
Masyarakat Islam tidak memisahkan antara
perkara politik dan agama kerana Islam bermaksud jalan hidup yang
diredhai oleh Allah. Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ
الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ Wahai orang-orang yang
beriman, masuklah kamu ke dalam Islam
secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
Konsep
Islam ialah 'kaffah' iaitu menyeluruh dan seorang Muslim hendaklah
meletakkan wala' (ketaatan) dan keyakinan kepada al-Quran dan as-sunnah
ke atas semua perkara mengatasi segala kepentingan yang lain. Dalam
aspek politik, berikut ialah pendapat yang perlu difahami oleh
masyarakat :
1. Demokrasi ialah sistem buatan manusia,
pentadbiran manusia berdasarkan sistem buatan manusia untuk manfaat
manusia. Hal ini berbeza dengan sistem Islam dari dua sudut yang pokok :
i- Sistem Islam mentadbir manusia agar mematuhi perintah Allah dan
mendahulukan kehendak Allah daripada kepentingan manusia. Allah sebagai
pembuat undang-undang dan peraturanNya ditaati serta dijadikan dasar
yang utama.
ii- Peraturan Demokrasi ditentukan oleh majoriti
ramai manakala sistem Islam ditentukan oleh Perintah Allah dari Al-Quran
dan as-sunnah yang sahih serta sorih, tanpa mengira berapa jumlah
sokongan atau persetujuan manusia.
Ada kalanya jumlah yang
kecil diberi hak untuk berkuasa ke atas golongan yang ramai kerana
'kebenaran' dan 'kemampuan' untuk melaksanakan hak-hak Allah SWT.
2. Semenjak kekalahan perang salib moden dan kejatuhan khilafah Islam
pada 1924 M, telah menyebabkan negara-negara Islam berpecah dan dijajah
oleh barat. Justeru demokrasi telah diserapkan ke seluruh negara umat
Islam sebagai sistem pentadbiran dan pemerintahan. Maka penglibatan umat
Islam dalam hal ini adalah dimaafkan kerana keterpaksaan, firman Allah
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا Allah tidak memberatkan
seseorang kecuali apa yang dia mampu. [Al-Baqarah: 286] Maka harus bagi
seorang muslim terlibat dengan demokrasi bagi memperjuangkan keadilan
dan hak-hak Islam sehingga dia mampu menukar sistem pentadbiran kepada
sistem Islam sepenuhnya.
3. Mengundi dalam pilihanraya adalah
suatu kewajipan semasa*(maksud kewajipan semasa ialah ianya berubah
mengikut keadaan dan selama prinsip Islam dapat dicapai dan mudharat
dapat dicegah dengan demokrasi maka ianya menjadi wajib sementara)
berdasarkan kaedah fiqh, مالا يتم الواجب إلا به فهو واجب Apa-apa yang
diperlukan untuk melaksanakan perkara wajib maka ia juga turut menjadi
wajib. [Qawaid fiqhiyah] Wajib bagi umat Islam mencegah amar makruf nahi
mungkar, melaksanakan keadilan, menjaga hak-hak orang Muslim maka jika
pilihanraya dan parti politik dapat melaksanakan hal berikut ianya
menjadi wajib untuk dilakukan.
Kata Syeikh Muhammad
Al-Utsaimin, أنا أرى أن الانتخابات واجبة ، يجب أن نعين من نرى أن فيه
خيراً ، لأنه إذا تقاعس أهل الخير ، مَنْ يحل محلهم ؟ سيحل محلهم أهل الشر ،
أو الناس السلبيون الذين ما عندهم خير ولا شر ، أتباع كل ناعق ، فلابد أن
نختار من نراه صالحاً
Saya memandang pilihanraya sebagai wajib, kita
sepatutnya melantik seseorang yang kita pandang sebagai baik sebab jika
orang yang baik terhalang (dari memimpin) maka siapa yang akan
mengambil tempat mereka?Lalu orang jahat yang akan menduduki tempat
tersebut, atau orang yang tiada pendirian yang mungkin ada baik dan
jahat lalu mengikut siapa yang bersuara banyak maka tiada pilihan
melainkan kita mesti memilih orang yang kita pandang sebagai soleh
(layak). [Liqaa’aat al-Baab al-Maftooh]
4. Kewajipan memilih
parti Islam atau kumpulan orang-orang Muslim yang terpercaya untuk
mewakili umat Islam. Hendaklah kita memilih parti Islam atau kumpulan
orang Islam yang dipercayai amanah, siqah dan layak memikul
tanggungjawab sebagai pemimpin. Hendaklah dia bebas dari tohmahan dan
diyakini dapat menunaikan hak-hak Islam dan umatnya. Mengundi parti
Islam termasuk dalam perintah Allah SWT, : {وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ
وَالتَّقْوَى Bantu-bantulah di dalam kebaikan dan taqwa.[Al-Maidah:2]
Haram mengundi parti yang sekular, memperjuangkan perkauman serta
mengamalkan rasuah, penyelewengan kuasa dan dipenuhi oleh orang-orang
yang jahil, tidak patuh pada perintah Allah dan fasik.
5.
Harus hukumnya menjatuhkan kerajaan atau pentadbiran yang zalim jika
terdapat jalan yang selamat dan aman atau tidak membawa mudharat yang
lebih besar seperti pilihanraya umum dan ianya diterima oleh Islam
sebagai salah satu jalan sementara* untuk mengangkat dan menurunkan
pemerintah umat Islam. Sistem demokrasi hari ini menetapkan sesuatu
pemimpin mempunyai tempoh mandat tertentu untuk memerintah rakyat dan
apabila tempoh tersebut tamat maka dia perlu memperbaharuinya dengan
pilihanraya. Rakyat berhak memilih selain dia jika ada calon yang lebih
baik.
Rasulullah Salallahualaihiwassalam berpesan, إنكم ستحرصون على الإمارة وستكون ندامة
يوم القيامة فنعم المرضعة وبئس الفاطمة 'Kamu sangat ingin menjadi
pemimpin tetapi kamu akan menyesal di hari akhirat. Permulaannya
kelihatan nikmat tetapi pengakhirannya adalah kesusahan. [riwayat
al-bukhari]
WA