Monday, December 05, 2005

Kekeliruan Pengunaan “Ahlul Sunnah Wal Jamaah” Dengan Menisbahkannya Pada Kelompok Asya’irah dan Maturidiyah

Penulisan ini tidak bercadang memanjang lebar perbahasan hangat mengenai wahabi atau membela mana-mana kumpulan tetapi sebagai seorang guru agama ana tidak dapat membiarkan mana-mana pihak menyelewengkan kefahaman umat Islam apabila menyempitkan takrif Ahlul Sunnah Wal Jamaah hanya kepada dua kumpulan iaitu “Asya’irah” dan “Maturidiyah” .

UTUSAN MALAYSIA
30 Nov 2005
Forum
"Kebanyakan orang awam menyangka bahawa perselisihan golongan Wahhabi dengan golongan ahli sunnah (Al-Asya'irah & Al-Maturidiah) hanya tertumpu di bidang ranting dan furuk syariat semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Namun jika kita membaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi maka kita akan mendapati bahawa perselisihan antara mereka dengan golongan Ahli Sunnah Waljamaah juga bersangkut paut dengan soal akidah. Tidak pernahkah saudara Khairul Effendi membaca atau terbaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi yang mengharamkan pembelajaran tauhid sifat 20 yang merupakan suatu ilmu yang dipelajari oleh umat Islam yang tinggal di rantau Asia Tenggara bahkan hampir di seluruh dunia Islam? Tidakkah saudara pernah terbaca buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh Wahhabi yang mendakwa Allah Taala itu tempat-Nya di langit? Sebagai seorang pembimbing jemaah haji yang sudah tentu sering berulang alik dari tanah air ke tanah suci maka adalah suatu yang agak ganjil jika saudara tidak mengetahui mengenainya. Iktikad yang dipegang oleh golongan Wahhabi yang mendakwa bahawa Allah itu wujud dengan memerlukan tempat sudah cukup untuk membuktikan bahawa golongan Wahhabi tergelincir daripada kelompok Ahli Sunnah Waljamaah"


UTUSAN MALAYSIA
26 NOV 2005
MUKA HADAPAN
"Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini. ``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi sudah diresapi pula fahaman lain. ``Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini

.....................................................



Tidak seperti kebanyakkan ulama lain yang terus menolak Asya’irah dan Maturidiyah secara mutlak, ana dalam meneliti hal ini bahkan secara adil dan ilmiah mengatakan bahawa ana tidak menafikan ada beberapa perkara yang menjadikan fahaman Asya’irah dan Maturidiyah ini berkongsi dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah namun dalam sebilangan besar usul dan pemahaman Asya’irah khasnya pada sifat-sifat Allah swt, perihal takwil nusus nas Al-Qur’an dan hadith maka ana secara jujur menjelaskan bahawa kedua faham ini bukanlah faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah"


Imam Abu Hasan Al-Asya’ari ra

Beliau ialah Ali bin Ismail bin Ishaq ibn Salim dan merupakan keturunan sahabat bernama Abu Musa Al-Asya’ari ra dan lahir pada 260Hijrah dan pada asalnya merupakan seorang muktazilah dan ahli ilmu kalam yang bukan dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan kemudiannya pada tahun 300 Hijrah barulah beliau kembali kepada pegangan Ahlul Sunnah seperti yang disebutkan oleh ramai para ulama dalam kitab Wafayatul A’yan m/s 446 Jilid 2 dan oleh Ibn Katsir dalam Bidayah Wan Nihayah m/s 187 Jilid 11.

Berkata pula Imam Ibn Katsir ra bahawa Al-Imam Abu Hasan mengalami tiga peringkat dalam hidupnya iaitu :

Peringkat Pertama - Iaitu Muktazilah

Peringkat Kedua - Separa sunnah dan masih berbaki pemikiran ilmu kalam dan muktazilah apabila beliau mengisbatkan sifat-sifat Allah melalui akal dan dan mengadakan takwil dan pada peringkat inilah lahirnya faham Asya’irah dan asal usul sifat 20dan lain-lain yang kemudiannya ditambah oleh ulama ilmu kalam selepasnya.

Peringkat Ketiga – Mengikuti sepenuhnya fahaman salafus soleh dalam hal aqidah khasnya perihal pemahaman sifat Allah dan kaedah takwil yang dibawa oleh rasulullah para sahabat dan tabien serta yang dipegang oleh para Imam al-ummah baik Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad ibn Hambal dan ketika ini paling menonjol pengaruh ke atas Imam Abu Hasan Al-Asya’ari ialah Imam Ahmad ibn Hambal ra yang dikenali sebagai Imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah.


Al-Imam Syafi’ie ra lahir pada 150 Hijrah dan wafat pada 204 Hijrah iaitu 56 tahun sebelum kelahiran Imam Abu Hasan Al-Asya’ari dan diulangi kepada yang buta warna iaitu 56 tahun SEBELUM kelahiran Imam Abu Hasan Al-Asya’ari.

Diulangi Kepada yang jahil dan buta hati iaitu 56 tahun sebelum kelahiran Imam Syafie dan diulangi kepada yang masih ta’asub kepada tok-tok guru mereka tanpa ilmu iaitu 56 tahun sebelum lahirnya Imam Abu Hasan Al-Asya’ari.

Para ummah dan ulama semuanya mengetahui bahawa aqidah sahih ialah apa yang dibawa oleh Rasulullah salallahualaihiwasalam dan apa yang dipegang oleh para sahabat dan para tabien salaf ummah. Merekalah sebaik-baik golongan yang disebut sebagai kurun yang terbaik.

Al-Imam Syafie ra merupakan Imam kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah ?

Jawapannya tidak jika menurut golongan sufi dan buta hati kerana mereka menganggap Imam Abu Hasan Al-Asya’ari ialah Imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah dengan menisbahkan ajaran Asya’irah kepada Ahlul Sunnah dan Imam Syafi’ie ra sudah meninggal sebelum lahirnya Imam Abu Hasan Al-Asya’ari dan sudah pasti Imam Syafi’ie ra tidak tahu menahu akan aqidah Asya’irah, pegangan dan usul Asya’irah.

Jadi Imam Syafi’ie beraqidah apa ? Aqidah wahabikah ?

Kepada Puak yang Mengaku Mengikuti Mazhab Syafi’ie Dan Beraqidah Asya’irah

Sekiranya mereka ini mengaku mengikut Imam Syafi’ie ra dalam hal mazhab feqah mengapa mereka tidak mengikut juga Al-Imam Syafi’ie ra dalam hal aqidah ? Sebaliknya menuruti ulama yang lahir hanya setelah 56 tahun kewafatan Al-Imam Syafi’ie dan pula ulama ini kemudiannya menyusun faham aqidah asya’irah dari pengaruh ilmu kalam yang merupakan satu hal yang sangat dibenci oleh Imam Syafi’ie ra.

Imam Syafie ra yang diriwayatkan pernah berkata : “Hukum aku kepada mereka yang terlibat dengan ilmu kalam ialah disebatnya mereka itu dengan kayu dan dibaling dengan kasut lalu di bawa berarak ke sekeliling jalan-jalan sambil dilaungkan kepada orang ramai bahawa inilah hukuman bagi mereka yang meninggalkan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya” (riwayat Baihaqi dalam Manaqib Syafie m/s 462 Jilid 1).

Jawapan makhluk Allah yang dari kumpulan ini ialah mereka akan berbelit-belit kerana mereka akan menjawab bahawa perihal Feqah harus mengikut Imam Syafi’ie tetapi hal Aqidah mestilah Imam Abu Hasan Al-Asya’ari kerana hal aqidah baru disusun dan diperteguhkan konsep-konsepnya oleh Al-Imam Abu Hasan Al-Asya’ari pada zamannya.

Demikianlah golongan Ruwaibidhah ini yang berdusta atas agama kerana masakan Al-Imam yang empat baik Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik, Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad ra tidak menumpukan soal aqidah dan semata-mata feqah sahaja dalam hidup mereka ?

Sedangkan hal aqidah merupakan hal asas dan utama dan menjadi perkara yang paling utama diseru oleh Allah dan rasul seperti yang disebutkan oleh Allah swt dalam firman-Nya :

“ Dan tidaklah kami mengutuskan sebelum kamu daripada rasul-rasul melainkan kami mewahyukan kepada mereka bahwasanya tiada tuhan selain aku maka sembahlah aku” (Al-Anbiya’ : 25).

Begitulah juga seperti apa yang diperintahkan oleh rasulullah salallahualaihiwasalam kepada Muaz bin Jabal ketika diutuskan sebagai naqib (utusan rasulullah) ke Yaman untuk berdakwah di sana dengan sabdanya kepada Muaz : “ Seawal-awal perkara yang hendak kamu dakwahkan kepada manusia haruslah tauhid kepada Allah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.6937).


Apakah Aqidah para sahabat ? Asya’irah dan Maturidiyah jugakah ?

Apakah Aqidah Imam mazhab yang empat sekiranya mereka tidak pun mengetahui dan tidak tahu menahu pun soal Asya’irah ini ?

