Assalamualaikum,
Alhamdulillah, tepat jam 11.26 malam tadi saya mula menyedari bahawa akaun facebook saya telah "disabled" dan diblock oleh pihak facebook.com atas sebab-sebab keselamatan dan kerana melanggar polisi facebook.com.
Anehnya tiada apa-apa yang pelik dimuatkan di dalamnya kecuali tazkirah dan nasihat yang berguna dan mungkin ada sedikit info berkenaan kehidupan poligami yang boleh jadi telah menguris hati pihak tertentu...Wallahu a'lam tidak baik berburuk sangka tetapi itulah yang terjadi kepada akaun facebook saya.
Pengajaran dari kejadian ini ialah mengajar kita supaya bersyukur kepada Allah dan hanya bergantung kepadaNya kerana kita sentiasa perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Apapun saya bersyukur kerana selama diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menggunakan facebook saya telah berusaha melakukan apa yang termampu untuk menitipkan bekal amal dan nasihat buat diri sendiri dan rakan-rakan. Agaknya sampai di sini sahaja rezeki saya bersama facebook dan semoga Allah menerimanya sebagai bekalan amal dan menetapkan saya di atas jalan yang diredhaiNya.
Wassalam.
p/s :
Dijemput saudara/ri yang pernah menjadi rakan saya di Fb Emran Ahmad, untuk mengikuti saya di twitter seperti link berikut : http://twitter.com/#!/emran_ahmad
Apabila ada satu pintu yang tertutup maka pasti akan ada pintu baru yang terbuka...barakallahufikum..!
7 comments:
assalamualaikum ustaz...
tak apa kalo takde akaun laman sosial mcm tu pun. platform blog ini masih ada. byk lg yg boleh disampaikan utk kebaikan semua...
Mungkin kene hack dan org tu wat tahapahapa guna akaun ustaz.
Wa'alaikumussalam,
Terima kasih atas komen...
Dijemput saudara/ri yang pernah menjadi rakan saya di Fb Emran Ahmad, untuk mengikuti saya di twitter seperti link berikut : http://twitter.com/#!/emran_ahmad
Apabila ada satu pintu yang tertutup maka pasti akan ada pintu baru yang terbuka...
barakallahufikum..!
Patutlah terasa sunyi sahaja. Huhu. Ada kemungkinan juga disebabkan sesetengah pihak yang menekan butang "Report" pada profail ustaz, kerana setahu saya pihak Facebook atau penyedia perkhidmatan internet ini tidak akan bertindak sedemikian melainkan adanya aduan.
Mungkin saya pun kena semak betul2 senarai rakan facebook saya..
Apapun alhamdulillah, saya sentiasa follow Pandangan Seorang Ustaz melalui fungsi RSS. Harap ustaz dapat update dengan kerap, biarpun pendek-pendek seperti status-status ustaz di FB dahulu!
Saya menggesa ustaz untuk cuba mengaktifkan semula akaun Facebook menggunakan link ini:
https://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=disabled
Ada banyak sebab kenapa akaun boleh disabled, kemungkinan adanya aplikasi facebook tertentu, kemungkinan adanya cubaan hack seperti yang diberitahu HR diatas, kemungkinan ianya hanyalah kesilapan di pihak mereka dsb.
Satu kerugian yang besar buat saya dan kami-kami yang menjadikan facebook sebagai wadah saling memotivasikan antara kita, kerana Facebook ustaz emran antara penyumbangnya yang besar.
Hope to see you soon, there. Huhu. Syukran, wassalam.
Assalamu'alaikum Ustaz,
Buat e-mail dan akaun FB baru la ustaz, saya takder twitter, huhu...
wa'alaikumussalam,
Terima kasih atas sokongan semua...
InsyaAllah saya akan usahakan apa yang termampu...buat masa ini twitter akan menjadi alternatif buat saya...
Jazakumullahukhairan kasiro..
Post a Comment