Kedudukan ibubapa dan suami di dalam Islam adalah amat tinggi dan dimuliakan kerana mereka bertanggungjawab sebagai pemimpin dan pemegang amanah terhadap ahli keluarga mereka. Islam bukanlah sebuah agama ikutan buta buat penghuni gua yang mengikuti ajaran nenek moyang tetapi islam ialah sebuah agama yang merupakan cahaya dan pertunjuk daripada Allah SWT untuk menunjuki manusia akan jalan yang selamat dengan berpandukan kepada kitab suci al-Quran dan sunnah pembawa ajaran Islam iaitu rasulullah salallahualaihiwassalam.
Firman Allah SWT : “Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.” (Al-baqarah : 151)
Setiap perintah dan kewajipan di dalam Islam adalah untuk membawa manfaat kepada manusia, serta mengandungi hikmah dan pengajaran yang boleh difahami oleh golongan yang berfikir dan mahu mengambil pengajaran. Imam Al-Izz Abdul Salam mengatakan bahawa "Syariat itu semuanya membawa maslahah, samada menolak keburukkan atau mendatangkan kebaikan.”
Misalnya Allah SWt befirman : “Khidhr berkata: "Inilah perpisahan antara aku dengan kamu(Nabi Musa) kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.” (Al-Kahfi : 78)
Ada di antara rahsia syarak ini yang diberitahu kepada hamba-hamba-Nya dan ada pula yang disimpan tanpa diketahui namun sesungguhnya Islam ini yang pasti bukanlah sebuah agama ikutan buta yang menyuruh sesuatu tanpa sebuah penjelasan dan penerangan. Maka orang yang berfikir dan mencari ilmu agama serta diperkenan oleh Allah SWT akan dapat memahami akan kehendak-kehendak agama ini.
“Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).” (Al-baqarah : 269)
Oleh yang demikian, ketaatan kepada suami mahupun ibubapa tidaklah berlaku secara sengaja dan kebetulan tanpa apa-apa sebab sebaliknya ia berlaku sebagai perintah Allah SWT supaya setiap anak mentaati ibubapa dan setiap isteri agar mentaati suami masing-masing kerana dengan bersebab dan berhikmah yang membawa tujuan tertentu yang dikehendaki oleh syarak.
Anak dan isteri sebagai Amanah dan tanggungjawab
Allah SWt befirman yang bermaksud : “Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Al-Anfaal : 28)
Anak-anak bukanlah milik ibubapa secara mutlak dan bukanlah merupakan harta milikan yang boleh dipergunakan sesuka hati dan dipersia-siakan. Mereka ialah amanah daripada Allah SWT yang terhasil melalui hubungan suami isteri dan dilahirkan ke dunia dengan izin Allah SWT.
“Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh,tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkan-Nya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.” (Al-A’raaf : 189-190)
Anak merupakan rezeki daripada Allah SWT kepada pasangan ibubapa yang menjadi pengubat hati dan pengikat cinta serta kasih sayang di antara kedua-duanya. Anak-anak membawa kegembiraan, hiburan dan menjadi penghiasan serta pemberi semangat jua motivasi kepada sebuah keluarga.
Walaubagaimanapun anak-anak itu sebenarnya merupakan amanah daripada Allah SWT yang perlu difahami oleh ibubapa agar menunaikan hak-hak Allah SWT kepada anak-anak tersebut.

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki,” (As-syura : 49)
Anak-anak ialah amanah yang dibela dengan tanggungjawab
Mendidik anak-anak dengan Islam adalah kewajipan setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan rasul. Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”(Hadis riwayat Muslim no. 4803)
Kegagalan ibubapa mendidik dan membesarkan anak-anak dengan didikan Islam seperti mengajar anak-anak mengenal Allah SWT, mencintai rasul, mengetahui hukum hakam seperti halal dan haram merupakan kegagalan dan pencabulan ibubapa terhadap hak Allah SWT dan boleh membawa kepada kemurkaan-Nya.
Anak-anak juga perlu diberikan kasih sayang, nafkah seperti makan dan pakai yang mencukupi kerana hal tersebut merupakan kewajipan dan tanggungjawab ibubapa yang terbeban ke atas bahu-bahu mereka.
Kegagalan berbuat demikian juga menyebabkan ibubapa dicela dalam Islam serta berdosa kerana menzalimi anak-anak mereka dan tidak memberikan hak-hak yang sepatutnya.