Jawapannya ialah :


Aqidah yang dibawa oleh Rasulullah yang diwarisi oleh para sahabat ra yang diamalkan oleh salaf soleh baik para Imam yang empat, Abu Hanifah, Malik, Syafi’ie dan Ahmad dan Said ibn Musayyib ra (93 H) , Amir ibn Syarhabil (104 H), Muhammad ibn Sirin (110 H), Al-A’masy (148 H) Ma’amar ibn Rasyad (153 H), Syu’bah ibn Hajjaj (160 H), Sufyan As-Sauri (161H) , mereka ini merupakan tabi tabien, Abdullah ibn Mubarak (181 H) , Yahya ibn said Al-Qathan (189 H) , Sufyan Ibn Uyainah (197 H) Kemudian muncul kurun ketiga iaitu zaman Abu Daud At-Thiyalisi (204H) , Yazid ibn Harun (206 H), Abd Razak ibn Humam ( 211 H), Abu Asim Al-Nabil ( 212 H), Yahya ibn Yahya naisaburi (226H) Muhammad ibn Said pengarang kitab Tabaqat (230 H), Yahya ibn Ma’in pengarang kitab Tarikh ( 233 H), Ali Ibn Madini pengarang kitab I’lal ( 234 H), Muhammad ibn Ismail pengarang kitab as-sahih dan tawarikh ( 256) , Muslim Ibn Hajjaj Al-Qusairi pengarang kitab Tabaqat dan sahih (261 H), Ad-Darisi pengarang kitab As-Su’alat (255H).

Kesemua ulama ini dan ramai lagi yang lahir pada zaman sebelum diulangi kepada yang lembap otak untuk mengeja iaitu SEBELUM lahirnya Imam Abu Hasan Al-Asya’ari ra dan SEBELUM munculnya faham asya’irah maka mereka beraqidah dengan kefahaman yang sudah sempurna dan hebat dan lengkap iaitu kefahaman aqidah yang tersusun dan tersemat kukuh iaitu yang disebut sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Masakan kitab hadith dan ilmu lain sudah terbuku maka aqidah dan hal asasi berkait iman, tauhid dan sifat-sifat Allah swt dan penakwilan dan pentafsiran Al-Qur’an masih belum disusun sehingga terpaksa menantikan lahirnya Al-Imam Abu Hasan Al-Asya’ari yang tidak lebih hebat dari Al-Imam As-Syafi’ie ra dan juga lain-lain imam yang empat untuk menyusun ajaran Asya’irah lalu didakwa sebagai Ahlul Sunnah ?


Kekeliruan
Kekeliruan lahir dari kejahilan
Kejahilan lahir dari Kelembapan
Kelembapan lahir dari sesuatu yang menyumbat
Membuang yang tersumbat hanyalah jalan
Dan yang menyumbat pemikiran itu ialah taqlid dan ketaksuban


Aqidah merupakan perkara yang sudah disepakati oleh para ulama’ Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan para imam salaf soleh sebagai perkara “Tauqifiyah” (iaitu perkara-perkara yang tidak diistinbatkannya melainkan dengan wujudnya dalil syara’). Dalil syara’ bermaksud Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih yang menjadi rujukan kepada sebarang permasalahan utama dalam hal agama. (lihat Aqidah Tauhid, m/s 8).

Demikianlah para ulama Islam yang bergigih kuat seperti Al-Imam Ibn taimiyyah ra yang dianggap sebagai mujadid Islam dan pembaharu serta Syeikhul Islam sekalipun demikian beliau tidaklah mengadakan hal baru dalam agama dan mereka-reka konsep baru sebaliknya hanya membawa kembali ajaran Islam yang sahih menurut kefahaman salaf soleh yang terjamin kebenarannya oleh Allah swt.

Marilah kita mengambil iktibar dari kalam Imam Ibn Taimiyyah ra yang diriwayatkan pernah berkata : “Sesungguhnya iktiqad tidaklah diambilnya dari aku atau sesiapa yang lebih hebat dari diriku sebaliknya ambillah dari Allah dan dari rasul-Nya dan apa yang dihimpunkan oleh ulama salaf dan jika ianya dari Al-Qur’an wajiblah kita beriktiqad dengannya begitulah juga apa yang sabit jelas datang dari hadith yang sahih seperti Bukhari dan Muslim” (Hikayah Manazir Fi Wasitiyyah m/s 161 Jilid 3 , Muqadimah Syarah Aqidah Wasitiyyah).

