Thursday, December 29, 2005

Kedudukan Imam & Makmum Dalam Keadaan Solat BerDua Orang Sahaja



Antara pertanyaan menarik yang ditujukan pada saya yang wajar dikongsi jawapannya bersama ialah mengenai bagaimanakah kedudukan Imam dan Makmum apabila makmum cuma seorang seperti yang selalu terjadi pada mereka yang masbuq dan musafir atau bersolat bersama kawan atau bapa bersolat dengan anak di rumah.

Perbuatan makmum yang berdiri sedikit di belakang imam sewaktu solat dengan imam apabila makmum cuma seorang ialah tidak benar walaupun memang demikian ialah pendapat mazhab Syafie namun ianya tidak tepat kerana ianya tiada dalil dan hujah yang sahih ialah berdiri disebelah kanan imam dengan bersama soff dengan imam.

Hal ini disebabkan terdapat hadith dari Ibn Abbas ra yang mengisahkan mengenai Ibn Abbas ra yang bersolat di sebelah kanan baginda yang kemudian ditarik telinganya oleh baginda untuk bersama soff sila lihat Bukhari no. 183 dan Musim no. 763 beserta syarahnya dan pada riwayat lain baginda menyebut padanya : "Apa kena dengan kamu ini sehingga aku terpaksa menbuatkan engkau mengikutiku dengan menarikmu/mencuit.."(diterjemah ikut bhs mudah oleh pertj.) (riwayat Ahmad hadith sahih tapi dengan sanad yang syaz).

Demikian juga dalam hadith Jabir ra yang bersolat dibelakang bersama baginda rasulullah yang kemudian telinganya ditarik oleh baginda sehingga berdiri di sebelah kanan baginda (hadith sahih riwayat Muslim no. 766 dan Ahmad).

Juga dalam kisah solatnya baginda dalam keadaan sakit sebelum wafatnya baginda dengan duduk di sebelah Abu Bakar ra seperti yang disebut dalam riwayat Aisyah lihat sahih Bukhari no. 683 dan Muslim no. 418.

Demikian juga keadaannya apabila seseorang itu masuk ke surau atau masjid dan mendapati keadaan soff sudah penuh maka dia boleh bersolat di sebelah Imam jika keadaan ruang mengzinkan seperti yang berlaku dalam kisah di atas.

* boleh merujuk lebih lanjut dalam Kitab Sifat Solat Nabi karya Al-Allamah Syeikh Albani ra & Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq dengan Tamamulminnah dari Syeikh Albani.

Tuesday, December 27, 2005

Tazkirah Buat Wanita

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).


Hadits ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam tentang penduduk Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan neraka yang majoriti penduduknya adalah wanita. Tetapi hadith ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menghantarkan mereka ke dalam neraka dan menjadi majoriti penduduknya, namun disebutkan dalam hadith lainnya.


Di dalam kisah gerhana matahari yang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka maka beliau bersabda kepada para sahabatnya radliyallahu 'anhum : “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita". Sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanyai lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)


Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim dan Ahmad)


Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.


Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).


Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR. Nasa’i di dalam Al Kubra dari Abdullah bin ‘Amr. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 76)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam :“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya (tanpa sebab) maka haram baginya wangi Surga.” (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi serta selain keduanya. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 85)

Baginda rasulullah juga bersabda : “Bersedeqahlah kalian! Kerana kebanyakkan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, diapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari) .

Rasulullah bersabda yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, baginda bersabda: “Hati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israel adalah wanita”.

Pada riwayat lain dalam Sahih Muslim dari Sahabat Jabir Rasulullah mengisyaratkan dengan sabdanya: ”Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaitan, dan membelakangi dalam bentuk syaitan.”

“Wahai bani Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Q.S. Al A’raaf: 27 ).


Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik …”(Q.S. An Nahl: 97).

Saturday, December 17, 2005

Membukukan Al-Qur'an Tidak Termasuk Bid'ah sekalipun Bid'ah Hasanah



Bid’ahkah Perbuatan Membukukan Al-Qur’an ?

Penyusunan Al-Qur’an menurut tertib surah dan potongan ayat dilakukan oleh rasulullah melalui pertunjuk wahyu dengan Jibrail mengajar dan memberitahu surah apakah dahulu dan ayat sekian dan sekian tergolongan dalam surah apakah.

Diriwayatkan dari Anas ra yang berkata : "Wafatnya baginda nabi salallahualaihiwasalam dengan keadaan tidaklah dikumpulkan Al-Qur’an itu melainkan oleh empat orang iaitu Abu Darda, Muadz Ibn Jabal, Zaid Ibn Tsabit dan Abu Zaid" (sahih riwayat Bukhari).

Pada zaman rasulullah lagi sudah ada penggumpulan Al-Qur’an hanya terhad pada yang mampu menguasai penulisan dan mahir serta diberi izin kepercayaan oleh rasulullah dengan dipandu agar tidak salah dan tidak bercampur lantaran kekurangan bahan penulisan dan tidak ramai yang tahu membaca dan menulis.

Kebanyakkan yang lain hanya menghafaz di dada dan mengingati ayat-ayat Al-Qur’an secara ingatan atau pada helaian lembaran berselerakkan.

Kesimpulannya pada zaman Abu Bakar ra barulah memulakan pengumpulan Al-Qur’an secara penulisan teratur dan dibukukan dan hal ini ialah perbuatan teknikal yang memang berganjaran pahala dan membawa maslahat dan kepentingan pada ummah serta agama Islam.

Bid’ah ialah yang berkait dalam soal ibadah dan dibuat untuk mendekat diri pada Allah dan ianya berbeza dengan apa yang disebut sebagai maslahat atau darurah.

Perbuatan mengumpulkan Al-Qur’an dibuat demi menjaga kesucian Al-Qur’an dan sekalipun pada asalnya sahabat berat untuk melaksanakannya kerana dibimbangi bid’ah namun setelah dimusyawarah maka para sahabat mendapati ianya maslahat (berkepentingan) untuk menjaga kesucian Al-Qur’an.

Ianya bukan bid’ah baik hasanah atau apa nama pun

Wallahualam

p/s :

Perbuatan golongan sufi jahil yang mengaji agama sekerat jalan dan menunjuk pandai tapi terserlah bodoh dengan menjadikan kononnya membukukan Al-Qur’an menjadi dalil dan hujah bahawa bolehnya bid’ah yang mereka namakan bid’ah hasanah sangatlah kasihan.

Membukukan Al-Qur’an ialah perihal teknikal dan dibuat demi maslahat dan ianya diputuskan oleh para sahabat ra.

Perbuatan membaca yasin malam Jumaat, kenduri arwah, tahlil, talqin, zikir golek-golek kepala kiri dan ke kanan dan kanan lagi ini semua bid’ah yang nyata dan menyusahkan.

Tiada maslahat agama perbuatan kenduri arwah dan jika mahu mengatakan ianya ibadah maka tiada pertunjuk sunnah dan jika mahu dibuat alasan sebagai maslahat seperti perbuatan membukukan Al-Qur’an maka sangatlah dusta bahkan kenduri arwah menyusahkan keluarga si mati sehingga terpaksa pula menyediakan makanan dan minuman, mengeluarkan belanja upah itu dan ini untuk menyuap pak-pak lebai dengan serban tupainya dan pak-pak imam untuk beratib panjang bukankah ini menyusahkan dan pula tiada pertunjuk sunnah mahupun sahabat ra.

