Sunday, October 25, 2009

Menyingkap Salah Faham Umat Berkenaan REZEKI


Adalah merupakan satu kesedihan kepada kita apabila disebabkan oleh kejahilan maka ramai umat Islam terpedaya dan disesatkan oleh Iblis dengan mudah. Benarlah pesanan para ulama salaf berkenaan kepentingan ilmu bahawa ianya ialah cahaya dan penerang malam yang gelap.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan." (hadis sahih riwayat Muslim, No. 4824)

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula." (Hadis sahih riwayat Muslim no. 4828)

Tanpa ilmu maka manusia akan mudah disesatkan.

Salah Faham Umat Berkenaan REZEKI


(Sila Klik Gambar untuk mendapatkan imej yang jelas)


Jika anda melihat ke dalam Graft REZEKI yang telah saya bentangkan maka kita akan memahami bahawa rezeki kita sudah ditetapkan.

Allah befirman : (yang bermaksud) "Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Al-hadid : 22)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Begitu juga pesan dari Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda, ‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

Jumlah wang yang akan diperolehi, jumlah kekayaan, jumlah harta semuanya sudah tertulis sejak awal kejadian kita lagi. Maka sebagai umat Islam yang beriman sepatutnya tiada kebimbangan di hati kita dan merasa RUGI dan HARTA BERKURANGAN apabila kita berSEDEKAH atau melakukan amalan KEBAJIKAN.

Allah befirman : (yang bermaksud) : " Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tingi, yang menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaan-Nya), dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk." (Al-A'la : 1-3)

Kurangkah HARTA kita jika BERSEDEKAH ? Sedangkan Jumlahnya sudah DITETAPKAN maka ianya tidak berkurangan kerana JIKA kita tidak bersedekah sekalipun maka harta itu (bahagian yang diperuntukkan untuk bersedekah itu) tetap akan kita belanjakan ke jalan yang lain.

Mencari rezeki pula hendaklah menurut syariat, ada orang bekerja 24 jam sehari dengan HARAPAN PALSU dari syaitan akan mendapat REZEKI YANG LEBIH namun benarkah kepercayaan itu ?

Allah befirman : (yang bermaksud) : “Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kedekut); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.” (Surah Al-Baqarah : 268)

Rezeki kita sudah ditetapkan tiada rezeki lebih dengan berusaha lebih khasnya bila usaha itu menyalahi SYARAK, menyebabkan kita MENGABAIKAN kewajipan lain yang lebih penting seperti tanggungjawab sebagai ISTERI, SUAMI, IBU BAPA dan lalai dengan perintah Allah seperti MENUTUP AURAT, MENJAGA SOLAT DAN AMALAN FARDHU.

Allah befirman : (yang bermaksud) "Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)." (Ar-Radd : 26)

MASA Kita sangat berharga maka sepatutnya kita pergunakan ke JALAN ALLAH dengan beramal untuk agama agar menjadi bekal kita di akhirat bukan menghabisi masa mencari habuan dunia sehingga Akhirat kita kerugian.

Wahai ibu, wahai ayah...sedarilah persoalan TAKDIR di dalam BAB REZEKI ini.

Allah befirman : (yang bermaksud) "Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata." (As-Saba : 24)

Jangan kau fikir HARTA yang LEBIH itu MAMPU membahagiakan kamu, itu semua adalah PERMAINAN SYAITAN yang menjanjikan kebaikan, kemewahan dan meniup di hati-Mu bisikan-bisikan janji-janji kosong.

Allah befirman : (yang bermaksud) "Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai." (Ar-Rum : 7)

"Kalau aku kaya ini aku boleh beramal sekian dan sekian, tak mengapa langgar benda haram nanti bila dah kaya aku tebus balik, nanti aku solat, nanti aku dah kaya akan aku buat banyak kebaikan, nanti dan nanti maka akhirnya MENINGGAL dan MENEMUI ajal di dalam ANGAN-ANGAN yang dicipta oleh Syaitan."

Allah befirman : (yang bermaksud) "Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal (saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga). " (As-Saba : 37)

Kembalilah kepada KEHIDUPAN BERAGAMA MENGIKUT KITAB DAN SUNNAH

Kesimpulannya daripada kita membelanjakan harta kita ke jalan yang HARAM dan TIDAK BERMANFAAT maka adalah LEBIH BAIK jika KITA menyumbang dan mempergunakannya ke JALAN ALLAH untuk manfaat kita di hari Akhirat.

Allah befirman : (yang bermaksud) "Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. " (Al-Baqarah : 262)

Rezeki ialah alat (tools) yang diberikan oleh Allah untuk kita beramal mengumpul bekal di hari Akhirat. Jangan terpedaya oleh Iblis dan Syaitan yang merisaukan kita tentang harta dan rezeki kerana semuanya sudah ditetapkan.

Pergunakanlah rezeki ke jalan yang Halal dan bermanfaat.

Allah befirman : (yang bermaksud ) "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. " (At-Thalaq : 7)

Berusahalah Mencari Rezeki bersungguh-sungguh untuk dipergunakan ke Jalan ALLAH dengan mengikut Syariat ALLAH dan menyakini bahawa jumlah rezeki kita telah ditakdirkan dan ianya tidak akan berubah walau segigih mana pun aku berusaha.

Rasulullah s.a.w bersabda: (yang bermaksud) "Janganlah berlengah-lengah di dalam usaha mencari rezeki, kerana seorang hamba tidak akan mati sehinggalah rezeki paling akhir (untuknya di dunia) diberikan untuknya (dari ketetapan Allah), maka takutlah kepada Allah, dan perelokkan (bersungguh-sungguh dalam usaha) mencari rezeki, ambillah sumber halal dan tinggalkanlah yang haram." (Sahih al-Jami’, nombor: 7325)

Apabila ditanya kepada kita "habis mengapa kamu berusaha dengan gigih jika begitu ?" Maka Jawablah dengan Yakin : "Aku bekerja gigih dan berusaha bersungguh-sungguh walaupun aku sudah yakin dan tahu bahawa rezeki aku telah ditetapkan ialah KERANA ianya perintah Tuhan.

Allah memerintahkan aku untuk bekerja dengan GIGIH dan Sunnah Nabi mengajarku untuk bersikap RAJIN dan tiada tempat untuk orang yang MALAS di dalam agama ini."

Itulah dia baru dinamakan UBUDIYAH, pekerjaan menjadi IBADAH.

No comments: