اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ 2) كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ…
Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini kita telah diberikan nikmat dan peluang oleh Allah SWT untuk bersama-sama meraikan hari raya Eid Al-Adha yang disambut oleh setiap Muslim sebagai memperingati pengobanan Nabi Allah Ibrahim as dan juga sebagai memenuhi perintah Allah SWT di dalam menyambut ibadah haji dan korban yang disyariatkan kepada umat Islam.
Sidang hadirin muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Allah SWT telah berfirman : “Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur. Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang akan dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj : 36-37)
“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.” (Al-Hajj : 32)
Imam Al-Bukhari meriwayatkan Di dalam Sahihnya, “Dari Al-Barra bin Azib: Aku mendengar Rasulullah salallahualaihiwassalam berkhutbah. Dengan baginda bersabda, “Perkara pertama yang perlu dilakukan pada hari ini ialah mendirikan solat, dan selepas itu, kamu menyembelih haiwan korban; dan sesiapa yang melakukan ini maka dia berjalan di atas sunnahku.”
Eid-ul-Adha berasal dari kalimah ‘udhiyah yang bermaksud korban. Ia juga disebut dengan nama lainnya sebagai yaum-An-Nahar (Hari di mana ibadah korban dilaksanakan). Jika hari raya Eidul fitri diraikan dengan puasa Ramadhan maka hari raya Eidhul Adha pula diraikan dengan ibadah haji dan juga korban.
Ibadah korban merupakan salah satu di antara syiar penting dalam Islam sebagai memberi peringatan kepada manusia bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan kejayaan itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan bayaran harga sebuah pengorbanan.
Sesungguhnya Syurga dan kejayaan hidup itu adalah tidak percuma.
Ianya perlu dibeli dengan jiwa dan raga sebagai pengorbanan untuk mendapatkan keduanya.
Allah SWT telah berfirman : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan bayaran syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah : 111)
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Syariat Islam itu di sisi Allah SWT turut disebut sebagai Millah Ibrahim, iaitu jalan atau sunnah yang diasaskan oleh Ibrahim AS di dalam menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Baginda telah diuji oleh Allah SWT dan didapati lulus dalam ujian keimanan tersebut lalu diangkat menjadi imam dan pemimpin kepada seluruh manusia.
Firman Allah SWT :
“Ceritakanlah (Hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran) ini. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang Nabi. Ingatlah ketika ia berkata kepada bapaknya; "Wahai bapakku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikitpun? Wahai bapakku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapakku, janganlah kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu durhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Wahai bapakku, sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan ditimpa azab dari Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan. Berkata bapanya: "Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka nescaya kamu akan kurejam, dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama. Berkata Ibrahim: "Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku. Maka ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, Kami anugerahkan kepadanya Ishak, dan Ya'qub. Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi nabi. Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan mereka bahan bicara manusia (teladan) yang baik lagi tinggi.” (Maryam : 41-50)
Allah SWT telah menguji Nabi Ibrahim AS dengan bapanya dan kaum kerabatnya yang mensyirikkan Allah dan baginda telah lulus dalam ujian tersebut. Baginda memisahkan diri daripada mereka dan meninggalkan apa yang mereka sembah lalu mendapat rahmat dan anugerah. Kemudiannya Allah SWT menguji pula baginda dengan isterinya hajar yang perlu diletakkan jauh ke tengah padang pasir di suatu tempat yang bernama Bakkah iaitu Bandar Mekah sekarang.
Takala usia anaknya sudah meningkat remaja maka baginda diuji pula dengan arahan supaya menyebelih anaknya Ismail ra. Kesemua ujian ini telah ditempuhi oleh baginda dengan berjaya dan dengan penuh taqwa kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman : “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku. Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim." (Al-Baqarah : 124)
Kesemua ujian-ujian keimanan tersebut adalah ujian kehidupan yang lazim akan ditempuhi oleh seseorang manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Apakah kita fikir bahawa kita akan dapat berkata yang kita telah beriman namun tidak diuji ? Sesungguhnya Allah pasti akan menguji kita dengan ibubapa kita, dengan pasangan kita, dengan anak-anak, dengan harta dan kemewahan yang kita miliki untuk melihat siapakah yang benar-benar beriman dan menjadikan Allah SWT sebagai Ilah dan tuhan dan siapakah pula yang tidak?
Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,
Allah SWT berfirman : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)
Ramai orang berkata mereka amat cinta dan kasih kepada Allah SWT tetapi mereka sebenarnya adalah berdusta. Mereka hanya mengambil kesempatan di atas sifat pemurah dan rahmat Allah SWT untuk melakukan ibadah dan menunaikan kebaikan sekadar yang dapat menyenangkan diri mereka sahaja. Mereka bersolat, semata-mata kerana ianya dapat memberi ketenangan jiwa. Mereka bersedekah dan membayar zakat semata-mata kerana ianya dapat menzahirkan diri mereka sebagai manusia yang pemurah dan menghilangkan rasa bersalah.
Kehidupan mereka penuh dengan syirik dan andad yang bermaksud tandingan dan saingan kepada Allah SWT. Mereka lebih kasih dan cinta kepada pasangan mereka, kepada anak-anak mereka, kepada teman lelaki dan teman wanita mereka, kepada harta dan milikan mereka lebih daripada cinta mereka kepada Allah SWT.
Sebaik sahaja mereka diuji, ditimpa musibah dan kesusahan maka mereka dengan segera akan marah dan menderhakai Allah SWT dan mempertikaikan kenapa mereka diuji sedangkan mereka bersolat ? Kenapa mereka diuji sedangkan mereka membayar zakat ? Kenapa mereka ditimpa bala sedangkan mereka bersedekah dan melakukan kebaikan ? Apakah tidak cukup lagi kebaikan yang mereka sudah lakukan ?
Apakah yang tuhan mahu ? Kenapakah Allah SWT tidak membiarkan mereka dan jangan menganggu kebahagiaan dan kesenangan yang mereka miliki ? Mereka mahu hidup aman dan selesa dan tidak mahu diganggu oleh tuhan dan ujian-ujianNya.
Inilah manusia yang bodoh dan sombong.
Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.” (Al-Kahfi : 7)
Mereka menyangka mereka sudah menunaikan kewajipan mereka lalu mereka akan dibiarkan begitu sahaja ternyata mereka tersilap. Kita akan mampu melihat dalam kehidupan orang-orang seperti ini banyak melakukan perkara-perkara yang zahirnya kelihatan baik namun sebenarnya mereka tidak lebih dari sekadar membohongi diri mereka sendiri.
Mereka inilah yang benci kepada agama Islam dan Millah Ibrahim yang dinyatakan oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman : "Dan tidak ada yang benci kepada Millah ibrahim melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh.” (Al-baqarah : 130)
Kehidupan mereka tidak ubah seperti manusia yang bertungkus lumus mahu hidup demi kerana mahu memenuhi perut dan hawa nafsu mereka sendiri dan merasakan mereka berhak hidup dan berhak untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan kerana usaha-usaha kecil mereka.
Mereka berkata saya berhak mendapat kemewahan kerana saya telah berusaha 24 jam sehari bekerja mencari rezeki. Mereka berkata saya berhak menjadi pemimpin kerana sayalah yang telah menyatukan orang ramai dan berhasil menyelesaikan masalah rakyat. Ada pula yang berkata saya berhak mendapat kesenangan kerana saya telah mengaji bersungguh-sungguh di universiti selama bertahun-tahun.
Allah SWT menempelak mereka dengan berkata siapakah yang memberikan kamu nikmat kesihatan yang dengannya kamu dapat bekerja ? Siapakah pula yang melahirkan kamu dengan kesempurnaan yang dengannya kamu tidak menjadi cacat ? Siapakah pula yang memberikan kamu kebijaksanaan yang dengannya kamu dapat menyelesaikan masalah umat ? Siapakah pula yang memberikan kamu kecantikan, kekuatan dan kelapangan untuk mendapat apa yang kami miliki ?
Siapakah Dia jika bukan Allah SWT !
Dialah tuhan yang menciptakan dan memelihara kamu agar tidak menjadi bayi buangan.
Dialah tuhan yang telah menyelamatkan kamu ketika ditimpa mara bahaya dan kesusahan.
Dialah Allah yang menuntut daripada hamba-hambaNya supaya disembah dan jangan disekutukan.
Allah SWT memerintahkan kamu untuk hidup di atas muka bumi ini bagi menjalankan kewajipan kepadaNya bukan untuk bersenang-lenang.
Allah SWT berfirman : “Barangsiapa membawa amalan yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan yang setimpal dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak akan dizalimi. Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (iaitu) agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus, dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang musyrik." (Al-An’Am : 160-161)
للهُ أَكبرُ اللهُ أَكبرُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكبرُ، اللهُ أَكبرُ وَللهِ الحَمدُ
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua :
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Sidang hadirin yang dirahmati Allah,
Bertaqwalah kita kepada Allah SWT kerana itulah yang membawa kita kepada keredhaanNya. Sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah SWt itu tidaklah datang kepada kita kerana banyaknya jumlah daging yang kita korbankan atau kerana ribuan lembu yang kita tumbangkan. Tetapi kejayaan mendapat keampunan dan rahmat Allah SWt itu adalah dari ketaqwaan yang dimiliki dari hasil pengorbanan yang dilakukan.
Kehidupan ini adalah sebuah medan ujian yang besar yang dijadikan oleh Allah sebagai tempat untuk menilai manusia siapakah di antara mereka yang benar-benar beriman dan menyembah-Nya dan siapakah pula yang tidak.
Manusia boleh berpura-pura, menyamar dengan pakaian dan penampilan tetapi tiada siapa akan dapat berselindung dari kemunafikan dan kepalsuan iman apabila ditimpa oleh musibah dan ujian. Hal ini adalah dari sifat nifaq yang ada diri manusia yang hanya akan gembira dan redha kepada Allah SWt apabila mereka diberikan kesenangan dan kemudahan tetapi apabila diberikan kesusahan dan ujian maka mereka pun akan menjadi marah dan merasa dianaiya atau dikejami oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT : “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezkinya maka dia pun berkata: "Tuhanku telah menghinakanku.” (Al-fajr : 15-16)
Ini adalah termasuk di antara sifat munafik yang hanya beragama apabila senang dan menjual Islam dan deen Allah apabila mereka terhimpit oleh kesusahan dan lari menyelamatkan diri. Sedangkan jika mereka menyedarinya pasti mereka akan sedar ke manakah mereka mahu lari ? Di bumi manakah dan di langit manakah manusia itu akan dapat terselamat dari kemurkaan Allah jika dia telah berbuat dosa dan derhaka ?
Adapun orang yang beriman apabila diuji akan segera sedar dan kembali kepada Allah SWt dan menundukkan dirinya serta sujud kepada Allah SWt dan menyedari bahawa dunia dan segala isinya adalah pinjaman semata-mata.
Firman Allah SWT : “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.” (Al-Baqarah : 155-156)
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Dunia telah menyaksikan bahawa telah datang dan pergi manusia-manusia yang hebat dan tokoh-tokoh serta pembaharu yang muncul di kalangan umat Islam lalu membawa bermacam-macam seruan dan kekuatan hujah. Ada tokoh pendakwah yang memenangkan mazhabnya di atas mazhab yang lain, ada tokoh yang memenangkan pendapat ulamanya ke atas pendapat ulama yang lain. Ada pula tokoh yang berjaya memenangkan pemikirannya ke atas semua pemikiran yang lain.
Mereka adalah juara dari pelbagai bidang ilmu Islam baik hadis, fekah dan sebagainya. Mereka disanjung sebagai ilmuan, diangkat sebagai ulama dan tokoh pembaharu umat Islam. Kita berbangga dengan mereka tetapi kita sebenarnya telah terlupa bahawa kita kekurangan satu jenis tokoh yang jarang dilahirkan dalam masyarakat umat Islam hari ini.
Kita kekurangan rijal dan tokoh yang berjaya memenangkan agama Allah ke atas musuh-musuhnya.
Kita hanya menang atas mazhab-mazhab yang lain, kita hanya selalu menang atas pendapat-pendapat yang lain dan kita selalu menang atas tokoh-tokoh yang lain.
Namun jarang sekali muncul kepada kita tokoh yang mampu menewaskan musuh Islam, memusnahkan kebathilan dan menghancurkan jahiliyyah serta kesyirikkan dan menjadikan musuh-musuh Allah bacul dan kecut di dalam rumah-rumah mereka.
Allah SWT pernah menyebutkan betapa orang-orang yang kafir dan memusuhi Islam itu amat takut kepada tokoh-tokoh seperti ini dalam FirmanNya : “Sesungguhnya kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. Yang demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di sebalik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat kuat. Kamu kira mereka itu bersatu-padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti.” (Al-hasyr : 13-14)
Tokoh –tokoh seperti ini sudah lama tidak kedengaran dalam sejarah kita sejak kematian para pejuang seperti Tok Janggut, Abd Rahman Limbong dan para mujahidin yang muncul sekali-sekala dalam lipatan akhbar sebagai pengganas, militan dan memikul pelbagai lagi tuduhan oleh pengekor-pengekor kekufuran dan thaghut yang takut dan gentar kepada tokoh-tokoh ini.
Semoga dengan semangat korban dan Eid Al- Adha kali ini, akan lahir dan muncul tokoh-tokoh yang diharapkan akan dapat mengembalikan kemuliaan dan kemenangan ke atas umat Islam dan membersihkan deen Allah dari kepalsuan dan kesesatan.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
No comments:
Post a Comment