Sunday, March 30, 2014

Kezaliman pasti akan dibalas oleh Allah

Pada hari akhirat kelak, Allah pasti akan membalas perbuatan zalim yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim.

Kata Imam Ibn Abbas RA;
يحشر كل شيء حتى الذباب
'Semuanya akan dikumpulkan oleh Allah untuk diberi balasan termasuklah lalat.'

Dari Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda :

لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنْ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ
' Akan ditunaikan hak/tuntutan ke atas setiap makhluk terhadap ahlinya pada hari akhirat sehinggalah kepada kambing yang tidak bertanduk dan kambing yang bertanduk.' [Riwayat Muslim]

Jika kambing yang bertanduk pun akan dibalas kerana pernah menanduk kambing yang tidak bertanduk bagaimanakah pula nasib si penguasa yang membunuh rakyatnya dan sang mufti yang mengizinkan atau memberi fatwa keharusan membunuh nyawa rakyat jelata?

Nescaya mereka akan berkata;
يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا
'Alangkah bagusnya kalau kami pun turut menjadi tanah (yakni tidak perlu diazab).'

Keberhasilan atau mujarab bukanlah bermakna ianya benar

Keberhasilan atau mujarab bukanlah bermakna ianya benar

Kebenaran itu datang dari wahyu bukan percubaan atau pengalaman manusia

1. Bomoh yang berjaya merawat pesakitnya bukanlah bermakna dia benar
2. Tok guru atau syeikh yang permintaannya makbul, atau mempunyai kelebihan bukanlah semestinya benar
3. Doa-doa atau zikir yang disandarkan kepada Imam al-Syafie, An-Nawawi, Abd Qadir al-Jilani, wali atau orang soleh tertentu tidaklah semestinya baik dan diterima.

Ada orang selalu mendakwa, sesuatu doa atau zikir itu adalah mujarab untuk dibaca atau diamalkan kerana seorang syeikh atau ustaz popular pernah membacanya lalu tercapai hasratnya. Begitu juga dengan sesuatu petua atau amalan yang tiada dasar daripada agama, dilakukan bagi mendapat manfaat atau mengelak mudharat, seperti perbuatan dukun, bomoh atau amalan kebatinan yang dibuat kononnnya berdasarkan pengalaman orang-orang dahulu.

Aljawab...

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah;

ثم سبب قضاء حاجة بعض هؤلاء الداعين الأدعية المحرمة أن الرجل منهم قد يكون مضطرا اضطرارا لو دعا الله بها مشرك عند وثن لاستجيب له ، لصدق توجهه إلى الله ، وإن كان تحري الدعاء عند الوثن شركا ، ولو استجيب له على يد المتوسل به ، صاحب القبر أو غيره لاستغاثته ، فإنه يعاقب على ذلك ويهوي في النار ، إذا لم يعف الله عنه ..."
ثم يقول : " ومن هنا يغلط كثير من الناس ؛ فإنهم يبلغهم أن بعض الأعيان من الصالحين عبدوا عبادة أو دعوا دعاء ، ووجدوا أثر تلك العبادة وذلك الدعاء ، فيجعلون ذلك دليلا على استحسان تلك العبادة والدعاء ،
ويجعلون ذلك العمل سُنّة ، كأنه قد فعله نبي ؛ وهذا غلط لما ذكرناه
Kemudian, sebab tercapainya hajat sebahagian golongan yang meminta dengan doa yang haram itu adalah kerana mungkin ada lelaki dikalangan mereka itu yang sedang berada dalam kesusahan atau kesempitan yang sekiranya seorang musyrik pun berada ditempatnya lalu berdoa kepada patung berhalanya akan dimakbulkan. Hal ini kerana benarnya pengharapan dia kepada Allah, sekalipun berdoa kepada berhala itu syirik dan sekalipun doanya itu dimakbulkan melalui tangan atau wasilah yang menjadi sekutu kepada Allah tersebut.

Baik melalui doa atau dengan berharap kepada si mati dalam kubur atau selainnya. Sesungguhnya dia tetap akan diazab di atas perbuatannya tersebut, lalu dicampakkan ke dalam api neraka jika Allah tidak mengampunkannya.

Kemudian beliau berkata; 'Ramai orang salah anggap, apabila mereka mendapati sebahagian tokoh orang soleh melakukan sesuatu ibadat atau berdoa dengan sesuatu doa, dan mereka mendapati perkara tersebut memberikan kesan atau berhasil maka mereka pun segera menganggap ianya sebagai dalil atau hujah akan baik atau bagusnya ibadat atau doa tersebut. Dan mereka pun menjadikan ia sebagai amalan sunnah seolah-olah ianya dibuat oleh nabi sedangkan hal ini adalah salah seperti yang telah kami sebutkan....' [Iqtida' al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafat Ashab al-Jahim, Ibn Taimiyyah]

# Ramai orang Cina berdoa kepada tokong budha, patung berhala lalu makbul, orang Kristian berdoa kepada Jesus atau patung Maryam di geraja makbul. Itu semua tidaklah menjadikan hujah atau dalil bahawa agama mereka benar.

Dajjal juga akan dapat memakbulkan permintaan orang ramai, tetapi hal itu tidaklah akan menjadikan Dajjal itu sebagai Tuhan.

Justeru agama dan kebenaran dinilai berdasarkan dalil, bukan kelebihan atau keberhasilan mencapai sesuatu.

Monday, March 10, 2014

Panduan mengenal ajaran sesat dan ahli bid'ah

Kebanyakkan ahli bid'ah dan golongan yang disesatkan oleh Allah daripada jalan kebenaran dapat dikenal pasti melalui seruan dan dakwah yang mereka sampaikan. 

Ibnu Qudamah al-Maqdisi rahimahullah mengatakan;

وكل متسم بغير الإسلام والسنة مبتدع ، كالرافضة ، والجهمية ، والخوارج ، والقدرية ، والمرجئة ، والمعتزلة ، والكرامية ، والكلابية ، ونظائرهم . فهذه فرق الضُّلال ، وطوائف البدع ، أعاذنا الله منها

“Setiap golongan yang menamakan dirinya dengan identiti selain Islam dan Sunnah adalah mubtadi’ (ahli bid’ah) seperti contohnya : Rafidhah (Syi’ah), Jahmiyah, Khawarij, Qadariyah, Murji’ah, Mu’tazilah, Karramiyah, Kullabiyah, dan juga kelompok-kelompok lain yang serupa dengan mereka. Inilah firqah-firqah sesat dan kelompok-kelompok bid’ah, semoga Allah melindungi kita darinya.” (Lum’atul I’tiqad, Ibn Qudamah)


Kebanyakkan ahli bid'ah dan golongan yang disesatkan oleh Allah daripada jalan kebenaran dapat dikenal pasti melalui seruan dan dakwah yang mereka sampaikan.

Perhatikanlah tanda-tandanya,

Mereka adalah golongan yang hampir kepada kubur-kuburan, berhujah dengan mimpi dan cerita wali-wali, suka mengada-adakan hadith palsu, sangat kuat pegangan kepada hadith-hadith dhaif, ghulu dan melampau kepada tuan-tuan guru dan tokoh mereka, giat mempromosikan ajaran kesufian dan tariqat, suka memecah belahkan umat Islam dan menyesatkan sesama muslim, taasub dalam masalah fiqhiyah dan mazhab, gila popular, suka mencari redha sultan dan pemerintah, tamak kepada harta dunia, buruk akhlak dan perangai yang jauh daripada al-sunnah dan paling penting mereka ialah golongan yang amat jarang membaca hadith Nabi salalalhualaihiwassalam dan jauh daripada riwayat hadith serta membenci para ulama'nya dan mengelar mereka dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Diriwayatkan bahawa Imam Ahmad bin Sinan Al-Qhattan rahimahullah (wafat 258 hijrah) pernah menyebut;
ليس في الدنيا مبتدع إلا وهو يبغض أهل الحديث ، فإن ابتدع الرجل نزعت حلاوة الحديث من قلبه
' Tidak ada di dunia ini seorang ahli bid'ah pun kecuali dia sangat membenci ahli hadith. Sesungguhnya apabila seseorang lelaki itu melakukan bid'ah maka akan dicabut kemanisan hadith daripada hatinya.' [Syaraf Ashab al-Hadith] * Beliau ialah guru kepada Imam al-Bukhari dan Muslim serta pelbagai ulama' hadith yang lain.

Begitu juga kata Imam Abu Nasr bin Salam al-Faqih rahimahullah yang menyebut;

ليس شيء أثقل على أهل الالحاد ولا أبغض إليهم من سماع الحديث ورواياته بإسناده
' Tidak ada perkara yang lebih berat bagi seorang ahli ilhad (orang yang menyeleweng- ahli bid'ah) dan yang paling dibenci oleh mereka melainkan mendengar hadith yang diriwayatkan dengan sanadnya.' [Syaraf Ashab al-Hadith]

# Golongan ahli bid'ah dan ajaran sesat ini dapat diketahui apabila mereka kerap menyebut nama-nama syeikh dan guru mereka (Contohnya Abdullah al-Harari, Tuan Guru XXX) dan jarang sekali menyebut nama para Imam-Imam salaf seperti Imam Al-Syafi'ie, Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Abdullah bin al-Mubarak, Imam Hasan al-Basri, Imam Sufyan al-Sauri, Imam al-Tirmidzi, Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, dll ulama hadith dahulu dan kini.

Mereka juga jarang membaca al-Quran dan hadith sebaliknya kerap membaca kalam-kalam guru dan fatwa tok syeikh-tok syeikh mereka. Aqidah mereka berpandu kepada ilmu kalam, ucapan tok-tok guru bukan kepada ayat Al-Quran dan hadith-hadith sahih atau ucapan salaf.

# Golongan sesat amat suka menggelar ahli sunnah dengan celaan yang pelbagai seperti wahabi, mujassimah, musyabihah, nasibi dan sebagainya seperti yang disebut oleh Imam Ibn Abi Hatim rahimahullah dalam kitabnya Asl al-Sunnah wa I'tiqad al-Din dengan menyebut;

وعلامة القدرية تسميتهم أهل السنة مشبهة
'Dan tanda golongan Qadariyah itu ialah mereka menggelar ahli sunnah sebagai musyabihah (kononnya ahli sunnah mendakwa Allah itu menyerupai makhluk)'

# Ahli sunnah wal Jamaah itu pula ialah golongan yang paling teguh berpegang kepada al-Quran dan hadith serta jalan beragama para salaf. Mereka amat cinta kepada Allah dan Rasul serta para sahabat Nabi Radiallahuanhum, mengambil manfaat dari ilmu-ilmu imam-imam salaf seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Al-Syafi'ie dan Ahmad serta ramai lagi tanpa ghulu atau taasub. Mereka mengkaji aqidah, hadith, fiqh, dengan meneliti fatwa ulama dahulu dan sekarang, mengikuti apa yang diyakini lebih benar, mempertimbangkan maslahat umat, melaksanakan amar makruf nahi mungkar, berkasih sayang sesama Muslim, berjihad menentang musuh Islam, pembela rakyat dan golongan lemah (mustadh'afin) , tegas terhadap pemimpin, menjaga kebajikan umat Islam, berdakwah kepada non-Muslim, memajukan umat dan membanteras kejahilan dan taasub, sangat mencintai akhirat, memiliki akal yang cerdas dan mengalakkan manusia berfikir dan memajukan ekonomi dan ilmu pengetahuan, melaksanakan keadilan dan membenci kezaliman serta sangat mencintai kebenaran !

Allah SWT berfirman tentang mereka ;

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya untuk selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar." [At-Taubah: 100]

Saturday, March 08, 2014

Kenapa sukar mencari isteri yang solehah?

Kata seorang teman, susah nak cari isteri yang solehah zaman sekarang.

Ditanya kenapa?

Dia pun menjawab dengan berkata ;

'Mak bapak zaman sekarang ini menghantar anak perempuan mereka pergi belajar tinggi-tinggi untuk jadi doktor, lawyer, jurutera, ustazah dan balik bekerja untuk balas budi mak bapak.'

Tetapi tak ada pula yang menghantar anak perempuan mereka untuk menjadi isteri solehah.

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata,
قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

'Pernah ditanyakan kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab Baginda, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.' (Riwayat Ahmad dan al-Nasaie)

Kata Nabi Salallahualaihiwassalam, wanita yang paling baik ialah wanita yang menjadi isteri yang solehah bukan wanita yang menjadi doktor, ustazah, jurutera, lawyer dan pensyarah.

