Tuesday, February 09, 2010

Merawat Luka dan Duka Sebelum Berpoligami (Siri 1)


Islam mengajar kita supaya menjadikan Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan dan rujukan di dalam kehidupan. Kedua rujukan ini diperturunkan sebagai wahyu dan pemutus di dalam urusan kehidupan manusia. Malangnya tak semua manusia mampu menguasai pertunjuk yang dibawa oleh kedua-duanya apatah lagi memahami isi kanduangan Al-Quran dan As-sunnah itu kecuali para ulama dan mereka yang berilmu.

Para ulama Islam membahagikan hukum syarak iaitu apa yang terhasil daripada Al-Quran dan As-sunnah sebagai "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya."

Poligami ialah sebuah hukum syarak yang tidak boleh dipertikaikan.

Allah swt menyebut dengan jelas amalan poligami sebagai sesuatu yang diizinkan di dalam ayat 3 Surah An-Nisa yang bermaksud : “Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.” (An-Nisa : 3)

Poligami ialah sebuah hukum syarak yang wajib diimani dalam erti kata lain diterima dengan hati yang redha, yakin dan percaya kepada pembuat Syarak (Allah SWT) serta tidak mempertikaikannya dan tidak meyimpan rasa tidak berpuas hati kerana yang sedemikian itu boleh membatalkan Iman. Menolak poligami bermakna orang yang menolaknya tidak menghormati Allah SWT selaku pembuat hukum syarak dan mempertikaikannya bermakna mempertikaikan kebijaksanaan dan kekuasaan Allah SWT.

Firman Allah SWT : “Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir.” (Al-Mukmin : 4)

“(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka. Amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.” (Al-Mukmin : 35)

Menerima poligami dan meredhai-Nya tidaklah bermaksud mesti melaksanakannya serta merta langsung seketika itu jua sebaliknya diterima dan dibenarkan dengan maksud dibuat mengikut kemampuan, kelayakkan dan kemaslahatan yang ditunjuk ajar oleh syarak. Hal ini perlu difahami bahawa beriman dan menerima hukum syarak itu ialah wajib namun hukum melaksanakan kewajipan itu tertakluk pula kepada hukum yang lain mengikut situasi, masa dan keperluan seseorang yang berbeza-beza.

Seperti solat yang wajib didirikan sekalipun ianya juga tetap tertakluk kepada masuknya waktu solat sekiranya waktu untuk solat belum masuk (baik subuh, zohor, asar,maghrib, Insyak) maka solat belum menjadi wajib sebaliknya sekadar sunat. Manakala jika dibuat pada waktu yang salah dan tempat yang dilarang seperti solat di atas kubur misalnya maka hukumnya berubah menjadi haram.

Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, An-Nasa'i dari Aisyah bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “Allah mengutuki orang-orang Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur Nabi-Nabi, sebagai masjid.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abi Mirzad Al-Ghanawi bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “Janganlah kamu solat kepada kubur (menghadap ke kubur) dan janganlah kamu duduk atasnya.”

Oleh yang demikian hendaklah kita memahami dengan jelas akan kedudukan sesebuah hukum syarak sebelum dilaksanakan bagi mendapat keredhaan Allah SWT dan mencapai maksud syarak.

Hukum syarak menurut para fuqaha adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu hukum Taklifi ( التكليفي) dan hukum Wad’ie (الوضعي) dan secara ringkas hukum taklifi bermaksud hukum yang mengandungi tuntutan untuk melaksanakannya atau meninggalkannya atau berbentuk pilihan di antara melakukan atau tidak melakukannya. Manakala Hukum wad’ie ialah hukum yang menjadikan sesuatu itu sebagai sebab, syarat, atau penghalang kepada sesuatu yang lain.

Perbahasan berkenaan hukum taklifi (hukum yang dibebankan ke atas mukallaf seperti kita semua) akan menyebabkan kita dapat menyedari bahawa di dalam Islam setiap perintah Allah SWT itu tidaklah bermakna semuanya menjadi wajib atau apa yang dilarang itu berbentuk haram yang membawa dosa sebaliknya boleh jadi ianya menjadi pilihan atau digalakkan untuk ditinggalkan tanpa dibebani perintah dan hukuman.

Hukum taklifi (perintah Allah yang dibebankan ke atas mukallaf) terbahagi kepada lima bahagian iaitu wajib, sunat, harus, haram dan makruh. Penetapan sesuatu perkara dalam syarak itu apakah wajib, harus, sunat dan haram tidaklah berlaku secara mutlak dan kekal tanpa berubah sebaliknya tertakluk kepada keadaan, masa dan keperluan sesuatu perkara itu kerana syariat Islam ini berbentuk fleksible dan anjal bagi memastikan matlamat utamanya itu tetap tercapai iaitu mengabdikan manusia kepada Allah SWT melalui jalan yang diredhai-Nya.

Oleh yang demikian, hendaklah difahami bahawa apakah Poligami itu menjadi sunat, harus, wajib, haram dan makruh juga adalah berubah-ubah mengikut situasi, masa serta keperluan seseorang. Tujuan saya menyebutkan hal di atas ialah supaya kita memahami bahawa di dalam Islam keadilan itu bukanlah semestinya sama rata sebaliknya meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Luka dan Duka sebelum berpoligami

Ramai pasangan suami isteri bergaduh dan bercerai berai sebelum berlakunya poligami. Hal ini berlaku disebabkan hasrat suami untuk berpoligami tidak dapat diterima oleh isteri lalu menyebabkan rumahtangga yang dibina berpuluhan tahun atau bertahun-tahun hancur berkecai.

Hasil penelitian saya, ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan suami isteri kerana hasrat suami untuk berpoligami.

Rasa Dikhianati

Jika melihat kepada pihak isteri, hasrat suami untuk berpoligami akan mendapat halangan dan tentangan kerana ramai isteri merasa dikhianati oleh suami mereka. Kasih sayang selama bertahun-tahun dirasakan sia-sia dan tidak berbekas di hati suami sehingga dia mahu mencari wanita lain.

Wanita mempunyai pemikiran dan cara berfikir yang tidak sama dengan lelaki justeru itu cara penilaian wanita adalah berbeza dengan lelaki termasuk cara mereka melakukan analisis dan pertimbangan terhadap sesuatu. Mereka memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang besar dan perlu dihormati dan padanya ada kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan. Mereka tidak berkira untuk bekorban kerana perkahwinan, bekerja gigih, membuat dan melakukan apa sahaja demi perkahwinan mereka.

Apa yang dipandang oleh wanita itu ialah pada perkahwinan kepada institusi dan survival rumahtangga.

Oleh itu apabila pasangan mereka (suami) tidak melaksanakan kewajipan perkahwinan seperti memberi nafkah, gagal menunaikan hak-hak perkahwinan yang pada mereka penting maka mereka akan merasa sedih dan geram serta tidak kurang kadang kala meletup dengan kemarahan sehingga mengundang perceraian.

Lelaki tidak seperti itu, mereka tidak memandang kepada perkahwinan itu sebagai sesuatu yang besar sebaliknya mereka memandang kepada pasangan itu sendiri. Institusi perkahwinan tidak menjadi perkara pokok bagi lelaki berbanding diri dan peribadi pasangan mereka itu.

Lelaki jarang membincangkan perkahwinan mereka sebaliknya mereka lebih mudah berbicara mengenai pasangan mereka. Apa yang dipandang oleh lelaki ialah diri wanita itu, isterinya lebih penting daripada perkahwinan.

Oleh yang demikian, apabila seseorang lelaki berhasrat untuk berpoligami, maka dia berhasrat untuk memiliki seorang lagi wanita yang pada anggapannya menambah lagi cinta dan kasih serta keseronokkan serta kegembiraan di dalam hidupnya tanpa bermaksud memperendahkan apa yang sedia ada.

Sikapnya takala itu seperti seseorang yang memiliki seorang anak, kemudian berhasrat pula untuk memiliki lagi anak yang baru tanpa bermaksud memperendahkan atau merasa kurang sayang terhadap anak yang sedia ada.

Dia tetap sayang pada anak-anaknya cuma keinginan fitrahnya mahukan anak yang ramai dan lebih dari apa yang sedia ada. Justeru itu usahanya dianggap tidak salah dan dia bukannya mendera atau mahu / terniat hendak menyakitkan hati anaknya yang sedia ada cuma dia suka jika memiliki seorang lagi anak yang baru.

Manakala bagi orang perempuan, mereka berpendapat suami mereka itu seperti mahukan perkahwinan yang baru kerana perkahwinan dan kehidupan kekeluargaan yang lama dahulu tidak disukainya atau tidak membahagiakannya.

Maka lahirlah tanggapan bahawa “suaminya sudah tidak menyayanginya, suaminya sudah tidak menyayangi anak-anak, suaminya sudah tidak menyukai dan tidak menghargai perkahwinan dan kehidupan rumahtangga yang sudah dan pernah dilaluinya bersama-sama sewaktu susah dan senang.”

Wanita memandang kepada institusi perkahwinan itu yang dianggap akan dikhianati oleh sang suami melalui usahanya berpoligami.

Lelaki akan mengungkapkan bahawa mereka akan “dapat isteri yang baru.”

Wanita pula akan mengungkapkan bahawa suaminya akan “berkahwin baru.”

Tidak sama pemikiran masing-masing.

Si suami hanya membayangkan akan mendapat tubuh badan dan peribadi isteri baru tanpa wujud apa-apa perubahan besar terhadap hidupnya kerana dia adalah ketua keluarga.

Manakala si isteri pula akan membayangkan si suaminya akan memiliki rumahtangga baru yang akan dihabiskan masa dan sumber yang ada sebelum ini kepada rumahtangga baru sekaligus sumber yang ada itu terpaksa dibahagi dua atau tiga lalu menjadi sedikit dan berkurangan.

Mereka memandang bahawa suaminya itu akan memiliki sebuah rumahtangga dan kehidupan institusi perkahwinan yang lain yang menjadi saingan dan terbina di atas keruntuhan dan kelemahan institusi perkahwinan diri mereka.

Rasa tidak dihargai

Wanita kebanyakkannya merasa tidak dihargai dan dilayani dengan sewajarnya oleh suami mereka apabila sang suami meluahkan hasrat untuk berpoligami. Masakan tidak setelah berpuluhan tahun bersama sebagai suami isteri tiba-tiba suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.

Disamping perasaan dikhianati, muncul perasaan geram dan sedih apabila suami tidak menghargai jasa baik isteri yang selama ini sudah terlalu banyak bekorban dan bersusah payah demi suami.

Faktor jantina yang berfikiran berbeza kerapkali menyumbang kepada salah faham yang berterusan apabila kaum wanita memandang bahawa si suami menyukai wanita lain atau mahu berpoligami kerana lupa dan tidak mengenang jasa serta budi baik mereka.

Sedangkan kaum lelaki tidak berfikiran begitu. Semakin baik dan berjasa isterinya itu maka semakin yakin dan percayalah mereka bahawa si isteri akan dapat menerima poligami dan akan menjadi penyokong mereka.

Lelaki kerapkali menganggap wanita yang baik dan berbakti terhadap mereka akan berkongsi rasa serta memahami mereka sehingga tidak kurang yang menganggap isterinya itu adalah dirinya dan dirinya itu adalah isterinya (merasa sebahagian daripada hidupnya) lalu menganggap akan mendapat sokongan bagi berpoligami kerana si isteri akan bergembira dapat membantu dirinya.

Rupanya mereka tersilap sangka.

Wanita tidak begitu kerana kebanyakkan wanita melakukan kebaikan ialah untuk diri mereka sendiri untuk memenuhi kehendak dan tuntutan hati mereka. Kaum wanita melakukan kebaikan dan budi adalah didorong kerana mengelakkan daripada rasa bersalah, rasa takut dan rasa hal itu dapat menenteramkan hati mereka.

Ini ialah suatu hal yang berbentuk umum dan merujuk kepada ramai wanita. Mereka lebih suka melakukan kebaikan kepada suami dengan hasrat supaya dapat disayangi dan dapat memiliki hati suami mereka sekaligus boleh mendapatkan apa yang mereka hajati. Kaum wanita setelah melakukan kebaikan kepada sang suami akan merasa sedih apabila si suami tidak membalas kembali dengan memberikan apa yang mereka hajati seperti barangan atau apa pun jua.

Sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka hajati, maka mereka akan berusaha cuba menenteramkan hati mereka dengan alasan bahawa hal semacam itu ialah sebuah pengorbanan untuk perkahwinan mereka agar ianya berterusan.

Namun bila suami ingin berpoligami maka segala pengorbanan itu akan menjadi sia-sia dan bertukar menjadi penderitaan yang tiada gunanya kerana akhirnya suami mereka tetap ingin berkahwin lagi.

Takut untuk menghadapi hari mendatang

Ramai orang menolak poligami khasnya kaum wanita kerana takut menghadapi hari-hari yang akan datang apabila bergelar madu atau mempunyai madu. Mereka takut menghadapi kata-kata dan cakap orang di sisi dan di sana sini yang berbisik-bisik berkenaan kelemahan diri mereka, takut dan tidak mahu orang berkata bahawa suami mereka sudah tidak menyayangi mereka dan takut untuk menghadapi cakap-cakap orang.

