Diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakr ibn Ali bin Sabit ) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra " Agama ini dibina dengan Asar -istinbat Al-Qur'an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari para sahabat yang membawa kepada maksud syariah (Al-Qur'an & Sunnah)- dan bukanlah agama ini dibina dengan akal."
إني لآمركم بالخير، وما كل ما أمرتكم به فعلته؛ ولكني أرجو الأجر بأمركم
'Sesungguhnya aku menyuruh kamu dengan perkara kebaikan. Namun itu
tidaklah bermakna bahawa semua yang aku perintahkan kepada kamu telah
aku lakukan, akan tetapi aku mengharapkan pahala dengan menyuruh kamu
melakukannya.'
[Riwayat Ibn Abi Syaibah]
# Kita tak perlu sempurna untuk menyeru manusia kepada Allah, cukup sedar diri yang kita menyeru demi mengharap rahmat-Nya!
Diriwayatkan bahawa Imam Sahnun bin Said rahimahullah (wafat 240 hijrah) pernah berkata ;
أجسر الناس على الفتيا أقلهم علما، يكون عند الرجل الباب الواحد من العلم فيظن أن الحق كله فيه
"Orang yang paling berani berfatwa adalah yang orang paling sedikit
ilmunya. Boleh jadi seseorang itu memiliki ilmu tentang satu bab sahaja,
namun dia menyangka bahawa seluruh kebenaran itu telah ada pada
dirinya."
[ I'lam Al-Muwaqqi'in 'an Rabb Al-Alamin, Ibn Qayyim]
# Jika kita sudi bermuhasabah maka sudah tentu kita akan perasan bahawa
kita mungkin pernah terlibat dengan perbuatan yang disebutkan oleh Imam
Sahnun rahimahullah...
Bagi
membiayai tabung pembangunan dan pengurusan Maktabah Waqaf yang
ditubuhkan oleh Ustaz Emran di alamat no. 166, Jln Mas 1, Taman Mas 34
000 Taiping, Perak. Maka pihak Maktabah mengadakan jualan buku di
Maktabah dan juga secara online.
Berikut ialah tajuk buku yang dijual oleh Maktabah Waqaf ;
Menubuku
Maktabah Waqaf Ustaz Emran
No. 166, Jalan Mas 1, Taman Mas, 34000 Taiping, Perak.
Pembelian
buku boleh dilakukan secara online atau telepon (whatsap atau sms) ke no. telepon
berikut: 013-4922189/ 019-3408223
Atau melalui email Maktabah : maktabah.ustazemran@gmail.com
Marilah kita Menunaikan ubudiyah kepada
Allah swt.
Seorang "bujang di jalan Allah" yang menyeru kaumnya untuk berjihad dan berubudiyah HANYA kepada ALLAH.