Tidak Boleh Meminta atau Menerima Pertolongan Orang Kafir Dalam Memerangi Umat Islam sekalipun Mereka ialah Golongan Pengganas atau Pemberontak (Bughah)
Begitu tinggi darjah kedudukan Umat Islam apabila sekalipun berlaku perberontakan dan perselisihan maka hendaklah masing-masing didamaikan serta disatukan di bawah kitab Allah dan sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam.
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِين
“Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! tetapi kalau yang satu melanggar Perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar Perjanjian itu kamu perangi sampai mereka kembali pada perintah Allah. kalau Dia telah kembali, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu Berlaku adil; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang Berlaku adil.” (Al-Hujurat : 9).
Disebut di dalam Kitab Al-Ahkam Sulthoniyah bahawa apabila berlaku perberontakan maka hendaklah di seru kedua-duanya kepada kitab Allah swt dan sunnah rasul-Nya maka sekiranya salah satu daripadanya enggan dan berdegil mahu tetap di atas kerosakkan maka mereka boleh diperangi tetapi tidak boleh sama sekali bagi pihak yang berkuasa meminta atau menerima pertolongan orang yang kafir dalam memerangi pihak yang melampaui batas tadi.
(lihat Al-Ahkam Sulthoniyah oleh Qadhi Abi Ya’la m/s 66)
Malangnya pada hari ini, di bawah sistem pemerintahan dan politik yang jauh dari pertunjuk Islam pihak pemerintah telah melakukan banyak kesalahan di antaranya meminta bantuan dan kepakaran kuffar serta sebahagian yang lain sampai ke tahap meminta bantuan ketenteraan kuffar bagi memerangi sesama umat Islam khasnya apa yang berlaku di negara-negara Arab.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ بَلِ اللَّهُ مَوْلاكُمْ وَهُوَ خَيْرُ النَّاصِرِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindungmu, dan Dia-lah Sebaik-baik penolong.” (Ali-Imran 49-50).
Para ustaz dan alim ulama yang kebanyakkannya keluaran pusat pengajian di negara-negara arab yang bersistemkan monarki (kuasa beraja) di momokkan dengan aliran salafiyah turut terpedaya dengan pemikiran aneh mereka apabila turut menyokong pembantaian sesama umat Islam kerana fitnah yang dilemparkan oleh barat kepada sekelompok “mujahiddin” sebagai pengganas yang disebut “bughah” lalu menyetujui pembunuhan kelompok “pemberontak” ini habis-habisan sehingga melanggar segala tata tertib dan juga hukum syariat.
Sebahagian ulama Islam serta dari riwayat Imam Ahmad ra seperti yang disebutkan di dalam kitab Al-Ahkam Sulthoniyah sendiri menyebutkan bahawa di larang mengunakan Manjanik (sejenis senjata dahulu semacam meriam) terhadap umat Islam yang memberontak atau disebut bughah (pada hari ini mereka dinamakan pengganas). Maka apatah lagi pula menggunakan senjata yang lebih berat dan bahaya daripada hal yang tersebut ?
Maruah mereka, harta mereka dan juga rumah-rumah mereka tidak boleh diruntuhkan dan dianaiyai hak-hak mereka seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan pemerintah terhahap para pejuang Islam yang dilabelkan sebagai pengganas. Malang sekali umat Islam hari ini apabila mereka tidak didamaikan kepada kitab Allah dan sunnah rasulullah sebaliknya diseru kepada sistem-sistem politik rekaan kuffar dan disyaratkan supaya mematuhi apa yang telah ditetapkan barat kepada kita dan sekiranya menolak maka dijatuhkan hukum bughah (pengganas) oleh pihak pemerintah dan dipersetujui pula oleh ulama yang memegang pendapat aneh boleh mentaati ulil amri sekalipun mereka jelas berwalakan kuffar dan menolak syariat Allah swt.
لا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, Sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. mereka Itulah golongan Allah. ketahuilah, bahawa Sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” (Al-Mujadalah : 22)
Bukan sekali dalam sejarah peperangan di antara negara-negara arab menyaksikan kuasa-kuasa pemerintah sistem beraja merasa tergugat lalu segera menyeru sekutu-sekutunya baik Amerika dan Britain atau Perancis satu ketika dahulu untuk memberikan bantuan dan pertolongan. Bahkan sikap ini juga wujud di tanah melayu apabila pihak pemerintah merasa tergugat atau berlaku perebutan takhta di dalam negeri maka segera menyeru British memberikan sokongan dan pertolongan sehingga dengan demikian bertapaklah kuasa penjajah barat di tanah melayu suatu ketika dahulu.
Masih kita ingat sejarah melayu cuba di tutup rapat dan dikaburi supaya tidak memaparkan sikap pengkhianatan yang dilakukan oleh ketua-ketua dan pembesar utama negeri yang meminta pertolongan kuffar baik Belanda atau British bagi mempertahankan kedudukan pemerintahan mereka bukannya kedaulatan negeri.
Juga sama sekali kita tidak akan pernah lupa bahawa sebuah pulau yang menjadi negeri hari ini dahulunya pernah dijualkan oleh pemerintah kepada pihak kuffar dengan bayaran yang cukup murah hanya kerana mahu menjaga kedudukan pemerintahan dan kejahilan kita kepada hukum hakam syarak.
Semenjak dahulu tanah melayu dan umat Islam jarang sekali bertanyakan hukum hakam dalam berpolitik apakah nasihat agama pada sekian-sekian tindakan sedangkan syarak Islam cukup meluas mencakupi seluruh aspek kehidupan termasuk politik dan pentadbiran.
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً
"Muhammad itu rasul Allah dan golongan yang bersamanya bersikap keras terhadap kuffar dan berkasih sayang di antara mereka dan kelihatan dari mereka beruku' dan bersujud dan mereka mencari fadhilat dari Allah dan redha-Nya" (Al-fath : 29).
Kurangnya Kefahaman Fiqh Aqidah Berkait Al-Wala Wal Bara’ah
Di sebut di dalam kitab as-sahih bahawa Nabi sallahualaihiwasalam pernah keluar menuju Badar untuk berperang lalu muncul seorang daripada kaum musyrikin menyusul mahu mengikuti baginda sehinggat sampai di Herat lalu berkata kepada baginda bahawa dianya mahu mengikuti baginda dan rela berkorban untuk baginda rasul maka di jawab oleh rasulullah ; “Apakah kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya?” lalu di jawab tidak oleh lelaki tadi, maka di balas kembali oleh baginda dengan sabdanya : “ Kembalilah, kerana saya tidak akan meminta pertolongan kepada orang musyrik.” (hadith sahih riwayat Ahmad dan Muslim).
Permasalahan yang berlaku kepada umat Islam ialah kerana lemahnya fiqh aqidah Al-Wala Wal-Bara’. Mana-mana pemimpin yang mahu di wala (ditaati) oleh umat dan rakyatnya hendaklah juga berwala (mentaati) kepada kitab dan sunnah rasulullah .
Pemerintah yang wujud pada masa kini ialah “pemerintahan urfi” iaitu pemerintahan adat dan budaya setempat yang memikul tugas sebagai pemimpin setempat dan berdasarkan adat budaya sesuatu kawasan yang tidak memikul tugasan sebagai pemerintah agama atau wliul amr yang memiliki tugas-tugas syarak seperti memelihara aqidah, memelihara agama dan menegakkan hukum Islam serta memelihara hak-hak umat di dalamnya.
Maka ketaatan kepada mereka ialah dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang keduniaan dan urusan pentadbiran kehidupan bukan persoalan syarak dan agama.
Perintah mentaati pemimpin ialah daripada kitab dan sunnah maka sekiranya pemimpin tersebut tidak pula mentaati kitab dan sunnah maka ketaatan kepadanya juga tercabut sekali cuma menjadi khilaf di kalangan ulama apakah ketaatan itu tercabut separuh sahaja sekadar dalam hal yang pemimpin tadi menyalahi kitab dan sunnah atau umum semuanya dicabut sehingga boleh kita menukarkannya dan memeranginya bagi menjatuhkannya.
Hal ini bukan pelik kecuali kepada graduan atau keluaran pelajar daripada universiti arab yang negaranya bersistem monarki beraja yang memaksa rakyat dan ahli ilmuan tunduk kepada mereka dengan menobatkan faham yang menjurus kepada ketaatan buta kepada pemimpin sebagai mengekalkan takhta mereka lalu menyuapkan mulut-mulut syeikh-syeikh ini dengan juta-jutaan wang dan kekayaan serta sokongan bagi melebar-luaskan fahaman karut ini.
Di dalam sirah Islam kita melihat berlaku pertukaran khilafah dan dinasti daripada Umawiyah kepada Abbasiyah dan sesungguhnya kebanyakkan ulama dan alim ilmuan hari ini lemah kemampuan ijtihad dan keberanian mereka dalam memperjuangkan isu realiti umat sebaliknya bergelumang dengan ilmu mati (ilmu sanad dan hadith) tetapi lemah dalam ilmu hidup (ilmu syariat dan siyasah waqi’iyah) tanpa kita menafikan kepentingan mana-mana ilmu cuma satu teguran supaya mementingkan aspek realiti dalam beragama.

wallahualam,
p/s :
Apa yang dinukilkan di sini ialah semata-mata pendapat yang dipandu daripada beberapa hujah ilmiah yang boleh dinilai dan ditolak juga dengan hujah ilmiah.
Segala puji hanyalah bagi Allah swt
No comments:
Post a Comment