Allah SWT befirman menaggapi hal ini :

“Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al Aziz menggoda pembantunya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada pembantunya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata." Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka." Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa) nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia." Wanita itu berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela aku kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina." (Yusof : 30-32)

Kaum wanita terkenal dengan fitrahnya yang mudah mengikuti kehendak ramai orang dan hal yang semacam itu dapat terlihat oleh kita betapa merekalah yang menjadi pelanggan kepada produk-produk media massa dan mudah mengikut fesyen, iklan dan pengaruh ramai.

Ketakutan ini berpunca apabila hidup mereka selama ini dianggap bahagia dan sempurna dan mereka berbangga serta bergembira dengan status dan keadaan rumahtangga mereka serta perkahwinan mereka yang menjadi kebanggaan. Namun semuanya itu bakal berakhir dengan hasrat suami yang mahu mendirikan poligami.

Poligami dianggap seperti virus yang mengubah hidup dan kebahagiaan rumahtangga mereka, kehadiran orang baru dianggap menambah seribu satu beban dan cabaran kepada rumahtangga mereka.

Satu hal yang pelik berkenaan poligami ialah ianya menambah bukan mengurang. Ianya menambah orang baru dan bukannya mengurangkan orang seperti kematian yang mengurangkan jumlah ahli keluarga. Namun ada sesetengah wanita lebih rela mati daripada berpoligami.

Kegagalan suami untuk berkomunikasi dengan baik

Suami perlu bijak menangani komunikasi dengan isteri supaya dapat menyampaikan maksud dan hasrat dengan baik dan mendapat sokongan serta persetujuan isteri.

Dimaksudkan komunikasi yang berkesan dan baik ialah apabila suami berjaya membuatkan isteri memahami keperluan suami, menyetujui hasrat suami dan bersedia menyokong dan menanggung beban poligami bersama-sama suami di dalam menempuh kehidupan berumahtangga bersama-sama.

Bukan hanya suami berpoligami tetapi isterinya turut berpoligami bersama dengan menerima seorang madu.

Suami yang mampu berkomunikasi yang baik sebegini sangatlah jarang disebabkan itu kita sering melihat ramai orang yang berpoligami namun hanya di pihak suami sedangkan isteri-isterinya itu tidak pula bermadu sebaliknya mereka mencuka seorang diri dengan kehidupan dan anak-anak masing-masing.

Tips Merawat Luka Sebelum Berpoligami

Luka poligami dapat dielakkan sejak awal lagi jika sang suami dapat menjadi seorang suami yang mithali kepada isteri dan anak-anak. Suami yang mithali bermaksud suami yang soleh dan dapat menjadi contoh serta teladan kepada isteri dan anak-anak sehingga di dalam rumahtangga dia mampu berperanan sebagai guru, sebagai murabbi (pendidik) dan sebagai ketua keluarga yang berwibawa.

“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.” (An-Nisa : 4)

Keadilan dari sudut bahasa bermaksud kebenaran atau kelurusan di dalam perbuatan tanpa ada penyelewengan (Lihat Qamus Al-Muhith hal. 1331)

Manakala daripada maksud syarak, keadilan merujuk kepada kemampuan untuk menegakkan hukum Allah SWT (Hukum Syarak) dan melaksanakannya dengan lurus tanpa ada penyelewengan sehingga terlaksana amanah dan terpenuh segala tuntutan agama.

Berkata Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, “Allah SWT mengutuskan rasul dan menurunkan kitab-Nya untuk ditegakkan kepada manusia dengan lurus (saksama) dan itulah keadilan yang dengannya tertegak bumi dan langit.”

Inilah syarat asas poligami iaitu adil yang bermaksud mampu menegakkan Al-Quran dan As-sunnah terhadap keluarga.

Al-quran dan As-sunnah itulah keadilan.

Duit bukanlah syarat utama poligami sebaliknya keilmuan dan kemampuan memimpin dan mentadbir keluarga itulah yang paling utama. Perkahwinan bukanlah ibarat membeli barangan sebaliknya ia seumpama menanam tanaman yang memerlukan kepada kemahiran, pengetahuan, kesabaran dan kesungguhan untuk memastikan tanaman mengeluarkan hasil yang lumayan sehingga boleh dinikmati buahnya.

Suami yang gagal mendidik isterinya tidak layak berpoligami

Allah SWT befirman yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (At-Tahrim : Ayat 6)

Ramai orang yang berpoligami gagal mendidik isteri-isteri mereka sedangkan tanggungjawab mereka terhadap isteri itu ialah mendidik dan menjadi pakaian yang melindungi serta ketua yang memandu isteri menuju Allah SWT.

Memberi nafkah batin dan zahir sahaja tidaklah mencukupi dan tidak akan mencapai maksud sebenar perkahwinan kerana ianya mempunyai maksud yang lebih daripada itu seperti pendidikan anak-anak, kebajikan dan agama isteri, peranan rumahtangga dan sumbangannya terhadap Islam.

Suami yang dihormati isteri, berstatus guru dan pendidik kepada isteri sahaja layak berpoligami manakala suami yang mengharapkan isteri-isterinya mencari ilmu di luar, terkial-kial mendidik dan membentuk anak-anak dan lebih teruk lagi terpaksa mengharapkan isterinya di dalam menjaga kebajikan dan maslahat anak-anak maka suami seperti ini tidak layak berpoligami.

Suami yang telah hilang kewibawaan dan sudah tawar aura kehebatannya perlu memperbaiki dirinya dan membina imej serta peribadi yang unggul terlebih dahulu di hadapan isteri untuk mendapatkan penghormatan dan kekuatan sebagai ketua keluarga.

Carilah terlebih dahulu harga diri dan kekuatan sebagai suami sebelum terjun ke dunia poligami.

Sekiranya pergaduhan telah tercetus selepas hasrat poligami diungkapkan

Pergaduhan yang tercetus di antara suami isteri kerana hasrat suami hendak berpoligami biasanya terjadi kerana si isteri tidak di dedahkan dengan hasrat poligami dan tidak diberi info dan masa yang mencukupi untuk isteri-isteri itu dapat menerima dan menghadam kenyataan tersebut.

Wanita memerlukan masa untuk apa jua.

Sang suami yang bijak pasti akan menyiapkan isterinya terlebih dahulu dengan poligami sebelum meluahkan hasrat untuk berkahwin lagi. Persiapan mentaliti dan minda si isteri seharusnya bermula sekurang-kurangnya setahun atau lebih bagi membiasakan emosi dan menguatkan ketabahan hati isteri mendepani cabaran-cabaran perasaan dan emosi seorang wanita.

