Kata seorang teman, susah nak cari isteri yang solehah zaman sekarang.
Ditanya kenapa?
Dia pun menjawab dengan berkata ;
'Mak bapak zaman sekarang ini menghantar anak perempuan mereka pergi belajar tinggi-tinggi untuk jadi doktor, lawyer, jurutera, ustazah dan balik bekerja untuk balas budi mak bapak.'
Tetapi tak ada pula yang menghantar anak perempuan mereka untuk menjadi isteri solehah.
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata,
قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ
'Pernah ditanyakan kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab Baginda, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.' (Riwayat Ahmad dan al-Nasaie)
Kata Nabi Salallahualaihiwassalam, wanita yang paling baik ialah wanita yang menjadi isteri yang solehah bukan wanita yang menjadi doktor, ustazah, jurutera, lawyer dan pensyarah.
Tetapi ada mak bapa ajar hal ini? Mana ada bahkan jarang sekali kerana tak menguntungkan duniawi!
Anak jadi isteri solehah mak bapa tak dapat merasai nikmat kesenangan dunia, tetapi jadi doktor dan bergaji tinggi mak bapa sakit demam boleh masuk hospital swasta dapat layanan istimewa.
Pesanan suruh menjadi isteri yang solehah pun jarang dan boleh dibilang. Yang kerap ialah suruh belajar cemerlang dan balik balas budi mak bapak atau bekerja besar dan hidup senang!
Mana ada yang ingat nak hantar anak perempuan untuk jadi isteri solehah, ibu mithali dan taat pada suami. Silap-silap disuruhnya derhaka kepada suami kerana untuk memenuhi kehendak diri.
Apa susah, kau tu belajar tinggi-tinggi dan bekerja ada gaji. Cari saja lelaki lain, itu ayat kegemaran ibubapa!
Lalu bagaimana tak binasa rumahtangga dan generasi akan datang? Institusi kekeluargaan Muslim hanya menjadi kenangan dan angan-angan.
# Komen saya; 'Harapan masih ada jika kaum lelaki ada ilmu dan tidak berputus asa untuk mendidik kaum muslimah.
Maksudnya muslimah kenalah cari lelaki yang berilmu untuk mendidiknya dan dia pun kenalah dengar cakap dan tidak keras kepala dengan suaminya.
Ini kerana Allah berfirman;
أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
"Maka apakah orang-orang yang dibukakan oleh Allâh hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Rabb-nya (sama dengan orang yang hatinya keras)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya keras untuk mengingat Allâh. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata [Az-Zumar :22]
Wanita perlu sanggup berubah, keluar dari zon selesa untuk mencari redha Allah. Tak pernah ada istilah terlambat kerana apa yang penting ialah pengakhiran bukan bagaimana ia bermula.
Kata Nabi salallahualaihiwassalam;
الأعمال بالخواتيم
'Sesungguhnya amalan itu adalah bergantung kepada pengakhirannya.' (Riwayat al-Bukhari)
# Harapan umat masa depan, hancur atau binasa kini ditangan anda!

2 comments:
Masih ada gadis solehah yang menjadi idaman pemuda solehah. Saya ingin berkongsi cerita tentang anak gadis saya sendiri. Beliau kini seorang Doktor perubatan yg baru saja selesai houseman kini berkhidmat di Sarawak. Anak gadis saya telah menuntut selama 5 tahun di Ireland dan Alhamdullah beliau seorang muslimah yg menjaga aurat dan pergaulannya sejak di bangku sekolah lagi. Semasa permulaan latihan houseman 2 tahun dulu, anak gadis saya diminati oleh 2 orang pemuda yg saya namakan A dan B. Oleh kerana anak saya amat menjaga pergaulan dan berprinsip "bercinta selepas nikah", A (doktor pelatih)dan B(jurutera)diminta berjumpa kami orang tuanya (dalam sesi berasingan) sebelum menjalinkan persahabatan serious. Mereka berjumpa kami dan kami menerangkan yg anak kami hanya boleh memberi komitmen selepas habis houseman, menegah mereka bercouple / dating dan juga komunikasi yg keterlaluan melalui FB, whatapp atau telefon. A dan B nampak nya alim punye ciri ciri Islamik setuju dengan syarat itu. Namun selepas 6 bulan, A memutuskan hubungan setelah dia bosan dgn anak kami yg susah diajak bersembang dan dating. A menjalin hubungan dgn gadis lain yg boleh mengikut caranya bercouple, minggu lepas mereka baru bernikah setelah bercouple setahun. B pula rajin berhubung dgn kami dan menyatakan yg dia sanggup menunggu anak gadis saya hingga selesai houseman. Namun lagi 5 bulan sebelum anak saya selesai tempoh houseman, dia telah menjalinkan hubungan dengan tunangan orang yg bersama sama mengikutnya dalam kumpulan kecil kembara ke Eropah selama 3 minggu. Dalam tempoh 1 bulan itu perhubungan kami dengan B terputus. Balik dari Eropah, gadis tunangan orang itu telah diputus tunang. B berjumpa kami menyatakan dia sayang anak saya dan tiada hubungan lagi dengan gadis itu. Dia juga menyuarakan hasratnya utk meminang anak saya pada Oct lepas. Dalam pada itu, gadis yg putus tunang itu terus menagih cinta dan mengejar B.Melihat pada situasi itu, anak gadis saya telah menghantar mesej untuk melepaskan B (to move forward) bagi membuat keputusan. B masih berhubung baik dengan kami namun lamaran yg dinantikan dari B masih tak kunjung tiba. Tiba tiba pada 26 Dec lepas B menghantar mesej pada suami saya menyatakan dia telah ditunangkan oleh Ayahnya tanpa pengetahuannya dengan gadis bekas tunangan orang itu dan akan bernikah bulan Mac ini. Kami sungguh kecewa dengan berita ini namun apakan daya, kami pasrah tiada jodoh antara mereka. Kami ada terserempak dengan B dan tunangnya jalan bersama dan tak nampak pun ciri ciri terpaksa. Dalam hati saya terfikir, mungkin inlah yg dia kehendaki, boleh bercouple dan bebas berjalan berdua. Memandangkan umur anak gadis saya yg semakin meningkat, terbit juga rasa bimbang takut jadi "andalusia". Tapi kenapa ramai pemuda masakini lebih suka pada gadis yg mudah bercouple untuk dijadikan isteri dan mahu bercinta sebelum kahwin?
Sy doakn semoga ank puan dpt jodoh yg trbaik..lelaki yg baik adalah utk wanita yg baik dn wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik(surah an nur)
Sy akui,zaman ini sdh mnjadi kemestian brcouple sblum kawin,budaya barat ini telah merata kesemua lapisan masyarakat..
Budaya ini harus d tolak krn brtentangan dgn syariat islam..semoga ank puan sentiasa d lindungi Allah.
Post a Comment