Monday, March 10, 2014

Panduan mengenal ajaran sesat dan ahli bid'ah

Kebanyakkan ahli bid'ah dan golongan yang disesatkan oleh Allah daripada jalan kebenaran dapat dikenal pasti melalui seruan dan dakwah yang mereka sampaikan. 

Ibnu Qudamah al-Maqdisi rahimahullah mengatakan;

وكل متسم بغير الإسلام والسنة مبتدع ، كالرافضة ، والجهمية ، والخوارج ، والقدرية ، والمرجئة ، والمعتزلة ، والكرامية ، والكلابية ، ونظائرهم . فهذه فرق الضُّلال ، وطوائف البدع ، أعاذنا الله منها

“Setiap golongan yang menamakan dirinya dengan identiti selain Islam dan Sunnah adalah mubtadi’ (ahli bid’ah) seperti contohnya : Rafidhah (Syi’ah), Jahmiyah, Khawarij, Qadariyah, Murji’ah, Mu’tazilah, Karramiyah, Kullabiyah, dan juga kelompok-kelompok lain yang serupa dengan mereka. Inilah firqah-firqah sesat dan kelompok-kelompok bid’ah, semoga Allah melindungi kita darinya.” (Lum’atul I’tiqad, Ibn Qudamah)


Kebanyakkan ahli bid'ah dan golongan yang disesatkan oleh Allah daripada jalan kebenaran dapat dikenal pasti melalui seruan dan dakwah yang mereka sampaikan.

Perhatikanlah tanda-tandanya,

Mereka adalah golongan yang hampir kepada kubur-kuburan, berhujah dengan mimpi dan cerita wali-wali, suka mengada-adakan hadith palsu, sangat kuat pegangan kepada hadith-hadith dhaif, ghulu dan melampau kepada tuan-tuan guru dan tokoh mereka, giat mempromosikan ajaran kesufian dan tariqat, suka memecah belahkan umat Islam dan menyesatkan sesama muslim, taasub dalam masalah fiqhiyah dan mazhab, gila popular, suka mencari redha sultan dan pemerintah, tamak kepada harta dunia, buruk akhlak dan perangai yang jauh daripada al-sunnah dan paling penting mereka ialah golongan yang amat jarang membaca hadith Nabi salalalhualaihiwassalam dan jauh daripada riwayat hadith serta membenci para ulama'nya dan mengelar mereka dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Diriwayatkan bahawa Imam Ahmad bin Sinan Al-Qhattan rahimahullah (wafat 258 hijrah) pernah menyebut;
ليس في الدنيا مبتدع إلا وهو يبغض أهل الحديث ، فإن ابتدع الرجل نزعت حلاوة الحديث من قلبه
' Tidak ada di dunia ini seorang ahli bid'ah pun kecuali dia sangat membenci ahli hadith. Sesungguhnya apabila seseorang lelaki itu melakukan bid'ah maka akan dicabut kemanisan hadith daripada hatinya.' [Syaraf Ashab al-Hadith] * Beliau ialah guru kepada Imam al-Bukhari dan Muslim serta pelbagai ulama' hadith yang lain.

Begitu juga kata Imam Abu Nasr bin Salam al-Faqih rahimahullah yang menyebut;

ليس شيء أثقل على أهل الالحاد ولا أبغض إليهم من سماع الحديث ورواياته بإسناده
' Tidak ada perkara yang lebih berat bagi seorang ahli ilhad (orang yang menyeleweng- ahli bid'ah) dan yang paling dibenci oleh mereka melainkan mendengar hadith yang diriwayatkan dengan sanadnya.' [Syaraf Ashab al-Hadith]

# Golongan ahli bid'ah dan ajaran sesat ini dapat diketahui apabila mereka kerap menyebut nama-nama syeikh dan guru mereka (Contohnya Abdullah al-Harari, Tuan Guru XXX) dan jarang sekali menyebut nama para Imam-Imam salaf seperti Imam Al-Syafi'ie, Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Abdullah bin al-Mubarak, Imam Hasan al-Basri, Imam Sufyan al-Sauri, Imam al-Tirmidzi, Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, dll ulama hadith dahulu dan kini.

Mereka juga jarang membaca al-Quran dan hadith sebaliknya kerap membaca kalam-kalam guru dan fatwa tok syeikh-tok syeikh mereka. Aqidah mereka berpandu kepada ilmu kalam, ucapan tok-tok guru bukan kepada ayat Al-Quran dan hadith-hadith sahih atau ucapan salaf.

# Golongan sesat amat suka menggelar ahli sunnah dengan celaan yang pelbagai seperti wahabi, mujassimah, musyabihah, nasibi dan sebagainya seperti yang disebut oleh Imam Ibn Abi Hatim rahimahullah dalam kitabnya Asl al-Sunnah wa I'tiqad al-Din dengan menyebut;

وعلامة القدرية تسميتهم أهل السنة مشبهة
'Dan tanda golongan Qadariyah itu ialah mereka menggelar ahli sunnah sebagai musyabihah (kononnya ahli sunnah mendakwa Allah itu menyerupai makhluk)'

# Ahli sunnah wal Jamaah itu pula ialah golongan yang paling teguh berpegang kepada al-Quran dan hadith serta jalan beragama para salaf. Mereka amat cinta kepada Allah dan Rasul serta para sahabat Nabi Radiallahuanhum, mengambil manfaat dari ilmu-ilmu imam-imam salaf seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Al-Syafi'ie dan Ahmad serta ramai lagi tanpa ghulu atau taasub. Mereka mengkaji aqidah, hadith, fiqh, dengan meneliti fatwa ulama dahulu dan sekarang, mengikuti apa yang diyakini lebih benar, mempertimbangkan maslahat umat, melaksanakan amar makruf nahi mungkar, berkasih sayang sesama Muslim, berjihad menentang musuh Islam, pembela rakyat dan golongan lemah (mustadh'afin) , tegas terhadap pemimpin, menjaga kebajikan umat Islam, berdakwah kepada non-Muslim, memajukan umat dan membanteras kejahilan dan taasub, sangat mencintai akhirat, memiliki akal yang cerdas dan mengalakkan manusia berfikir dan memajukan ekonomi dan ilmu pengetahuan, melaksanakan keadilan dan membenci kezaliman serta sangat mencintai kebenaran !

Allah SWT berfirman tentang mereka ;

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya untuk selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar." [At-Taubah: 100]

No comments: