Wednesday, October 07, 2009

Syarat Penerimaan Syahadah


Ramai orang tersilap dan kerap kali tertipu oleh syaitan dan hawa nasfu mereka ketika membaca persoalan agama. Misalnya mereka tertipu apabila membaca hadis "Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah, tidaklah seorang hamba bertemu Allah dengan keduanya tanpa rasa syak pada keduanya (kalimah syahadah) itu melainkan dia memasuki al-Jannah (Syurga).” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, (maka) Allah mengharamkan Neraka terhadapnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)


Mereka berpendapat apabila mereka bersyahadah dan mengucapkan zikir Lailaha'Illallah maka mereka sudah Islam dan beriman kepada Allah SWT serta tidak perlu merisaukan lagi apakah mereka ahli syurga atau neraka kerana sudah dijamin oleh hadis akan masuk syurga.

Sedangkan hal tersebut adalah tidak benar berdasarkan dua Prinsip utama :

1) Syahadah tidaklah diterima (tidak Sah) melainkan syarat-syaratnya dipenuhi

2) Syahadah boleh terbatal dan perlulah diperbaharui oleh usaha gigih dan taubat serta membersihkan diri daripada perkara yang membatalkan syahadah.

- Syahadah boleh terbatal baik secara sedar atau tidak
- Syahadah boleh terbatal dan seseorang itu kemudian melakukan solat dan puasa namun semua ibadah itu ditolak kerana dia bukanlah seorang yang beriman dan diterima keIslamannya di sisi Allah SWT.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah Lailahaillallah." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Marilah kita lihat bersama apakah syarat-syarat Sah dan penerimaan Syahadah

Daripada Abu Malik daripada ayahnya, ia telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang berkata (bersaksi) – 'Tiada tuhan melainkan Allah' dan ia kufur dengan apa yang disembah selain daripada Allah, (maka) haram (terpeliharalah) harta dan darahnya. Perhitungannya adalah di atas ketentuan Allah."
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Ramai manusia menyangka bahawa apabila mereka sudah mengucapkan kalimah syahadah maka sudah tertunai kewajipan mereka dan sudah beriman diri mereka. Hakikatnya hal tersebut adalah tidak benar sama sekali dan ketahuilah bahawa keimanan itu tidak cukup hanya dengan lafaz syahadah dan Islam itu tidak cukup dengan hanya mengakui pada lisan.

firman Allah yang maksudnya:

"Orang-orang "A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara Iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: `kami telah Islam'. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Hujurat: 14)

Al-Imam Sahl Bin Abdullah bin Yunus at Tusturi (201 – 283 Hijrah) berkata : “ Keimanan itu apabila hanya pada perkataan seseorang tanpa amal perbuatan maka dianya menjadi kafir.” (Qawaid Fil Bayan Hakikat al-Iman ms 214)

Berkata Abu Isa At-Tirmidzi (pengarang Kitab Hadis yang dikenali Sunan Tirmidzi) bahawa aku mendengar Aba Mus’ab Al-Madani berkata : “ Barangsiapa yang mengatakan Iman itu hanya pada Lisan maka hendaklah dia bertaubat jika tidak nescaya aku akan memenggal lehernya.” (Jami Tirmidzi Al-Asar no. 2622 disahihkan oleh Syeikh Albani di dalam Sahih Jami’)

Sebahagian ulama’ seperti Imam Ishaq Bin Rawaihah berkata : “Barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja sehingga luput waktunya zohor sehingga maghrib dan mahgrib sehingga ke pertengahan malam maka dia sesungguhnya telah kafir kepada Allah yang Maha Agung dan diberikan peluang bertaubat selama tiga hari setelah itu dilihat apakah dia masih meninggalkannya dan jika dia masih meninggalkan solat dengan berkata meninggalkannya tidak menjadi kufur maka dipenggal lehernya adapun jika dia telah solat maka dikatakan kepadanya sekarang hukumannya termasuk persoalan ijtihad (terpulang kepada Imam kerana termasuk masalah takzir) .” (Lihat kitab Iman oleh Imam Ibnu Taimiyah ms. 241)

Imam Muhammad Abdul Wahab menyebutkan bahawa sesungguhnya Kalimah Lailahaillallah tidak memberi manfaat kepada yang mengucapkannya di sisi Allah kecuali setelah mengenal maksudnya, beramal dengannya dan membenarkannya dengan ikhlas dan yakin kerana kebanyakkan mereka yang mengucapkan kalimah ini masih sahaja menghuni di neraka yang terbawah. (Fatawa A’immah An-Najdiyah ms 190)

Firman Allah yang bermaksud : “Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman ." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat : 14)

Ketahuilah syarat penerimaan Iman itu ada tujuh.

Syarat yang Pertama : Mengetahui Maksud Syahadah dan Tuntutan Iman

Mengetahui maksud Kalimah Lailahaillallah pada nafi (penafian keimanan kepada tuhan selain daripada Allah) dan isbat (pengukuhan dan penegasan serta pegakuan keimanan yang jitu kepada Allah).

Firman Allah yang bermaksud : “Maka ketahuilah, bahawa Sesungguhnya tidak ada Ilah (Tuhan) selain Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.” (Muhammad : 19)

Orang yang tidak mengetahui maksud Syahadah dan rukun Iman maka tiada faedah baginya segala kebaikan dan amalan seperti solat, puasa dan zakat kerana zikir-zikir dan ucapan mulutnya hanyalah sia-sia lantaran tidak mengetahui siapakah yang disembah oleh-Nya ? Kerana apakah dia menyembah dan beribadah ? Bagaimanakah caranya dia harus menyembah dan bagaimana menuju Allah ?

Mengetahui tentang Tauhid kepada Allah swt sangatlah penting dan cemas kerana kita diperintahkan mentauhid Allah swt dan Syahadah bermaksud menafikan ibadah kecuali hanya kepada Allah swt dan menyembah hanya kepada Allah swt oleh itu kita perlu mengetahui bagaimana dan caranya.

Tauhid Rububiyah dimiliki oleh semua manusia iaitu mengakui kewujudan pencipta dan tuhan di dalam kehidupan mereka namun tidak semua di kalangan mereka mengetahui siapakah dia tuhan itu ? Yang menjadikan dan mematikan ? Yang menjadi tempat merayu dan memohon ? Maka diutus para Rasul untuk Mengatakan tuhan itu ialah Allah supaya hamba-hamba-Nya mensyukuri rahmat dan nikmat-Nya.

Firman Allah yang bermaksud : “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu mahu dustakan?” (Ar-Rahman : 13)

Seruan Tauhid rububiyah ialah seruan “Mengajak manusia kembali merasai kehidupan bertuhan” menyeru manusia kembali kepada Allah dan menyedarkan manusia kehidupan ini wujud matlamat dan kita dijadikan oleh Allah swt, kita ialah hamba dan kesedaran diri ialah seorang hamba yang memiliki tuan dan tuhan itulah pokok kepada Tauhid rububiyah dan ianya masih belum cukup namun itulah asasnya.

Seterusnya Tauhid Asma Wal Sifat perlu diketahui pula untuk membolehkan seseorang hamba itu mengetahui siapakah tuhan-Nya. Bagaimanakah harus dia memanggil tuhan-Nya ? Bagaimanakah sifat dan sikap Tuhan-Nya agar dia mengerti cara-cara dan bagaimana akhlak dan adabnya terhadap tuhan-Nya maka disitulah datangnya maksud Tauhid Asma wal Sifat iaitu Mensifatkan Allah dan memberikan nama kepada Allah seperti yang dikehendaki-Nya, seperti yang disifatkan dirinya sendiri tanpa mengubah, menokok tambah atau merendahkan atau menyamakan sifat dan namanya dengan segala sesuatu.

Imam Abu Hanifah berkata :Ertinya :"Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya ia telah kafir". Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan "aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi". Berkata Imam Abu Hanifah : "Sesungguhnya dia telah 'Kafir !".

Kerana Allah telah berfirman : "Ar-Rahman di atas 'Arsy Ia istiwaa". Yakni : Abu Hanifah telah mengkafirkan orang yang mengingkari atau tidak tahu bahwa Allah istiwaa diatas 'Arsy-Nya.

Demikianlah Islam itu tertegak dengan ilmu serta mengetahui dan bukanlah Islam itu dipeluk kerana ikutan buta dan dipeluk agama ini tanpa mengetahui sesuatu pun daripada maksud Iman dan syahadah itu. Hujah yang kukuh berkenaan hal ini tersangat banyak antaranya sabda baginda rasul : “Barangsiapa yang mati dalam keadaan Mengetahui bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan Yang Berhak disembah Selain Allah maka dia masuk syurga.” (hadis sahih riwayat Muslim )

Barangkali ada yang berfikir jahat dan mengikut hawa nafsunya dengan berkata bukankah disuruh kita mengetahui ? Maka aku sudah pun mengetahui lalu cukuplah sudah Islam dan Iman pada diriku dengan mengambil hadis dan dalil-dalil hujah kitab dan sunnah sebagai pemuas hawa nafsu dan dijadikan hujah memesongkan manusia daripada agama.

Ketahuilah tidak cukup sekadar berilmu dan mengetahui tanpa memenuhi syarat-syarat seterusnya.

Masih banyak lagi…

Syarat yang kedua : Meyakini Iman dan Syahadah Lailahaillallah tanpa Syak dan ragu

Keyakinan yang disebutkan ialah bermaksud pegangan kukuh dan kepercayaan jitu bahawa tidak sampai dan tidak dapat dicapai syurga dan keredhaan Allah itu melainkan dengan memiliki Iman dan bersyahadah. Juga menyakini dengan pasti dan penuh kepercayaan bahawa semua yang dibawa oleh rasulullah itu benar, janji Allah itu benar, rukun iman itu benar dan mempercayainya serta menyakini kewajipan bersyahadah dan menyakini dengan pasti bahawa syahadah itu kunci kepada syurga.

Adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk beriman kepada Allah dengan penuh yakin, beriman kepada janji Allah dengan penuh kepercayaan dan keyakinan yang pasti bahawa semuanya itu benar dan tidak ada keraguan pada diri mereka sedikit pun.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat : 15)

Tidak di anggap beriman pada mereka yang ada sikap ragu-ragu pada agama Allah swt.

Tidak yakin kepada janji Allah swt.

Keyakinan bahawa manusia kelak akan dihisab dan mempercayai kewujudan Allah dan mempercayai segala yang datang daripada Allah swt dan mempercayai dengan jitu tanpa ragu segala arahan Allah swt maka mereka itulah yang memiliki syarat yang kedua untuk diterima Iman mereka.

Golongan inilah yang disebut sebagai golongan yang memiliki sifat Ihsan iaitu beribadah kepada Allah seolah-olah mereka melihat Allah kerana menyakini kebenaran agama ini dan sekiranya mereka tidak dapat melihat Allah swt maka mereka tetap menyakini bahawa diri mereka dilihat oleh Allah swt lalu di dalam kelemahan dan kekuatan, di dalam suka atau terpaksa mereka tetap menunaikan kewajipan mereka kerana menyedari dan menyakini mereka diperhatikan oleh Tuhan Yang Maha Gagah.

Syarat yang ketiga : Penerimaan yang menyeluruh dan penyerahan yang mutlak terhadap Islam

Dimaksudkan qabul ialah menerima dan Istislam pula bermaksud penyerahan diri yang bersifat mutlak terhadap apa yang datang daripada Allah swt. Seorang Muslim itu tidaklah dianggap beriman sehingga dia menerima segala apa yang datang daripada Allah swt dan melaksanakannya serta dia wajib menyerah diri, kehidupan, masa depan, kebahagiaan, keseronokkan segala-galanya yang di akal sangkaan konon miliknya itu harus diserahkan semuanya kepada Allah swt.

Itulah kehebatan kalimah Syahadah.

Ianya menuntut sebuah kehidupan dan harganya ialah segala-galanya.

Ia merupakan kalimah yang apabila seseorang mengucapkannya dan bersaksi dengannya dan menerima kalimah tersebut menyebabkan dia sudah hilang segala-galanya kerana dia telah menyerahkan segala apa yang dimilikinya termasuk nafas dan nyawanya untuk Allah swt.

Tidaklah dianggap sebagai Muslim seseorang yang menolak apa yang datang daripada Allah swt dan tidak mahu menerimanya kerana tidak suka atau sukar menunaikan perintah yang datang.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." (Al-baqarah : 285)

Dia tiada pilihan, dia harus menerima dan menyerah diri.

Ucapan yang dibenarkan untuk diucapkan oleh setiap manusia yang beriman takala datang perintah daripada Allah ialah “Kami dengar dan kami taat.”

Firman Allah swt yang bermaksud : “Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan Kami patuh". dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung.” (An-Nur : 51)

Apabila seseorang itu telah memenuhi syarat keimanan yang ketiga ini maka dia telah memenuhi beberapa bahagian daripada syarat keimanan itu dan perlulah dia melangkah ke syarat yang seterusnya.

Sudah menyerah diri masih belum dianggap beriman lagi ? Ya benar.

Firman Allah yang bermaksud : “Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman ." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat : 14)

Syarat keimanan yang ke-empat : Ketaatan dan Pelaksanaan Amal Terhadap Apa yang diPerintahkan

Tidaklah menjadi Muslim apabila seseorang itu hanya memeluk Islam di lisan kemudian tidak beramal dan tidak pula menunaikan kewajipan yang ada di dalam agama ini. Para ulama menyebut bahawa beramal itu termasuk di dalam syarat Iman dan hendaklah Iman dibuktikan bukan hanya lisan dan hati tetapi juga harus dengan amal.

Kepatuhan atau disebut al-inqiyad di dalam bahasa arab bermaksud kepatuhan dan ketaatan terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan oleh rasul-Nya. Mempercayai bahawa setiap arahan Allah itu perlu dan wajib dilaksanakan semampu yang dapat dan ianya akan dituntut serta dipersoalkan di hari akhirat.

Setiap larangan dan tegahan Allah swt perlu ditinggalkan dan mesti dijauhi dan usaha dilakukan untuk mencegah diri daripada terjebak ke dalam kemurkaan-Nya.

Adalah tidak benar menjadikan alasan tidak mampu, tidak kuat dan tidak bersedia sebagai alasan untuk tidak mentaati Allah swt dan tidak kuat sebagai alasan untuk terjebak di dalam perkara yang haram.

Allah memerintahkan kita untuk beramal dan setiap arahan itu perlu dilaksanakan.

Tidak mampu, lemah, tidak berdaya, tiada kekuatan hanya dapat dijadikan alasan setelah kita mencuba dan telah melakukannya dan telah gagal setelah mencuba dan akhirnya tewas serta terkorban di dalam usaha melaksanakan perintah tersebut dan begitulah kita diperintahkan.

Syarat yang kelima : Membenarkan dan memperjuangkan Iman dan Tuntutan Syahadah

Pada ketika ini anda sepatutnya sudah menyedari, bahawa kewajipan Islam dan Muslim itu bukanlah sekadar mengucapkan kalimah syahadah lagi, bukan hanya sekadar melaksanakan rukun iman dan rukun Islam lagi dan ketika ini anda akan memahami bahawa tuntutan syahadah itu memerlukan anda menyerahkan diri kepada Islam seluruhnya dan menerima segala perintah dan arahan yang diturunkan oleh Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud : “Kemudian tiadalah fitnah lagi ke atas mereka, kecuali mengatakan: "Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah." (Al-An’am : 23)

Kemudian pada peringkat yang seterusnya apa yang diperlukan sebagai syarat penerimaan Iman dan syahadah ialah Membenarkan dan memperjuangkan isi Iman dan tuntutan syahadah tersebut kepada semua manusia dan makhluk di atas muka bumi dan berusaha menegakkan kalimah Allah swt dan hukumnya serta memastikan kalimah tauhid tertegak dan tidaklah ada sekutu bagi Allah swt di atas muka bumi ini seorang pun, sedikit pun dan apa-apa jua sekutu bagi Allah haruslah dihapuskan dan menjadikan segala-galanya yang di atas muka bumi ini untuk Allah dan mentauhidkan Allah swt kerana itulah matlamat seluruh kehidupan dan matlamat agung dunia dan langit tercipta.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir.” (al-Baqarah : 191)

Apakah yang dimaksudkan dengan fitnah yang lebih besar daripada pembunuhan ? yang dibolehkan kita membunuh perlaku dan pembuat fitnah itu di mana-mana sahaja kita menjumpai mereka termasuk di dalam masjidil haram sekiranya mereka memulakan serangan terhadap kita ?

Jawapannya ialah syirik seperti yang disebutkan oleh Ibnu Abbas ra (sahabat nabi), Mujahid, Hasan al-Basri, Qatadah dan Zaid bin Aslam serta banyak lagi ulama salaf yang menyebutkan kepada kita fitnah di dalam ayat ini ialah syirik.

Kita disuruh memerangi syirik.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), Maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah : 193)

Firman Allah yang bermaksud : “Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.” (Al-Anfaal : 39)

Firman Allah yang bermaksud : “Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu menjumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intiplah mereka ditempat pengintipan. Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.” (At-Taubah : 5)

Agama ini memerlukan keimanan pengikutnya diuji dan dibuktikan melalui amalan dan jika tidak dilakukan ketahuilah bahawa dirimu belum beriman dan Iman mu tidak benar dan engkau masih seorang kafir.

Kafir bermaksud engkar, kafir bermaksud kufur iaitu mendustakan dan akibatnya akan menghapuskan segala kebaikan dan keimanan yang mengakibatkan kemurkaan Allah swt serta hukum dan perintah azab ditimpakan ke atas mereka yang kufur dengan Allah.
Allah memerintahkan kita memerangi syirik dan kekufuran.

Sekalipun wanita dan gadis lemah dan tak berdaya yang berjalan memakai kasut tumit tinggi demi membuatkan tubuhnya kelihatan cantik dan cara berjalannya menjadi tarikan perhatian lelaki itu tidak diwajibkan berperang dan berjihad senjata dengan lelaki namun mereka tetap diwajibkan untuk memerangi syirik di dalam kehidupan mereka.

Mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk menegakkan tauhid di dalam kehidupan mereka, rumahtangga mereka dan mendidik anak-anak mereka untuk menjadi Muslim bukan ahli neraka dan ahli syirik dan kufur seperti mereka.

Wanita dan gadis tidak terkecuali daripada syarat penerimaan yang kelima ini iaitu Membenarkan keimanan mereka melalui tindakan dan amalan di dalam kehidupan. Mereka perlu memperjuangkan Iman dan syahadah dan membantu suami-suami mereka untuk memperjuangkan syahadah ini.

Jika suami tidak memperjuangkan syahadah ? Jika suami dan kekasih lelaki tidak membenarkan Iman dan tuntutan syahadah ?

Mereka harus berpisah dengan pasangan mereka kerana tidaklah boleh bercampur di antara lelaki kafir dan wanita mukminah sekalipun lelaki itu fizikalnya menarik perhatian.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al-Maidah : 100)

Iman dan tuntutan Syahadah mesti dibenarkan melalui ujian

Hal ini dibuktikan melalui firman Allah swt yang bermaksud :

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (Muhammad : 31)

Firman Allah swt yang bermaksud : “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiya : 35)

Firman Allah swt yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.” (Al-Kahfi : 7)

Allah akan menguji hamba-hamba-Nya untuk mengetahui kebenaran Iman masing-masing dan tuntutan syahadah harus dibenarkan oleh setiap Muslim melalui ujian yang menimpa diri mereka. Disebabkan itulah membenarkan Iman harus dengan mengukuhkan keyakinan di dalam jiwa sehingga sewaktu diuji dan dicuba oleh Allah swt maka orang yang beriman itu akan sabar dan teguh di dalam musibah yang menimpa diri mereka.

DI dalam hukum sesama manusia, hendaklah Iman dan syahadah dibuktikan dan dibenarkan melalui pengamalan serta keteguhan keyakinan dan hal ini dibuktikan daripada teladan rasulullah.

Rasulullah pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum dia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu'awiyah dengan bermaksud : "Baginda bertanya kepada hamba perempuan tersebut : "Di manakah Allah ?. Jawab budak perempuan itu : "Allah Di atas langit. Baginda bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?". Jawab hamba perempuan itu : "Engkau adalah Rasulullah". Baginda bersabda : "Merdekakanlah dia ! .. kerana sesungguhnya dia ialah seorang mu'minah (seorang perempuan yang beriman)". (Hadis sahih diriwayatkan oleh Malik, Muslim dan lain-lain)

Bahkan Allah sendiri menjelaskan persoalan membuktikan keImanan melalui ujian ini seperti di dalam Al-quran yang bermaksud :

Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu menguji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka;maka jika kamu telah mengetahui bahwa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka.” (Al-Mumtahanah : 10)

Syarat Keimanan yang ke-enam : Keikhlasan Iman dan Melaksanakan tuntutan Syahadah kerana Allah dan Tidak Mensyirikkan-Nya

Mengikhlaskan Iman hanya kepada Allah swt adalah merupakan usaha tertinggi di dalam agama yang disebut sebagai Tauhid. Keimanan hanya kepada Allah swt dan dilakukan setiap rukun Iman dan amalannya hanya kerana Allah demi mengharapkan balasan dan memenuhi kehendak Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud : “Katakanlah: "Hanya Allah saja yang aku sembah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku". (Az-zumar : 14)

Tuntutan syahadah ditunaikan semata-mata kerana Allah swt dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu di dalam setiap ibadah dan amalan kehidupan. Tidaklah diterima sebarang amalan, usaha dan kebajikan jika tidak memenuhi dua syarat asasi iaitu ikhlas dan mengikut syarat yang dibawa oleh Allah dan rasul.

