Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA yang berkata bahawa telah
berlalu jenazah di hadapan nabi dan orang ramai memujinya dengan
kebaikan maka bersabdalah baginda nabi salallahualaihiwasallam dengan
berkata ; ' وجبت' Telah wajiblah, kemudian berlalu pula jenazah yang
seterusnya dan orang ramai mengatakan hal yang buruk terhadap jenazah
tersebut dan bersabdalah pula baginda dengan ucapan ; ' وجبت' Telah
wajiblah. Maka bertanya Umar bin al-Khattab RA apakah yang telah wajib itu?
Maka baginda salallahualaihiwasallam pun menjawab ;
هذا أثنيتم عليه خيرا فوجبت له الجنة وهذا أثنيتم عليه شرا فوجبت له النار أنتم شهداء الله في الأرض
Jenazah yang kamu puji dengan kebaikan itu maka baginya wajiblah syurga dan jenazah yang kamu mengatakan buruk terhadapnya maka baginya wajiblah neraka. Kamu adalah saksi-saksi Allah di bumi.
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
# Orang ramai yang menjadi saksi kepada Allah di muka bumi ini ialah orang-orang yang beriman yang berpegang teguh kepada kitab Allah dan sunnah rasulullah, bukan sekadar orang awam yang jahil dan ahli fasik, kerana kesaksian orang yang fasik adalah tidak diterima berdasarkan kaedah ;
لا تقبل شهادة الفاسق
Tidak diterima kesaksian orang yang fasik.
Allah SWT berfirman ;
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لَا يَسْتَوُونَ
“Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasik? Mereka itu tidak sama. (As-Sajdah:18)
Beruntunglah mereka yang hidupnya sederhana, mengikut al-Quran dan al-sunnah serta disayangi oleh orang-orang yang beriman.
Semoga Allah merahmati arwah Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz bin Nik Mat.

No comments:
Post a Comment