Monday, May 11, 2009

Perbicaraan Mahkamah Syariah Perlu "Tertutup" Media Jangan Sebar Aib Individu


Perbicaraan Mahkamah Syariah Perlu "Tertutup" Media Jangan Sebar Aib Individu Mahkamah Syariah di negara Malaysia akan dianggap sebagai bersikap “tidak mesra umat Islam” dan “berperaturan jahiliyyah” sekiranya tidak mengadakan pembaharuan seperti "lebih memudahkan dan menjaga kepentingan dan maslahat umat Islam daripada menyusahkan semata-mata kerana mahu mengikut prosedur yang bertulis" serta "mengukuhkan pegangan mahkamah syariah kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan menyerap sikap keduanya di dalam penghukuman dan perjalanan undang-undang syariah."



Tanpa dua proses ini, saya dengan berani mengatakan kita tidak akan ke mana-mana dan Islam serta undang-undang Syariah akan menjadi bahan ketawa generasi muda atau sesuatu yang dibenci dan tidak disukai.

Jamal Abdillah, isteri adakan hubungan kelamin selepas dua hari bercerai
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Apakah kita suka baca di dada akhbar cerita-cerita yang mengaibkan seperti ini ?

Cerita pernikahan orang , rumahtangga orang , perceraian , tuntutan nafkah, suami tidak adil, isteri curang dan sebagainya sepatutnya ditutup daripada disebarkan dan dijadikan bahan untuk sebaran media massa.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mencela antara satu sama lain. Adakah seseorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat : 12)

Mahkamah perlu ada integriti dan kemuliaan, bahkan lebih daripada itu mahkamah perlu bersikap sebaga “bapa” yang mengasihi dan memudahkan serta bersikap mahu menyelesaikan masalah, menjaga kebajikan semua orang termasuk yang bersalah dan ingatlah wahai hakim mahkamah Syariah, kamu hanya bertanggungjawab menguat-kuasakan syariat Allah bukan penghukum kerana cukuplah Allah swt sebagai penghukum di akhirat.

Betapa banyak hakim-hakim yang akan dihumban ke neraka, Allah sajalah yang tahu.

Kenapa ? Mana taknya…kalau ikut syariah dah sah tapi mahkamah kata tak sah sebab tak ikut peraturan dan prosedur syariah MALAYSIA dan sebaliknya…jadi cuba fikir sendiri apakah mereka berhukum mengikut syariah atau mengikut peraturan yang disandarkan kepada syariah ?

Apakah balasan bagi golongan yang menukar ganti hukum Allah dengan prosedur dan peraturan yang dibuat oleh manusia lalu mengatakan ianya Syariah (daripada Allah) ?

"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan." (Al-Baqarah : 76)

Allah sahajalah yang mengetahui…

p/s :

Kadang-kadang ada orang mengadu kepada saya, geram dengan gelagat dan kelaku hakim dan peguam syariah, katanya golongan ini nak glamour jugak, ada hakim tak reti bahasa arab pun tetapi menghukum di atas nama syariah ? rupa-rupanya semua menghukum ikut prosedur undang-undang yang telah dibuat oleh manusia bukan Allah, prosedur yang sudah dikuat-kuasakan.

Ada seorang kawan lagi pulak yang pernah dibicarakan di mahkamah syariah mengatakan kepada saya kalau boleh dia nak sahaja jadi wartawan dan muatkan berita sensasi berkenaan si Hakim mahkamah syariah tersebut seperti lemah tenaga batin, mati pucuk, anak jahat di sekolah, isteri hakim curang dan sebagainya.

Agak-agaknya esok terus keluar rang udang-undang semua cerita yang berkaitan dengan mahkamah Syariah adalah rahsia.

Orang tanya saya, ustaz macam mana ? apa komen ustaz ? haha, saya tak ikut mazhab syafie jadi buat apa nak pi rujuk mahkamah syariah kalau ada masalah pun mereka mana ada prosedur atau peruntukan untuk orang yang tidak bermazhab dengan mazhab syafie macam saya.

Pulak…ustaz mazhab apa ? Saya mengikut mazhab Imam Ahmad.. pi tanya depa ada tak prosedur untuk mazhab ni!

No comments: