Wednesday, September 17, 2008

Nasihat untuk PAS


Plan Cadangan Pembaikan
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
(PAS)
2008

Disediakan oleh : Ustaz Emran Ahmad
_______________________________
Dilihat oleh : Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali


A document is applicable within the writer and the PARTI ISLAM SEMALAYSIA when approved by the management of PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) . Only approved documents can be issued outside the PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS). This document is the property of PARTI ISLAM SEMALAYSIA. Reproduction in any form without prior written permission is forbidden.

Contents
Introduction 2
Background Information 2
OBJECTIVES 3
1- Mesyuarat Khas kepimpinan PAS pusat untuk menangani masalah kelembapan dakwah dan kebuntuan Tarbiyah PAS bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu di ambil. 6
Antara cadangan : 6
a) Perlantikan Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Dakwah & Tarbiyah PAS Pusat 6
b) Memohon khidmat bantuan daripada badan NGO atau pihak lain untuk mengambil alih tugas tarbiyah PARTI ISLAM SeMalaysia (PAS) kepada ahli. 8


Introduction
Background Information

Kertas kerja ringkas ini dihasilkan sebagai satu usaha untuk mencadangkan kepada kepimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) langkah-langkah pembaikan Parti dan gerakan PAS untuk terus utuh dan maju memikul tanggungjawab menegakkan Islam di atas muka bumi Malaysia.

PAS sehingga kertas kerja ini ditulis telah memperlihatkan kepada rakyat Malaysia bahawa Parti Islam Semalaysia (PAS) ialah sebuah badan organisasi Politik disebalik harakah dakwah yang sepatutnya menggerakkan usaha dakwah kepada masyarakat di samping turut memilih politik sebagai salah satu wasilah (cara dakwah ).

Pas selain sebagai organisasi politik atau parti Islam,kelihatan agak ketinggalan di belakang berbanding badan-badan NGO, persatuan atau kumpulan dakwah yang lain di dalam membela isu-isu agama yang bukan berlatar belakangkan politik. Parti Islam Semalaysia (PAS) juga agak kurang aktif memberikan pemahaman ilmu, maklumat semasa , pengisian dakwah kepada masyarakat Islam Malaysia disebabkan kesibukkan Parti dengan politik.

Kertas kerja ini ditulis supaya memberikan sedikit cadangan dan teguran kepada pihak kepimpinan PAS supaya mempertimbangkan harapan orang ramai dan para pejuang Islam tanahair yang mahu melihat PAS di samping menjuarai bidang politik turut sama menggungguli bidang dakwah, pendidikan, latihan dan pembangunan modal insan manusia agar terbentuk masyarakat yang diredhai Allah swt bukan hanya kerana tertegaknya hudud atau undang-undang Islam tetapi juga disebabkan penduduknya yang mengamalkan ajaran Islam.


OBJECTIVES

Matlamat utama kertas kerja ini ditulis ialah supaya pihak kepimpinan PAS sudi mempertimbangkan cadangan penulis agar Parti Islam Semalaysia (PAS) selepas ini bersedia mengambil langkah-langkah serius dan drastik (segera) di dalam menggerakkan usaha dakwah tanpa mengabaikan politik dan hal ehwal tumpuan lain yang menjadi fokus Pas.


i- Mengerakkan Badan Tarbiyah PAS agar beroperasi di seluruh Negara serta merta dan memberikan fokus penting agar Badan Tarbiyah PAS melaksanakan kerja-kerja dakwah bukan hanya menunggu keadaan tertentu atau bergantung kepada isu semasa. Jika perlu ditukarkan kepimpinan di bahagian latihan dan tarbiyah untuk kelancaran dakwah mohon ditukarkan dan jika perlu ditambah dengan tenaga muda atau baru dimohon supaya dibuka peluang rekrut dan pengambilan tenaga kerja baru di dalam PAS bagi menjalankan kewajipan dakwah di seluruh Negara.


ii- Bina silibus dakwah dan mantapkan isinya, laksanakan kelas, ceramah, usrah, majlis ilmu berpandukan kepada silibus yang dibina dan diperbaiki daripada semasa ke semasa dengan perkembangan ilmu dan penambahan bilangan ulama’ ke dalam PAS. Pastikan wujud lajnah yang menyemak perkembangan silibus dan informasi dakwah dan maklumat di dalam Pas bagi mengembangkan budaya ilmu di dalam Parti serta memastikan ahli-ahli Pas terdidik dengan silibus berdasarkan sumber daripada Al-Quran dan As-Sunnah dengan disemak oleh ulama muktabar.

iii- Bangunkan masyarakat setempat dengan aktiviti usrah, tamrin, khemah ibadah, motivasi dan kelas-kelas agama serta kemahiran keduniaan seprrti kelas-kelas tambahan tuisyen percuma untuk anak-anak ahli dan bantuan-bantuan kebajikan masyarakat kepada penduduk setempat.

iv- Memperkemaskan tarbiyah (pendidikan) Pas kepada ahli dengan memastikan setiap ahli pas telah melalui proses keilmuan yang mencukupi sehingga diluluskan untuk bekerja mewakili Pas dan Parti agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini akibat kejahilan.

v- Memohon supaya digerakkan DEWAN ULAMA PAS yang bisu dan lesu akibat tidak aktif dengan sebarang aktiviti yang membina dan membantu umat Islam Malaysia. Bukankah Dewan Ulama Pas sepatutnya rancak mengerakkan aktiviti ilmu, kajian, perbahasan ilmiah, perbincangan, forum-forum dengan ulama’ luar, sepatutnya Dewan Ulama Pas menjadi tempat rujuk dan di anggap setanding dengan majlis Mufti atau Majlis Fatwa Kebangsaan milik kerajaan UMNO tetapi gagal kerana tidak berfungsi. Bukan itu sahaja, Dewan Ulama PAS juga gagal menjadi tempat rujukan Parti dan rakyat serta ahli-ahli di dalam soal agama. Kini Mufti Perlis lebih dipercayai fatwanya di kalangan ahli muda PAS daripada Dewan Ulama PAS di dalam soal fatwa pada hari ini sekalipun Mufti terbabit bertugas di bawah kerajaan UMNO.

vi- Jangan menjadikan PAS sebagai tempat mengumpul pengikut, mencari nama dan pangkat kedudukan serta tempat mengumpulkan harta. Pembersihan PAS daripada golongan ini perlu dilaksanakan secara berperingkat dengan menjalankan usaha “TAZKIYAH” (PENYUCIAN) PAS daripada kotoran penyakit dunia. Hendaklah kepimpinan PAS mengarahkan kelompok manusia yang mencari kepentingan duniawi dengan PAS ini supaya ditarbiyah dan diproses kembali oleh Pihak Tarbiyah sebelum diberi kepercayaan semula memegang jawatan atau sebarang tanggungjawab.

vii- Pihak silibus dan latihan dakwah PAS perlu membina pelbagai modul, plan dan aktiviti serta program yang terkini, kreatif dan memenuhi keperluan dakwah semasa. Apa silibus untuk dakwah di dalam bidang perniagaan ? apa latihan yang perlu untuk dakwah di dalam bidang perubatan ? apakah bahan dakwah dan silibus yang perlu untuk pendakwah di dalam bidang politik ? mengapa tidak dibangunkan perkara yang sebegini penting di dalam PAS, sekiranya dibangunkan mengapa tidak digerakkan usaha mempromosikannya serta pelaksanaannya.


PROGRAMS OUTLINE

As to meet the objectives as stated, each program specified outline the followings:-

1- Mesyuarat Khas kepimpinan PAS pusat untuk menangani masalah kelembapan dakwah dan kebuntuan Tarbiyah PAS bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu di ambil.
Antara cadangan :

a) Perlantikan Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Dakwah & Tarbiyah PAS Pusat

PENJELASAN :

Melantik sebuah organisasi khas di dalam PAS bagi memantau, membuat plan dan mencadangkan kepada pihak kepimpinan PAS tindakan yang perlu diambil bagi memantapkan usaha dakwah dan tarbiyah.