Inilah prinsip ulama salaf dalam mengambil sumber aqidah seperti kalam Imam ibn Taimiyyah ra : “ Tidaklah aku menghimpunkan dalam kitabku melainkan aqidah salaf soleh dan bukanlah juga hanya dari Aqidah Imam Ahmad sahaja dan bahkan Imam Ahmad itu sendiri pun hanya menyampaikan ilmu yang datang dari nabi salallahualaihiwasalam dan andai sekiranya apa yang disampaikan oleh Imam Ahmad itu ialah dari dirinya sendiri maka nescayalah kami tidak akan menerimanya” (lihat Muqadimah Syarah Aqidah Wasitiyyah, Majmuk Fatawa m/s 159 Jilid 3).

Demikianlah pegangan aqidah yang benar yang dipegang oleh para ulama salaf soleh . Sesungguhnya aqidah mereka diambil dari sumber yang sahih iaitu Al-Qur’an dan sunnah. Aqidah bukanlah mazhab atau pegangan ijtihad yang dibuat oleh mana-mana ulama dan mana-mana orang boleh memilih pendapat yang disukainya untuk dipegang sebaliknya aqidah ialah satu dasar dalam agama yang jelas dan kukuh tanpa goyah yang di ambil dari asas Islam iaitu kitab dan sunnah. (lihat Syarah Aqidah Thahawiyah m/s 33 Jilid 1).

Oleh yang demikian para ulama’ bersepakat mengatakan sumber Aqidah Islam ialah Al-Quran dan Sunnah sahihah semata-mata dan diberhentikan setakat itu tanpa memperpanjangkan sesuatu hal yang tiada dalil. Kerana itu ia dinamakan perkara tauqifiyah iaitu berasal dari perkataan “tauqif” dari “ waqaf” yang bermaksud berhenti (lihat dalam lisanul Arab m/s 380 Jilid 9).

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepadanya aku bertawakkal dan kepadanya aku kembali” (Hud :88).

Para ulama’ menyebutkan bahawa dalam perkara Aqidah tidak boleh wujud perkara-perkara ijtihad dan pendapat akal, kerana perkara aqidah merupakan soal ghaib dan perkara yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera sebaliknya aqidah merupakan iktiqad kepercayaan yang melibatkan dalil syara semata-mata (lihat Syarah Aqidah Tahawiyah m/s 32).

Maka perbuatan Al-Imam Ibn Taimiyyah ra yang menyusun Kitab Aqidah Wasitiyyah dan Al-Imam At-Tahawi yang mengarang kitab Aqidah Tahawiyah itu maka wajarkah kita katakan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah faham Taimiyyah ? Atau Tahawiyah ?

Jawapannya ialah seperti kata Al-Imam Ibn Taimiyyah di atas bahawa beliau hanya mengembalikan ummah pada perkara yang asal yang dibawa oleh salaf soleh dan yang datangnya dari nabi salallahualaihiwasalam dan bukanlah dari dirinya atau sesiapa. Demikianlah Syeikh Muhammad Abd Wahab ra yang mengembalikan perihal tauhid dan aqidah kepada pemahaman dan pegangan salaf soleh yang asal dari penyelewengan.

Sebaliknya Asya’irah mengembalikan aqidah kepada Imam mereka dan berdasarkan kepada faham ilmu kalam yang bertentangan dengan keilmuan Islam yang berdasarkan nas dan dalil serta bertentangan dengan pengamalan salaf soleh.

Buah Mempelam Diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Siti ke kedai membeli ikan
Ikan dirumah sudah kehabisan
Isu Wahabi hangat di Utusan
Lalu ramailah puak sufi mengambil kesempatan

Jika berjalan tunduk-tunduklah ke tanah
Orang berjasa kita berbudi
Kebathilan dan kejahilan dianggap sunnah
Sunnah yang sahih dianggap pula wahabi

Wahabi itu nama diberi
Diberi nama oleh golongan sufi
Orang Intelektual ramai ikut wahabi
Kerana itulah sufi dengki

Otak cerdik akalnya lancar
Mudah faham apa yang diajar
Otak lembap akalnya tersumbat
Kerana itu fahamnya lambat

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana nak sama dengan Syeikh Muhammad Abd Wahab seorang

Mujadid Hakiki muslih peribadi
Perjuangannya membawa sunnah sejati
Bukannya macam sufi yang syok sendiri
Tak pasai-pasai tuduh orang lain wahabi

2 comments:

Abu Muhammad said...

Murtadha az-Zubaidi yang beri definasi. Adakah dia menyeleweng. Wahai Ustaz Wahhabi.

Unknown said...

Alhamdulillah....amat jelas penerangannya...sudah terang lagi bersuluh.
Didoakan agar Allah tetapkan hati kita semua beristiqomah dengan i'tikaq Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan dimatikan dengan i'tikad tersebut juga.....Aamiiiinn.