Saturday, December 17, 2005

Membukukan Al-Qur'an Tidak Termasuk Bid'ah sekalipun Bid'ah Hasanah



Bid’ahkah Perbuatan Membukukan Al-Qur’an ?

Penyusunan Al-Qur’an menurut tertib surah dan potongan ayat dilakukan oleh rasulullah melalui pertunjuk wahyu dengan Jibrail mengajar dan memberitahu surah apakah dahulu dan ayat sekian dan sekian tergolongan dalam surah apakah.

Diriwayatkan dari Anas ra yang berkata : "Wafatnya baginda nabi salallahualaihiwasalam dengan keadaan tidaklah dikumpulkan Al-Qur’an itu melainkan oleh empat orang iaitu Abu Darda, Muadz Ibn Jabal, Zaid Ibn Tsabit dan Abu Zaid" (sahih riwayat Bukhari).

Pada zaman rasulullah lagi sudah ada penggumpulan Al-Qur’an hanya terhad pada yang mampu menguasai penulisan dan mahir serta diberi izin kepercayaan oleh rasulullah dengan dipandu agar tidak salah dan tidak bercampur lantaran kekurangan bahan penulisan dan tidak ramai yang tahu membaca dan menulis.

Kebanyakkan yang lain hanya menghafaz di dada dan mengingati ayat-ayat Al-Qur’an secara ingatan atau pada helaian lembaran berselerakkan.

Kesimpulannya pada zaman Abu Bakar ra barulah memulakan pengumpulan Al-Qur’an secara penulisan teratur dan dibukukan dan hal ini ialah perbuatan teknikal yang memang berganjaran pahala dan membawa maslahat dan kepentingan pada ummah serta agama Islam.

Bid’ah ialah yang berkait dalam soal ibadah dan dibuat untuk mendekat diri pada Allah dan ianya berbeza dengan apa yang disebut sebagai maslahat atau darurah.

Perbuatan mengumpulkan Al-Qur’an dibuat demi menjaga kesucian Al-Qur’an dan sekalipun pada asalnya sahabat berat untuk melaksanakannya kerana dibimbangi bid’ah namun setelah dimusyawarah maka para sahabat mendapati ianya maslahat (berkepentingan) untuk menjaga kesucian Al-Qur’an.

Ianya bukan bid’ah baik hasanah atau apa nama pun

Wallahualam

p/s :

Perbuatan golongan sufi jahil yang mengaji agama sekerat jalan dan menunjuk pandai tapi terserlah bodoh dengan menjadikan kononnya membukukan Al-Qur’an menjadi dalil dan hujah bahawa bolehnya bid’ah yang mereka namakan bid’ah hasanah sangatlah kasihan.

Membukukan Al-Qur’an ialah perihal teknikal dan dibuat demi maslahat dan ianya diputuskan oleh para sahabat ra.

Perbuatan membaca yasin malam Jumaat, kenduri arwah, tahlil, talqin, zikir golek-golek kepala kiri dan ke kanan dan kanan lagi ini semua bid’ah yang nyata dan menyusahkan.

Tiada maslahat agama perbuatan kenduri arwah dan jika mahu mengatakan ianya ibadah maka tiada pertunjuk sunnah dan jika mahu dibuat alasan sebagai maslahat seperti perbuatan membukukan Al-Qur’an maka sangatlah dusta bahkan kenduri arwah menyusahkan keluarga si mati sehingga terpaksa pula menyediakan makanan dan minuman, mengeluarkan belanja upah itu dan ini untuk menyuap pak-pak lebai dengan serban tupainya dan pak-pak imam untuk beratib panjang bukankah ini menyusahkan dan pula tiada pertunjuk sunnah mahupun sahabat ra.

No comments: