Friday, August 28, 2009

Panduan Membuat Pilihan Di Dalam Islam

5 comments:

cokobong said...

saya seorang bekas sekolah agama aliran sains kini sedang dalam proses pengajian kejuruteraan.

tetapi lama-kelamaan saya mendapati saya semakin bosan,jemu dengan bidang ini.bukan sekadar itu, saya mendapati dengan memilih untuk belajar akademik saya seolah2 telah menombor-duakan pengajian islam.kerana saya telah diberi pilihan samaada akademik atau diniyyah dahulu.

saya berasa amat terkilan bilamana saya tak mampu memahami kitab2 arab sedangkan saya agak mahir berbahasa arab semasa di zaman persekolahan.disebabkan kebolehan itu tidak diasah,ia menjadi semakin meluntur.buat pengetahun ikhwah sekalian saya belajar di korea selatan.

beberapa bulan kebelakangan ini saya kerap menyertai diskusi ilmu.banyak yang dipelajari bermakna banyak lagi yg perlu dipelajari.saya tidak selesa dengan status muqallid.tak sanggup lg rasanya bertaqlid sembrono tanpa mengetahui asal-usul hukum dan dalil.betapa jahilnya diri ini

saya menjadi resah apabila seringkali diingatkan oleh para ilmuwan agama,jangan mentafsir,beramal dengan al-qur'an/hadis secara "zohiri" kerana adanya kaedah usul fiqh yg perlu dipelajari terlebih dahulu.

dalam amalan seharian,saya keliru dalam membezakan amalan sunnah dan b!d'@h.lebih menakutkan lagi apabila apabila gejala takfir semakin menjadi2.isu wahabi,salafi ekstrem,khawarij,IM,tasawuf,islam moderat dan sebagainya. saya keliru...siapakah wali2 Allah dan siapakah wali2 syaitan

saya selalu terfikir untuk berhenti segera dari bidang sekarang ini.dan menanam niat seikhlas hati,sehina diri untuk belajar semula Ilmu2 Allah supaya saya dijauhkan dari kesesatan2.

wallahua'lam.

apakah saranan ustaz?

Ustaz Emran said...

Assalamualaikum,

1) Ubudiyah

Tidak semua perlu jadi ustaz atau alim namun yang pasti untuk beramal di dalam Islam memerlukan Ilmu.

Ilmu diperlukan untuk mengetahui hujah sandaran sesuatu perbuatan.

2) Ketahui hal yang dasar dan cabang

Perkara yang dasar yang manusia tidak boleh berselisih, hukum yang telah qat'ie dan jelas di dalam Al-Quran dan Hadis.

perkara yang diperselisihkan ialah sao khilaf, jangan risau sebaliknya beri masa utk dalami ilmu dgn tidak gopoh dan mencari kebenaran.

sementara itu amalkan dahulu apa yang sudah diyakini dan tunaikan kewajipan yang sudah jelas.

3) Abaikan soal selesa atau tidak selesa dan ikhlaskan niat kerana Allah.

Sentiasa fokus pd tanggungjawab yg lebih utama

4) Jangan berhenti mencari kebenaran krn kebenaran tidak menetap pd seseorang atau pada sesuatu tempat sebaliknya ialah bergerak dan tidak tetap.

Sentiasa melazimi kebenaran memerlukan kita sentiasa sanggup berpindah-randah (sanggup berubah) dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

5) Manusia terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu wali Allah dan wali syaitan, wali Allah bukanlah maksum atau tidak buat salah sebaliknya sentiasa ikhlas dan berusaha mencari jalan menuju Allah.

Wali syaitan ialah yang memusuhi,enggan,derhaka, tidak mahu menuju kepada jalan Allah.

sebaik-baik manusia ialah yg bertaubat.

6) pertimbangkan baik-buruk sesuatu keputusan bukan hanya kepada diri tetapi agama.

Mana lebih bermanfaat pd agama kita ?

aku menjadi seorg ustaz atau ahli agama ?

atau aku menjadi seorang jurutera ?

Islam lebih memerlukan siapa sekarang ini ?

Aku lebih berpotensi menyumbang besar kepada agama/ beramal sbg Allah di dalam bidang kejuruteraan atau agama ?

wallahualam

Dr. Ridzuan Masri said...

Assalamualaikum Ustaz, 2ndstopsolution..

Dari saya yang masih jahil ini, dalam kitab Ihya' Ulumudiin karangan imam Al-Ghazali, Kitab pertama, al-Ghazali telah membahagikan ilmu kepada dua ilmu. Iaitu Ilmu fardhu ain, dan yang kedua, ilmu fardhu kifayah.

Mengikut Imam al-Ghazali, kedua-dua ilmu tersebut diperlukan. Ilmu fardhu ain adalah ilmu yang wajib dan perlu dipelajari oleh setiap muslim. Ilmu fardhu ain ini seperti Solat, mengaji al-Quran, pusas dan sebagainya yang membentuk asas dan peribadi seorang Muslim. Walaupun mentut ilmu agama itu dituntut, tetapi muslim juga tidak boleh meninggalkan ilmu fardhu kifayah. Kejuruteraan, kedoktoran, keguruan, arkitek, akauntan dan sebagainya, adalah dikelasifikasikan sebagai ilmu fardhu kifayah.

Menurut imam al-Ghazali lagi, sekiranya tiada seorangpun dari sesebuah masyarakat Muslim menuntut ilmu fardhu kifayah tersebut iaitu ilmu untuk kehidupan duniawi, maka akan rosak binasalah masyakat tersebut, dan berdosalah keseluruhan umat tersebut.

Maka kedua-duanya saling berkaitan dan perlu dituntut oleh setiap umat Muslim.

Ustaz, betulkan saya kalau saya silap.

Wallahualam..

alias said...

salam, ustaz

mohon kebenaran copy-paste artikel ni kat website sekolah/famili sy. tk

(ps: sy tumpang username sykt/dept)

Ustaz Emran said...

Alhamdulillah,

Pendapat yang dikemukakan oleh saudara Redzuan Masri itu betul.

sebenarnya ulama dahulu seperti Imam Abu Hanifah misalnya di samping menjadi ulama dan alim di dalam bidang agama mereka juga merupakan ahli perniagaan, mahir ilmu duniawi yang lain.

mereka tidak cari makan dengan ilmu agama.

Umat Islam perlu menguasai pelbagai kemahiran ilmu.