Saturday, September 26, 2009

Bukan Awla' Membawa Alpa

Baru-baru ini sewaktu melayari internet, saya ada terjumpa sebuah blog yang memuatkan cerpen tentang Cleopatra, terasa lucu membacanya apabila yang menulis ialah seorang pelajar agama daripada timur tengah.



Lanjutan daripada blog ustazah tersebut, saya kemudiannya menemui iklan daripada sebuah Persatuan pelajar di Timur Tengah yang menganjurkan pertandingan menulis cerpen dan novel pusi serta sebagainya.

Saya tertawa buat seketika, kemudiannya tersenyum sinis dan akhirnya merasa sedih.

Saya sedih kemudiannya apabila memikirkan betapa ramai para "bakal" ustaz dan uszatah yang disibukkan dengan pelbagai perkara yang bukan Awla seperti menulis cerpen, novel dan berkhayal sastera.

Sekarang sudah muncul fenomena "Cinta Agama" atau dakwah melalui ayat-ayat Cinta.



Kalaulah para ustaz dan ustazah daripada timur tengah boleh berimaginasi dan berkhayal sastera di sana sini menghasil puisi puitis, karya syahdu, berangan-angan dengan cinta yang indah, apakah lagi baki yang tinggal kepada anak-anak muda mentah ?

Kerap kali saya berjumpa di profile orang yang "menambah" saya di facebook mereka sebagai penggemar filem korea dan peminat novel ayat-ayat cinta.

Bukan sukar untuk saya menemui gadis-gadis bertudung labuh dan berpurdah yang "bergedik" dengan lagu-lagu nasyid bertema cinta.

Apabila kehidupan yang dilalui saban hari tidak didasari oleh Aqidah yang Sahih, manhaj kehidupan yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah maka kehancuran umat adalah semakin dekat.

Bagi menghadapi situasi yang sukar ini saya berpendapat sudah tiba masanya cerita-cerita wanita Islam dan tokoh salaf terdahulu perlu ditampilkan kepada massa.

Islam (yang sahih) perlu mengambil alih dunia...

Kisah berkenaan Khadijah isteri yang setia perlu diketengahkan bagi mengantikan cerita cinta yang hina, kisah Zubaidah isteri Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bijaksana perlu ditampilkan bagi mengantikan cerita Cleopatra yang jelek.

Pengajaran-pengajaran berkenaan kisah hidup wanita salaf terdahulu seperti teladan isteri-isteri rasulullah, para sahabat wanita perlu disuburkan sentiasa kepada para gadis dan wanita Islam agar mereka terbiasa dengan agama.

Kita perlu ketengahkan kepada mereka bahawa para wanita salaf terdahulu tidaklah bercinta sebelum nikah, tidak bercouple dan berkasih-kasihan sebelum diakad nikah.

Kita perlu cerita kepada mereka para sahabat wanita berkahwin dan bercerai sebagai fitrah dan lumrah kehidupan. Zainab Al-Jahsyi merupakan isteri kepada Zaid bin Haritsah anak angkat rasulullah dan setelah bercerai dengan Zaid maka Zainab kemudian telah dikahwini pula oleh rasulullah, bapa angkat kepada bekas suaminya ~ No hard Feeling...tanpa segan silu...tanpa resah pilu atau nasyid dan sendu...

Kita perlu bercerita kepada mereka Umar bin Khattab yang tua meminang anak Ali bin Abi Tolib bernama Ummul Kultsum yang masih muda usia dan ~ No hard feeling...tiada menjadi berita sensasi atau menjadi tajuk utama di media massa...

Kita perlu bercerita kepada mereka bahawa rasulullah di datangi oleh wanita yang menawarkan diri kepadanya dan apabila baginda tidak menginginkan wanita tersebut maka sahabat yang berada di sisi baginda meminta untuk menikahi wanita itu dan baginda kemudian menikahkan mereka dengan mahar daripada ayat Al-Quran lantaran kemiskinan lelaki itu....tiada menjadi heboh dan kecoh semua jiran tertangga...habis mengata sekampung...miskin tapi gatal nak berkahwin...

Ianya berlaku sekelip mata ~ no hard feeling.

Sungguh Islam yang di amalkan oleh mereka (kaum muslimin) di zaman salaf adalah sangat berbeza dengan kita.

Ketika di dalam kereta, radio IKIM mengumandangkan lagu nasyid cinta-cintan Islamik maka saya lantas menukar tune radio di kereta saya kepada radio RTM berbahasa India.

Saya memerlukan suara radio dibuka agar dapat menguatkan saya sewaktu memandu di tengah malam.

Mendengar lagu India dan nyanyiannya yang saya tidak fahami adalah lebih saya sukai daripada mendengar lagu nyanyian nasyid yang durjana.

Lagu India tidak menyesatkan saya, ianya bahkan mengundang kebencian saya terhadapnya tetapi lagu nasyid dengan iramanya yang memuji tuhan dan dendangannya yang mendayukan dan rentaknya yang mengerakkan bahu-bahu dan kepala para gadis, mengerakkan tangan dan kaki-kaki para gadis yang menghayatinya, lalu mengedikkan mereka di atas nama tuhan.

Itulah kegedikkan di atas nama Tuhan.

Masyarakat kita perlu diubah dan pembinaan tamadun serta ummah Islam perlu di dasari kepada Kitab dan Sunnah.

Menjadi tanggungjawab besar kepada para pendakwah seperti Ustaz dan Ustazah untuk menyibukkan diri mereka dengan perkara yang lebih awla.

Hendaklah Persatuan Pelajar Agama di Timur Tengah menganjurkan pertandingan menulis Kitab, pertandingan menghasilkan karya agama, syarah hadis, kupasan feqah, takhrij dan tahqiq risalah-risalah ilmiah dan membudayakan ilmu yang dituntut di dalam agama berbanding menganjurkan pertandingan menulis cerpen dan puisi.

Itu satu kebodohan dan kebuntuan pemikiran yang merasa pengajian agama sudah selesai dengan beroleh sekeping ijazah kertas yang bernilai Rm 2.40 jika tidak kerana cop dan tandatangan yang wujud di atas kertas tersebut.



Sekiranya jumlah pelajar yang menyertai pertandingan menulis kitab, risalah ilmiah, menghasilkan karya sirah dan sejarah Islam, ulasan dan kajian masalah feqah berjumlah 100 buah karya setahun bayangkanlah jumlah naskah ilmu yang akan terhasil apabila 2 tahun ? 5 tahun ? dan seterusnya...

Banyak di kalangan kita lupa dan alpa perkara yang awla sehingga mereka terjebak dengan masalah-masalah dan perbuatan yang membuang masa.

Tidak salah menghasilkan cerpen, jika di dalamnya tersarat bahan ilmiah, catatan sirah dan rujukan berguna serta nasihat-nasihat agama yang menepati sunnah dan kehendak agama.

Namun yang disesali apabila keutamaan ditinggalkan, feqah tidak mengerti, sirah masih tidak dikaji, hadis masih tidak di tapis, tafsir al-quran masih terbengkalai tetapi sibuk mahu mengasah bakat menjadi penulis dan sasterawan muda.

Tidak mengapa jika itu jalanmu tetapi usah kau kata mahu berdakwah dengan mata pena jika ilmu tiada di dada kerana perbuatan-Mu itu hanyalah mengundang bencana apabila menyesat manusia dengan Mata Pena.

Segala Puji Hanyalah Bagi Allah SWT.

8 comments:

cokobong said...

mohon izin untuk disebarkan artikel ini.

saya pernah sentuh dahulu tapi tak sekuat hujah ustaz.

