Imam Abdullah bin al-Mubarak meriwayatkan daripada Khalid al-Hidha'
yang meriwayatkan daripada Ikrimah maula Ibn Abbas daripada Ibn Abbas RA
yang berkata bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda ;
الْبَرَكَةُ مَعَ أَكَابِرِكُمْ
'Keberkatan itu bersama dengan para ulama' dan orang tua-tua (yang berilmu dan beramal) yang berada di kalangan kalian.'
[Riwayat Ibn Hibban, Al-Hakim dan Abi Nuaym di dalam al-Hilyah]
# Riwayat ini disahihkan oleh Imam Adz-Zahabi dan Syeikh Albani dan juga didhaifkan oleh sebahagian yang lain.
# Diriwayatkan bahawa Al-Walid bin Muslim, apabila ditanya kepada beliau, di mana beliau mengambil hadith ini daripada Imam Abdullah bin Al-Mubarak? Maka dijawab oleh Al-Walid bahawa Abdullah bin Al-Mubarak meriwayatkan kepadanya ketika di medan perang. Sebahagian riwayat menyebut ketika berperang di Rom Timur.
Hebatnya para salaf dahulu apabila ketika perang pun masih mengambil hadith dan mengajarkan hadith.
# Dimaksudkan dengan ( الأكابر) itu ialah orang-orang tua yang berilmu dan berpengalaman, para pembesar agama dan ulama' serta tokoh di dalam bidangnya yang lebih tua di dalam medan ilmu dan amal. Ini kerana lawan bagi golongan ini ialah (الأصاغر) iaitu orang muda yang mentah dan ilmunya belum sempurna atau mencapai tahap kematangan.
Sebagaimana kata para ulama' yang masyhur;
الأصاغر في العلم ما عندهم علم كامل ، والأصاغر في السن ما عندهم تجربة
' Orang yang kerdil atau muda di dalam ilmu maka mereka itu tidak mempunyai ilmu yang mencukupi atau mencapai kesempurnaan dan orang yang kerdil atau muda pada sudut usia, maka mereka itu belum ada pengalaman dalam hidup.'
# Dampingilah orang tua, tokoh-tokoh yang berusia yang sudah terbukti ilmu dan amal mereka dan mengambil barakah serta manfaat dan teladan yang baik untuk manfaat diri kita.

No comments:
Post a Comment