad bin Sirin ;
فنحن نستغفر لهما حتى ندخل في دعوة أبي هريرة
Maka kami pun memohon keampunan Allah untuk mereka berdua (Abu Hurairah dan ibunya) supaya kami akan termasuk dalam doa Abu Hurairah (yang memohon keampunan kepada orang yang mendoakan beliau dan ibunya).
[Riwayat Al-Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad]
# Abu Hurairah RA atau nama asalnya ialah Abd Syams yang kemudian ditukar oleh baginda dengan nama Abd Rahman bin Shakhr ad Dausi dan wafat pada tahun 57 Hijrah.
Beliau adalah salah seorang sahabat yang mulia yang wajib dicintai oleh orang-orang yang beriman. Hal ini kerana disebut dalam hadith yang sahih bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah mendoakan beliau dan ibunya dengan berkata ;
اللَّهُمَّ حَبِّبْ عُبَيْدَكَ هَذَا يَعْنِي أَبَا هُرَيْرَةَ وَأُمَّهُ إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ
Ya Allah, jadikanlah hambamu ini Abu Hurairah dan ibunya sebagai orang yang dicintai oleh hamba-hamba-Mu yang beriman. [Riwayat Muslim]
Hanya orang yang tidak beriman akan membenci Abu Hurairah RA !
اللهم اغفر لأبي هريرة و أم أبي هريرة

1 comment:
umar telah memecat abu hurairah sebagai gabenor baharin dan merampas harta nya dan memberi amaran keras akan merotan abu hurairah di atas perbuatan rasuahnya itu,apakah umar tidak beriman
Post a Comment