Monday, June 08, 2015

Doa yang perlu kita amalkan

Daripada Abu Hurairah RA, beliau menyebut bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam biasa membaca doa berikut ;

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Ya Allah ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng atau pergantungan bagi urusanku; dan perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku; kemudian perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku! Dan Jadikanlah ya Allah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah pula kematian sebagai kerehatan untukku daripada segala kejahatan. [Riwayat Muslim no. 2720]

# Dalam hidup ini kita punya banyak kekurangan, dalam agama, dalam kehidupan dan dalam segala-galanya. Mohonlah tambah kebaikan dari Allah, dan memohon perlindungan-Nya dari segala keburukan.

Doa itu persis ubat, harus disesuaikan ubat dengan keadaannya.

Jika bala selalu mendatang, ujian asyik bertimpa, musuh tak berkurang mungkin kita perlu membaca doa seperti yang dibacakan oleh baginda salallahualaihiwassalam dari riwayat Abu Hurairah yang menyebut baginda membaca;

 اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ البَلاَءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ القَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada musibah yang tidak mampu aku tanggung, kesulitan yang menjadi sebab-sebab datangnya kebinasaan, takdir yang membawa akibat buruk dan kegembiraan musuh atas penderitaanku.” [Riwayat Al-Bukhari no. 6347 dan Muslim no. 2707]

Jika terjaga di tengah malam

Diriwayatkan daripada Ubadah bin Somit RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda ;

من تَعَارَّ من الليلِ فقال : لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ ، لهُ المُلْكُ ولهُ الحمدُ ، وهوَ على كلِّ شيٍء قديرٌ ، الحمدُ للهِ ، وسبحانَ اللهِ ، ولا إلهَ إلَّا اللهُ ، واللهُ أكبرُ ، ولا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ ، ثم قال : اللهمَّ اغفرْ لي ، أو دعا ، استُجِيبَ لهُ ، فإن توضَّأَ وصلَّى قُبِلَتْ صلاتُهُ

“Barangsiapa terjaga pada malam hari, kemudian dia berdoa dengan membaca ;

Tiada illah yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu baginya, milikNyalah segala kerajaan dan pujian, Yang Maha menghidupkan dan mematikan, di tanganNyalah segenap kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji hanya bagiNya dan tiada illah yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar, tiada daya serta upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Kemudian setelah itu dia berdoa;

'Ya Allah ampunilah aku”

Ataupun berdoa dengan perkara yang lain daripada itu nescaya akan dikabulkan permintaannya.

Sekiranya dia berwudhu lalu solat maka akan diterima pula solatnya.”

[Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud dan Al-Tirmidzi]

# Semoga Allah memasukkan kita ke dalam syurga dan rahmat-Nya.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz,

Sy nak minta pendapat ustaz ttg suami yg ingin bernikah 1 lg. Tp setelah mendapat kebenaran dr isteri pertama, dia terus mengabaikan isteri dan anak2. siang dan malam masa hanya dihabiskan bersama teman wanitanya itu. wanita tersebut telah mendapat bantahan daripada keluarganya utk menikahi suami org. dan dia mengambil keputusan utk tidak menghiraukan ibu bapanya yg memberi tentangan terhadap keinginannya itu. dan drpd situ timbul 1 alasan oleh si suami td utk menghabiskan masa bersama2 wanita tersebut kerana wanita tersebut sudah tidak punya sape2. walaupun di bulan puasa, suami tdk dpt berbuka puasa dgn anak2 dan isteri kerana terpaksa temankan wanita tersebut. anak dan isteri telah diabaikan sebelum mereka berkahwin lg. isteri telahpun mengadu ke pejabat agama dan cuba berbincang dgn suami. tetapi suami tetap dgn alasan yg "kukuh" nya yg wanita tersebut lebih memerlukannya diwaktu ini dan dia rs bertanggungjawab di atas apa yg berlaku. dalam kes ini, berdosakah isteri jika mendoakan supaya suami xjd berkahwin kerana takut diabaikan ataupun adakah salah jika si isteri memohonkan penceraian?..

mohon pendapat ustaz.