Ibubapa juga diperintahkan di dalam Islam untuk menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.
Dimaksudkan teladan yang baik ialah menjadi “role model” yang bertaqwa dan baik untuk diikuti oleh anak-anak sebagai panduan dan pendorong kepada mereka didalam menjadi hamba Allah SWT yang berguna dan bermanfaat kepada Islam.
Kita boleh mengambil contoh pesanan Luqman al-hakim kepada anaknya di dalam Al-Quran yang berpesan dan mendidik anaknya supaya menjadi manusia yang bertaqwa.
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi pelajaran kepadanya: "Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." (Luqman : 13)
Setelah itu apabila anak-anak sudah membesar dan menjadi dewasa, maka menjadi kewajipan dan amanah kepada ibubapa untuk memberikan pertolongan kepada anak-anak mereka dengan tidak menyusahkan anak-anak mereka serta meringankan beban mereka di dalam menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah SWT.
Manakala untuk anak perempuan, ibubapa berperanan memelihara haknya dan menjaga kebajikan anak mereka tersebut sehingga dia berkahwin. Anak perempuan mempunyai hak untuk memilih calon suaminya, mempunyai hak untuk menikahi lelaki yang disukai olehnya selama lelaki tersebut baik akhlak dan agamanya serta tiada memiliki kekurangan dan kecacatan yang dipersetujui oleh syarak.
Itu adalah haknya.
Allah SWT befirman yang bermaksud : “Dan mereka minta fatwa kepadamu tentang para wanita. Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepadamu tentang mereka, dan apa yang dibacakan kepadamu dalam Al Quran.” (An-Nisa : 127)
Telah diriwayatkan 'Aishah bahawa Baginda rasulullah bersabda: "Sesiapa yang menjaga anak-anak perempuan itu dan menjaga mereka dengan baik, mereka maka akan jadi pelindung untuk dia dari Neraka." (hadis Riwayat al-Bukhaari no. 5649 dan Muslim no. 2629)
Ibubapa berperanan sebagai pelindung anak gadis mereka dan berperanan sebagai pembela dan pelaksana kepada hak-hak anak gadisnya dan bukannya menjadi pencabul dan perampas kepada hak anak gadis mereka sekalipun lelaki pilihan anak gadis mereka tidak disukai oleh mereka.
Ini kerana hak anak gadis itu dipelihara oleh Islam dan ibubapa sewajarnya menjadi pembela dan bukannya perompak yang meragut hak anak-anak gadis dan pencabul yang meragut hak-haknya atas sebab-sebab dan alasan yang tidak syarak.
Tidak berkenan, perasaan ibubapa tidak dapat menerima, ibubapa mempunyai calon pilihan yang lain dan sebagainya bukanlah alasan syarak untuk menafikan hak anak gadis mereka memilih calonnya sendiri yang disukai olehnya.
Itu adalah antara amanah ibubapa dan tanggungjawab mereka kepada Allah SWT sewaktu mereka menerima berita gembira dan makluman daripada doktor akan kehadiran cahaya mata di dalam kandungan si ibu.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. “ (Al-Anfaal :27)
Menunaikan amanah Allah SWT dengan sebaik-baiknya menurut syarak ialah kewajipan ibubapa.
Kebajikan si anak ditentukan oleh syarak bukannya dengan akal, pengalaman, asam garam sang ibubapa. Alasan menghalang perkahwinan anak-anak atas sebab kebajikan anak-anak adalah tertolak apabila alas an-alasan dan hujah-hujah yang diberikan bukan berpandukan kepada syarak sebaliknya semata-mata kerana kepentingan dunia dan kehendak peribadi ibubapa.
Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda dalam sebuah hadis : "Takutilah Allah dan layanlah anak-anak kamu dengan adil." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kebajikan anak-anak ditentukan oleh Allah SWT melalui Al-Quran dan As-sunnah.
Tiada ketaatan terhadap Ibubapa yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab di dalam hal-hal yang bercanggah dengan kepentingan agama
Apabila berlaku percanggahan kehendak ibubapa dengan kebajikan anak-anak yang melibatkan kepentingan agama seperti dalam hal pendidikan, sara hidup, jodoh dan perkahwinan serta seumpamanya maka kehendak ibubapa boleh diabaikan apabila ianya bercanggah dengan suruhan Islam.
Misalnya ibubapa tidak mahu anak-anaknya belajar agama, maka kehendaknya untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang merugikan agama anak-anak boleh dibantah dan ditolak. Begitu juga di dalam hal yang melibatkan jodoh dan perkahwinan apabila ibubapa menghalang anak-anak berkahwin tanpa alasan yang dipersetujui oleh syarak, menolak calon pilihan si anak tanpa sebab syarak dan sebagainya maka kehendak ibubapa yang menyalahi kepentingan agama boleh diabaikan.
Ada juga ibubapa yang menyusahkan anak-anak seperti menyuruh supaya berhenti kerja,campur tangan di dalam hal kehidupan anak-anak yang tidak membawa kepada kepentingan agama dan maslahat agama si anak maka campur tangan seperti ini tiada kewajipan bagi si anak untuk mentaatinya.
Bahkan Syeikh Muhammad Soleh Al-Utsaimin menyatakan dalam fatwanya pada Kitab Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram menyebutkan bahawa adalah berdosa dan haram hukumnya kepada ibubapa yang enggan menikahkan anak gadisnya kerana mahu mendapatkan manfaat daripada hasil gaji anak-anaknya itu.
Ibubapa ditaati hanya dalam hal yang membawa manfaat kepada agama disebabkan Allah SWT menyuruh kita mentaati ibubapa dengan tujuan untuk mendapat keredhaan-Nya bukan sebaliknya menjauhkan kita daripada Allah SWT.
“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-AKu-lah kembalimu, lalu Aku kakan mengkhabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Ankabut : 8)
Ketaatan kepada ibubapa yang boleh menjauhkan si anak daripada agama Allah SWT ialah haram dan berdosa dan hal ini termasuklah seperti mentaati ibubapa dengan mengahwini lelaki yang tidak beragama, memasuki sekolah atau pusat pengajian yang merugikan agama, bekerja dan memasuki bidang yang penuh kemungkaran dan sebagainya hanya atas sebab perintah ibubapa dan demi mengembirakan hati mereka.
Tiada pahala dalam mengembirakan hati ibubapa jika perbuatan tersebut menjauhkan si anak daripada agama dan menjauhkan si anak daripada mengenal dan mendekat diri kepada Allah SWT.
Ketaatan anak-anak kepada ibubapa ialah disebabkan Amanah dan tanggungjawab mereka
Ibubapa diberikan kedudukan istimewa seperti dilayan dengan baik dan diperintahkan oleh agama supaya anak-anak mentaati mereka hanyalah disebabkan kerana amanah dan tanggungjawab yang dipikul ke atas bahu-bahu mereka.
Oleh yang demikian apabila ibubapa tidak melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sebaliknya menjadi musuh kepada kepentingan agama dan mencabuli hak-hak serta tanggungjawab mereka kepada si anak disebabkan oleh kerana terpengaruh dengan suasana semasa, adat budaya, pemikiran jahiliyyah maka mereka telah menyebabkan ketaatan anak-anak tercabut secara syarak pada diri mereka.
Budaya “Biar mati anak, jangan mati adat” bukanlah daripada Islam
Masyarakat Melayu seringkali mendodoikan kepada anak-anak akan kisah-kisah yang banyak bercanggah dengan perintah syarak dan kehendak agama seperti kisah si tanggang, batu belah batu bertangkup yang menyarankan kepada si anak-anak suapaya mempertuhankan ibubapa. Semua ini adalah salah dan merupakan saki baki ajaran Hindu yang bertapak lama di dalam masyarakat Melayu.
Islam tidak membawa ajaran penyembahan seorang makhluk kepada makhluk tetapi meluruskan penyembahan manusia hanya kepada Allah SWT. Disebabkan itulah maka di dalam peperangan Badar menyaksikan keimanan para sahabat teruji apabila ada di kalangan sahabat yang terpaksa membunuh bapa mereka sendiri kerana mempertahankan agama di medan perang.
Ini adalah bukti keimanan kepada Allah SWT melebihi kasih dan sayang mereka kepada semua makhluk dan ini juga menjadi sunnah rasulullah salallahualaihiawassalam kepada ibubapa iaitu mengajar dan membesarkan anak-anak sebagai amanah Allah SWT dan bertanggungjawab bukannya menjadikan anak-anak sebagai hamba atau sebagai harta pelaburan yang diharapkan balasan dunia.
Seorang ibu dan seorang bapa yang beriman tidak membesarkan anak-anaknya untuk mengharapkan supaya si anak kemudian apabila dewasa membalas jasa dengan memberikan kepadanya kesenangan duniawi sebaliknya ibubapa yang beriman membesarkan anak-anaknya semata-mata kerana ianya amanah Allah SWT dan sebagai tanggungjawab agama yang diharapkan pahala dan kebajikan di hari akhirat.
Sifat mereka ini disebut di dalam Al-Quran pada firman-Nya : “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan : 9)
Itulah ibubapa yang beriman.
Manakala ibubapa yang kufur atau diperdaya oleh dunia dan isinya maka mereka sangat keras sekali terhadap anak-anak apabila melibatkan kepentingan dan kesenangan mereka terjejas oleh tindakan si anak. Pada mereka anak-anak itu adalah milikan mutlak mereka yang merupakan kebebasan untuk berbuat sesuka hati tanpa menyedari sebenarnya anak-anak itu hanyalah ujian daripada Allah SWT dan amanah yang akan dipersoalkan.
“Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir." (At-Taubah : 55)
Salah faham berkait ketaatan dan berlaku ehsan kepada ibubapa
Allah SWT befirman yang bermaksud : “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa.” (An-Nisa : 36)
Bersikap baik, melayani ibubapa dengan penuh kasih sayang dan tidak melukakan hati mereka bukanlah bermaksud menuruti kehendak mereka sehingga merugikan agama dan kepentingan Islam. Islam menyuruh umatnya supaya bercakap dengan lemah lembut dan sopan terhadap ibubapa, tidak menjadi anak yang derhaka dan tidak mengabaikan tanggungjawab anak kepada ibubapa.
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah.” (Al-Ahqaaf : 15)
Semua itu berjalan serentak dan dalam masa yang sama kepentingan agama tidak dikecualikan serta tidak diabaikan semata-mata untuk mengembirakan hati ibubapa.
Allah SWT befirman yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (At-Taubah : 23-24)
Anak-anak hidup di atas mukabumi ini sebagai hamba Allah SWT dan mempunyai tanggungjawab dan tujuan yang lebih besar daripada sekadar membalas jasa ibubapa atau sekadar mengembirakan mereka.
Tugasan-tugasan sebagai hamba Allah SWT adalah tersangat banyak dan setiap kepentingan agama itu adalah tidak boleh diabaikan dengan kepentingan yang lain sebaliknya ditunaikan secara serentak mengikut keperluan dan keadaan.
“Kami tidaklah membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.” (Al-Mukminun : 62)
Sekiranya para sahabat rasulullah hidup hanya untuk sekadar mengembirakan hati ibubapa dan mengembirakan orang tua mereka yang sudah lanjut usia maka nescaya islam tidak akan sampai kepada kita dan agama Allah yang sedang kita anuti ini telah lama lenyap dan hilang dimamah kesesatan, penyelewengan dan kezaliman serta kekufuran dan syirik sepanjang zaman.
Berbuat baik kepada ibubapa semampu yang dapat ialah kewajipan dan merupakan amanah Allah SWT kepada anak-anak namun itu bukanlah lesen untuk hidup dengan tidak beragama, jahil, jauh daripada tuhan dan tidak melaksanakan kewajipan agama yang lain.
Apabila kehendak suami bercanggah dengan kehendak ibubapa
Para ulama Islam semasa seperti Syeikh Muhammad Salleh Al-Munajjid di dalam fatwanya mengatakan bahawa apabila ada konflik di antara suami dan ibubapa maka kehendak suami hendaklah diutamakan.
Ini disebabkan oleh kerana pemegang amanah dan orang yang bertanggungjawab kepada sang isteri ketika itu ialah suami dan bukannya ibubapanya.
“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-baqarah : 228)
Kata kunci di sini ialah “pemegang amanah dan bertanggungjawab.”
Isteri wajib mentaati suaminya dan berusaha memujuk suami supaya dapat menerima atau berdamai dengan kedua ibubapanya dan bukanlah bersikap menyebelahi kedua-dua ibubapa kerana di waktu itu pemimpin isteri dan pemegang amanah yang bertanggungjawab ke atas dirinya ialah sang suami.
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita).” (An-Nisa : 34)
Dr Ahmad As-Sharbasi, pensyarah Universiti Al-Azhar juga turut mengatakan bahawa apabila seorang isteri itu menjadi kewajipan suaminya maka ketaatan si isteri kepada suami adalah lebih utama berbanding kedua ibubapanya.
Sikap campur tangan pihak ibubapa atau mertua ini kerap kali menjadi punca perceraian suami isteri dalam masyarakat dan hal tersebut sangatlah disesali kerana umat Islam gagal mengambil sunnah rasulullah dan Islam sebagai ikutan sebaliknya asyik mengikuti perasaan dan nafsu yang berlawanan dengan agama Allah SWT.
Seorang wanita yang memahami agama Islam akan menyedari bahawa perkahwinan ialah suatu institusi yang tersangat mulia dan keluarga yang dibina bersama suami haruslah dipertahankan daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Menyedari hal tersebut maka si isteri akan sanggup berdiri di sebelah suaminya sekalipun menerima ancaman dan tekanan daripada pihak ibubapa yang meminta dengan bermacam-macam permintaan dan desakan.
Seperti ibu yang teguh disebelah bapanya di dalam menghadapi hidup sehingga boleh melahirkan dan membesarkan anak maka seperti itulah seorang isteri harus dapat menyedari bahawa dia perlu tetap teguh dan damai bersama suaminya. Dia juga perlu berharap bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi seperti ibunya dan melihat anaknya membesar.
Maka sekiranya dia tidak mahu apa yang terjadi kepada dirinya sekarang berlaku kepada anak-anaknya di kemudian hari maka teguhlah disamping suami dan bersabarlah kerana perpisahan dan perceraian di antara suami dan isteri selain memberi kegembiraan kepada syaitan dan ibubapanya langsung tiada membawa manfaat kepada agama dan masa depan hidupnya.
Namun itulah realiti masyarakat kita di hari ini apabila ibubapa banyak menjadi peyumbang kepada kerosakan anak mereka dan tidak kurang yang membantu menghancurkan rumahtangga dan masa depan, agama serta kehidupan anak-anak mereka.
Seorang anak tidak boleh memilih ibubapanya maka dia harus bersabar dengan kerenah mereka tetapi dia boleh memilih bakal ibu dan ayah kepada anak-anaknya oleh itu dia perlu gigih dan berjuang mempertahankan atau mendapatkannya.
Ubahlah generasi masa depan dengan tindakan kita di hari ini dan sesungguhnya tiadalah daya upaya dan pertolongan melainkan pertolongan Allah SWT.
Wallahu’alam.

6 comments:
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, semoga yang bertanya dapat berpuas hati dengan artikel yang ditulis.
Wallahu'alam.
salam.. saya amik dan sertakan link di blog saya ye.. sangat bagus untuk dikongsi artikel ini..
Silakan.
Bagus, mahu dikongsi bersama zaujah
Salam~ kemusykilan saya harap dapat dibantu...saya ada anak perempuan yang ingin dikahwini oleh seorang lelaki. Kefahaman tentang agamanya sederhana. Sewaktu dia melamar, saya dand suami hampir hendak menunaikan haji ke Mekah. Kami meminta tangguh untuk memberi jawapan kepada lamarannya sehingga kami pulang dari Mekah. Anak perempuan kami juga kami nasihati untuk minta petunujk dan istikharah. Manakala kami sendiri bersolat hajat di Masjidil Haram meminta petunjuk ilahi. Sewaktu disana kami merasa tiada kecondongan terhadap pemuda itu. Apabila balik dari Mekah, kami sekeluarga berbincang tentang lamaran pemuda tersebut. Anak perempuan kai juga menyatakan selepas istikharah dia tiada kecondongan pada pemuda tersebut. Atas dasar itu kami telah menolak lamarannya. Selang beberapa lama, dia kembali menjalin hubungan dengan anak perempuan saya dan sekali ini anak perempuan saya telah memberi respon yang berlainan terhadapnya dan menyatakan ingin berkahwin dengan pemuda tersebut. Namun naluri kami sebagai ibubapa tidak bersetuju berdasarkan keputusan awal yang telah dibuat. Apa penyelaian terbaik untuk masalah kami ini. Mohon pandangan. Terima kasih.
Assalamualaikum. Minta izin utk share ye ustaz.
Post a Comment