Sangat banyak manusia menunaikan ibadah dan kebajikan kerana mahu mendekat diri kepada Allah tetapi tidak melalui jalan yang diredhai iaitu menuruti syarak dan tidak mengikut panduan rasul iaitu sunnah maka segala amalan mereka menjadi sia-sia dan rugi.
Setiap amalan yang dilakukan dengan mengikut panduan syarak iaitu kitab dan sunnah pula tidak akan diterima sehinggalah dilakukan semata-mata kerana Allah swt yang disebut sebagai ikhlas.

Ikhlas ialah sebuah proses pembersihan.

Firman Allah yang bermaksud : “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah : 129)

Membersihkan hati, lisan dan amalan kita daripada syirik kepada Allah yang bermaksud membersihkan diri dan jiwa kita daripada sekutu-sekutu dan pesaing Allah dan memastikan setiap apa yang terkeluar di hati, lisan dan dilakukan hanyalah bersih dan suci semata-mata untuk Allah swt.

Sabda rasulullah yang bermaksud : “ Manusia yang paling bahagia di hari akhirat dengan syafaatku kelak ialah yang berkata “Lailahaillallah” Ikhlas daripada hati dan dirinya.” (hadis sahih riwayat Bukhari)

Pada tangga yang ke-enam ini haruslah difahami bahawa syarat penerimaan Iman itu selepas penyerahan dan ketaatan mutlak dan berusaha membenarkan Iman dengan menegakkan tuntutan syahadah maka seorang Muslim itu haruslah mengikhlaskan setiap amal dan perbuatannya hanya kepada Allah swt dan meastikan setiap agenda kehidupannya diatur untuk memenuhi ketetapan Allah swt.

Ketika anda sampai ke fasa ini ketahuilah bahawa hidup peribadi anda yang sebelum ini telah tamat.

Bermula era baru sebagai seorang Muslim.

Pada saat ini sebagai seorang Muslim apa yang dilakukan haruslah semuanya kerana Allah swt dan dilakukan menurut apa yang termaktub di dalam Kitab dan sunnah.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yunus : 105)

Sejak daripada bangun pagi, pemilihan yang perlu dilakukan sepanjang hari, langkah dan perbuatan yang terhasil dan percakapan dan penuturan sepanjang hari semuanya sudah ditetapkan oleh jiwa dan diri untuk mematuhi perintah Allah swt.

Lupakah anda bahawa syarat yang sebelum ini mengehendaki anda memperjuangkan Islam ? Memperjuangkan tuntutan syahadah ? bermakna sebelum ini anda sepatutnya sudah pun sibuk berjuang, mengabung diri dengan pihak yang membenarkan janji-janji Allah dan sibuk di dalam usaha mentauhidkan agama Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud : “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah : 216)

Pada saat anda sudah berjuang dan berjihad di jalan Allah swt kerana mahu membenarkan Iman dan menegakkan tuntutan syahadah maka syarat yang ke-enam ini datang untuk menyedarkan anda bahawa segala usaha itu haruslah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya.” (An-Nisa : 125)

Perlu difahami bahawa sewaktu kecamuk perperangan dan sewaktu genting jihad dilancarkan janganlah ada pihak yang membunuh dan dibunuh kerana marah dan geram, kerana mahu menjadi hero dan ketua, kerana mahu mendapatkan kemuliaan dan penghormatan sebaliknya wajib ditegaskan di dalam perjuangan dan amalan yang dilakukan bahawa segala-galanya kerana Allah swt dan harus ikhlas dan mensucikan jiwa dan diri daripada kesyirikkan.

Ketika inilah Iman itu dibuktikan melalui keIkhlasan bahawa hanya mereka yang ikhlas sahaja akan tetap dan istiqamah di atas jalan Allah yang lurus.

Ini dibuktikan melalui kisah dialog Iblis dengan Allah swt :

Firman Allah yang bermaksud : “Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?" Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil." Tuhan berfirman: "Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup. Dan tariklah sesiapa yang kamu sanggup di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga." (Al: Isra : 62-65)

Iblis ternyata akan menyesatkan manusia kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah swt dan siapakah mereka itu ?

Mari kita lihat jawapannya di dalam ayat Allah swt itu sendiri.

Firman Allah yang bermaksud : “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka." (Al-Hijr : 39-40)

Firman Allah yang bermaksud : “Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (Shaad : 82-83)

Hanya mereka yang ikhlas terselamat daripada rencana syaitan.

