Pada saya umat Islam sekali lagi dihimpit oleh barat di dalam negara mereka sendiri apabila usaha –usaha untuk menegakkan Islam tidak diberikan ruang bicara dan peluang melainkan apa yang telah ditetapkan dan diperuntukkan. Sebelum anda menuduh saya sebagai pengganas atau cenderung kepada idealogi militan ini dan sebagainya marilah berusaha memahami analogi yang saya kemukakan di bawah terlebih dahulu.
Ibarat sebuah surat khabar nasional yang menjadi bacaan rasmi negara, ruangan agama telah di khususkan untuk muka surat ke 10 di bahagian bawah, di dalam kolum kecil bertajuk soal-jawab agama atau tazkirah. Di bahagian atas muka surat tersebut pula ialah kolum berkenaan soal jawab sakit tuan/puan dan di tepinya pula ialah kisah-kisah sosial masyarakat. Muka surat sebelumnya (muka surat ke 9) ialah berita saham dan ekonomi manakala muka surat selepasnya (muka surat 11) ialah berita sukan.
Melihat suasana ini, sebahagian manusia berusaha menyertai syarikat penerbitan surat khabar nasional ini dengan harapan bahawa suatu hari nanti apabila mereka menguasai pentadbiran surat khabar nasional ini maka mereka akan dapat mengubah suai isi kandungannya dengan memastikan surat khabar nasional tersebut lebih mengutamakan berita berkait Islam melebihi berita yang lain.
Mereka mahu surat khabar nasional tersebut menjadi surat khabat Islam.
Sebahagian yang lain, berpendapat surat khabar tersebut sudah tidak mampu lagi diubah lantaran penguasaan editor dan pentabdiran surat khabar yang dimonopoli oleh satu golongan yang menolak Islam dan hanya mahu Islam dan ajarannya termuat dan di amalkan menurut apa yang sudah diperuntukkan dan ditetapkan oleh mereka.
Maka golongan yang merasa sedemikian berazam mahu menubuhkan SURAT KHABAR yang baru yang berjenama Islam dan menyiarkan berita-berita yang hanya berkait Islam sahaja.
Usaha mereka ini pastinya mencetuskan konflik kerana wujud persaingan, bahaya dan kerugian kepada SURAT KHABAR NASIONAL yang merupakan suara rasmi negara.
Kewujudan surat khabar kedua menggugat penguasaan dan mampu membongkar berita-berita yang tidak diinginkan oleh pihak yang selama ini mahu beberapa perkara dibiarkan sulit dan ditutup agar tidak diketahui oleh rakyat.
Maka usaha golongan yang ingin menerbitkan surat khabar baru ini akan dipandang serong dan tidak diberi ruang langsung oleh pihak surat khabar nasional yang rasmi.
Tamat analogi.
Demikianlah isu yang berlaku kepada saudara Nordin Mat top dan rakan-rakannya.
Saya sangat kasihan kepada mereka apabila membaca surat khabar yang dipenuhi putar belit dan pembohongan fakta media yang dimonopoli oleh badan-badan tertentu.
Saya lebih-lebih lagi terharu apabila ulasan-ulasan terhadap gerakan mereka ini di Indonesia keluar daripada mulut-mulut bukan Islam seperti Sidney Jones daripada Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan lain-lain individu yang melihat Islam ini hanya perlu di dalam masjid.
Ada orang berkata kepada saya bahawa matlamat tidak menghalalkan cara, Islam tidak mengkafirkan perlaku maksiat dan pembunuhan adalah haram di dalam Islam maka saya dengan ini jelas menyatakan kembali kepada mereka bahawa hal tersebut dipersetujui oleh saya dan rasanya perkara tersebut dipersetujui oleh semua umat Islam yang bermanhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah termasuk oleh Nordin dan rakan-rakannya sekiranya mereka ahlul sunnah.
Aduh, kalau begitu kenapakah Nordin meletupkan hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta yang membunuh ramai manusia yang tidak berdosa ?
Jawapan saya kepada anda ialah benarkah Nordin yang membunuh mereka ? Benarkah letupan bom tersebut diledakkan oleh gerakan ini dan benarkah lagi segala macam berita yang kita terima ?
Allah memberitahu kita : “ Dan janganlah mengejar sesuatu yang kamu tidak mempunyai Ilmu ; pastinya pendengaran dan penglihatan dan hati , kesemuanya ,akan disoal berkenaanya ." (Surah Al-Isra’:36)
Anda perlu mengetahui bahawa di dalam Islam kita diperintahkan supaya menyiasat sesuatu berita sebelum menerimanya apatah lagi menghukum seseorang yang diyakini Muslim dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang berat.
Allah berkata : “Wahai orang yang beriman! Jika datang orang fasiq membawa khabar berita , pastikan ia terlebih dahulu ,jika tidak kamu secara tidak sengaja mengasari orang lain dan setelah itu menjadi penyesalan kepada apa yang kamu telah lakukan.” ( Surah Hujurat: 6)
Ayat ini diturunkan berkaitan dengan al-Walîd b. `Uqbah apabila dia dihantar untuk memugut Zakat dari al-Hârith b. Dirâr al-Khazâ`î dan puaknya. Tetapi , dia berasa gusar tentang apa yang telah berlaku diantara mereka semasa sebelum kedatangan Islam, jadi beliau pulang kepada Rasulullah SAW . dan memberitahu bahawa mereka tidak mahu membayar Zakat .
Fakta ini telah di riwayatkan oleh al-Tabarânî, Ahmad b. Hanbal, bn Abî Hâtim, Ibn Mardawayh dan beberapa lain yang diterima riwayat mereka. Ulama Tafsir telah menerima bahawa ayat ini diturunkan atas perkara tersebut .
Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada kita akan bercakap tanpa pengetahuan di mana beliau bersabda: “ Menipu keatasku tidak sama seperti menipu atas orang lain . Sesiapa yang menipu keatasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di neraka”.
Kita baca Sahîh al-Bukhârî, berkenaan berita Khâlid b. al-Walîd yang dihantar untuk menghadapi kedegilan Puak Banû Jadhîmah . Mereka kemudianya menyerah diri dan juga mengumumkan penerimaan terhadap Islam dengan menyebut “ Kami telah menjadi Sābi'ūn” , Khalid tidak mengetahui apakah yang mereka maksudkan dan menganggap mereka mengumumkan meneruskan permusuhan. Maka beliau ,tidak berhenti untuk memerangi mereka.
Apabila Rasulullah SAW mendengar berita tersebut , lantas dia menyebut : “ Ya Allah! Aku berlepas diri dari apa yang dilakukan oleh Khalid”
Al-Khattâbî menerangkan beberapa pengajaran dari kejadian tersebut:
Rasulullah SAW menempelak sikap Khâlid b. al-Walîd yang terburu-buru dan kegagalanya untuk mengenal pasti apa pendirian sebenar Puak Banû Jadhîmah . Khâlid b. al-Walîd bertanggungjawab untuk megenal pasti maksud perkataan “Kami telah menjadi Sābi'ūn”. Kenyataan ini amat tidak jelas.
Ia adalah tugasnya untuk megenal pasti apa yang mereka(Puak Banû Jadhîmah) cuba katakan. Setiap orang mempunyai bahasa yang berlainan , amalan yang berlainan dan tradisi yang berlainan.
Rasulullah SAW bersabda : “ Berfikir(berhati-hati) adalah dari Allah dan terburu-buru adalah dari Syaitan” (Sunan al-Tirmidhi)
Apabila `Â’ishah RA telah di fitnah dan dituduh secara palsu berzina, ia telah menjadi pelajaran yang berharga kepada Muslim tentang peri-pentingnya untuk mengenalpasti khabar angin dan berusaha untuk mengenalpasti kebenaran.
Allah berfirman berkenaan skandal tersebut “ Kenapa tidak lelaki beriman dan wanita beriman , apabila kamu mendengar mengenainya , berfikir tentang kaum mereka dan berkata : Ini adalah terbukti satu penipuan? Kenapa mereka tidak membawa 4 orang saksi ? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi , mereka sesungguhnya adalah penipu pada penglihatan Allah” [Sûrah al-Nûr: 12-13]
Dalam kekecohan skandal tersebut juga , Umm Dardâ’ bertanya suaminya Abû Dardâ : “Apakah kamu mendengar apa yang telah diperkatakan tentang `Â’ishah?”
Suaminya membalas : “Ya , aku telah mendengarnya . Dan ia adalah satu penipuan” Abû Dardâ berhenti seketika dan kemudian berkata : “Umm Dardâ’ , apakah kamu fikir jika kamu di tempat `Â’ishah’ , adakah kamu akan memperlakukan sedemikian?”
Umm Dardâ’ membalas : “ Sudah pastinya tidak!.”
Abû Dardâ kemudian bertanya lagi : “ Jika aku berada di tempat Safwân , apakah kamu fikir aku akan melakukan sedemikian ?”
Umm Darda menjawab : “ Tidak , semestinya tidak”
Abû Dardâ menyimpulkan : “ Maka ketahuilah Safwân adalah seorang lelaki yang lebih baik dari aku , dan `Â’ishah adalah seorang wanita yang lebih baik dari kamu.”
Ini merupakan kata-kata yang berhikmah dari Abû al-Dardâ’ yang kita semua boleh ambil pengajaran apabila kita mendengar sesuatu perkara buruk diperkatakan tentang orang yang baik.
Kita sepatutnya bercakap hanya tentang perkara yang dibenarkan sahaja, perkara yang tidak akan menyebabkan kita dipertanggungjawabkan pada hari Akhirat dan tidak menyebabkan kita di kutuk dia Dunia ini.
Allah juga befirman di dalam Al-Quran : “Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! tetapi kalau yang satu melanggar Perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar Perjanjian itu kamu perangi sampai mereka kembali pada perintah Allah. kalau Dia telah kembali, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu Berlaku adil; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang Berlaku adil.” (Al-Hujurat : 9).
Disebut di dalam Kitab Al-Ahkam Sulthoniyah bahawa apabila berlaku perberontakan maka hendaklah di seru kedua-duanya kepada kitab Allah swt dan sunnah rasul-Nya maka sekiranya salah satu daripadanya enggan dan berdegil mahu tetap di atas kerosakkan maka mereka boleh diperangi tetapi tidak boleh sama sekali bagi pihak yang berkuasa meminta atau menerima pertolongan orang yang kafir dalam memerangi pihak yang melampaui batas tadi.
Lihat Al-Ahkam Sulthoniyah oleh Qadhi Abi Ya’la ms. 66.
Malangnya pihak kerajaan Indonesia jelas mengabaikan soal prinsip keagamaan dan langsung tidak melakukan usaha ISLAH dan DISKUSI dengan pihak yang dilabel pengganas oleh barat.
Hal ini kita lihat di dalam laporan media massa sendiri :
"Noordin terbunuh selepas ditembak dan terkena letupan daripada pasukan memerangi pengganas Indonesia yang dilatih oleh Amerika Syarikat (AS)."
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm
Malangnya pada hari ini, di bawah sistem pemerintahan dan politik yang jauh dari pertunjuk Islam pihak pemerintah telah melakukan banyak kesalahan di antaranya meminta bantuan dan kepakaran kuffar serta sebahagian yang lain sampai ke tahap meminta bantuan ketenteraan kuffar bagi memerangi sesama umat Islam khasnya apa yang berlaku di negara-negara Arab.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ بَلِ اللَّهُ مَوْلاكُمْ وَهُوَ خَيْرُ النَّاصِرِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindungmu, dan Dia-lah Sebaik-baik penolong.” (Ali-Imran 49-50).
Sebahagian ulama Islam serta dari riwayat Imam Ahmad ra seperti yang disebutkan di dalam kitab Al-Ahkam Sulthoniyah sendiri menyebutkan bahawa di larang mengunakan Manjanik (sejenis senjata dahulu semacam meriam) terhadap umat Islam yang memberontak atau disebut bughah (pada hari ini mereka dinamakan pengganas). Maka apatah lagi pula menggunakan senjata yang lebih berat dan bahaya daripada hal yang tersebut ?
Maruah mereka, harta mereka dan juga rumah-rumah mereka tidak boleh diruntuhkan dan dianaiyai hak-hak mereka seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan pemerintah terhadap para orang Islam yang dilabelkan sebagai pengganas.
2 comments:
ya ustaz...berkaitan dgn tajuk yg ustaz huraikan itu sya juga ingin mnyatakan sedikit penyesalan ke atas pemikiran umat islam sendiri berkaitan dgn salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. yg menyarankan kita utk membela janggut...sya ada pergi ke mesir(egypt) dalam satu rombongan dan dalam rombongan tu saya n sorg lagi melayu n sorg india ada jambang(janggut), yg saya terkilannya pabila pemeriksaan kat emigration kami bertiga ditahan sekejap utk pemeriksaan lanjut sbb kami bjanggut n dikaitkan dgn militan..tp nasib baik la xda apa2..cuba ustaz fikirlah di negara yg kita kenali sbagai negara islam pun melabelkan janggut sbagai militan...nampaknya strategi kaum kafir begitu kemas shingga ramai umat islam yg tpengaruh...sya pun bukan sorg yg bhati bersih tapi sya sedih pabila sunnah Rasul kita dipermainkan macam tu..sekian
ana pun memang dah lama berpandangan macam ustaz.
orang la percaya je tak check dulu.
Post a Comment