1. Duit, makan-minum,
harta, ilmu atau jodoh (suami) akan menjadi bertambah berkat dengan
berkongsi dengan mereka yang hampir dan memerlukan. Ini kerana
diriwayatkan daripada Abu Darda RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam
pernah bersabda ;
ابغوني في ضعفائكم ، فإنما ترزقون - أو تنصرون - بضعفائكم
Carilah keredhaan aku dengan berbuat baik kepada orang yang lemah di kalangan kamu kerana sesungguhnya kamu diberi rezeki dan pertolongan disebabkan orang-orang yang lemah di kalangan kamu.
Carilah keredhaan aku dengan berbuat baik kepada orang yang lemah di kalangan kamu kerana sesungguhnya kamu diberi rezeki dan pertolongan disebabkan orang-orang yang lemah di kalangan kamu.
[Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Al-Albani]
Dalam riwayat yang lain menyebut ;إِنما ينصُر الله هذه الأمةَ بضعيفها Sesungguhnya Allah menolong umat ini dengan sebab pembelaan mereka kepada golongan yang lemah di kalangan mereka.
2. Rezeki kita, bukan kerana usaha kita semata-mata. Boleh jadi kerana doa anak-anak, doa isteri, doa suami, doa ibubapa, doa anak-anak yatim, janda dan fakir miskin atau mereka yang lemah di kalangan kita.
Hanya Firaun, Qarun, pemilik kebun (dalam surah al-Kahfi) dan lain-lain yang dimurkai serta golongan yang kufur dan sombong akan berkata ini adalah semata-mata kerana usaha kami sendiri sebagaimana firman Allah SWT :
فَإِذَا جَاءَتْهُمُ الْحَسَنَةُ قَالُوا لَنَا هَذِهِ
"Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata: "Itu adalah kerana (usaha) kami." (Al-Araaf: 131)
3. Jangan fikir sebab aku mengaji tinggi, dapat 'degree' lalu aku layak mendapat gaji besar dan kaya. Jadi ini hak aku seorang. Kerana itu adalah kata-kata Qarun yang menyebut :
إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِنْدِي ۚ
"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." (Al-Qassos:78)
Ramai cerdik pandai, gagal dapat kerja. Kita yang tidak lebih baik dari mereka ada kerja. Ramai orang berijazah tinggi, Phd, MA tiba-tiba ditimpa musibah tidak boleh kerja, sakit atau mati. Kita masih hidup dan mendapat jawatan mereka, ini semua rezeki dari Allah sebenarnya untuk menguji kita sahaja.
هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ
"Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya)." (An-Naml:40)
Hidup ini hanya sementara, marilah kita sama-sama berkongsi dan hidup bahagia!
1 comment:
Assalamualikum ustz,
Berkenaan berkongsi membawa keberkatan. Saya ingin mendapatkan pandangan ustaz. Suami saya seorg yg baik tetapi tiada pekerjaan, sementara sayalah yg menyara keluarga. wang belanja keperluan harian saya serah padanya kerana segala urusan luar seperti kekedai,hal kereta,pasar dan lain2 suami yg urus. Keadaan ini juga sesuai kerana dia terlibat usaha dakwah yang menuntutnya kerap meninggalkan rumah.saya sentiasa menyokong kehendaknya keluar atas usaha dakwahnya.selepas mendapat anak kedua suami mahu mncari pembantu rumah supaya anak anak tidak dihantar kepengasuh sebaliknya diasuh dirumah.dalam taklimat pembantu rumah, agen menyatakan bahawa blh saja mmperisterikan pembantu rumah itu yg terdiri dari hafizah quran dan golongan org susah.suami rasa sesuai utk mndapatkan isteri kedua utk keluarga.yakni saya keluar bekerja,dirumah dia dan seorang lagi menjaga anak dan membereskan hal rumah. Ketika suami berpergian,saya akan ada teman. Cantik susunannya. Tetapi untuk mendirikan masjid lagi suami menuntut pengorbanan kewangan dari saya. Saya sedang berbelah bagi samada mengorek simpanan untuk pelaburan ini atau tidak kerana nafkah asas spt makanan,pakaian dan tempat tinggal pun blm lunas. Menambah satu lagi dan berkongsi dalam bumbung yang sama menuntut pengorbanan yang berpanjangan pula..bila saya pilih untuk tidak melabur atas niatnya, diminta pula saya berhenti kerja dan terima keadaan suami dgn apa adanya..dilema juga kerana saya juga manusia biasa...masjid yang dibina pasti akan berkembang biak isinya..bakal tertanggung dipundak saya juga dengan alasan, anak saya dijaga, maka perbelanjaanya saya tanggung..boleh ustz beri pendapat walaupun terkeluar sikit dari topik. Jazakallahukhairan kathira ustz.
Post a Comment