Mengenai Sirah Dan Sejarah Islam


Memohon maaf kepada yang berkaitan bahawa buku sederhana tebal berkait sejarah Islam dalam kajian sunnah yang ana usahakan masih dalam penelitian dan tahqiq.

Menjawab kepada yang ingin mengetahui kisah-kisah sejarah Islam khasnya mengenai para sahabat eloklah merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar dan ditahqiq akan kesahihannya misalnya Bidayah wan nihayah, tarikh oleh Imam Bukhari dan kitab Al-Awasim Minal Qawasim dan lain-lain.

Berikut ialah artikel yang dipetik dari Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asri berkenaan kisah Pendustaan Pembunuhan anak perempuan Saidina Umar ra yang telah membawa hujah-hujah berikut yang boleh mempertikaikan kesahihan cerita itu :

Pertama:

Mengikut sejarah kaum Arab, tidak ada satu pun sumber sejarah yang boleh dipertanggungjawabkan bagi membuktikan bahawa adat menanam anak perempuan hidup-hidup ini dilakukan oleh qabilah Quraisy, dan tidak ada pun sumber yang menyatakan bahawa kabilah Qurayh pernah menanam anak perempuan mereka. Adat ini hanya berlaku dalam masyarakat Arab jahiliyyah oleh sesetengah kabilah sahaja iaitu Bani Tamim dan Asad, kerana mereka bimbang kepapaan mereka.

Dalam masyarakat Arab jahiliyyah, terdapat mereka yang amat menentang budaya menanam anak perempuan ini antaranya ialah Sa'sa'ah bin Najiah dan Zaid bin Amar bin Nufail.

Dalam Sahih Bukhari disebutkan bahawa Zaid bin Amar bin Nufail tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah dan mengamalkan saki baki ajaran nabi Ibrahim. Beliau pernah berkata, "Jika kamu suka anak perempuan kamu, kamu bolehlah mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarkan anak-anak perempuan ini bersama saya. " Dan Zaid bin Amar ini adalah sepupu kepada Umar. Ini membuktikan budaya menanam anak perempuan adalah bukan budaya kaum keluarga Umar.

Kedua:

Saidina Umar telah menggunakan gelaran Abu Hafsin. Sudah menjadi adat kaum Arab menggunakan gelaran dengan anak sulungnya. Gelaran Saidina umar ini merujuk kepada anak perempuan sulungnya iaitu Saiyyidatina Hafsah. Umar mempunyai 9 anak lelaki dan 4 anak perempuan. Daripada isteri pertama Umar, beliau mendapat tiga anak iaitu: Hafsah, Abdulah dan Abdul Rahman al-Akbar. Ketika beliau memeluk Islam, beliau mempunyai 3 orang anak ini sahaja. Maka di sini anak perempuan manakah yang telah dibunuh oleh Umar?? Dan kalau betul-betul beliau bencikan anak perempuan, mengapa menggunakan gelaran Abu Hafsin, yang merujuk kepada Hafsah?? Sebenarnya tidak ada bukti jelas mengatakan Umar telah membunuh anak perempuannya, daripada sumber yang boleh dipercayai. Sumber yang boleh dipercayai dalam erti kata terdapat sanad-sanad atau sandaran-sandaran yang terdiri daripada perawi-perawi yang boleh dipercayai. Dalam sahih bukhari, muslim, dan kitab-kitab hadis yang masyhur, tidak ada pun kisah ini. Dalam kitab Sunan al-Darimi, terdapat kisah seorang lelaki yang mengadap Rasulullah yang mengaku membunuh anak perempuannya, tetapi dia bukanlah Saidina Umar, dan hadis itu sendiri adalah hadis yang munqati' (yang terputus banyak sanad)nya yang jelas tidak diterima sebagai sahih.


Cerita Mengenai Had (hukuman Umar ra terhadap anak lelakinya)

Cerita yang disebutkan di atas ialah sebuah kisah yang tidak ada sandaran yang kukuh. Ia tidak lebih daripada sikap tabarra' golongan Syiah, iaitu untuk memburuk-burukkan para sahabat dan keturunan mereka. Kisah Umar melakukan had terhadap anaknya terdapat dalam banyak versi yang saling bercelaru antara satu sama lain, dan tidak ada satu pun jalan sanad (chain of narrator) yang berautoriti untuk dijadikan pengesahan terhadap kebenaran cerita ini. Kecacatan cerita tersebut bukan sekadar sanadnya yang mengandungi perawi yang tidak dikenali (majhul), bahkan matan atau teksnya juga saling bercanggah, bercelaru dan jelas menunjukkan ia bukanlah cerita daripada sahabat Rasulullah. Cerita yang dipetik di atas adalah bersumberkan hadis kononnya diriwayatkan oleh Ibn Abbas. Namun riwayat-riwayatnya dipertikaikan. Imam Ibn al-Jawzi berkata:

" Cerita ini palsu (mawdu') walaupun daripada sanad mana sekalipun ia diriwayatkan. Kisah ini direka-reka oleh tukang cerita ('penceramah bebas?') untuk tujuan membuatkan orang awam dan wanita-wanita menangis. Beberapa perkara daripada rekaan mereka ini telah dihubungkan kepada Sayyidina Umar dan para sahabat. Perkataan dan ayat-ayat yang digunakan dalam cerita ini menunjukkan begitu lemah dan rapuh sehingga secara terang dan nyata menunjukkan kepalsuannya, selain daripada menjelaskan betapa jahilnya pereka cerita ini kerana tidak mahir dalam persoalan fiqh yang biasa" Antara kecacatan lain ialah dialog-dialog yang berlaku antara Umar dan anaknya menjelaskan lagi kekarutan cerita ini. Imam al-Suyuti turut mengatakan bahawa riwayat cerita ini adalah palsu. Perawi di dalamnya tidak dikenali. Daraquti pun turut sama mengakui bahawa cerita ini adalah tidak sahih.

Ustaz Asri Yusuf pula pernah menjelaskan bahawa masih terdapat beberapa kecacatan lain yang tidak diperjelas oleh al-Jawzi dan al-Suyuti antaranya ialah:

- Penggunakan lafaz ghulam yang tidak konsisten kadang-kadang bermaksud budak, kadang-kadang bermaksud hamba. Hal ini mendedahkan bahawa pencerita asalnya berasal daripada orang Farsi yang tidak mahir bahasa Arab dengan baik. Ghulam dalam bahasa Arab ialah kanak-kanak yang belum baligh, dan tidak sesuai langsung digunakan untuk Abu Syahmah. Jadi bila perkataan ini digunakan Arab yakni 'budak lelaki.'

- Umar tidak ada hamba bernama Aflah atau Abu Muflih tetapi hanya ada bernama Aslam.

- Terdapat riwayat lain yang mengatakan hukum had dilakukan oleh Sayydiina Ali dan Umar, tetapi riwayat dalam cerita yang diberikan di atas menyebut dilakukan oleh Abu Muflih, tetapi dalam hadis Mujahid sebenarnya ialah Aflah, bukan Muflih.

- Dalam riwayat lain tidak menyebut langsung berkenaan Arak, tetapi menyebut Abu Syahmah merogol wanita itu.

- Cerita ini menunjukkan seolah2 kedai Arak berleluasa di zaman Umar, sedangkan bukankah pada Sayyidina Umar orang yg minum arak sangat takut kepada Umar?

- Perbuatan keji dikatakan berlaku kepada perempuan Bani Najjar. Tahukah di mana lokasi Bani Najjar? Kawasan itu sebenarnya terletak di kawasan Nabi membangunkan masjid baginda. Kediaman itu juga tinggalkan Abu Ayyub al-Ansari. Cerita ini seolah2 mahu mengatakan Abu Syahmah melakukan kerja terkutuk berhampiran masjid Nabi. Ia jelas cerita musuh Islam (musuh dalam selimut?) yang mahu menjatuhkan para sahabat dan keluarga baginda.

CERITA ASALNYA?

Sebenarnya Abu Syahmah bukanlah nama samaran bagi Ubaydullah tetapi Abd al-Rahman al-Awsat, salah seorang anak Umar. Setakat yang diterima oleh ulama' pengkaji hadis ia tidak lebih daripada kisah yang diringkaskan seperti berikut:

Abd Rahman telah mengikut Amar Bin al-Ass dalam satu angkatan jihad ke Mesir. Pada suatu hari beliau telah meminum nabiz, dengan keyakinan kepada pendapat bahawa tidak semua nabiz itu memabukkan. Rupanya beliau beliau telah mabuk. Pada keesokan harinya beliau berjumpa dengan Amar supaya menghukum beliau, tetapi Amar enggan kerana tidak ada kesan mabuk. Abd Rahman berkata, kalau Amar tidak mahu menjalankan hukuman kepadanya, dia mengadu kepada ayahnya. Lalu Amar pun menghukum di dalam khemahnya. Kemudian selepas itu Umar tahu perkara sebenarnya, lalu berkata, "Mengapa tidak dilakukan di khalayak ramai, dan disembunyikan didalam khemah??" Selepas Abd Rahman pulang ke Madinah selepas kemenangan di capai di Mesir, umar pun memukul Abd Rahman sebagai tarbiyyah dan ta'dib (kerana hukuman sebenar telah dilakukan oleh Amar). Secara kebetulan, beberapa hari kemudian Abd Rahman jatuh sakit, rupa-rupanya sakit itu membawa kepada ajalnya.

Menurut Imam al-Jawzi dan al-Suyuti, setakat ini saja cerita yang sebenarnya di ketahui, yang lain-lain adalah rekaan semata-mata.

p/s :

Bagaimana cerita ini boleh tersebar ? Sangat jelas dibuktikan bahawa kisah-kisah ini ialah palsu namun mengapa kita tidak kaji siapa yang menyebarkannya selama ini ? Bukankah tok-tok guru dan orang agamawan melayu dulu yang menyebarkannya ? dan bukankah mereka ini sangaaattt alim ???

Friday, December 09, 2005

Ajaran Sufi dan Tasawuf Bukanlah Dari Ajaran Islam Yang Dibawa Oleh Rasulullah salallahulaihiwasalam


Penggalian maklumat mengenai amalan sufi dan latar belakangnya sangatlah memeningkan kerana sehingga tokoh-tokoh sufi sendiri pun berbeza pendapat dan mempunyai pandangan sendiri-sendiri lantaran ilham dan waham masing-masing mengenai asal usul ajaran sufi.

Menurut beberapa sumber mengatakan Basrah, sebuah kota di Iraq (boleh rujuk filem P. Ramlee dalam cerita Ahmad Albab apabila awal-awal filem itu mengisahkan perbualan seorang yang bertanya kepada kawannya dari mana ente ? Ana dari Basrahlah sebelum menceritakan Kisah Mas’ud Al-Buaya yang berada dalam kalbun Malami), merupakan tempat kelahiran pertama bagi Tasawuf dan Sufi.

Dimulai pada masa tabi’en sebahagian dari ahli ibadah Basrah mulai berlebihan dalam beribadah, zuhud dan wara’ terhadap dunia (dengan cara yang belum pernah dicontohkan oleh Rasulullah salallahulaihiwasalam, sehingga disebutkan antara sifat mereka ialah suka memilih untuk mengenakan pakaian yang terbuat dari bulu domba (Shuuf/صُوْف). Kemudian dari kerana terkenalnya mereka dengan pemakaian sebegitu maka disebut sebagai asal usul mula digelar sufi dan bermacam-macam lagi cerita mengenai asal usul mereka.

Para ulama Basrah yang mendapati kemunculan puak sufi tidaklah tinggal diam. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Asy Syeikh - Al Ashbahani rahimahullah dengan sanadnya dari Muhammad bin Sirin rahimahullah bahawasanya telah sampai kepadanya berita tentang orang-orang yang mengutamakan pakaian yang terbuat dari bulu domba, maka beliau pun berkata: “Sesungguhnya ada orang-orang yang mengutamakan pakaian yang terbuat dari bulu domba dengan alasan untuk meneladani Al Masih bin Maryam ! Maka sesungguhnya petunjuk Nabi kita lebih kita cintai (dari/dibanding petunjuk Al Masih), baginda salallahulaihiwasalam biasa mengenakan pakaian yang terbuat dari bahan kapas dan yang selainnya.” (Diringkas dari Majmu’ Fatawa, karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Juz 11, hal. 6,16 ).

Puak Sufi Melakukan dusta apabila mendakwa rasulullah ialah pengasas dan membawa ajaran sufi ini apabila Ibnu ‘Ajibah seorang Sufi Fathimi, mengatakan “Jibril pertama kali turun kepada Rasulullah salallahulaihiwasalam dengan membawa ilmu syariat, dan ketika ilmu itu telah mantap, maka turunlah Jibrail untuk kedua kalinya dengan membawa ilmu hakikat. Baginda salallahulaihiwasalam pun mengajarkan ilmu hakikat ini kepada orang-orang yang khusus sahaja dan yang pertama kali menyampaikan tasawuf adalah Ali bin Abi Thalib ra kemudian kepada Al Hasan Al Bashri ra yang menimba ilmu darinya.” (Iqazhul Himam Fi Syarhil Hikam, hal.5 dinukil dari At Tashawwuf Min Shuwaril Jahiliyah, hal. 8).

Syeikh Muhammad Aman Al Jami ra berkata: “Perkataan Ibnu ‘Ajibah ini merupakan tuduhan keji lagi lancang terhadap Rasulullah, dia menuduh dengan kedustaan bahawa baginda menyembunyikan kebenaran. Dan tidaklah seseorang menuduh Nabi dengan tuduhan tersebut, kecuali seorang zindiq yang keluar dari Islam dan berusaha untuk memalingkan manusia dari Islam jika dia mampu, kerana Allah telah memerintahkan Rasul-Nya untuk menyampaikan kebenaran tersebut dalam firman-Nya “Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu oleh Rabbmu, dan jika engkau tidak melakukannya, maka (pada hakikatnya) engkau tidak menyampaikan risalah-Nya.” (Al Maidah : 67).


Beliau juga berkata: “Adapun pengkhususan Ahlul Bait dengan sesuatu dari ilmu dan agama, maka ini merupakan pemikiran yang diwarisi oleh orang-orang Sufi dari pemimpin-pemimpin mereka (Syi’ah).