Ini dibuktikan lagi di dalam Kisah Nabi Allah Yusof

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu dan andaikata dia(Yusof) tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang Ikhlas.” (Yusof : 24)

Ternyata hanya mereka yang ikhlas sahaja akan terselamat daripada bencana dan perancangan Iblis yang begitu tersusun dan rapi. Lihat sahaja di dalam surah Al-Isra bagaimana Allah sifatkan bahawa Iblis itu akan menggunakan kekuatan askarnya, pasukan berkudanya yang dimaksudkan ialah kekuatan teknologi dan keilmuan serta perancangan rapi demi menyesatkan manusia. Ditaburi janji dan tipu helah dan diperdayakan dengan dunia serta isinya untuk anak-anak Adam menjadi syirik seperti Iblis dan akhirnya mengikutinya ke dalam neraka.

Sesungguhnya syahadah itu ialah kunci kepada syurga.

Kemuncak syahadah itu ialah al-wala dan al-bara dan itulah syarat seterusnya dan terakhir di dalam penerimaan Iman dan syahadah.


Syarat yang ketujuh : Mahabbah Fillah dan Bughdo FIllah yang bermaksud Mencintai dan membenci hanya kerana Allah yang di dalam istilah disebut sebagai Al-Wala Wal Al-Bara’


Pada syarat yang tertinggi dan terakhir di dalam soal penerimaan Iman dan tuntutan syahadah ini adalah mengehendaki supaya seseorang Muslim itu hendaklah mencintai Allah swt dan rasul-Nya melebihi segala-galanya yang ada dan wujud di atas muka bumi dan di seluruh alam ini.

Syarat yang tertinggi dan yang paling sukar.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan diantara manusia ada orang-orang yang mengambil sembahan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman Amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah Amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka akan menyesal).” (Al-Baqarah : 165)

Mencintai Allah dan rasul melebihi dirinya sendiri.

Mencintai Allah dan rasul melebihi suami dan isteri serta ahli keluarganya

Mencintai Allah dan rasul melebihi ibubapanya

Mencintai Allah dan rasul melebihi harta dan segala yang dimilikinya atau melebihi apa-apa yang ada di atas muka bumi.

Cukupkah sudah sekadar itu ?

Nanti dulu….masih berbaki.

Lebih hebat daripada mengosongkan hati kemudian mencintai melebihi diri sendiri ialah seseorang itu haruslah pula menjadikan dirinya hanya mencintai dan menyukai kerana disebabkan oleh Allah dan rasul dan hanya membenci kerana disebabkan oleh Allah dan rasul.

Membenci dan mencintai kerana menurut kehendak Allah swt.

Inilah darjat tertinggi dan merupakan syarat terakhir yang perlu dimiliki oleh seseorang manusia sebelum dia menjadi beriman dan sah keIslamannya.

Jiwanya sudah menjadi milik Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud : “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali-Imran : 92)

Cinta dan benci kerana Allah swt.

Sabda rasulullah yang bermaksud : “Tali iman yang paling kukuh ialah Mencintai kerana Allah dan Membenci kerana Allah.” (hadis sahih riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Demi jiwaku berada di tangannya, tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku dikasihi olehnya lebih daripada ayah dan anaknya.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Cinta dan kasih hanya kerana diperintahkan oleh Allah swt.

Sabda rasulullah yang bermaksud : "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman iaitu Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada segala-galanya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan tidak mencintai melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas diselamatkan Allah sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Apakah cukup sudah keimanan dengan hanya mencintai ? Jawapannya sudah pasti tidak kerana bagaimana pula dengan benci ?

Membenci hanya kerana Allah swt

Sabda rasulullah yang bermaksud : “Tali iman yang paling kukuh ialah Mencintai kerana Allah dan Membenci kerana Allah.” (hadis sahih riwayat Ahmad)

Bermaksud membenci syirik dan taghut itu ialah dia melawan dan menghancurkan kesyirikkan itu dengan hati, lisan dan tangannya.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya dia telah berpegang kepada ikatan tali yang Amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” (Al-Baqarah : 256)

Dimaksudkan benci ialah dia wajib mengingkari taghut itu, dia wajib menyalahi mereka dan memisahkan diri daripada taghut, syirik dan kekufuran dan mesti memastikan jalan kehidupan yang dilaluinya menyalahi serta menyelisih dengan kekufuran dan musuh-musuh Allah swt dan membencinya sebenci-bencinya.

Imam Muhammad Abd Wahab telah menyebutkan bahawa awal perkara yang diperintahkan oleh Allah kepada anak Adam ialah kufur kepada taghut dan segala yang menjadi sekutu kepada Allah.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan sungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).” (An-Nahl : 36)

Bahkan pada kalimah syahadah itu sendiri dimulai dengan penafian dan kekufuran terhadap taghut pada ucapan “Lailah” iaitu yang bermaksud tiada Ilah (penafian kepada semua ketaatan, sembahan dan sekutu bagi Allah).

Lihatlah pengajaran yang ditunjukkan oleh Allah melalui kisah Nabi Allah Ibrahim.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya Kami berlepas diri daripada kamu dari apa yang kamu sembah selain Allah, Kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara Kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah sahaja." (Al-Mumtahanah : 4)

Kerana itulah disebut di dalam syarat terakhir keimanan kepada Allah dan pelengkap kepada Kesahihan Iman dan kebenaran Syahadah ialah Meninctai dan membenci kerana Allah swt.