Antara cara dan tips yang boleh dilakukan ialah seperti berikut :

Mendedahkan isteri dengan kuliah dan info berkenaan poligami tanpa menimbulkan syak isteri

Membawa isteri melihat keluarga yang berpoligami secara kebetulan dan tanpa menimbulkan syak isteri

Berbincang dengan isteri daripada masa ke masa berkenaan topik poligami tanpa menimbulkan syak isteri

Elakkan berdebat dan berbeza pendapat dengan isteri sewaktu berbicara berkenaan poligami sebaliknya jawab hujah isteri dan cuba mengetengahkan pendapat yang pro poligami dengan secara tidak langsung pada waktu yang berbeza.

Dekatkan isteri dengan agama dan terapkan taqwa dan tingkatkan ibadah dalam keluarga.

Pemerhatian secara umum menunjukkan poligami dapat utuh dan bertahan di dalam keluarga yang kuat beragama ini disebabkan amalan agama dan ibadah yang kukuh dapat menjadi benteng keluarga mendepani pelbagai cabaran dan krisis rumahtangga.

Matlamat berpoligami

Ramai lelaki tersungkur di pintu gerbang poligami apabila mereka gagal menyakinkan para isteri mengapa mereka perlu berpoligami. Alasan demi alasan diberikan namun tiada satu pun yang lekat dan valid di sisi isteri untuk mengizinkan suami berpoligami.

Bahkan satu demi satu macam halangan demi halangan akan menimpa si suami untuk menyebabkan mereka akhirnya tersungkur dan gagal berpoligami sehingga lebih teruk ada yang kehilangan isteri yang sedia ada kerana kegagalan mereka memperbaiki kembali situasi dan keadaan rumahtangga mereka akibat luka oleh hasrat poligami.

Antara alasan yang paling popular dipergunakan oleh kaum lelaki ialah untuk membantu janda dan wanita-wanita yang masih membujang (andartu) dan memberikan perlindungan dan membantu kehidupan mereka.

Alasan ini sudah cukup lapuk di kalangan isteri dan mereka akan bertanya kembali dengan berkata kenapa mesti berkahwin ? Apakah tidak cukup jika dengan memberikan wang ehsan dan derma serta sedekah setiap bulan ? Kenapa awak baik sangat ? Sejak bila awak mengambil berat persoalan orang lain ? Kenapa tiba-tiba nak menjadi pembela kaum wanita dan janda ?

Sudah tentu isteri tidak boleh menerima alasan tersebut.

Seorang lelaki yang tidak pernah tahu tarikh peperiksaan sekolah anak-anak, tidak mengingati di kelas manakah anak-anaknya berada, siapakah nama guru sekolah anaknya dan dengan siapakah anaknya berkawan tiba-tiba mahu menjadi pembela kaum wanita dan janda ?

Seorang lelaki yang selama ini tidak pernah memberikan klimaks dan kepuasan kepada isterinya di atas katil, gagal memberikan nafkah dan menghargai isteri dengan membawanya makan di luar sebulan sekali kini hendak menjadi seorang dermawan dan lelaki mulia yang menyelamatkan wanita andartu dan janda ?

Siapakah yang tidak marah ?

Apa yang ada jarang disyukuri dan amanah sedia ada pun belum terpenuhi inikan pula mahu ditambah beban dan bala menambah seorang lagi isteri ?

خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي

Nabi SAW bersabda : “Sebaik-baik orang dikalangan kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluarganya dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Beban tiada, batu digalas

Ramai orang tidak mengerti dan melihat dengan mata kasar yang dibutakan oleh nafsu di hati apabila melihat keindahan poligami dan keseronokkan mempunyai ramai isteri. Mereka terlupa bebanan dan kewajipan besar yang sarat terkandung di dalam perkahwinan tersebut dan bagaimana terbebannya seorang suami yang terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya untuk semua isteri-isteri dan anak-anak.

Bukan persoalan gaji yang berbelas ribu dan harta yang melimpah ruah sebaliknya berkait masalah pembahagian masa, kewajipan mendidik dan keperluan untuk membentuk anak-anak dan isteri-isteri yang kini menjadi lebih genting apabila rumahtangga semakin membesar dan cabaran semakin meningkat.

Setiap hari masa tetap 24 jam dan setiap minggu bilangan hari tetap 7 hari lalu bagaimanakah seorang suami yang sebelum ini dengan waktu yang diberikan itu pun sudah termengah-mengah menguruskan anak dan isteri serta gagal menyempurnakan banyak kewajipan ditambah dengan seorang lagi isteri yang menyebabkan masa untuk setiap pasangan menjadi berkurangan.

Usaha perlu digandakan, work smart bukan work hard perlu dilaksanakan bagi memastikan masa yang optimum dapat dipergunakan bagi menunaikan segala kewajipan dan tanggungjawab.

Betulkan dahulu matlamat anda berpoligami

Matlamat berpoligami dengan tujuan untuk melayani keperluan nafsu yang ekstrim, menampung kekurangan isteri yang tidak mampu menghasilkan zuriat, menambah umat dan memperbanyakkan keturunan atau apa jua alasan yang ada pada diri yang difikirkan valid seharusnya dikaji semula dan disusun mengikut kesesuaian waktu, masa dan keadaan serta keperluan.

Lihatlah realiti dan hati lalu buatlah percaturan dan pemerhatian apakah ini masa yang sesuai untuk berpoligami ?

Apabila seorang suami memiliki kekukuhan matlamat untuk berpoligami maka sokongan isteri dan persetujuannya InsyaAllah tidak akan menjadi masalah.

Tiada isteri solehah yang akan menolak hasrat suaminya untuk berpoligami jika benar matlamat dan tujuannya.

Nabi SAW bersabda : “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (hadis riwayat Muslim)

Monday, February 01, 2010

Usah guna ISA terhadap orang Islam kerana mengikut telunjuk barat



Saya mendapat berita bahawa 10 orang ditangkap di bawah tahanan ISA baru-baru ini di atas sebab-sebab keselamatan dalam negara. Membaca berita tersebut menyebabkan saya berasa tersangat sedih. Banyak perkara yang membuatkan saya berfikir panjang terutamanya mengenangkan nasib 10 orang tahanan ISA tersebut yang telah ditahan tanpa dibicarakan.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20100129093832/Article/

Saya tidak menafikan peri pentingnya akta ISA bagi menahan suspek tanpa perlu bicara kerana bukan semua penjenayah adalah bodoh dengan meninggalkan bukti dan kesan jenayah mereka sebaliknya wujud penjenayah yang pandai khasnya jenayah terancang yang dibimbangi akan membahayakan keselamatan negara dan usaha Polis untuk mengumpulkan bukti serta mewujudkan kes terhadap mereka adalah sukar dan bagi menahan mereka jika menurut undang-undang sedia ada, pihak polis perlu mendapatkan waran terlebih dahulu daripada mahkamah yang mana boleh dikatakan hampir mustahil jika berdepan dengan kes jenayah terancang yang bijaksana.

Oleh itu faktor "masa" dan "kerumitan" legal process mengizinkan akta semacam ini releven diwujudkan untuk digunakan di dalam keadaan "TERDESAK" diulangi kepada yang lembab membaca iaitu sewaktu "TERDESAK dan DARURAT bagi menahan suspek tanpa bicara.

Kita rakyat yang awam ini pastinya faham bahawa adalah tersangat sukar jika jenayah tersebut sangat terancang dan teliti. Sudah pasti akta ISA adalah amat berguna bagi mengumpulkan maklumat, mencegah kejadian yang tidak di ingini berlaku jika ianya digunakan dengan betul.

Tiada sesiapa pun yang membantah hal ini.

Malangnya ISA tidak digunakan dengan cara yang betul, bukan pada masa yang terdesak sebaliknya digunakan secara meluas bagi menyenangkan pihak berkuasa yang malas bekerja dan malas mengikuti prosedur dan peruntukan undang-undang yang sedia ada.



"Tembak dan bunuh tentu lebih senang dari menangkap hidup-hidup"

Ala, pihak media massa boleh dimanupulasi (cakap sahajalah kepada masyarakat bahawa berlaku tembak-menembak di antara penjenayah dan pihak berkuasa) walaupun hakikatnya rompakan itu berlaku dengan menggunakan pistol mainan....kalau penjenayah itu ada pistol betul buat apa nak merompak dengan pistol mainan ? Jadi kalau tak ada pistol betul macam mana boleh berlaku adegan tembak menembak ?

Kalau penjenayah mengancam pihak berkuasa dan menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menembak maka persoalannya apakah maksud ancaman tersebut ? Penjenayah mengancam dengan parang kepada pihak penguat kuasa yang berdiri 20 meter jauh daripadanya ?

Janganlah macam itu....tetapi itulah yang kita lihat hari demi hari.

Tidak dinafikan jenayah makin meningkat setiap hari, tetapi janganlah dilupakan nilai-nilai kebebasan dan ketelusan dan keadilan juga makin terhapus di pihak penguat kuasa dalam waktu yang sama.

Jenayah meningkat setiap hari banyak didorong oleh pelbagai faktor namun yang utama ialah kerana desakan ekonomi.

Faktor tekanan hidup yang menekan.

Ianya boleh menimpa sesiapa sahaja termasuk keluarga penguat kuasa itu sendiri dan ada kalanya jenayah itu dilakukan oleh pegawai yang berkuasa di dalam kerajaan.

Kerana itu undang-undang perlu sentiasa adil, telus dan menjadi pelindung rakyat jelata bukannya digunakan sesuka hati demi untuk memenuhi kehendak pihak-pihak tertentu.

Malangnya hal tersebut tidak berlaku di Malaysia apabila kita melihat undang-undang lebih berperanan untuk memudahkan dan menyenangkan pihak berkuasa berkuasa daripada memudahkan dan menyenangkan rakyat untuk hidup dengan lebih selesa.

Satu demi satu undang-undang yang ada jika dilihat akan kita dapati banyak kelemahan dan dicipta khas bagi memudahkan pihak tertentu yang berkuasa bukan rakyat yang berada di bawah sana.

Kenapa 10 orang telah ditahanan ISA baru-baru ini ?

Mereka dikatakan terlibat dengan "keganasan" antarabangsa dan apabila dibaca di dalam dada-dada Akhbar, pihak kerajaan menjelaskan bahawa suspek yang ditahan adalah berasaskan maklumat daripada kerjasama risikan Arab Saudi, Malaysia dan pihak asing (CIA).

Kita cuma sedihnya satu sahaja iaitu yang ditahan semuanya beragama Islam.

Bukan apa, saya cuma ingin bertanya apakah maksud keganasan ?

Setakat hari ini, istilah terrorism itu sendiri tidak ada kata putus.

"Terrorism is the systematic use of terror especially as a means of coercion.[1] At present, there is no internationally agreed definition of terrorism.[2][3] Common definitions of terrorism refer only to those violent acts which are intended to create fear (terror), are perpetrated for an ideological goal (as opposed to a lone attack), and deliberately target or disregard the safety of non-combatants (civilians).

The word "terrorism" is politically and emotionally charged,[5] and this greatly compounds the difficulty of providing a precise definition. Studies have found over 100 definitions of “terrorism”.[6][7] The concept of terrorism may itself be controversial as it is often used by state authorities to delegitimize political or other opponents,[8] and potentially legitimize the state's own use of armed force against opponents (such use of force may itself be described as "terror" by opponents of the state.)[8][9]. A less politically and emotionally charged, and more easily definable, term is violent non-state actor[10] (though the semantic scope of this term includes not only "terrorists," while excluding some individuals or groups who have previously been described as "terrorists").[citation needed]

Terrorism has been practiced by a broad array of political organizations for furthering their objectives. It has been practiced by both right-wing and left-wing political parties, nationalistic groups, religious groups, revolutionaries, and ruling governments.

http://en.wikipedia.org/wiki/Terrorism


Jika mengikut kamus CIA, kamus risikan, Kamus pihak barat, maksud keganasan ialah merujuk kepada :

"Seorang Muslim yang sangat kuat beragama dan mahukan Islam itu kelihatan tinggi dan mulia serta mahu mengabdikan hidupnya untuk meninggikan agamanya."

Takrifan ini jika menurut kerajaan barat dan pihak CIA ialah Ekstrimis kerana mereka mahukan rakyat Islam di negara ini cukup sekadar bersolat, puasa dan melakukan ibadat-ibadat persendirian yang tidak menganggu-gugat apa-apa keselesaan masyarakat dan pihak kuffar.

Mereka mahu Islam cuma diamalkan di dalam rumah dan bukannya diluar atau kepada khalayak ramai.

Setiap Muslim yang mengamalkan Islam diluar rumah mereka ialah ekstrimis dan usaha mengamalkan Islam di luar rumah ini pula disebut sebagai terrorism yang bermaksud keganasan.

Kasihan....

Kerajaan dan rakyat kita termasuk pihak berkuasa yang mengaku sudah cerdik pandai masih lagi mahu memakai takrifan dan definisi yang dibuat oleh CIA dan pihak barat sekalipun ianya ternyata penuh dengan malice dan niat yang jahat terhadap Islam.

