Saturday, August 18, 2012

Eid Mubarak 1433

Sunnah Eid Fitri/Hari Raya yang pertama ialah bertakbir kepada Allah SWT. Antara takbir yang disunnahkan ialah "الله أكبر الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر ، الله أكبر ولله الحمد" Orang yang beriman akan bertakbir membesarkan Allah manakala orang yang lalai akan menyanyi dan meletupkan mercun sebagai tanda kegembiraan kerana 'terlepas' dari ikatan sepanjang Ramadhan. Orang yang beriman menyambut Syawal dengan gembira kerana diberi peluang oleh Allah untuk beribadah di bulan Ramadhan manakala orang yang munafiq akan gembira kerana dapat menanggalkan tudung, tidak perlu ke masjid dan boleh kembali kepada cara kehidupan yang dahulu !

Adalah diharuskan untuk mengucapkan tahniah dan kata-kata galakan terhadap satu sama lain sepanjang hari Raya Eid Fitri seperti yang selalu dilafazkan iaitu,
Taqabbala Allaah minna wa minkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan juga amalan kamu) atau Eid Mubarak, selamat hari raya dan sebagainya. Diriwayatkan oleh Jubayr bin Nufayr ra yang berkata bahawa apabila para sahabat nabi Salallahualaihiwassalam bertemu antara satu sama lain pada hari raya (Eid) maka mereka akan mengucapkan Taqabbala Allah minna wa minkum [تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك]“Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu" [Ibn Hajar dalam Fathul Al-Bari]

Nasyid Raya :



Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1433

Emran Ahmad & Keluarga.

No comments: