Monday, February 15, 2010

Romantiknya Rasulullah dan Isterinya

Daripada Aisyah Ummul Mukminin yang berkata :

كنت أرجل رأس رسول الله وأنا حائض

"Aku pernah menyikat rambut Rasulullah dalam keadaan aku sedang haid."

(Hadis sahih riwayat Bukhari di dalam Kitab Pakaian dan Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Haid, no. 297 dan juga diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah)

Rasulullah sebagai seorang suami, membiarkan rambutnya disikat oleh si isteri, bagaimanakah dengan tingkah laku suami-suami Islam hari ini ?

Aisyah sebagai seorang isteri, sedia menyikat rambut si suaminya dengan penuh romantik, wujudkah lagi isteri-isteri yang solehah yang membelai dan menyikati rambut suami masing-masing ?

Nampak mudah, tetapi praktiknya sangatlah payah.

Indah sungguh rumahtangga mereka.

Selamat mencuba...!

4 comments:

AviCenNna said...

Salam ustaz..
alangkah harmoninya keluarga Rasulullah S.A.W.
sesibuk mana pun Baginda, masa bersama isteri dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..

::Umiliya6677:: said...

assalamualaikum..ustaz sy umiliya..nak copy paste ..info2 dan maklumat untuk di jadikan bahan rujukan ke dalam blog saye smg ustaz izinkan yer salam..semoga Allah memberi ganjaran pahala sebesar2 nyer kerana sudi...memberi ilmu agama yg berguna kpd kami amin

Ustaz Emran said...

Wa'alaikumusalam,

ya akhi Akhmal,

Benar komen saudara...baginda tetap merupakan teladan kepada semua manusia walau di dlm rumah dan bersama keluarga....tdk seperti kita yg hebat di luar tapi lemah dn gagal menjadi contoh dlm keluarga..

semoga Allah merahmati kita dan menjaadikan kita termask golongan yg bersama dgn baginda...ameen.

Ya ukhti Umiliya...

Dipersilakan copy dan ambil apa yang perlu.

Wassalam

Anonymous said...

salam ustaz..
orang sekarang berbeza sgt, jika kemesraan melampau tu ditunjuk2 sebelum nikah, tapi selepas nikah, penderitaan,penderaan, perceraian.pada mulanye tak mengikut sunnah, itulah akhirnye kan