Dan benar-benar Ali bin Abi Thalib ra sendiri yang membantahnya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Imam Muslim ra dari hadits Abu Thufail Amir bin Watsilah Radiyallahu ‘anhu dia berkata: “Suatu saat aku pernah berada di sisi Ali bin Abi Thalib ra, maka datanglah seorang laki-laki seraya berkata: “Apa yang pernah dirahsiakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam kepadamu?” Maka Ali pun marah lalu mengatakan: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam belum pernah merahasiakan sesuatu kepadaku yang tidak disampaikan kepada manusia ! Hanya saja beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam pernah memberitahukan kepadaku tentang empat perkara.

Abu Thufail Radiyallahu ‘anhu berkata: “Apa empat perkara itu wahai Amirul Mukminin ?” Beliau menjawab: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “ Allah melaknat seorang yang melaknat kedua orang tuanya, Allah melaknat seorang yang menyembelih untuk selain Allah, Allah melaknat seorang yang melindungi pelaku kejahatan, dan Allah melaknat seorang yang mengubah tanda batas tanah.”
(At Tashawwuf Min Shuwaril Jahiliyyah, hal. 7-8).

Sebagaimana dalam riwayat Abu Dzar ra yang berkata : Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian.” Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya “ Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.” (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain).


Syeikh Ihsan Ilahi Zhahir rahimahullah (ulama yang dibunuh oleh puak syiah) berkata: “Tatkala kita telusuri ajaran Sufi periode pertama dan terakhir, dan juga perkataan-perkataan mereka baik yang keluar dari lisan atau pun yang terdapat di dalam buku-buku terdahulu dan terkini mereka, maka sangat berbeza dengan ajaran Al Qur’an dan As Sunnah. Dan kita tidak pernah melihat asal usul ajaran Sufi ini di dalam sejarah pemimpin umat manusia Muhammad Shallallahu ‘alaihi wassalam , dan juga dalam sejarah para sahabatnya yang mulia, serta makhluk-makhluk pilihan Allah Ta’ala di alam semesta ini. Bahkan sebaliknya, kita melihat bahwa ajaran Sufi ini diambil dan diwarisi dari kerahiban Nasrani, Brahma Hindu, ibadah Yahudi dan zuhud Buddha” (At Tashawwuf Al Mansya’ Wal Mashadir, hal. 28).


Syeikh Abdurrahman Al Wakil rahimahullah berkata: “Sesungguhnya Tasawuf merupakan tipu daya syaitan yang paling tercela lagi hina, untuk menggiring hamba-hamba Allah Ta’ala di dalam memerangi Allah Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wassalam. Sesungguhnya ia (Tasawuf) merupakan topeng bagi Majusi agar tampak sebagai seorang Rabbani, bahkan ia sebagai topeng bagi setiap musuh (Sufi) di dalam memerangi agama yang benar ini. Periksalah ajarannya ! niscaya engkau akan mendapati padanya ajaran Brahma (Hindu), Buddha, Zaradisytiyyah, Manawiyyah, Dishaniyyah, Aplatoniyyah, Ghanushiyyah, Yahudi, Nashrani, dan Berhalaisme Jahiliyyah.” (Muqaddimah kitab Mashra’ut Tashawwuf, hal. 19).


Al Hallaj seorang tokoh sufi, berkata : “Kemudian Dia (Allah) menampakkan diri kepada makhluk-Nya dalam bentuk orang makan dan minum.” (Dinukil dari Firaq Mua’shirah, karya Dr. Ghalib bin Ali Iwaji, juz 2 hal.600).

Padahal Allah telah berfirman : “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Asy Syuura : 11).

“Berkatalah Musa : “Wahai Rabbku nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat-Mu.” Allah berfirman : “Kamu sekali-kali tidak akan sanggup melihat-Ku (di dunia)” (Al A’raaf : 143).

Ibnu ‘Arabi, tokoh sufi lainnya, berkata : “Sesungguhnya seseorang ketika menyetubuhi isterinya tidak lain (ketika itu) dia menyetubuhi Allah !” (Fushushul Hikam). Ibnu ‘Arabi juga berkata : “Maka Allah memujiku dan aku pun memuji-Nya, dan Dia menyembahku dan aku pun menyembah-Nya.” (Al Futuhat Al Makkiyyah).

Padahal Allah Ta’ala telah berfirman : “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz Dzariyat : 56).

“Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Allah Yang Maha Pemurah dalam keadaan sebagai hamba.” (Maryam : 93).

Golongan sufi juga melakukan kejahatan membahagikan ilmu agama menjadi Syari’at dan Hakikat, yang mana bila seseorang telah sampai pada tingkatan hakikat berarti dia telah mencapai martabat keyakinan yang tinggi kepada Allah Ta’ala, oleh karena itu gugurlah baginya segala kewajiban dan larangan dalam agama ini.

Ibnu Arabi berkata: “Tuhan itu memang benar ada dan hamba itu juga benar ada Wahai kalau demikian siapa yang di bebani syariat? Bila engkau katakan yang ada ini adalah hamba, maka hamba itu mati atau (bila) engkau katakan yang ada ini adalah Tuhan lalu mana mungkin Dia dibebani syariat?” (Fushulul Hikam hal. 90).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata : “Tidak diragukan lagi oleh ahlul ilmi dan iman bahawasanya perkataan tersebut termasuk sebesar-besar kekafiran dan yang paling berat. Ia lebih jahat dari perkataan Yahudi dan Nashrani, karena Yahudi dan Nashrani beriman dengan sebahagian dari isi Al Kitab dan kafir dengan sebahagiannya, sedangkan mereka adalah orang-orang kafir yang sesungguhnya” (Majmu’ Fatawa, juz 11 hal. 401).

Keyakinan bahwa orang-orang Sufi mempunyai ilmu Kasyaf (dapat menyingkap hal-hal yang tersembunyi) dan ilmu ghaib merupakan kebathilan dan kejahilan serta dosa. Ibnu Arabi berkata: “Ulama syariat mengambil ilmu mereka dari generasi terdahulu sampai hari kimat. Semakin hari ilmu mereka semakin jauh dari nasab. Para wali mengambil ilmu mereka langsung dari Allah yang dihujamkan ke dalam dada-dada mereka.” (Rasa’il Ibnu Arabi hal. 4).

Berkata Al Junaidi: “Saya anjurkan kepada kaum sufi supaya tidak membaca dan tidak menulis, kerana dengan begitu dia bisa lebih memusatkan hatinya. (Quutul Qulub 3/135).

Abu Sulaiman Ad Daraani berkata: “Jika seseorang menuntut ilmu hadits atau bersafar mencari nafkah atau menikah bererti dia telah condong kepada dunia”. (Al Futuhaat Al Makiyah 1/37)

Allah Ta’ala telah dustakan mereka dalam firman-Nya: “Katakanlah tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui hal-hal yang ghaib kecuali Allah.” (An Naml : 65).

Ketaatan kepada rasulullah itu dijelaskan dalam Al-Qur’an dan mentaati rasul bererti menuruti pertunjuk sunnahnya. Ini kerana baginda pernah menyebut baginda salallahualaihiwasalam menyebut seperti dalam riwayat Abu Hurairah dengan sabdanya : “ Setiap Ummatku akan masuk syurga melainkan mereka yang engkar, maka sahabat bertanya, siapakah yang ingkar itu wahai rasulullah ? Siapa yang mentaati aku maka dia akan masuk syurga dan siapa yang menderhakai aku maka dialah golongan yang engkar.” (Hadith Sahih riwayat Bukhari no. 728).

Dalam hadith yang lain baginda salallahualaihiwasalam pernah menyebut : “ Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku (ummatku).” (Hadith Sahih Bukhari, Bab Nikah, no.1). Dari Sufyan As-Sauri berkata “ Tidak diterima perkataan melainkan dengan amal dan tidak diterima amal dan perkataan melainkan dengan niat (ikhlas) dan tidak bermanfaat perkataan, amal dan niat ikhlas melainkan dengan menepati Sunnah”.

Bersambung….

p/s :

Jauhilah fahaman sufi dan ikutilah sunnah nabi walaupun dituduh sebagai wahabi.

Perbezaan Antara I'lah dan Rabb



Allah swt menyebutkan dalam Al-Qur’an perkataan Ar-Rabb pada tempat yang khusus dan juga menyebut pula I’lah pada tempat yang khusus. Mengambil contoh pada surah An-Nas apabila Allah swt menyebutkan : “ Katakanlah Aku berlindung dengan Rabb manusia * Pemerintah manusia * I’lah manusia” (An-Nas : 1-3).

Allah swt menyebut Rabb pada ayat pertama kemudian menyebut pula Malik (yang diterjemahkan sebagai raja atau pemerintah) kemudian menyebut pula perkataan I’lah. Sekalipun dalam ilmu tafsir dan kaedah I’rabul Quran kita akan menemui satu kebiasaan pengulangan ayat Al-Qur’an dengan mengunakan perkataan yang berbeza tapi bermaksud sama namun pada kalimah I’lah dan rabb ini adalah berlainan kerana mempunyai pemahaman yang tidak sama dari sudut penggunaa istilahnya di dalam Al-Qur’an.

Memang mustahil menterjemahkan perkataan I’lah dan rabb ini dalam bahasa Melayu kerana kelemahan pebendaharaan kata Melayu yang tidak sekaya pebendaharaan kata bahasa Arab namun mungkin dari sudut kefahaman kita mampu menghuraikan demi beroleh kemanfaatan dalam memahami usul tauhid.

Penggunaan kalimah rabb kerap di dalam Al-Qur’an misalnya pada firman Allah swt : “ Katakanlah siapakah rabb tujuh petala langit dan Rabb arasy yang agung ?* Mereka akan mengatakan Allah” (Al-Mukminun : 86-87).

Rabb pada perkataan bermaksud pentadbir atau pengurus dan sesuai disebut pada takrifan yang diberi oleh para ulama sebagai pendidik dan di antara makna lain ialah pada pemahaman kalimah Ar-Rabb ialah pemilik langit dan bumi serta yang menciptakannya dan yang mendidik makhluk dengan kehidupan dengan mengurniakan akal dan pemikiran dan fitrah dan anggota jasad dan memahamkan pula makhluk itu bagaimana menjalankan fungsinya .

Kesimpulannya jika meneliti makna Rabb dalam Al-Qur’an semuanya akan membawa kaitan kepada penciptaan alam, pemberi rezeki dan pemberi nikmat kepada manusia dan jika Allah menyebut kekufuran manusia maka dikaitkan pada perkataan rabb apabila manusia kafir pada rabb yang telah mengurniakan rezeki, nikmat dan pelbagai pemberian.

“Dan orang-orang yang kafir pada rabb mereka maka azab jahannam itulah balasan mereka dan seburuk-buruk tempat balasan” (Al-Mulk : 6).

Adapun makna I’lah ianya lebih khusus dari makna Ar-Rabb apabila I’lah ini merujuk kepada “yang disembah” dan ianya membentuk kata ilahiyah iaitu pengibadahan dan dalam Al-Qur’an selalu mengaitkan perkataan I’lah ini dengan sembahan dan ibadah dan ini dapat dilihat pada firman Allah swt :

“Berkatalah mereka (Anak-anak Ya’kub) kami menyembah I’lah engkau dan I’lah bapa-bapa-Mu iaitu I’lah Ibrahim, Ismail dan Ishaq iaitu I’lah yang Esa dan pada-Nya kami menyerah” (Al-Baqarah : 133).

Demikian I’lah ini ditumpukan pada kalimah khas yang membentuk maksud yang menjadi tujuan ibadah apabila I’lah ini disebut oleh Allah swt dengan firman-Nya : “ Sesungguhnya Alllah itulah I’lah yang satu maha suci Dia dari mempunyai anak” (An-Nisa : 171).

Pada ayat di atas menyebutkan Allah itulah I’lah yang satu (Esa) dan bersih dari tuduhan bahawa Allah mempunyai anak dan sekutu dan hal ini menyampaikan pemahaman bahawa kalimah I’lah itu digunakan juga pada setiap yang diambil sebagai tuhan dan tempat sembahan.

Mereka berkata apakah kamu yang melakukan (kerosakkan pada berhala) ini pada I’lah-I’lah kami wahai Ibrahim ?” (Al-Anbiya : 62).

Demikian Allah menyebutkan bagaimana golongan musyrikin di zaman Ibrahim mengambil berhala-berhala sebagai I’lah selain Allah swt dan serupa dengan mereka yang mengambil Isa a.s sebagai I’lah apabila mendakwa dianya ialah anak Allah swt dan perbuatan kafir musyrikin mengambil berhala sebagai I’lah dalam masa yang sama mereka mendakwa beriman pada Allah swt sebagai Rabb yang menciptakan langit dan bumi.

“ Katakanlah siapakah rabb tujuh petala langit dan Rabb arasy yang agung ?* Mereka akan mengatakan Allah” (Al-Mukminun : 86-87).


Sekaligus dari penerangan ringkas kita memahami bahawa di antara Ar-rabb itu dan I’lah mempunyai perbezaan dan membawa kepada maksud yang tidak sama apabila kita melihat golongan kafir musyrikin di zaman rasulullah menerima Allah sebagai tuhan yang memberi rezeki di langit secara lain mengiktiraf hak Allah sebagai Ar-Rabb dan dalam masa yang sama melakukan syirik pada hak Allah sebagai I’lah yang satu dengan mengambil berhala sebagai I’lah-I’lah yang disembah di bumi sebagai perantaraan.

Inilah yang diperjelaskan dalam beberapa hadith yang berkaitan mengenai kafir musyrikin Mekah yang sentiasa menyebut nama Allah pada lisan-lisan mereka seabgai tuhan yang sedia maklum yang memiliki kedudukan Ar-rabb namun dalam masa yang sama mensyirikkan Allah pada kedudukan I’lah yang menyangkut sekitar pengibadahan.

Allah swt menyatakan bagaimana kaum kafir ini menyebut :

“Apakah kamu menjadikan I’lah-I’lah yang banyak itu sebagai hanya satu ? Sungguh ini suatu perkara yang ajaib (pelik)” (Shad : 5).

Bahkan cukup melihat dalam kisah Walid Ibn Mughirah yang mendatangi rasulullah dalam riwayat Ibn Abbas ra mengenai bagaimana hatta termasuk Abu Jahal mengucapkan Demi Allah, demi Allah, Demi rabbul Ka’bah dan macam-macam lagi ucapan yang menunjukkan keimanan mereka pada Allah namun sama sekali itu tidak bernilai di sisi Allah (lihat Al-Mustadrak oleh Hakim hadith sahih disepakati oleh Ad0zahabi).

Demikian juga apabila kaum kafir Quraisy mengadakan perbincangan apakah tuduhan yang sesuai untuk diucapkan pada Muhammad bagi menjatuhkan kedudukannya lalu mereka berkata apakah mahu dituduh baginda sebagai kahin (dukun) ? Lalu dijawab oleh yang ada demi Allah dia bukanlah kahin (dukun) kerana kita mengenali sifat seorang dukun, apakah sebagai orang gila ? Demi Allah dia tidaklah gila , apakah seorang penyair ? apakah seorang penyihir ? yang mana semuanya dijawab oleh sesama mereka demi Allah, demi Allah (lihat Sirah Ibn Hisyam m/s 172 Jilid 1 dan Bidayah wan Nihayah).

Penggunaan kata, demi Allah, demi tuhan ka’bah oleh lisan kafir Quraisy sekaligus menunjukkan sekalipun kafir Quraisy itu menyembah berhala namun mereka masih beriman pada Allah namun apakah itu mencukupi untuk menghentikan dakwah baginda rasulullah yang berteraskan pada firman-Nya :

“ Dan tidaklah kami mengutuskan sebelum kamu daripada rasul-rasul melainkan kami mewahyukan kepada mereka bahawasanya tiada tuhan selain aku maka sembahlah aku.” (Al-Anbiya’ : 25).

Bagi para rasul, merupakan kewajipan ke atas mereka untuk memurnikan aqidah umat mereka dari pencemaran dan kesesatan serta memerangi kebathilan syirik. Sebagaimana sabda baginda salallahualaihiwasalam ;

“ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad sebagai rasulullah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 25 & Muslim no.22).

Demikianlah secara ringkas yang memahamkan kita bahawa dakwah para rasul diteraskan pada tauhid uluhiyah bukanlah hanya semata-mata pada rububiyah yang juga turut dimiliki oleh kebanyakkan kafir Quraisy yang mengakui kekuasaan Allah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memberi rezeki namun dalam masa yang sama mensyirikkan Allah pada tauhid uluhiyah dengan menyembah berhala yang terdiri dari para solihin dan kubur-kubur para nabi.


Walalhualam

p/s :

Musyrikin dan sifatnya yang dimeterai dalam Al-Qur’an ialah kekal sepanjang zaman apabila kita lihat pada hari ini pun wujud kesan-kesan syirik dan kejahilan apabila manusia yang mengaku Islam pada nama dan lisan-lisannya berzikir menyebut nama Allah seperti mana para musyrikin menyebut demi Allah, demi Allah dan lain-lain tapi pada pengamalan ibadah mereka dipenuhi syirik dan mungkar dari deen para rasul.

Mirip seperti musyrikin perbuatan jahil mereka apabila masih ada amalan memuja kubur para orang-orang soleh, para wali, keterlaluan memuja golongan soleh dan guru-guru dengan menggantungkan gambar-gambar habib-habib, hadad hadid yang mereka anggap soleh lalu memuja dan mengambil sebagai perantara mereka dengan Allah dan beramal zikir-zikir ganjil yang diwarisi dari habib-habab kebab dan hadid hadad mereka.

Juga kita lihat mereka tidak kurang mengadakan perbincangan mirip kafir Quraisy dengan mengatakan apakah tuduhan yang patut kita ucapkan pada baginda rasulullah dan pengikutnya yang sejati ? Cuma mungkin kerana zaman berubah maka gila, penyihir dan penyair tidak lagi menjadi idea mereka sebaliknya timbul idea baru dan tuduhan berbentuk baru iaitu apakah terrorist ? Apakah salafi ? Apakah wahabi ? Apakah sesat ?

Maka akhirnya terhasillah kesepakatan mereka menuduh golongan yang menuruti sunnah rasulullah dan menjauhi kesesatan bid’ah sebagai wahabi, sesat dan anti mazhab dan memecah belah seolah-lah iblis menyampaikan ilham kepada mereka.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

Monday, December 05, 2005

Kekeliruan Pengunaan “Ahlul Sunnah Wal Jamaah” Dengan Menisbahkannya Pada Kelompok Asya’irah dan Maturidiyah

Penulisan ini tidak bercadang memanjang lebar perbahasan hangat mengenai wahabi atau membela mana-mana kumpulan tetapi sebagai seorang guru agama ana tidak dapat membiarkan mana-mana pihak menyelewengkan kefahaman umat Islam apabila menyempitkan takrif Ahlul Sunnah Wal Jamaah hanya kepada dua kumpulan iaitu “Asya’irah” dan “Maturidiyah” .

UTUSAN MALAYSIA
30 Nov 2005
Forum
"Kebanyakan orang awam menyangka bahawa perselisihan golongan Wahhabi dengan golongan ahli sunnah (Al-Asya'irah & Al-Maturidiah) hanya tertumpu di bidang ranting dan furuk syariat semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Namun jika kita membaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi maka kita akan mendapati bahawa perselisihan antara mereka dengan golongan Ahli Sunnah Waljamaah juga bersangkut paut dengan soal akidah. Tidak pernahkah saudara Khairul Effendi membaca atau terbaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi yang mengharamkan pembelajaran tauhid sifat 20 yang merupakan suatu ilmu yang dipelajari oleh umat Islam yang tinggal di rantau Asia Tenggara bahkan hampir di seluruh dunia Islam? Tidakkah saudara pernah terbaca buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh Wahhabi yang mendakwa Allah Taala itu tempat-Nya di langit? Sebagai seorang pembimbing jemaah haji yang sudah tentu sering berulang alik dari tanah air ke tanah suci maka adalah suatu yang agak ganjil jika saudara tidak mengetahui mengenainya. Iktikad yang dipegang oleh golongan Wahhabi yang mendakwa bahawa Allah itu wujud dengan memerlukan tempat sudah cukup untuk membuktikan bahawa golongan Wahhabi tergelincir daripada kelompok Ahli Sunnah Waljamaah"


UTUSAN MALAYSIA
26 NOV 2005
MUKA HADAPAN
"Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini. ``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi sudah diresapi pula fahaman lain. ``Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini

.....................................................



Tidak seperti kebanyakkan ulama lain yang terus menolak Asya’irah dan Maturidiyah secara mutlak, ana dalam meneliti hal ini bahkan secara adil dan ilmiah mengatakan bahawa ana tidak menafikan ada beberapa perkara yang menjadikan fahaman Asya’irah dan Maturidiyah ini berkongsi dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah namun dalam sebilangan besar usul dan pemahaman Asya’irah khasnya pada sifat-sifat Allah swt, perihal takwil nusus nas Al-Qur’an dan hadith maka ana secara jujur menjelaskan bahawa kedua faham ini bukanlah faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah"


Imam Abu Hasan Al-Asya’ari ra

Beliau ialah Ali bin Ismail bin Ishaq ibn Salim dan merupakan keturunan sahabat bernama Abu Musa Al-Asya’ari ra dan lahir pada 260Hijrah dan pada asalnya merupakan seorang muktazilah dan ahli ilmu kalam yang bukan dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan kemudiannya pada tahun 300 Hijrah barulah beliau kembali kepada pegangan Ahlul Sunnah seperti yang disebutkan oleh ramai para ulama dalam kitab Wafayatul A’yan m/s 446 Jilid 2 dan oleh Ibn Katsir dalam Bidayah Wan Nihayah m/s 187 Jilid 11.