Allah SWT befirman : "Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. " (Al-Baqarah : 257)

Allah sahaja pelindung orang-orang yang beriman.

p/s :

Cubalah search gambar Terrorist dalam goggle, anda akan lihat imej Islam yang muncul bagi mengambarkan kumpulan mujahidin. Sebelum famous istilah "terrorism" ini, mujahidin dah lama wujud, di Afghanstan, di Chechnya dan di seluruh dunia tetapi tak adalah pula kita label mereka terrorist, namun agenda Zionis yang bijak berjaya menggunakan pengaruh dunia dan media bagi melabel para pejuang Islam dengan nama Terrorist bermula sejak tahun 2000.

Sejak dari itulah satu demi satu mujahid Islam mendapat gelar terrorist hasil promosi dan marketing hebat pihak berkuasa barat. Sehinggalah hari ini kita mendapati tiada lagi mujahidin digunakan merujuk kepada kumpulan pejuang Islam sebaliknya terrorist mula menjadi ganti seruan nama mereka.

Sebuah persoalan akhir, apabila anda berdoa di dalam atau di luar solat, Ya Allah bantulah mujahidin di seluruh dunia....kepada siapa doa itu anda maksudkan ?

Bukankah kepada kumpulan terrorist itu juga bukan ? oh tidak ? habis kepada siapa ? Ustaz dan tok syeikh salahpi yang dok mengampu jilat pemerintah ? kepada CIA yang memerangi keganasan ? kepada askar kerajaan yang pro undang-undang sekular ? kepada Iran yang beragama syiah ? kepada pejuang demokrasi ?

Hmm....anda pikirlah sendiri.

Tuesday, January 26, 2010

Terperangkap di dalam Dunia yang Mencabar



Di dalam kitab Al-Fitan, susunan Imam Ibnu Majah Rahimahullah, ada memuatkan sebuah hadis yang dapat menjadi tazkirah kepada kita.

Daripada Abdullah bin Amru yang mengatakan bahawa Rasulullah bertemu dengan kami dan baginda bersabda : “ Wahai kaum Mujahirin, ada lima perkara yang aku berlindung kepada Allah agar kalian tidak mendapatinya.(pertama) Iaitu tidaklah muncul sesuatu kekejian di dalam suatu kaum sehingga mereka menyebarkannya lalu akhirnya mereka menderita wabak penyakit yang tidak pernah terjadi dan tidak pernah menimpa golongan sebelum mereka. (Kedua) Tidaklah mereka mengurangkan timbangan dan sukatan melainkan akan ditimpakan kepada mereka tahun-tahun sulit dan kelaparan serta diuji dengan penguasa yang zalim. (Ketiga) Tidaklah mereka enggan membayar zakat melainkan akan tertahan air dari langit untuk mereka sehingga jika tidaklah kerana binatang yang melata di atas muka bumi itu nescaya tidaklah akan diturunkan hujan kepada mereka. (ke-empat) Orang yang melanggar janji Allah dan rasul-Nya itu akan ditimpakan dengan kelemahan sehingga mereka dikuasai oleh musuh-musuh mereka dari orang-orang selain mereka sehingga musuh itu dapat mengambil apa sahaja yang berada di dalam tangan mereka. (Kelima) Tidaklah para Imam (penguasa) tidak berhukum dengan Kitab Allah dan tidak melaksanakan apa yang Allah turunkan melainkan Allah akan menimpakan kehancuran kepada mereka melalui tangan-tangan mereka sendiri.” (Hadis riwayat Ibnu Majah Jilid 2, no. 4019 dengan sanad yang gharib)

Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah dengan sunnah.

Saturday, January 09, 2010

Bible Bukan Ayat-ayat Allah


Beriman kepada Kitab-kitab terdahulu merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam dan hal ini termaktub di dalam Al-Quran dan As-sunnah sehingga menjadi rukun Iman yang ketiga. Allah SWT befirman akan hal ini dalam banyak ayat antaranya mengenai ciri orang yang beriman itu :

“Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.” (Al-Baqarah : 4)

“Katakanlah (Wahai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". (Al-Baqarah : 136)

“Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." (Al-Baqarah : 285)

Nabi SAW pernah bersabda : “lman itu ialah bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman dengan kitab-kitab terdahulu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada para rasul-Nya.

Walau bagaimana pun kita tidak boleh beriman kepada Bible sebagai ayat tuhan dan mempercayainya sebagai wahyu Allah yang diturunkan kepada rasul-rasul terdahulu disebabkan oleh beberapa perkara.

Pertama : Bible yang ada pada hari ini telah diubah suai dan dihilangkan wahyunya

Allah SWT befirman : “Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israil dan telah Kami angkat diantara mereka 12 orang pemimpin dan Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku beserta kamu, sesungguhnya jika kamu mendirikan solat dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul-rasul-Ku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik sesungguhnya Aku akan menutupi dosa-dosamu. Dan sesungguhnya kamu akan Kumasukkan ke dalam syurga yang mengalir air di dalamnya sungai-sungai. Maka barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah itu, sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus.”

Kemudian Allah menyebut lagi : “Tetapi kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka mengubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ma’idah : 12-13)

Allah SWT befirman lagi :

“Wahai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami (Muhammad), menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan.” (Al-Ma’idah : 15)

“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.” (Al-Baqarah : 79)

Bahkan Nabi SAW juga diriwayatkan pernah bersabda : “Sesungguhnya bani Israel menulis kitab dan mengikutinya lalu meninggalkan taurat.” (Hadis riwayat Ad-Darimi dan At-Tibrani, disahihkan oleh Syeikh Al-Albani)

Banyak bukti ilmiah yang telah dibentangkan oleh para pengkaji sepanjang zaman berkenaan kebathilan Bible yang mengandungi perjanjian lama (Old Testament) dan baru (New Testament) serta sudah ramai sekali manusia yang memeluk Islam dari hasil mengkaji perbandingan agama dan mempelajari Islam.

Contoh mudah yang saya boleh bawakan,

Di dalam Old Testament (yang dinisbahkan kepada Taurat) ada menyebut “Orang Israel makan manna y empat puluh tahun z lamanya, sampai mereka tiba di tanah yang didiami orang; mereka makan manna sampai tiba di perbatasan tanah Kanaan.” (Keluaran : 16:35)

Tahukah anda, ayat diatas dinisbahkan kepada Taurat yang mengandungi sabda Nabi Musa a.s sedangkan ketika kejadian di atas Nabi Musa a.s sudah pun wafat.

“Lalu sampailah Yakub kepada Ishak, f ayahnya, di Mamre g dekat Kiryat-Arba h --itulah Hebron i --tempat Abraham dan Ishak tinggal j sebagai orang asing.” (Kejadian : 35 : 27)

Pada zaman Nabi Musa a.s nama Hebron belum lagi dikenali (tidak pernah digunakan langsung) dan hanya dikenali sebagai Hebron pada zaman Yasuq (selepas kematian Musa) ini bermakna ayat di atas tidak termuat di dalam Taurat Musa sehinggalah sekurang-kurangnya pada zaman Yasyuq. Banyak nama –nama dalam Bible adalah nama-nama baru yang tidak wujud dalam zaman asal rasul-rasul itu.

Ini semua bukti kecil ubah suai, tokok tambah para penulis kitab-kitab Bible.

Bahkan bukti jelas Bible bukanlah Kitab Allah SWT ialah apabila di dalamnya terdapat kenistaan dan kejahatan terhadap para nabi-nabi.

Cubalah anda membaca Kitab Kejadian :17 : 30-37.

Di dalamnya ada tercatat : “Pergilah Luth dari Zoar l dan ia menetap bersama-sama dengan kedua anaknya perempuan di pegunungan, m sebab ia tidak berani tinggal di Zoar, maka diamlah ia dalam suatu gua beserta kedua anaknya.

Kata kakaknya kepada adiknya: "Ayah kita telah tua, dan tidak ada laki-laki di negeri ini yang dapat menghampiri kita, seperti kebiasaan seluruh bumi. Marilah kita beri ayah kita minum anggur, lalu kita tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan
n dari ayah o kita.

Pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur
1 , lalu masuklah yang lebih tua untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun. Keesokan harinya berkatalah kakaknya kepada adiknya: "

Tadi malam aku telah tidur dengan ayah; baiklah malam ini juga kita beri dia minum anggur; masuklah engkau untuk tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah
q kita." Demikianlah juga pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, r lalu bangunlah yang lebih muda untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun. s

Lalu mengandunglah kedua anak Luth itu dari ayah
t mereka. Yang lebih tua melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Moab; u dialah bapa orang Moab v yang sekarang. Yang lebih mudapun melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Ben-Ami; dialah bapa bani Amon w yang sekarang.” (Kejadian : 17 : 37)

Apakah mungkin seorang Rasul Allah itu meniduri (melakukan hubungan seks) dengan anak-anak perempuannya sendiri demi melangsungkan keturunan ? Apakah Agama Allah ini mengizinkan hal sedemikian ?

Allah SWT befirman :

“Wahai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahuinya?.” (Ali-Imran : 71)

“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.” (Al-Baqarah : 79)

Kebohongan Bible sangat banyak sekali baik secara kesengajaan, kesilapan teknikal, kesalahan sejarah dan fakta, perbezaan terjemahan dan nisbah, penambahan info baru yang tak pernah wujud sewaktu zamannya dan pelbagai lagi bukti jelas campur aduk dan ubah suai manusia terhadap apa yang dianggap sebagai wahyu Allah SWT itu.



Kenapa Kita Perlu Menolak Bible ?

Kita diwajibkan beriman dengan kitab terdahulu, namun benarkah Bible itu kitab terdahulu telah diperjelaskan oleh Al-Quran itu sendiri. Oleh yang demikian kita tidak boleh menerima Bible sekarang yang merupakan kitab palsu melainkan Bible itu memenuhi standard yang asasi yang disebut dalam Al-Quran.

Sebab Pertama :

Datangkan dahulu nama Nabi Kami, Muhammad atau Ahmad di dalam Bible kamu.

Kita hanya diperintahkan beriman kepada kitab-kitab terdahulu yang di dalamnya secara pasti tercatat nama Muhammad atau Ahmad.

“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang namanya mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya Al Quran, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-A’raf : 157)

“Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata." (As-Soff : 6)

Allah SWT menjelaskan bahawa Kitab Taurat yang diwajibkan kepada kita untuk beriman dengannya mengandungi nama Muhammad/Ahmad. Maka selama Bible itu tiada mengandungi nama Nabi kita Muhammad maka ianya bukanlah Taurat dan Kitab Samawi yang diwajibkan kepada kita untuk beriman dengannya.

Sebab Kedua :

Mempercayai Bible bermakna Anda Mendustakan Al-Quran.

Bible yang ada sekarang bukanlah Kitab terdahulu, apa yang diyakini oleh orang Islam tidak wujud di dalam Bible antaranya seperti Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran.” (At-Taubah : 111)

Bukalah di dalam Old Testament dan New Testament (Bible) yang ada di tangan anda nescaya akan anda dapati apa yang disebutkan adalah tidak wujud dalam Bible sekarang.

Jadi jika anda mempercayai Bible sebagai kitab suci atau Kitab Taurat dan Injil maka Anda telah mengatakan Al-Quran berbohong dan berdusta atau tersilap kerana AlQuran menyebutkan dengan jelas apa yang terkandung di dalam Injil dan taurat.

Allah SWT befirman di dalam Al-Quran : “Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu, (yaitu) Kitab-kitab Ibrahim dan Musa.” (Al-A’la : 17-19)

Lihatlah di dalam Bible, apakah wujud kenyataan ini bahawa akhirat adalah lebih utama dan lebih kekal ? Jika tiada maka ianya bukanlah Kitab Ibrahim dan Musa sekalipun Bible didakwa merupakan Kitab kumpulan nabi-nabi terdahulu.

Al-Quran menyebut “Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab terdahulu” Maka apakah Al-Quran itu berdusta ? Apakah anda mahu menolak Al-Quran lalu menjadi kafir seperti kaum yahudi dan nasrani ?

Nah, pilihlah kenyataan siapakah yang mahu anda percayai.

Sebab Ketiga :

Bible yang ada sekarang ini menyeru kepada Syirik dan mengatakan Nabi Isa itu Anak tuhan, ajaran semacam ini menjatuhkan seseorang dari Aqidah Samawiyah kepada syirik dan mengeluarkan orang yang mempercayainya dari gelaran Ahli Kitab menjadi Musyrikin yang diharamkan sembelihan dan berkahwin.

Bible ialah kitab syirik.

Allah SWT sangat melarang perkara Syirik : “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya dia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (An-Nisa : 116)

Di dalam Bible ada bukti hal ini :

“Sebab seorang anak telah lahir m untuk kita 1 , seorang putera telah diberikan n untuk kita; lambang pemerintahan o ada di atas bahunya, p dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, q Allah yang Perkasa, r Bapa s yang Kekal, t Raja Damai. (Yesaya :9: 6)

Mereka adalah keturunan nenek moyang kita. Dan mereka adalah keluarga Kristus secara jasmani di bumi ini, tetapi Kristus adalah Allah atas segala sesuatu. Pujilah Dia selama-lamanya. Amin. (Rom : 9 :5)

“Tomas berkata kepada Yesus, "Tuhanku dan Allahku!" (Yohanes : 20 :28)

Banyak bukti dan dalil daripada Bible sendiri dan kepercayaan orang Kristian bahawa mereka menjadikan Nabi Isa a.s sebagai tuhan dan sekutu bagi Allah SWT.