Tetapi ada mak bapa ajar hal ini? Mana ada bahkan jarang sekali kerana tak menguntungkan duniawi!

Anak jadi isteri solehah mak bapa tak dapat merasai nikmat kesenangan dunia, tetapi jadi doktor dan bergaji tinggi mak bapa sakit demam boleh masuk hospital swasta dapat layanan istimewa.

Pesanan suruh menjadi isteri yang solehah pun jarang dan boleh dibilang. Yang kerap ialah suruh belajar cemerlang dan balik balas budi mak bapak atau bekerja besar dan hidup senang!

Mana ada yang ingat nak hantar anak perempuan untuk jadi isteri solehah, ibu mithali dan taat pada suami. Silap-silap disuruhnya derhaka kepada suami kerana untuk memenuhi kehendak diri.

Apa susah, kau tu belajar tinggi-tinggi dan bekerja ada gaji. Cari saja lelaki lain, itu ayat kegemaran ibubapa!

Lalu bagaimana tak binasa rumahtangga dan generasi akan datang? Institusi kekeluargaan Muslim hanya menjadi kenangan dan angan-angan.

# Komen saya; 'Harapan masih ada jika kaum lelaki ada ilmu dan tidak berputus asa untuk mendidik kaum muslimah.

Maksudnya muslimah kenalah cari lelaki yang berilmu untuk mendidiknya dan dia pun kenalah dengar cakap dan tidak keras kepala dengan suaminya.

Ini kerana Allah berfirman;

أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan oleh Allâh hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Rabb-nya (sama dengan orang yang hatinya keras)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya keras untuk mengingat Allâh. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata [Az-Zumar :22]

Wanita perlu sanggup berubah, keluar dari zon selesa untuk mencari redha Allah. Tak pernah ada istilah terlambat kerana apa yang penting ialah pengakhiran bukan bagaimana ia bermula.

Kata Nabi salallahualaihiwassalam;
الأعمال بالخواتيم
'Sesungguhnya amalan itu adalah bergantung kepada pengakhirannya.' (Riwayat al-Bukhari)

# Harapan umat masa depan, hancur atau binasa kini ditangan anda!

Thursday, March 06, 2014

Keberkatan itu bersama dengan orang-orang tua yang mendahului kita di dalam ilmu dan amal

Imam Abdullah bin al-Mubarak meriwayatkan daripada Khalid al-Hidha' yang meriwayatkan daripada Ikrimah maula Ibn Abbas daripada Ibn Abbas RA yang berkata bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda ;

الْبَرَكَةُ مَعَ أَكَابِرِكُمْ
'Keberkatan itu bersama dengan para ulama' dan orang tua-tua (yang berilmu dan beramal) yang berada di kalangan kalian.'

[Riwayat Ibn Hibban, Al-Hakim dan Abi Nuaym di dalam al-Hilyah]

# Riwayat ini disahihkan oleh Imam Adz-Zahabi dan Syeikh Albani dan juga didhaifkan oleh sebahagian yang lain.

# Diriwayatkan bahawa Al-Walid bin Muslim, apabila ditanya kepada beliau, di mana beliau mengambil hadith ini daripada Imam Abdullah bin Al-Mubarak? Maka dijawab oleh Al-Walid bahawa Abdullah bin Al-Mubarak meriwayatkan kepadanya ketika di medan perang. Sebahagian riwayat menyebut ketika berperang di Rom Timur.

Hebatnya para salaf dahulu apabila ketika perang pun masih mengambil hadith dan mengajarkan hadith.

# Dimaksudkan dengan ( الأكابر) itu ialah orang-orang tua yang berilmu dan berpengalaman, para pembesar agama dan ulama' serta tokoh di dalam bidangnya yang lebih tua di dalam medan ilmu dan amal. Ini kerana lawan bagi golongan ini ialah (الأصاغر) iaitu orang muda yang mentah dan ilmunya belum sempurna atau mencapai tahap kematangan.

