Sunday, June 07, 2009

Fatwa Ulama Sunnah Tentang Pemikiran Murjiah


Fatwa No. 21517 Tarikh 14/6/1421 Hijrah : Peringatan tentang Kitab (Tahzir daripada Fitnah Takfir) dan (Soihatu Nazir) tulisan Syeikh Ali bin Hasan Al-Halaby.

Makluman bahawa kedua kitab tulisan beliau ini adalah menyeru kepada fahaman Irja’ dan menyatakan bahawa amal itu tidak termasuk syarat sah Iman dan menisbahkan fahaman tersebut kepada ahlul sunnah wal jamaah. Kedua kitab ini juga telah ditulis secara menyelewengkan maksud dan perkataan Syeikh Islam Imam Ibnu Taimiyyah, Hafidz Imam Ibnu Katsir dan selainnya…~

Ketua Lajnah Penyelidikan Ilmiah dan fatwa : Syeikh Dr Abd Aziz bin Abdullah bin Muhammad Ali Syeikh
Ahli Lajnah : Syeikh Dr Abdullah bin Abd Rahman Al-Ghadyan
Ahli Lajnah : Syeikh Dr Bakar Abu Zaid
Ahli Lajnah : Syeikh Soleh Bin Fauzan Al-Fauzan

Saya selalu melihat ramai ikhwah mengambil rujukan laman web salafy Indonesia dan kebetulan mendapati terdapat beberapa orang nama syeikh yang pernah saya baca tentang peribadi mereka serta pemahaman mereka sejak berada di Mekah beberapa tahun yang lalu lagi.

nak baca panjang boleh buka link ni : http://www.islamww.com/vb//showthread.php?t=5052. dan pelbagai lagi link

Nak cari susah boleh taip keyword ayat ini di google untuk memudahkan :
فتوى رقم (21517) وتاريخ 14/6/1421هـ في التحذير من كتابي:
(( التحذير من فتنة التكفير)) و ((صيحة نذير))

Demikian juga kitab tulisan Syeikh Adnan Bin Abd Qadir yang bertajuk حقيقة الإيمان بين غلو الخوارج وتفريط المرجئة turut ditolak oleh ahli lajnah fatwa pada fatwa bernombor 21435 disebabkan wujud pengaruh murjiah dan kebathilan mazhab pegangan penulis yang mengeluarkan amal sebagai syarat sah iman dan menaqalkan dengan secara tidak benar daripada ulama salaf.

فتوى رقم (21435) وتاريخ 8/4/1421هـ
في التحذير من كتاب ((حقيقة الإيمان بين غلو الخوارج وتفريط المرجئة))


bahkan saya turut menjumpai Syeikh Murad Syukri, disebutkan turut berkefahaman Murjiah

فتوى رقم (20212) وتاريخ 7/2/1419هـ
في التحذير من كتاب ((إحكام التقرير في أحكام التكفير))
لمراد شكري

Juga Syeikh Ahmad bin Soleh Al-zahrani turut disebut sebagai berkefahaman Murjiah

فقد اطلعت اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء على الكتاب الموسوم بـ : ((ضبط الضوابط في الإيمان ونواقضه)) تأليف المدعو/ أحمد بن صالح الزهراني ، فوجدته كتاباً يدعو إلى مذهب الإرجاء المذموم

Tujuan saya memaparkan isu ialah sekadar untuk berkongsi maklumat, terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat penilaian sendiri.

Saya masih ingat lagi pesanan Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji, bekas Ketua jabatan Aqidah Uni. Ummul Qura kepada saya secara peribadi bahawa kebanyakkan pendakwah salafy yang ada di merata-rata tempat ialah penyeru mazhab murjiah yang diupah dan malang sekali apabila para pelajar yang belajar dengan mereka kemudiannya mengambil fahaman salah ini lalu pulang ke tanah air dan menganggap ianya fahaman salafy.~

Apa itu Murjiah ? buatlah kajian anda moga anda dapat menemui kebenarannya.

Mana pun laman sekarang menceritakan tentang perpaduan umat Islam, dakwah kepada harmoni dan menceritakan tentang kemuliaan agama Islam, kebenaran Islam dan semua orang mula tertarik untuk mendekati Islam cara baru iaitu Islam harmoni.

Sedang kuffar mempersiapkan kekuatan mereka, memperkemaskan usaha mereka dan merperkukuhkan perancangan bagi menghadapi umat Islam, kita umat Islam masih lagi bersikap lemah dan berfaham dengan aqidah yang menyalahi ahlul sunnah.

Wallahualam

1 comment:

eja ramli said...

askm ust...
saya nak minta pandangan ust, harap ust dpt memberi penjelasan...
suami saya x solat 5 waktu & puasa di bulan ramadhan x pernah cukup (byk yg x puasa dr puasa).
Bila saya mnegur saya dimarahinya, utk elak bergaduh saya mengambil kputusan x menegurnya ttg agama lg, wlau pun sedih dgn kejahilannya...
stlh 7 thn kawin kami dikurniakan seorg ank lelaki,
kali ini sya lg sedih, mcm mana saya nak didik ank saya? bapanya x pernah solat & di bln ramadhan mkn depan ank tampa rasa bersalah...
sya takut ust! sya x nak ank saya x de agama dlm diri. sya pernah terfikir utk minta cerai, bagaimana caranya jika saya mahu berpisah tanpa pergaduhan, sbb kami ada ank?