- Jawatankuasa ini perlu mengemukakan cadangan tindakan yang perlu di laksanakan bagi setiap tahun.
- Mengemukakan budget dan belanjawan kewangan bagi program dakwah dan tarbiyah yang diperlukan termasuk elaun, gaji dan sebagainya.
- Jawatankuasa ini perlu memantau pelaksanaan usaha tarbiyah dan program yang telah dipersetujui dan diputuskan oleh pihak Kepimpinan PAS.
- Jawatankuasa ini perlu melaksanakan tarbiyah dan dakwah serta memikirkan mengenai usaha dakwah serta tarbiyah yang perlu dilaksanakan serta memfokuskan segala usaha tarbiyah dan dakwah kepada ahli PAS dan juga umat Islam Malaysia.


b) Memohon khidmat bantuan daripada badan NGO atau pihak lain untuk mengambil alih tugas tarbiyah PARTI ISLAM SeMalaysia (PAS) kepada ahli.

Cadangan :

Outsource tarbiyah PAS kepada ABIM, JIM, TERAS, PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) DAN LAIN-LAIN BADAN YANG DIFIKIRKAN SESUAI.

c) MELAKSANAKAN PROGRAM TAZKIYAH PAS

Satu usaha berani daripada pimpinan PAS untuk mengadakan program pembersihan PARTI daripada segala masalah dan kerosakkan yang berlaku di peringkat kepimpinan dan ahli.
Cadangan :

a) Mengadakan satu JAWATANKUASA TAZKIYAH untuk membersihkan PAS dengan cara mewujudkan organisasi pemeriksa yang akan memeriksa dan menyiasat seluruh individu penting di dalam PARTI agar terselamat dan bersih daripada penyelewengan.

b) Badan JAWATANKUASA TAZKIYAH ini akan berperanan seperti BPR, POLIS dan juga PIHAK PENGINTIPAN di dalam PAS bagi mengkaji dan memerhatikan kesalah-lakuan di kalangan kepimpinan PAS dan mereka mempunyai keizinan untuk melaporkan terus hasil siasatan dan kajian kepada pihak Kepimpinan PAS Pusat untuk dibincangkan segala cadangan dan kajian siasatan.


CONCLUSION - KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, saya menyakini, pihak PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) pastinya mengetahui isu-isu yang telah dibangkitkan oleh saya di dalam kertas kerja ini. Saya juga percaya pihak kepimpinan PAS pastinya sudah mempunyai jalan penyelesaian dan sedang gigih mengusahakan segala yang termampu bagi memperjuangkan Islam di bumi Malaysia.

Kertas kerja ini bukanlah ditulis untuk menunjuk-ajar pihak kepimpinan PAS yang lebih arif dan mengetahui kepentingan dakwah di Malaysia berbanding penulis. Tujuan kerta kerja ini ialah demi memberikan teguran atau lebih baik disebut sebagai sokongan kepada usaha-usaha murni pihak kepimpinan PAS.

Saya selaku penulis kertas kerja ini dengan rendah diri memohon kemaafan kepada pihak Kepimpinan PAS di atas kebiadapan, kelemahan dan kesalahan saya di dalam meluahkan padangan dan pendapat terhadap Parti Islam Semalaysia PAS. Kerana sayangkan Parti dan jemaah Islam inilah maka saya berusaha menulis dan memberikan cadangan-cadangan yang termuat di dalamnya moga-moga Allah swt membalas kebaikan kepada kita semua.


Makluman :

Kertas kerja ringkas cadangan dan nasihat untuk PAS ini telah pun diserahkan kepada YB. Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor , merangkap pimpinan PAS Pusat.

No comments: