Kehidupan ini bagi orang yang singkat pemikiran ialah cuma sekadar
masa-masa yang berlalu. Mereka tidak mengerti kepentingannya, tidak
menghargai waktu dan selalu merasa bosan dengannya. Sungguh seandainya
mereka mengetahui bahawa berlalunya waktu itu bermaksud telah hampir
kematian dengan diri mereka dan telah berlalu usia dan kehidupan mereka
maka nescaya barulah mereka akan sentiasa memanfaatkannya dengan bersungguh-sungguh.
Benarlah kata Imam Hasan al-Basri rahimahullah yang diriwayatkan berkata;
يا ابن آدم إنما أنت أيام ! ، فإذا ذهب يوم ذهب بعضك
Wahai anak Adam, kamu sesungguhnya hanyalah sekadar himpunan hari-hari. Lalu apabila sehari telah berlalu maka sebahagian daripada dirimu juga telah hilang.
Kerana itu disebut bahawa الوقت هو الحياة waktu itu ialah kehidupan.
Jika masih bujang, segeralah bernikah, jika sudah bernikah segeralah beranak dan mencari pekerjaan, jika sudah bekerja, segeralah membina perancangan hidup dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dan jika sudah berkeluarga maka segeralah beramal dan membuat persediaan untuk membesarkan anak-anak.
Jika masih belajar, manfaatkan waktu dengan ilmu, jika sudah mengajar maka manfaatkan waktu dengan beramal dan menyampaikan ilmu. Jangan dibuang masa ke arah yang tidak berguna dan menjadi penyesalan di hari kemudiaan.
Andai masih punya waktu terluang di rumah, buatlah kuih, keluar menghadiri majlis ilmu, menziarahi sanak-saudara, orang sakit, ahli keluarga atau meluangkan masa mendidik anak-anak dan menjalinkan hubungan cinta antara suami dan isteri.
Jangan sesekali membuang waktu, kerana mereka yang sudah berada di dalam kubur pasti sangat mencemburui dirimu !

No comments:
Post a Comment