Parlimen telah dibubarkan oleh
Perdana Menteri. Seluruh rakyat kecoh, sana sini bercerita dan heboh
namun bagi seorang Muslim, peribadinya tidak
akan bertukar menjadi berwarna-warni sebaliknya kekal sebagai Muslim,
tenang dan mengatur langkah dengan berhati-hati agar menepati kehendak
Allah SWT.
Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :

قل
آمنت بالله ثم استقم
'Katakanlah aku beriman kepada Allah dan
beristiqamah.' [riwayat Muslim]
Tukarkan Yang Berhormat (YB) kepada Yang Berkhidmat (YB)
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda:
إنكم ستحرصون على الإمارة وستكون ندامة يوم القيامة
'Kamu sangat ingin mendapatkan jawatan kepimpinan sedangkan ia akan menjadi punca penyesalan dihari kiamat.' [riwayat al-Bukhari]
Jika ada yang dilantik ke jawatan kepimpinan maka hendaklah dia berusaha melepaskan kesusahan umat Islam, memudahkan urusan orang ramai dan membantu meringankan beban manusia kerana Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :
من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا والآخرة
'Barangsiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia maka Allah akan melepaskan daripadanya kesusahan dihari kiamat dan barangsiapa yang mempermudahkan urusan seseorang maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. [riwayat Muslim]
Allah akan membantu seseorang selama dia dalam keadaan sentiasa membantu saudaranya, jika seseorang pemimpin menjadi 'Yang Berkhidmat' (YB) maka dia pasti akan dibantu oleh Allah namun jika dia menjadi 'Yang Berhormat' (YB) maka dia pasti akan dihinakan oleh Allah di hari akhirat !

No comments:
Post a Comment