Friday, March 19, 2010

Promosi Buku - Mencari Pasangan Hidup (Pesta Buku KLIBF 2010)


Alhamdulillah, akhirnya terbit jua buku kedua saya yang bertajuk "Mencari Pasangan Hidup" semoga ianya dapat diterima sebagai bekalan dan amalan ibadah di sisi Allah SWT.

Buku Mencari Pasangan Hidup ini menampilkan manual mencari jodoh didasari bimbingan daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Antara kandungannya ialah :

* Mengapa perlu berkahwin muda?
* Adakah ibu bapa berhak menghalang?
* Martabat wali dalam perkahwinan
* Masalah sekufu menurut pandangan Islam
* Hukum kahwin lari dalam Islam

Harga: RM16.00 Muka surat: 352



Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan memberi kita pertunjuk dan hidayah-Nya.

11 comments:

dianaharif said...

assalamualaikum ustaz..

selain kt book fair/kl, buku nie mmg dh ada kt pasaran ke? (kedah/ penang).

ustz, mohon link blog ustaz dr blog saya ye...syukran.

Istana Puteh by Geecantik said...

Assalammualaikum diana. Saya Faizal. Bolehke saya mencelah ustaz. Buat setakat ni belum ada di pasaran memang hangat dari kilang terus ke pesta buku PWTC.

ainhany said...

salam ustaz

buku PJL sudah saya miliki..kini terbit buku ke 2 pula..tahniah!! semlam dok tenguk2 juga buku agama kt rak karngkrf, recce dulu.. muga dakwah ini dapat disuburkan..bila ustaz ade kt sana lagi???? boleh autograf kan..

Ustaz Emran said...

Wa'alaikumussalam,

alhamdulillah, terima kasih semua di atas sokongan dan doa.

buku ni bak kata faizal, masih belum ada dalam pasaran, sebab baru keluar. tapi boleh beli di Pesta Buku di PWTC.

Jazakumullahukhairan kasiro.

abuMuhammad said...

Tahniah Ustaz.

Zikir Din said...

teruskan ustaz menulis berkenaan hal2 ni bagi melawan persepsi negatif masyarakat terhadap pernikahan...

Seteguh_Karang said...

salam...ustaz.
tahniah di atas keluaran buku ke-2.
Kawan saya berminat untuk memiliki buku tersebut.."MENCARI PASANGAN HIDUP"
Bagaimanakah untuk memilikinya?

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Untuk akhi/ukhti 'Seteguh Karang', mungkin link ini dapat membantu:

http://karyabestari.blogspot.com/2010_03_01_archive.html

Wasalam

zaza said...

Salam ustaz..
Sebuah kupasan buku yang menarik untuk direnungi. Membuka minda tentang sebuah perkahwinan yang bermatlamatkan keredhaan Allah. Semoga sukses selalu..!!

zaza said...

salam ustaz,

sebuah kupasan buku yg menarik utk difahami. membuka minda tentang sebuah perkahwinan yg bermatlamatkan Allah. teruskan berjuang dalam menegakkan Islam..& mendapat keredhaan Allah..amin-

Ustaz Emran said...

Terima kasih semua di atas komen yang membina dan memberikan semangat dan sokongan.

Moga Allah permudahkan urusan kita semua.

Jazakumullahukhairan kasiro.