Diriwayatkan daripada seorang sahabat bernama Abu Juray
al-Hujaymi RA (nama sebenarnya Jabir bin Sulaim) yang berkata aku mendatangi
Rasulullah salallahualaihiwassalam lalu bertanya kepada baginda;
يا رسول الله ؟ إنا قوم من أهل البادية فعلمنا شيئاً ينفعنا الله
تبارك وتعالى به
‘Ya rasulullah, kami ialah kaum daripada padang pasir, maka
ajarkanlah kami sesuatu yang dapat memanfaatkan kami di sisi Allah tabaraka
wata'ala.
Lalu baginda pun bersabda :
لا تحقرن
من المعروف شيئاً ولو أن تفرغ من دلوك في إناء المستقي، ولو أن تكلم أخاك ووجهك
إليه منبسطاً
‘Janganlah kamu memandang rendah perbuatan baik sekalipun
sekadar mengosongkan baldimu ke dalam bekas minuman orang yang ingin minum dan
sekalipun sekadar berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang ceria.’ [Riwayat
Ahmad]
Diriwayatkan dalam hadith yang lain, Nabi Salallahualaihiwassalam
bersabda : ‘Ada seorang lelaki yang dimasukkan ke dalam syurga kerana sewaktu
di dunia dahulu pernah mengalihkan sebatang dahan pokok yang menganggu kaum muslimin
di jalanan.’ [Riwayat Muslim]
No comments:
Post a Comment