Imam Muhammad Abd Wahab menyebutkan bahawa tidaklah diterima Iman seseorang sehinggalah dia memusuhi taghut dan menyisih serta mengkufuri taghut dan kekufuran serta kesyirikkan. (Majmuat Tauhid ms 330)

Maka berkata pula Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah ra : “Thaghut itu setiap yang diagungkan tanpa kerana ketaatan kepada Allah dan rasulnya baik daripada manusia atau syaitan atau pun daripada berhala.” (Jami Rasail dengan tahqiq m/s 373 Jilid 2)

Di dalam membicarakan hal ini maka para ulama menyebutkan bahawa taghut ini tersangatlah banyak namun ianya dapat disimpulkan kepada lima kepala dan ketua kerana seperti maksud Syeikh Muhammad Abd Wahab ra : “Thaghut ini ialah umum maka setiap sesuatu yang disembah selain daripada Allah swt itu dan redha kepadanya bermaksud taghut…”

Syaitan

Dinyatakan di dalam Al-Qur’an bahawa Syaitan itu termasuk ketua thaghut (melampaui batas) yang sentiasa mengajak manusia menyembah selain daripada Allah swt dan merekalah yang menyesatkan anak-anak Adam sehingga mengambil taghut sebagai tuhan selain daripada Allah swt.

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :

Firman Allah swt yang bermaksud : “Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada keduanya 'aurat mereka. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu pula melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-A’raaf : 27)

Pemerintah Zalim yang Tidak Berhukum dengan Hukum Allah

Hal ini suatu yang jelas di sisi para ulama’ Islam sejak berzaman dan mereka telah pun bangun menyatakan kebenaran malangnya hari ini umat Islam lantaran takut kepada pemerintah dan kuasa yang ada di sisi pemimpin yang thaghut tunduk dan akur sambil menyembunyikan ketakutan mereka dengan beberapa patah dalil yang menyuruh mentaati pemerintah tanpa berani membicara lanjut di dalam persoalan tersebut.

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :

Firman Allah swt yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara Kitab-Kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan oleh Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44)

Apa-apa yang ditaati dan dijadikan Hukum yang bukan daripada Allah dan rasulnya

Segala sesuatu yang ditaati oleh manusia baik sistem, budaya dan adat atau perundangan yang menguasai dan mengatur hidup manusia yang bukan diturunkan oleh Allah swt dan juga bukan disampaikan oleh baginda rasulullah maka ianya merupakan salah satu di antara apa yang di sebut sebagai taghut oleh para ahli ilmu Islam.

“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qisas) nya, Maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” (Al-Maidah : 45)

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya : “Orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, karena Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.” (An-Nisa : 60)

Pada hari ini manusia semuanya tunduk kepada sistem ekonomi riba, perundangan kuffar berasaskan keputusan mahkamah lama Britain, percaturan politik barat, ketetapan itu dan ini serta peraturan yang dipakaikan kepada tengkuk manusia keldai yang hidup demi sesuap pagutan rumput kertas yang bercopkan gambar-gambar pemerintah maka apakah hukumnya menjadi mereka yang mentaati apa-apa yang bukan daripada Allah dan rasul ?

Mereka yang Mengaku Mengetahui Ilmu Ghaib Tanpa dari Kitab dan Sunnah

Golongan yang mengaku sebagai mengetahui perkara ghaib dan boleh menyembuhkan sakit, mengetahui di manakah letaknya barang yang hilang, serta dapat menunjukkan siapakah yang mencuri dan mengambil barang orang-orang serta pelbagai lagi hal yang berkait sihir dan ilmu ghaib tanpa pertunjuk dan dalil daripada kitab dan sunnah ialah salah satu di antara kepala-kepala thaghut.

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :“(Dia adalah Tuhan) Yang mengetahui hal yang ghaib, Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya, Maka Sesungguhnya Dia Mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya.” (Jin : 26-27)

Pada hari ini, para ahli sihir dan golongan yang mengaku mengetahui hal yang ghaib tidak lagi seperti Hamman pembantu Firaun yang berjampi serapah atau seperti datuk-datuk dukun yang bertasbih besar bersila menyembuhkan sakit demam dan menjenguk (melihat) geluk jampi seperti gaya cerita Nujum Pak belalang rekaan P. Ramlee sebaliknya para thaghut hari ini yang mengaku mengetahui kisah-kisah yang ghaib ialah para saintis dan ahli teknologi dan kemodenan yang berpakaian kot dan sut-sut mewah dengan bertali leher sambil mengaku mengetahui apa sahaja dan boleh menjelaskan apa sahaja secara rasional yang berlaku di alam ini.

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya : “Dan Demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah kami sebelumnya kamu tidaklah mengetahui Apakah Al kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui Apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan Dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (As-Syura: 52)

Mereka mengatakan itu dan ini berdasarkan teori-teori dari makmal mereka lalu kemudian menjangka hujan dan cuaca di mana-mana sahaja pelusuk bumi. Mereka juga mampu menciptakan klon dan genetik baru lalu mendakwa berjaya menciptakan manusia dan boleh mengubah suai segala ciptaan Allah swt menurut kehendak mereka.

Golongan inilah yang mengatakan manusia berasal daripada kera dan mawas menurut teori evolusi mereka.

Puak ini juga berfahaman atheis yang tidak mempercayai tuhan lantaran mengaku hampir mengetahui setiap perkara di dunia ini. Mereka menjelaskan fenomena ketakutan sebagai reaksi tidak balas saraf dan otak dan imej negative di dalam mata sebagai apa yang melajukan gerak jantung dan pelbagai lagi teori mereka mengambarkan kebodohan mereka terhadap kebesaran Allah swt sebagai tuhan yang Maha Pencipta.

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya : “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana Dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengerti.” (Luqman : 34)

Golongan Yang Menyembah Selain daripada Allah swt

Tidak ada sesiapa pun yang lebih malang daripada mereka yang kerugian di dunia dan juga di akhirat dan mereka ini ialah golongan yang menyembah selain daripada Allah swt lalu kehinaan menjadi milik mereka di dunia dan di akhirat. Di akhirat kelak apa-apa yang telah disembah oleh golongan yang malang ini akan berlepas diri daripada mereka.

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya : “Berkatalah orang-orang yang telah tetap hukuman ke atas mereka; "Ya Tuhan Kami, mereka Inilah orang-orang yang Kami sesatkan itu; Kami telah menyesatkan mereka sebagaimana Kami (sendiri) sesat, Kami menyatakan berlepas diri (dari mereka) kepada Engkau, mereka sekali-kali tidak menyembah kami". (Al-Qasas : 63)

Termasuk mereka ini sebahagian daripada kepala-kepala thaghut apabila mereka menyembah selain daripada Allah swt dan mengambil sesuatu selain daripada Allah sebagai sembahan mereka dan mentaatinya baik secara sukarela atau pun kerana dipaksa.

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya : “Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) Allah menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain daripada Allah, lalu Allah berkata (kepada yang disembah); "Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hamba-Ku itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?". (Furqan : 17)

Firman Allah swt yang bermaksud : “Mereka (yang disembah itu) menjawab: "Maha suci Engkau, tidaklah patut bagi Kami mengambil selain Engkau (untuk jadi) pelindung, akan tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapak-bapak mereka kenikmatan hidup, sampai mereka lupa mengingati (Engkau); dan mereka adalah kaum yang binasa". (Al-Furqan : 18)

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya : “ Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan Kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat engkar.” (Az-Zumar : 3)

Sebahagian yang lain pula mungkin akan mengatakan kami tidak pun menyembah sesiapa pun, sebaliknya kami tunduk dan ruku’ serta patuh kepada peraturan yang sudah dipakaikan ke tengkuk kami sebelum kami lahir yang telah dipegang oleh orang-orang tua kami. Kami ditanamkan mesti patuh kepada sistem yang ada demi menjaga keharmonian masyarakat, demi kemakmuran dan demi keselesaan serta kebaikan itu ialah apa yang telah diajarkan kepada kami.

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :“ (Kepada Malaikat diperintahkan): "Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah.” (As-Shoffat : 22)

Di atas nama disiplin seorang bawahan dibasuh supaya mentaati orang atasan tanpa persoalan dan di atas nama keselamatan dan keharmonian maka rakyat dipupuk mengikuti peraturan yang telah ditetapkan kepada mereka manakala pihak atasan dan orang-orang yang berkuasa berlumba-lumba menyamun dan merompak serta melanggar segala batasan dan had demi kepuasan hawa nafsu mereka lalu menjadilah mereka sebagai thaghut yang tersenarai di dalam kitab Allah swt.

Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya : “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipersoalkan.” (Al-Israa : 36)

Firman Allah yang bermaksud : “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. kerana itu Barangsiapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya dia telah berpegang kepada ikatan tali yang amat kuat yang tidak akan putus dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” (Al-Baqarah : 256)

Penyisihan dan kebencian mutlak terhadap taghut dan syirik ialah apa yang disebut sebagai bara’ah iaitu melepaskan diri daripada perkara yang dibenci oleh Allah swt dan menjauhkan diri daripada mereka inilah sikap yang perlu dimiliki oleh mereka yang beriman.

Surah At-Taubah atau yang juga dikenali sebagai surah Bara’ah (surah perlepasan diri) turun berkenaan isu ini iaitu pengisytiharan bahawa Allah dan rasul berlepas diri daripada orang-orang yang musyrik (melakukan syirik dan kafir) terhadap Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud : “(Inilah pernyataan) pemutusan hubungan dari Allah dan RasulNya (yang dihadapkan) kepada orang-orang musyrikin yang kamu (kaum muslimin) telah mengadakan perjanjian (dengan mereka).” (At-Taubah : 1)

Pengisytiharan ini dilengkapi dengan seruan perang terhadap mereka pada ayat yang kelima di dalam Surah At-Taubah :

Pengumuman perang terhadap musyrikin

Firman Allah yang bermaksud : “Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah mereka ditempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.” (At-Taubah : 5)

Hal ini menjelaskan bahawa orang-orang yang musyrikin itu harus tunduk kepada kekuasaan Islam dengan menjadi ahli zimmi yang membayar cukai dan mematuhi hukum Islam atau mereka diperangi dan dibunuh sehingga tiadalah yang berkuasa dan memerintah di dunia ini kecuali dengan kehendak Allah swt.


Jawablah kepada mereka dengan Firman Allah yang bermaksud : “Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahawa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan.” (Ali-Imran : 178)

Ingatlah takala Allah befirman yang bermaksud “Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? "Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan-Nya, maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian pun bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.” (Al-Kahfi : 103-105)

Akhir kata,

Firman Allah yang bermaksud : (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah : 286)

1 comment:

mail lambong said...

artikel yang baik dan kupasan yang teliti..minta izin dipamerkan di blog ana..