Keimanan itu adalah terletak di dalam hati
dan kita tak mungkin mengetahuinya melainkan dari ciri-ciri yang digambarkan
oleh wahyu dan sunnah rasulullah. Salah satu di antara ciri-ciri itu ialah
mencintai dan membenci kerana Allah SWT.
Sabda nabi SAW : “Sesiapa yang
mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak
kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurnalah imannya.”
(hadith riwayat Abu Daud)
Teladan ini ditunjukkan kepada kita oleh para sahabat nabi SAW yang merupakan sebaik-baik umat
dan merupakan generasi Al-Quran yang terpilih. Antaranya apa yang diriwayatkan
berkenaan kisah sahabat yang bernama Salman Al-Farisi radiallahuanhu.
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ أَحْمَدَ ، حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ
الْمُثَنَّى ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَوَّارٍ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ
بْنُ سَلَمَةَ ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ ، أَنَّ أَبَا الدَّرْدَاءِ ،
ذَهَبَ مَعَ سَلْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَخْطُبُ عَلَيْهِ امْرَأَةً مِنْ
بَنِي لَيْثٍ ، فَدَخَلَ فَذَكَرَ فَضْلَ سَلْمَانَ وَسَابِقَتَهُ وَإِسْلامَهُ ، وَذَكَرَ
أَنَّهُ يَخْطُبُ إِلَيْهِمْ فَتَاتَهُمْ فُلانَةً ، فَقَالُوا : أَمَّا سَلْمَانُ
فَلا نُزَوِّجُهُ ، وَلَكِنَّا نُزَوِّجُكَ ، فَتَزَوَّجَهَا ثُمَّ خَرَجَ ،
فَقَالَ : إِنَّهُ قَدْ كَانَ شَيْءٌ ، وَإِنِّي أَسْتَحِي أَنْ أَذْكُرَهُ لَكَ ،
قَالَ :
وَمَا ذَاكَ ؟ فَأَخْبَرَهُ أَبُو الدَّرْدَاءِ بِالْخَبَرِ ، فَقَالَ
سَلْمَانُ : " أَنَا أَحَقُّ أَنْ أَسْتَحِي مِنْكَ أَنْ أَخْطُبَهَا ، وَكَانَ
اللَّهُ تَعَالَى قَدْ قَضَاهَا لَكَ " .( رقم الحديث: 657)
Beliau (Salman Al-Farisi ra) pernah
berhasrat untuk meminang seorang anak gadis dari Bani Laits maka Salman pun
mengutuskan seorang sahabat yang lain bernama Abu Darda ra untuk menjadi
wakilnya dan bertemu dengan pihak perempuan. Takala berada dengan pihak
perempuan maka Abu Darda ra pun berusaha sedaya upaya menceritakan kelebihan
Salman dan kebaikannya dalam Islam. Malangnya pinangan Salman itu tetap ditolak
oleh pihak perempuan namun mereka kemudian
menawarkan pula Abu Darda untuk menikah dengan gadis tersebut. Maka bernikahlah Abu Darda ra dan kemudian
keluar menuju kepada Salman dalam keadaan malu kepadanya.
Maka Salman pun bertanya kepada Abu Darda
ra apa yang telah berlaku. Lalu Abu Darda pun menceritakan kesemuanya kepada
Salman dan berkatalah Salman dengan tenang sambil berusaha memujuk sahabatnya
Abu Darda yang berasa malu kepadanya dengan berkata, sepatutnya akulah yang
berasa malu terhadap kamu kerana aku telah meminang perempuan itu sedangkan
Allah ta’ala telah menyediakannya untuk engkau.
Dalam riwayat yang lain menyebutkan bahawa
Salman ra bahkan menghadiahkan kepada Abu Darda ra mahar yang dikumpulkan olehnya
sebelum ini kepada Abu Darda ra sebagai hadiah perkahwinan sahabatnya.
Kisah ini dinukilkan dari Kitab Hilyah Al-Awliya’ wa tabaqat Al-Asfiya’
karya Imam Abi Nuaim rahimahullah.
Salman ra menunjukkan contoh yang
indah kepada kita bahawa ukhuwah itu adalah lebih bernilai dari harta mahupun
wanita. Kerana ianya didasari oleh Iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Tiada dendam, tiada cemburu mahupun
dengki terhadap sahabat yang berhasil menikahi gadis yang diidamkan-idamkan.
Ini kerana mereka menyedari bahawa dunia ini hanyalah sementara dan merupakan
ujian kepada orang yang beriman.
Segala puji hanyalah bagi Allah SWT
No comments:
Post a Comment