Disebutkan oleh Imam Ibn
Qayyim al-Jauziyyah bahawa doa adalah ubat yang sangat bermanfaat dan
menjadi musuh kepada bala. Doa akan melawannya, menghalangnya,
meringankannya dan menjadi senjata kepada orang yang beriman.
Kata beliau, keadaan doa itu apabila berhadapan dengan bala ada 3 macam keadaan ;
أحدهما: أن يكون أقوى من البلاء فيدفعه, الثاني: أن يكون أضعف من البلاء
فيقوى عليه البلاءُ فيصاب به العبد ولكن قد يخففه وإن كان ضعيفًا, الثالث:
أن يتقاوما ويمنع كل واحد منهما صاحبه
Satu, sekiranya doa itu lebih kuat daripada bala maka ia akan menolaknya (maka terangkatlah bala).
Kedua, sekiranya doa itu adalah lebih lemah daripada bala, maka bala akan menimpa hamba tersebut tetapi ianya mungkin diringankan.
Ketiga, sekiranya doa itu sama kuat dengan bala maka ianya akan menjadi saling berlawanan dan saling tertahan oleh satu sama lain.
[Kitab al-Jawab al-kafi li-man sa'ala `an al-dawa' al-shafi, Ibn Qayyim]
# Justeru janganlah kita malas berdoa atau memandang remeh kepada kekuatan doa kerana ianya juga bererti kita memandang rendah kepada Tuhan yang mengabulkan doa !

No comments:
Post a Comment