Sebagaimana kata para ulama' yang masyhur;
الأصاغر في العلم ما عندهم علم كامل ، والأصاغر في السن ما عندهم تجربة
' Orang yang kerdil atau muda di dalam ilmu maka mereka itu tidak mempunyai ilmu yang mencukupi atau mencapai kesempurnaan dan orang yang kerdil atau muda pada sudut usia, maka mereka itu belum ada pengalaman dalam hidup.'

# Dampingilah orang tua, tokoh-tokoh yang berusia yang sudah terbukti ilmu dan amal mereka dan mengambil barakah serta manfaat dan teladan yang baik untuk manfaat diri kita.

Rahsia kebahagiaan hidup

Kata Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah, rahsia kebahagiaan hidup itu ialah apabila di dalam hati kita ada Allah, hubungan kita dengannya utuh.

Ini kerana orang yang bahagia dengan hasil hubungannya dengan Allah tak akan terancam dengan apa yang dilakukan oleh manusia kepada dirinya.

Kata beliau;
ما يصنع أعدائي بي؟ أنا جنتي وبستاني في صدري، أين رحت فهي معي لا تفارقني، أنا حيسي خلوة، وقتلي شهادة، وإخراجي من بلدي سياحة
'Apa yang dapat diperbuat oleh musuhku kepada diriku? Sesungguhnya syurgaku dan tamanku ada di dalam dadaku. Ke mana aku pergi pun maka ia bersama denganku dan tidak berpisah denganku. Jika aku dipenjara maka ia menjadi tempat aku bersendiri dengan tuhanku dan jika mereka membunuhku maka aku beroleh syahid, dan jika mereka mengusirku keluar dari negeri maka ia adalah pelancongan bagiku.

Sebaliknya kata beliau lagi;
المحبوس من حبس قلبه عن ربه تعالى
والمأسور من أسره هواه
'Orang yang terpenjara atau terkurung itu ialah mereka yang hatinya terlindung dari tuhan-Nya. Dan orang yang tertawan itu ialah orang yang tunduk kepada hawa nafsunya.'

[Al-Waabil as-Sayyib min al-Kalim at-Tayyib, Ibn Qayyim]

# Mempunyai pasangan yang tidak menepati kehendak kita bukanlah alasan untuk menderita, Asiah Isteri Firaun beroleh syurga, Nabi Luth pula beristerikan wanita ahli neraka.

# Kebahagiaan bukanlah pada mengikut hawa nafsu tetapi pada hubungan yang utuh dengan Allah.

# Mereka yang memperjuangkan kebebasan dan 'freedom' hak membuat pilihan, hak itu ini ramainya tak bahagia pun selama tidak kembali kepada ajaran Allah dan Rasul.

Orang yang kelihatan bebas merdeka itu sebenarnya merekalah yang paling terpenjara dan tertutup hati mereka dengan hawa nafsu.

Tidak ada bahagia bagi kehidupan yang jauh dari Allah!

Pesanan dan mengajar hikmah kepada anak gadis sebelum nikah

Anak-anak gadis ialah amanah daripada Allah kepada ibubapa. Tanggungjawab mereka ialah untuk mendidik dan membesarkan anak-anak dengan perintah Allah serta menikahkan mereka apabila telah sampai waktu yang sesuai atau wujud keinginan dari si anak untuk menikah.

Mana-mana gadis yang menghidapi sindrom 'anak emak', tidak mahu duduk jauh daripada ibubapa, manja dan tidak pandai berdikari atau tidak mahu hidup susah ialah petanda kegagalan ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka.

ِAlangkah indahnya jika masih ada wanita mulia seperti Umamah, isteri kepada Awf bin Muhallim al-Shaybani yang menasihati anak gadisnya sebelum bernikah dengan berkata;

أي بنية
Wahai anak gadisku...
النساء للرجال خُلقن ولهن خُلق الرجال
'Wanita adalah dijadikan untuk lelaki seperti mana lelaki adalah diciptakan kerana perempuan...

أي بنية
Wahai anak gadisku...
إنك فارقت البيت الذي منه خرجت، وعشك الذي فيه درجت، إلى بيت لم تعرفيه، وقرين لم تألفيه، فكوني له أمةً يكن عبداً وشيكاً، واحفظي له خصالاً عشراً يكن لك ذخراً
'Kamu akan berpisah meninggalkan rumah ini yang mana engkau dilahirkan di dalamnya, yang mana di dalamnya engkau dibesarkan, ke rumah yang engkau tidak pernah kenal akan ia....

Bersama teman yang engkau tidak pernah bermesra atau bermanja dengannya...Maka jadilah engkau kepada dia seperti hambanya (yang berkhidmat kepadanya)maka dia pun akan menjadi hamba kepada engkau dan menerima dirimu. Dan ambillah daripadaku 10 pesanan atau nasihat moga ianya menjadi pemberi ingatan dan bekalan bagi engkau.

الخشوع له بالقناعة،
1, Jadilah engkau kepadanya sebagai isteri yang qanaah (merasa cukup) dengan apa yang diberi

وحسن السمع له والطاعة
2, dan dengar serta taat kepada dia.

التعهد لموقع عينه، ،
3, Jadilah engkau sentiasa bersedia untuk dilihat dimatanya

والتفقد لموضع أنفه
4,dan sentiasa siap untuk dibau oleh hidungnya..

فلا تقع عينه منك على قبيح، ولا يشم منك إلا أطيب ريح
Jangan biarkan dia melihat engkau dalam keadaan hodoh dan jangan dia mencium bau engkau kecuali yang wangi.'

فالتفقد لوقت منامه وطعامه،
5-6, Perhatikanlah pada waktu tidurnya dan makanannya (mempersiapkan tidur dan makan suami)

فإن تواتر الجوع ملهبة، وتنغيص النوم مغضبة
Kerana kerap kelaparan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan menganggu tidur boleh menyebabkan kemarahan

فالاحتراس لبيته وماله،
7, Jagalah dan awasilah (peliharalah) rumahnya dan hartanya

والإرعاء على حشمه وعياله،
8, Dan peliharalah hubungan kekeluargaan dan keturunannya (anak-beranak dan tanggungannya)

وملاك الأمر في المال حسن التقدير، وفي العيال حسن التدبير
Menguruskan perihal hartanya dengan baik menunjukkan kebaikan engkau dalam menghargainya dan menjaga hubungan kekeluargaan menunjukkan kebaikan engkau dalam pengurusan pentadbiran rumahtangga

فلا تعصي له أمراً،
9, Janganlah engkau melanggari arahannya

ولا تفشي له سراً،
10, dan janganlah engkau mendedahkan rahsianya

فإن عصيت أمره: أوغرت صدره وإن أفشيت سره لم تأمني غدره
Jika engkau melanggar arahannya maka hatinya akan dipenuhi kebencian terhadap dirimu dan jika engkau mendedahkan rahsianya maka dia tidak akan merasa selamat daripada dirimu (merasa akan dikhianati).

Kemudian Umamah menutupi pesanannya dengan berkata;

إياك والفرح بين يديه إذا كان ترحاً،
'Berhati-hatilah engkau janganlah menunjukkan gembira disisinya jika dia sedang bersedih,

والاكتئاب بين يديه إذا كان فرحاً
Jangan pula engkau menunjukkan kesedihan kala dia sedang bergembira.

وكوني أشد ما تكونين له إعظاماً، يكن أشد لك إكراماً
Tonjolkanlah padanya sebaik-baik penghormatan dan maka nescaya dia akan memuliakan engkau dengan sebaik-baiknya

وأشد ما تكونين له موافقة يكن أطوع مما تكونين له موافقة
Berikanlah kepadanya persetujuan/sokongan sebanyak mana yang engkau dapat berikan maka dia pun akan membalas dengan memberikan persetujuan atau sokongan pula kepada engkau

واعلمي أنك لا تصلين إلى ما تحبين حتى تؤثري رضاه على رضاك، وهواه على هواك، فيما أحببت أو كرهت
Ketahuilah wahai anak gadisku, kamu tidak akan dapat mencapai apa yang engkau inginkan sehingga engkau mengutamakan keredhaannya sebelum keredhaan dirimu, hawa nafsunya sebelum hawa nafsumu, pada apa yang engkau sukai atau engkau benci.

والله يخير لك
Semoga Allah memilih apa yang terbaik untukmu.

[
Jamharat khutab al-'Arab fi 'usur al-'Arabiyat al-zahirah]