Berkata pula Imam Ibn Katsir ra bahawa Al-Imam Abu Hasan mengalami tiga peringkat dalam hidupnya iaitu :

Peringkat Pertama - Iaitu Muktazilah

Peringkat Kedua - Separa sunnah dan masih berbaki pemikiran ilmu kalam dan muktazilah apabila beliau mengisbatkan sifat-sifat Allah melalui akal dan dan mengadakan takwil dan pada peringkat inilah lahirnya faham Asya’irah dan asal usul sifat 20dan lain-lain yang kemudiannya ditambah oleh ulama ilmu kalam selepasnya.

Peringkat Ketiga – Mengikuti sepenuhnya fahaman salafus soleh dalam hal aqidah khasnya perihal pemahaman sifat Allah dan kaedah takwil yang dibawa oleh rasulullah para sahabat dan tabien serta yang dipegang oleh para Imam al-ummah baik Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad ibn Hambal dan ketika ini paling menonjol pengaruh ke atas Imam Abu Hasan Al-Asya’ari ialah Imam Ahmad ibn Hambal ra yang dikenali sebagai Imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah.


Al-Imam Syafi’ie ra lahir pada 150 Hijrah dan wafat pada 204 Hijrah iaitu 56 tahun sebelum kelahiran Imam Abu Hasan Al-Asya’ari dan diulangi kepada yang buta warna iaitu 56 tahun SEBELUM kelahiran Imam Abu Hasan Al-Asya’ari.

Diulangi Kepada yang jahil dan buta hati iaitu 56 tahun sebelum kelahiran Imam Syafie dan diulangi kepada yang masih ta’asub kepada tok-tok guru mereka tanpa ilmu iaitu 56 tahun sebelum lahirnya Imam Abu Hasan Al-Asya’ari.

Para ummah dan ulama semuanya mengetahui bahawa aqidah sahih ialah apa yang dibawa oleh Rasulullah salallahualaihiwasalam dan apa yang dipegang oleh para sahabat dan para tabien salaf ummah. Merekalah sebaik-baik golongan yang disebut sebagai kurun yang terbaik.

Al-Imam Syafie ra merupakan Imam kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah ?

Jawapannya tidak jika menurut golongan sufi dan buta hati kerana mereka menganggap Imam Abu Hasan Al-Asya’ari ialah Imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah dengan menisbahkan ajaran Asya’irah kepada Ahlul Sunnah dan Imam Syafi’ie ra sudah meninggal sebelum lahirnya Imam Abu Hasan Al-Asya’ari dan sudah pasti Imam Syafi’ie ra tidak tahu menahu akan aqidah Asya’irah, pegangan dan usul Asya’irah.

Jadi Imam Syafi’ie beraqidah apa ? Aqidah wahabikah ?

Kepada Puak yang Mengaku Mengikuti Mazhab Syafi’ie Dan Beraqidah Asya’irah

Sekiranya mereka ini mengaku mengikut Imam Syafi’ie ra dalam hal mazhab feqah mengapa mereka tidak mengikut juga Al-Imam Syafi’ie ra dalam hal aqidah ? Sebaliknya menuruti ulama yang lahir hanya setelah 56 tahun kewafatan Al-Imam Syafi’ie dan pula ulama ini kemudiannya menyusun faham aqidah asya’irah dari pengaruh ilmu kalam yang merupakan satu hal yang sangat dibenci oleh Imam Syafi’ie ra.

Imam Syafie ra yang diriwayatkan pernah berkata : “Hukum aku kepada mereka yang terlibat dengan ilmu kalam ialah disebatnya mereka itu dengan kayu dan dibaling dengan kasut lalu di bawa berarak ke sekeliling jalan-jalan sambil dilaungkan kepada orang ramai bahawa inilah hukuman bagi mereka yang meninggalkan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya” (riwayat Baihaqi dalam Manaqib Syafie m/s 462 Jilid 1).

Jawapan makhluk Allah yang dari kumpulan ini ialah mereka akan berbelit-belit kerana mereka akan menjawab bahawa perihal Feqah harus mengikut Imam Syafi’ie tetapi hal Aqidah mestilah Imam Abu Hasan Al-Asya’ari kerana hal aqidah baru disusun dan diperteguhkan konsep-konsepnya oleh Al-Imam Abu Hasan Al-Asya’ari pada zamannya.

Demikianlah golongan Ruwaibidhah ini yang berdusta atas agama kerana masakan Al-Imam yang empat baik Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik, Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad ra tidak menumpukan soal aqidah dan semata-mata feqah sahaja dalam hidup mereka ?

Sedangkan hal aqidah merupakan hal asas dan utama dan menjadi perkara yang paling utama diseru oleh Allah dan rasul seperti yang disebutkan oleh Allah swt dalam firman-Nya :

“ Dan tidaklah kami mengutuskan sebelum kamu daripada rasul-rasul melainkan kami mewahyukan kepada mereka bahwasanya tiada tuhan selain aku maka sembahlah aku” (Al-Anbiya’ : 25).

Begitulah juga seperti apa yang diperintahkan oleh rasulullah salallahualaihiwasalam kepada Muaz bin Jabal ketika diutuskan sebagai naqib (utusan rasulullah) ke Yaman untuk berdakwah di sana dengan sabdanya kepada Muaz : “ Seawal-awal perkara yang hendak kamu dakwahkan kepada manusia haruslah tauhid kepada Allah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.6937).


Apakah Aqidah para sahabat ? Asya’irah dan Maturidiyah jugakah ?

Apakah Aqidah Imam mazhab yang empat sekiranya mereka tidak pun mengetahui dan tidak tahu menahu pun soal Asya’irah ini ?

Jawapannya ialah :


Aqidah yang dibawa oleh Rasulullah yang diwarisi oleh para sahabat ra yang diamalkan oleh salaf soleh baik para Imam yang empat, Abu Hanifah, Malik, Syafi’ie dan Ahmad dan Said ibn Musayyib ra (93 H) , Amir ibn Syarhabil (104 H), Muhammad ibn Sirin (110 H), Al-A’masy (148 H) Ma’amar ibn Rasyad (153 H), Syu’bah ibn Hajjaj (160 H), Sufyan As-Sauri (161H) , mereka ini merupakan tabi tabien, Abdullah ibn Mubarak (181 H) , Yahya ibn said Al-Qathan (189 H) , Sufyan Ibn Uyainah (197 H) Kemudian muncul kurun ketiga iaitu zaman Abu Daud At-Thiyalisi (204H) , Yazid ibn Harun (206 H), Abd Razak ibn Humam ( 211 H), Abu Asim Al-Nabil ( 212 H), Yahya ibn Yahya naisaburi (226H) Muhammad ibn Said pengarang kitab Tabaqat (230 H), Yahya ibn Ma’in pengarang kitab Tarikh ( 233 H), Ali Ibn Madini pengarang kitab I’lal ( 234 H), Muhammad ibn Ismail pengarang kitab as-sahih dan tawarikh ( 256) , Muslim Ibn Hajjaj Al-Qusairi pengarang kitab Tabaqat dan sahih (261 H), Ad-Darisi pengarang kitab As-Su’alat (255H).

Kesemua ulama ini dan ramai lagi yang lahir pada zaman sebelum diulangi kepada yang lembap otak untuk mengeja iaitu SEBELUM lahirnya Imam Abu Hasan Al-Asya’ari ra dan SEBELUM munculnya faham asya’irah maka mereka beraqidah dengan kefahaman yang sudah sempurna dan hebat dan lengkap iaitu kefahaman aqidah yang tersusun dan tersemat kukuh iaitu yang disebut sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Masakan kitab hadith dan ilmu lain sudah terbuku maka aqidah dan hal asasi berkait iman, tauhid dan sifat-sifat Allah swt dan penakwilan dan pentafsiran Al-Qur’an masih belum disusun sehingga terpaksa menantikan lahirnya Al-Imam Abu Hasan Al-Asya’ari yang tidak lebih hebat dari Al-Imam As-Syafi’ie ra dan juga lain-lain imam yang empat untuk menyusun ajaran Asya’irah lalu didakwa sebagai Ahlul Sunnah ?


Kekeliruan
Kekeliruan lahir dari kejahilan
Kejahilan lahir dari Kelembapan
Kelembapan lahir dari sesuatu yang menyumbat
Membuang yang tersumbat hanyalah jalan
Dan yang menyumbat pemikiran itu ialah taqlid dan ketaksuban


Aqidah merupakan perkara yang sudah disepakati oleh para ulama’ Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan para imam salaf soleh sebagai perkara “Tauqifiyah” (iaitu perkara-perkara yang tidak diistinbatkannya melainkan dengan wujudnya dalil syara’). Dalil syara’ bermaksud Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih yang menjadi rujukan kepada sebarang permasalahan utama dalam hal agama. (lihat Aqidah Tauhid, m/s 8).

Demikianlah para ulama Islam yang bergigih kuat seperti Al-Imam Ibn taimiyyah ra yang dianggap sebagai mujadid Islam dan pembaharu serta Syeikhul Islam sekalipun demikian beliau tidaklah mengadakan hal baru dalam agama dan mereka-reka konsep baru sebaliknya hanya membawa kembali ajaran Islam yang sahih menurut kefahaman salaf soleh yang terjamin kebenarannya oleh Allah swt.

Marilah kita mengambil iktibar dari kalam Imam Ibn Taimiyyah ra yang diriwayatkan pernah berkata : “Sesungguhnya iktiqad tidaklah diambilnya dari aku atau sesiapa yang lebih hebat dari diriku sebaliknya ambillah dari Allah dan dari rasul-Nya dan apa yang dihimpunkan oleh ulama salaf dan jika ianya dari Al-Qur’an wajiblah kita beriktiqad dengannya begitulah juga apa yang sabit jelas datang dari hadith yang sahih seperti Bukhari dan Muslim” (Hikayah Manazir Fi Wasitiyyah m/s 161 Jilid 3 , Muqadimah Syarah Aqidah Wasitiyyah).

Inilah prinsip ulama salaf dalam mengambil sumber aqidah seperti kalam Imam ibn Taimiyyah ra : “ Tidaklah aku menghimpunkan dalam kitabku melainkan aqidah salaf soleh dan bukanlah juga hanya dari Aqidah Imam Ahmad sahaja dan bahkan Imam Ahmad itu sendiri pun hanya menyampaikan ilmu yang datang dari nabi salallahualaihiwasalam dan andai sekiranya apa yang disampaikan oleh Imam Ahmad itu ialah dari dirinya sendiri maka nescayalah kami tidak akan menerimanya” (lihat Muqadimah Syarah Aqidah Wasitiyyah, Majmuk Fatawa m/s 159 Jilid 3).

Demikianlah pegangan aqidah yang benar yang dipegang oleh para ulama salaf soleh . Sesungguhnya aqidah mereka diambil dari sumber yang sahih iaitu Al-Qur’an dan sunnah. Aqidah bukanlah mazhab atau pegangan ijtihad yang dibuat oleh mana-mana ulama dan mana-mana orang boleh memilih pendapat yang disukainya untuk dipegang sebaliknya aqidah ialah satu dasar dalam agama yang jelas dan kukuh tanpa goyah yang di ambil dari asas Islam iaitu kitab dan sunnah. (lihat Syarah Aqidah Thahawiyah m/s 33 Jilid 1).

Oleh yang demikian para ulama’ bersepakat mengatakan sumber Aqidah Islam ialah Al-Quran dan Sunnah sahihah semata-mata dan diberhentikan setakat itu tanpa memperpanjangkan sesuatu hal yang tiada dalil. Kerana itu ia dinamakan perkara tauqifiyah iaitu berasal dari perkataan “tauqif” dari “ waqaf” yang bermaksud berhenti (lihat dalam lisanul Arab m/s 380 Jilid 9).

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepadanya aku bertawakkal dan kepadanya aku kembali” (Hud :88).

Para ulama’ menyebutkan bahawa dalam perkara Aqidah tidak boleh wujud perkara-perkara ijtihad dan pendapat akal, kerana perkara aqidah merupakan soal ghaib dan perkara yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera sebaliknya aqidah merupakan iktiqad kepercayaan yang melibatkan dalil syara semata-mata (lihat Syarah Aqidah Tahawiyah m/s 32).

Maka perbuatan Al-Imam Ibn Taimiyyah ra yang menyusun Kitab Aqidah Wasitiyyah dan Al-Imam At-Tahawi yang mengarang kitab Aqidah Tahawiyah itu maka wajarkah kita katakan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah faham Taimiyyah ? Atau Tahawiyah ?

Jawapannya ialah seperti kata Al-Imam Ibn Taimiyyah di atas bahawa beliau hanya mengembalikan ummah pada perkara yang asal yang dibawa oleh salaf soleh dan yang datangnya dari nabi salallahualaihiwasalam dan bukanlah dari dirinya atau sesiapa. Demikianlah Syeikh Muhammad Abd Wahab ra yang mengembalikan perihal tauhid dan aqidah kepada pemahaman dan pegangan salaf soleh yang asal dari penyelewengan.

Sebaliknya Asya’irah mengembalikan aqidah kepada Imam mereka dan berdasarkan kepada faham ilmu kalam yang bertentangan dengan keilmuan Islam yang berdasarkan nas dan dalil serta bertentangan dengan pengamalan salaf soleh.

Buah Mempelam Diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Siti ke kedai membeli ikan
Ikan dirumah sudah kehabisan
Isu Wahabi hangat di Utusan
Lalu ramailah puak sufi mengambil kesempatan

Jika berjalan tunduk-tunduklah ke tanah
Orang berjasa kita berbudi
Kebathilan dan kejahilan dianggap sunnah
Sunnah yang sahih dianggap pula wahabi

Wahabi itu nama diberi
Diberi nama oleh golongan sufi
Orang Intelektual ramai ikut wahabi
Kerana itulah sufi dengki

Otak cerdik akalnya lancar
Mudah faham apa yang diajar
Otak lembap akalnya tersumbat
Kerana itu fahamnya lambat

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana nak sama dengan Syeikh Muhammad Abd Wahab seorang

Mujadid Hakiki muslih peribadi
Perjuangannya membawa sunnah sejati
Bukannya macam sufi yang syok sendiri
Tak pasai-pasai tuduh orang lain wahabi