..::بشرى::.. said...

kegedikkan di atas nama Tuhan,huh!
mabukkan kisah2 khayalan cinta dan apatah lagi mabuk cinta adalah suatu perkara yang sukar utk di nasihatkan...ibarat orang yang mabuk candu..di ajak membaca kitab2,di jawabnya nanti2 lah dulu,di lihat kita yang kurang pandai berbahasa arab ini membaca kitab2 terjemahan,di katanya nanti kau berguru dgn syaitan,kau mesti bertalaqqi! xblh membaca seorag diri..arrgh! sgt bengang dgn pemikiran org seperti ini,yg dia tau,korea,ayat2 cinta,lagu2 cinta,bercerita ttg pilihan hati...arrrgh! sungguh membosankan! malang sekali pejuang agama kita ramai yg merpemikiran dangkal seperti ini

cokobong said...

sedikit persoalan untuk ustaz,

apa yang ustaz akan jawab kalau karyawan2 cinta islami ini membidas

"ini wadah kami berdakwah,ini pun salah satu medium juga kan? ini usaha kecil yang kami buat...saya harap kamu dapat berlapang dada.."

Ustaz Emran said...

salam,

Jawapan saya ialah berikut :

1) apa yang kamu dakwahkan ? kegedikkan di atas nama tuhan ? atau seruan kepada Islam menurut sunnah rasulullah ?

Dakwah Islam ialah ibadah, perbuatan Ibadah mesti berpandukan kepada pertunjuk kitab dan as-sunnah.

sebab itu saya tegaskan, dakwah memerlukan ilmu bukan semua orang boleh berdakwah.

http://ustaz.blogspot.com/2008/12/pendakwah-wajib-menguasai-ilmu-alat.html

Dakwah terbahagi kepada tiga : 1) Menyampaikan ilmu 2) Mendidik (tarbiyah) 3) Melaksanakan perintah Amar makruf nahi mungkar

Jihad itu ialah dakwah (under no.3) untuk mencegah syirik, kezaliman, menegakkan keadilan.

So kalau ilmu ciput...maka tidak layak berdakwah...

tapi boleh menyampaikan ~ menyampaikan ilmu seperti yang didengarinya tanpa TOKOK TAMBAH, EDIT DAN SYARAH.

Kerja ini ibarat perawi-perawi ilmu (perawi hadis) dan bukan semua ilmu mereka DITERIMA kerana banyak yang ditolak sebab perawinya DHAIF, GEDIK, AHLI BID'ah , FASIQ, PENDUSTA, LEMAH INGATAN.

Sebab itu di dalam Islam...

Dakwah mesti didasari ilmu..

Menyampaikan ilmu maka semua orang boleh...tapi tanpa syarah, tanpa edit, tanpa tokok tambah (penyampai berita) = wartawan.

Karyawan seni Islam...apa dakwah yang mereka seru ?

Cinta cintan ?, menghasilkan masyarakat yang jauh dari tuhan atau yang ingat tuhan ketika bercinta dan berangan-angan...??

Mengatas nama tuhan pada hubungan gedik cinta ?

Bukankah patut pokok isi dakwah itu ialah tauhid, aqidah, ibadah, iman dan taqwa serta seruan kepada syurga dan ancaman neraka ?

Sebab itu topik-topik (subjek) dakwah sudah pun disebut jelas dalam kitab-kitab ulama.

So apa yang diseru dari novel ? cerpen ? puisi ?

Memanglah ada mesej...lagu greenday pun ada mesej positif. :)

Wallahu'a'lam

Ustaz Emran said...

kepada saudara 2ndstopsolution, semoga jawapan saya di atas dapat menjawab persoalan saudara.

terima kasih di atas pertanyaan.

Salam hormat.

Anonymous said...

Dear Ustaz, hope you can write in English, rest of the world would love to share your though.

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

hudhud said...

saya suka pandangan ustaz..
hmm..cuma sekadar ingin memberi pndapt..adlh tidak adil jika menujukn kaum wanita@gadis2 saja yg trhnjut bahu atau hanyut di buai lagu2 mcm tu, padahal ade juga kaum lelaki yg sebegitu..
biarlh ustaz menegur secara keseluruhan dan bijaksana,(remaja etc..) biar semua terasa akan kesilapan masing2..maaf jika apa yg sye katekn silap