Di
dalam sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dan Ahmad,
daripada riwayat Abdullah bin Mas'ud RA ada menjelaskan kepada kita
tentang punca sebenar yang menjadi pokok permasalahan umat dan penyebab
kerosakan dan kehancuran umat Islam.
Dua perkara itu ialah ;
يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون
'Mengatakan apa yang tidak mereka lakukan dan melakukan perkara yang tidak diperintahkan.'
1. Mengatakan apa yang mereka tidak lakukan ialah merupakan salah satu daripada sifat munafik yang banyak berlaku dalam masyarakat Islam. Golongan ini cukup pandai bercakap tentang deen dan sebagainya namun tiada suatu pun usaha yang 'konkrit' dan berkesan dilakukan bagi menyelesaikan masalah umat Islam.
2. Melakukan atau membuat perkara yang tidak disuruh atau diperintahkan oleh Allah dan Rasul pula ialah bermaksud melakukan bid'ah dalam agama. Apa yang disuruh oleh Islam dan al-sunnah ditinggalkan sebaliknya apa yang tidak disuruh itu pula yang beriya-iya hendak dibuat atas alasan apa salahnya ?
Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;
ما من نبي بعثه الله في أمة قبلي إلا كان له من أمته حواريون وأصحاب يأخذون بسنته ويقتدون بأمره ثم إنها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن جاهدهم بقلبه فهو مؤمن وليس من وراء ذلك من الإيمان حبة خردل
'Tidak ada seorang Nabi pun yang diutuskan Allah di tengah-tengah umatnya sebelumku kecuali terdapat di kalangan umatnya kaum hawariyun (para pengikut yang setia) dan para sahabat yang akan mengikuti sunnahnya dan mentaati perintahnya. Kemudian akan muncul setelah mereka akan generasi yang mengatakan apa yang mereka tidak lakukan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. Barangsiapa yang berjihad menghadapi mereka dengan tangannya maka dia adalah Mukmin. Dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hartanya maka dia adalah mukmin, dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hatinya maka dia adalah mukmin. Dan tidak ada lagi selepas itu dari keimanan walaupun seberat biji sawi.' [Riwayat Muslim]
Menentang dua golongan ini adalah sebuah jihad !

No comments:
Post a Comment