Ramai orang tidak menyedari bahawa hidup ini ialah peluang daripada
Allah SWT kepada mereka untuk beramal, menikmati rezeki dan rahmat-Nya.
Begitu indah dunia namun mereka hanya memandang tempat yang buruk, begitu banyak nikmat Allah yang diberi namun mereka hanya melihat pada ujian yang sedikit. Begitu ramai orang yang mengasihi mereka namun mereka hanya melihat kepada sedikit yang membenci, betapa banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang lain namun mereka hanya melihat pada keburukannya.
Mereka hidup tetapi jiwa mereka sebenarnya mati, mereka melihat tetapi sebenarnya mata mereka buta, mereka mendengar tetapi sebenarnya pendengaran mereka pekak.
Mereka disesatkan oleh perasaan dan emosi mereka yang dikemudi oleh syaitan agar menyemarakkan benci bukan sayang, agar mencela bukan menasihati, agar marah bukan sabar, agar mencari salah orang bukan menutupi aibnya.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;
إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِى قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ
'Seorang hamba apabila melakukan kesalahan atau dosa maka dititikkan di dalam hatinya akan satu titik hitam, apabila dia beristighfar dan bertaubat maka ditanggalkan titik hitam itu dari hatinya. Namun apabila dia mengulanginya semula maka dikembalikan titik hitam itu sehingga ia memenuhi hatinya.' [Riwayat al-Tirmidzi]
Kasihan, mereka menderita dalam diam, mereka sakit dalam sihat kerana yang parah bukan jasad tetapi hati mereka yang bernanah dan berulat. Sungguh jika tidak dirawat akan binasalah dunia dan akhirat!
Allah berfirman;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57)
Ya, ubat penyakit dalam dada itu ialah al-Quran dan alsunnah, jika dia membacanya, memahaminya dan beramal dengannya. Berzikir mengingati Allah dan beristighfar diatas segala dosa, sambil berpuasa dan menambah ilmu agama.
Barulah dia akan merasai erti betapa indahnya kehidupan ini!

1 comment:
ingin sy berkongsi bagaimana menjaga mati hati utk melihat kebesaran & kekuasaan Allah swt. Setiap manusia ada kelemahan dan ia perlu makrifat kepada Allah pd permulaan hidup.
'Awaluddin Makrifatullah bermaksud awal agama kita mengenal Allah. Kita hendaklah mengenal dia dengan mata hati iaitu kita sentiasa berpaut pdNya dan sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah kerana kita sentiasa zikirullah/ingat Allah.
Utk keterangan mengenai Makrifatullah, anda boleh mendengar syarahan yg disampai oleh Ustaz Hj Hussein Abdul Latif fi Youtube.
Post a Comment