Tuesday, December 15, 2009

Terima Kasih Ya Allah Kerana Memilih Ku


Di dalam kehidupan ini, tidak semua manusia berpeluang untuk menuju ke syurga. Hal ini jelas disebutkan di dalam firman Allah SWT : “Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda dan anak-anak mereka, sedikitpun tidak dapat menolak (siksa) Allah dari mereka. Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka.” (Al-Imran : 10)

“Peliharalah dirimu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Al-Baqarah : 24)

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (At-tahrim : 6)

Sebahagian besar manusia sememangnya telah ditakdirkan oleh Allah SWT untuk dijadikan sebagai bahan bakar api neraka dan mereka kekal di dalamnya. Hal ini perlulah difahami bahawa yang menjadikan alam semesta dan tujuh petala langit itu ialah Allah SWT dan itu kehendaknya serta tiada ruang dan alasan untuk kita mempertikaikan urusan-Nya.

Apapun, kita harus bersyukur dan berterima kasih kerana Allah SWT telah memilih untuk berurusan dengan kita apabila dia memberikan kepada kita peluang untuk beramal.


Firman Allah SWT : “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar.” (Al-Fathir : 32)

Tidak semua manusia berpeluang berurusan dengan Allah SWT

Firman Allah SWt yang bermaksud : “Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.” (Al-Kahfi : 17)

Di dalam hadis yang sahih ada menyebut bahawa apabila Allah SWT mengehendaki kebaikan kepada hamba-hamba-Nya maka dia akan menguji mereka.

Ujian itu berperanan sebagai “peluang” untuk membolehkan dia mendapat sesuatu kebaikan daripada Allah SWt.

Justeru itu adalah amat pelik dan janggal apabila seseorang itu mengeluh bahawa dia diuji dengan sangat berat jika dia memahami bahawa ujian itu ialah sebagai bonus daripada Allah SWt untuk kebaikan dirinya sendiri.

Allah SWT tidak mendapat apa-apa keseronokkan apabila dia menguji kita

Allah SWT tidak mendapat apa-apa manfaat apabila kita menyembah-Nya

Semuanya balik kepada diri kita, semuanya kembali kebaikan itu kepada kita.

Kita yang beroleh kebaikan tersebut.

Kita diuji untuk kebaikan kita

Kita ditimpa bala bencana untuk manfaat kita

Justeru itu bersabar dan bersyukurlah.

Berjual beli dengan Allah SWT

Ada sebahagian hamba-hamba Allah SWt yang bijak dengan mengambil kesempatan untuk melakukan bisnes (perniagaan) dengan Allah SWT. Mereka ini menjual jiwa dan harta mereka di dunia ini untuk mendapatkan syurga Allah SWT.

Allah SWt befirman : “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah : 111)

Allah ialah sebaik-baik Pembeli dan pula sangat Pemurah.

Allah membeli nyawa, harta, anak-anak, suami, isteri, kebahagiaan kita di dunia ini lalu dibayarkan kepada kita dengan syurga-Nya yang mengalir di bawahnya anak sungai yang mengalir jernih.

Bukankah itu satu perniagaan yang menguntungkan ?

Apalah sangat suami kita yang berbau busuk, isteri kita yang suka melukakan hati dan kekasih kita (sohibal qalb) yang gagal melayani kita jika dibanding dengan nikmat layanan syurga ?

Apalah sangat anak-anak kita yang comel itu yang nantinya di akhirat akan melupakan diri kita dan tidak dapat menyelamatkan kita daripada azab jika dibandingkan dengan syurga yang kekal itu ?

Allah befirman : "Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah. " (Luqman : 33)

Apalah gunanya title dan kedudukan, apalah gunanya harta dan kemewahan dunia yang sementara jika dibanding dengan syurga yang kekal abadi ?

Allah mengambil semua itu, lalu mengantikan sesuatu yang lebih baik iaitu syurga…

“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. “ (As-soff : 11-12)

Bukankah Allah sebaik-baik pemberi janji dan pemberi balas ?

Justeru itu, bersyukurlah…

Jangan berkata untuk mendapatkan sesuatu kebaikan, aku telah membayar harga yang mahal…

Apakah yang mahal ? Kehidupan kita ? Nyawa kita ? barangan yang kita miliki adalah tersangat murah jika dibanding dengan rahmat dan syurga Allah SWT.

Suami kita yang diambil, isteri kita yang diambil, anak-anak kita yang diambil, harta kita yang diambil oleh Allah SWT jika diganti dengan syurga maka ianya adalah tersangat murah.

Dan sekiranya kita terlupa, itu semua pun bukanlah milik kita..

Tetapi hanya pinjaman belaka…lalu jika begitu, sudahlah kita ini dipinjamkan sahaja, sekarang tuan kita itu mahu mengambilnya daripada kita dengan tidak secara percuma tetapi berbayar pula.

Bukankah itu menguntungkan ? Itulah tanda pemurah dan pengasih-Nya.

Sekiranya tidak kerana rahmat Allah SWT, apa yang kita miliki adalah lebih murah daripada haiwan ternak, jika tidak kerana hidayah Allah SWT.

Allah memberikan kita hidayah dan peluang kerana dia mahu berurus niaga dengan kita.

Ayuh marilah menjual dan menggadaikan sebanyak mungkin apa yang kita ada di jalan Allah SWT kerana ganjaran dan bayaran pulangan daripada Allah SWt tersangatlah lumayan.

Terima kasih, ya Allah.. kerana memilih untuk berurus niaga denganKu !

4 comments:

Anonymous said...

Yang dimaksudkan orang kafir itu adalah orang yang telah diseru dengan Islam tapi menolaknya, sebab tu dia masuk neraka.

Skrang orang Islam tak menyeru dah. Asyik gaduh sesama sendiri sampai orang bukan Islam pun tak yakin nak masuk Islam. Jadi sama-sama lah masuk neraka.

hainur hapis said...

Assalamualaikum abg imran

abg karkun ke?


jemput dtg masjid sri ptlg ye

Insya Allah

Assalamualaikum

ummi09 said...

salam ustaz, minta izin copy paste ke blog ana.. JazakaLLah..

Ustaz Emran said...

silakan...alhamdulillah