Al-Quran menyebut : “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.” (At-Taubah : 31)

Allah SWT befirman di dalam Al-Quran : “Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?." Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib." (Al-Ma’idah : 116)

Nabi Isa menjelaskan lagi di dalam Al-Quran :

“Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.” (Al-Ma’idah : 117)

Tinggalkanlah Bible dan kepalsuannya lalu carilah cahaya dan kebenaran di dalam Kitab Allah SWT yang hakiki, yang di dalamnya terkandung ajaran Zabur, Taurat dan Injil serta ajaran para rasul terdahulu dan merupakan kitab yang lengkap dan terpelihara dari kesesatan serta hidayah dan pertunjuk bagi mereka yang mahu beriman.

Al-Quran itulah Al-Furqan (pembeza di antara yang benar dan salah)

Friday, January 08, 2010

Mesir Mengkhianati Islam Menggunakan Alasan Syarak


Tindakan terkini Mesir yang bekerjasama dengan Israel di dalam menutup sempadan mereka dengan Palestin ternyata merupakan sebuah pengkhianatan besar terhadap Islam dengan menjadikan hujah syarak dan fatwa ulama Al-Azhar sebagai alasan untuk menghalalkan kejahatan mereka.

Fatwa dari Majma’ul Buhuts AL-Islamiyah sebuah badan Universiti Al-Azhar, Mesir baru-baru ini yang mengizinkan dan menyatakan keharusan bagi membina tembok pemisah disekeliling perbatasan di antara Gaza dan Mesir bagi menyekat usaha penyeludupan ternyata sangat mengecewakan umat Islam dan sekaligus menghancurkan kredebiliti badan agama yang disanjungi dunia itu.

Fatwa itu dibuat dengan alasan kononnya untuk menyekat kemasukan barang-barang terlarang seperti dadah, senjata dan barang berbahaya namun hakikatnya tindakan itu memberikan kesan besar kepada umat Islam di Gaza, Palestin dan memenjarakan mereka di negara mereka sendiri.

Dunia mengetahui Mesir-Israel menjalin kerjasama erat khasnya di dalam ekonomi dan tindakan terkini Mesir ini banyak didorong oleh Israel dan disokong oleh Amerika Syarikat dengan merasuah Mesir melalui perjanjian dagang dan ekonomi secara sulit yang menyuntik ekonomi Mesir melalui sokongan pelaburan daripada Israel dan Amerika.

Semuanya kerana wang.

Tindakan Mesir yang menganaiya umat Islam Gaza, Palestin adalah didorong oleh faktor ekonomi dan juga kerana faktor keselamatan negaranya dan takutkan Israel dan persenjataannya yang canggih.


Manakala tindakan para ulama Mesir yang menyokong kerajaan ialah disebabkan faktor kedudukan dan status mereka selain untuk memenuhi tanggungjawab mereka sebagai ulama kerajaan yang menghalalkan dan mengharamkan semata-mata mengikut kehendak kerajaan.

Tindakan dua golongan ini iaitu para umara (pemimpin) dan ulama (alim agama) Mesir ternyata telah bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta boleh menjatuhkan mereka ke dalam lembah kekufuran.

Para ulama Islam seluruh dunia banyak yang bangkit menentang fatwa karut dan syaitan yang dikeluarkan oleh majlis agama Al-Azhar yang sejak dikuasai oleh kerajaan Mesir ini banyak mengeluarkan hujah-hujah agama yang menyimpang dan mengikut hawa nafsu pemerintah.
Antaranya Syeikh Dr.Yusuf Al-Ahmad, professor syariah di Universiti Imam Muhammad bin Saud Arab Saudi, yang mengeluarkan fatwa pada minggu lalu bahawa haram kepada kerajaan Mesir untuk membangun tembok besi yang akan menyebabkan penderitaan kepada umat Islam di Gaza.

Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain saling lindung-melindungi.” Kemudian Allah menyambung dengan menyebut : “jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Anfaal : 72)


Melindungi dan memberi pertolongan kepada umat Islam yang kesusahan adalah sebuah kewajipan syarak yang besar dan bekerjasama dengan kuffar serta berwala (mentaati) mereka adalah membawa kepada syirik dan mengkafirkan perlaku-perlakunya.

Tindakan ulama Al-Azhar yang bodoh dan jahil menghalalkan pembinaan tembok kononnya atas alasan keselamatan Mesir ialah semata-mata hujah bodoh yang bercanggah dengan syarak kerana adalah tidak boleh berfatwa untuk kepentingan nasionalisma Mesir semata-mata lalu mengabaikan kepentingan Islam yang lebih besar.

Nabi SAW pernah bersabda : “Tinggalkanlah Kebangsaan kerana sesungguhnya ianya adalah suatu yang busuk.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bahkan tindakan Mesir tidak dapat mengabui mata dunia yang mengetahui bahawa melalui perbuatan mereka, Amerika dan Israel telah bersetuju menyumbang sejumlah besar dana kewangan dan bantuan ekonomi yang sekaligus mendedahkan Mesir kepada pengkhianatan menjual saudara seagama mereka di Gaza dengan harga wang ringgit dan ganjaran dunia.

Perbuatan itu menjatuhkan setiap pemerintah Mesir dan ulama yang bersetuju dengan pembinaan tembok tersebut dan condong kepada Amerika dan Israel sebagai kafir dan murtad daripada Islam.

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin-mu, kerana sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain; Dan barang siapa di antara kamu yang megambil mereka menjadi pemimpinnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” (Al-Ma’idah : 51)

Di dalam ayat di atas, para ulama menyebut bahawa orang yang berwala terhadap kaum kuffar itu maka mereka termasuk di dalam kalangan mereka yakni menjadi kufur sekali dan dianggap telah mezalimi diri mereka sendiri dengan kekufuran tersebut.

“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong (mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah." (An-Nisa: 89)

Hendaklah umat Islam mencontohi perbuatan Nabi Allah Ibrahim a.s yang menjadi bapa kepada umat Islam di dalam beragama.

Allah SWT befirman : “Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia ; ketika mereka berkata kepada kaum mereka, ‘Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiranmu) dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja”. (Al-Mumtahanah : 4)