Diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakr ibn Ali bin Sabit ) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra " Agama ini dibina dengan Asar -istinbat Al-Qur'an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari para sahabat yang membawa kepada maksud syariah (Al-Qur'an & Sunnah)- dan bukanlah agama ini dibina dengan akal."
Sunday, January 05, 2014
Doa yang tidak tertolak
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA ; ثلاث دعوات مستجابات لا شك فيهن: دعوة المظلوم، ودعوة المسافر، ودعوة الوالد على ولده
'Tiga golongan yang doa mereka mustajab tanpa syak padanya iaitu doa
mereka yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa ibubapa kepada
anaknya.' [riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al-Tirmidzi] 1. Doa
orang yang dizalimi, tidak ada hijab antara mereka dengan Allah, cumanya
si zalim merasa aman kerana kadang2 Allah menangguhkan hukuman dan
balasan untuk menambah azab dan membalas pada waktu yang paling
menyakitkan. 2. Doa orang yang bermusafir, dengan syarat dia
meninggalkan perkara yang haram, makanan yang haram dan perkara yang
berkait dengan segala larangan Allah. 3. Doa ibubapa yang
beriman kepada Allah sentiasa makbul, doa mereka kepada anak-anak pasti
akan diterima dan ditunaikan oleh Allah SWT selama ibubapa menjaga
hak-hak Allah. Seseorang bertanya kepada Saad bin Abi Waqqas
RA, bagaimana dia boleh menjadi seorang yang makbul doanya di antara
para sahabat Rasulullah salallahualaihiwassalam ? Lalu dijawab oleh Saad RA dengan mengatakan ; ما رفعت إلى فمي لقمة إلا وأنا عالم من أين مجيئها
'Tidaklah Aku mengangkat sesuatu untuk disuap ke dalam mulutku kecuali
aku mengetahui daripada mana ia datang (sumbernya dari hasil yang
halal).' [Jami al-Ulum Wal Hikam]
Marilah kita Menunaikan ubudiyah kepada
Allah swt.
Seorang "bujang di jalan Allah" yang menyeru kaumnya untuk berjihad dan berubudiyah HANYA kepada ALLAH.
No comments:
Post a Comment