Thursday, May 21, 2009

Kitab yang perlu Anda Baca

Alhamdulillah, akhirnya kitab yang saya tunggu daripada tanah arab tiba juga walaupun terpaksa menghabiskan banyak duit.


(Anak saya gigih membantu saya dengan mengeluarkan kitab daripada kotak untuk diconteng :)


(Kitab Qawaid Fil Bayan Hakikatul Iman merupakan kitab yang paling bagus menulis persoalan iman di masa kini)




( Kitab ini menjawab tentang persoalan mengapa mesti manhaj salaf)



(kitab ini tentang jihad dan pemerintahan menurut ahlul sunnah wal jamaah)



(Kitab ini berbicara persoalan kesan-kesan tafsir al-quran yang menyeleweng)


( Ini kitab bagus berkisar tentang Sekuler dan fahamannya secara ilmiah dan detail )



(Ini kitab lagi bagus berkisar tentang tauhid Al-Uluhiyah di dalam bab Al-Wala Wal Bara' dan persoalan Al-Irja di dalam pemikiran umat Islam...apa itu irja ? kena baca kitab ni baru anda faham betapa serabutnya anda dan golongan sebelah kiri dan kanan anda....)

4 comments:

mahirdanial said...

salam ziarah ustaz :)

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz..

Salam perkenalan, saya Hidayat dari Terengganu ingin mendapat kepastian mengenai manhaj salaf.

Semasa di universiti, saya ada ramai kawan. Semuanya fikrah yang pelbagai, ada yg PAS, ada tabligh, ada tarekat, ada ABIM, ada JIM, ada ISMA. Saya senang berkawan dgn semua org tidak kira fikrah apa termasuklah org UMNO. Tp mereka sering menarik saya utk berdaftar dibawah persatuan masing2 terutamanya kawan2 saya dari kalangan ahli PAS dan tabligh. Saya takut jika berdaftar secara rasmi dibawah mana2 persatuan dakwah, akan terbit rasa tidak suka persatuan lain atau kawan dr persatuan lain akan iri hati/sakit hati kerana tidak masuk dalam kumpulannya. Jadi, saya tolak semua pelawaan dan bertekad utk terus berada diluar ikatan persatuan dan bebas, saya selesa begini. Bagaimana pandangan ustaz? Betulkan tindakan saya ni?

Semasa di tahun akhir, saya berjumpa dengan beberapa ahli PAS (yg telah dipulau ahli2 lain kerana dituduh futur dan lari dari perjuangan PAS) menyatakan bahawa mereka kini hanya berada di dalam Jemaah Islam, bebas dlm Islam (tidak terikat dgn mana2 persatuan tp hanya terikat dgn Islam sahaja) sepertinya telah menarik perhatian saya. Kerana mereka sering mengutarakan hujah2 yang meyakinkan mengenai ibadat dan perkara asas yg lain yg sudah dilupakan ramai org. Ana mendapat tau mereka sering membaca buku aqidah salaf dan sebagainya.

Jadi di sini saya ingin mendapat pandangan ustaz mengenai manhaj salaf ini, siapakah pemimpinnya dan kalau ada maklumat tambahan, amatlah saya hargai.

Terima kasih.

Ustaz Emran said...

saudara yg dihormati, manhaj salaf ini ialah Islam yang asli yang belum ada penyelewengan.

Ianya daripada Allah dan rasul-nya ialah Muhammad rasulullah..

seruan kembali ke manhaj salaf bermaksud seruan mengajak kembali kepada Islam yang asli yang diamalkan oleh rasul dan sahabat.

seruan ini di popularkan kembali setelah org ramai mula meninggalkan Islam yg asli dengan mengadakan Islam yg ditokok tambah dengan bid'ah dan islam yg dicemari oleh pelbagai pemikian baru.

Islam hadhari salah satu kesesatan yg menjadi contoh kenapa perlu dibawa seruan kembali kepada manhaj salaf.

perpustakaan digital said...

salam ziarah,
kini perpustakaan hanya dihujung jari..
kami sediakan untuk anda..
anda mampu memilikinya..

Untuk makluman, e-kitab ini boleh di muat turun secara percuma di laman2 web dari Timur Tengah, kami cuba kumpulkan dan memudahkan penuntut dan pengkaji ilmu didalam mencari sumber rujukan tanpa perlu bersusah payah mengggunakan masa yang lama untuk memuat turun file kitab2 ini dari internet.. Di harapkan usaha kami ini dapat dimanfaatkan dan dihargai..

Berikut diantara keistimewaan e-kitab ini :-

1. Mengandungi 1,600 judul e-kitab dengan lebih 10,000 buah jilid buku. (dianggarkan bersamaan 3 kontena kitab)
2. Merangkumi pelbagai bidang.. (Kini segalanya di hujung jari anda)
3. Diakui sebagai sumber rujukan dan penulisan ilmiah.
4. E-kitab ini adalah daripada kitab yang sebenar.
5. Paparan imej didalam komputer yang jelas, dilengkapi pencarian tajuk di sebelah paparan imej.
6. Sistem pencarian kitab yang mudah.. hanya mengunakan butang “search” di dalam komputer anda.
7. Dengan hanya satu set Perpustakaan Digital ini,anda telah menjimatkan beribu-ribu ringgit untuk membeli kitab.
8. Tidak memerlukan ruang untuk menyimpan kitab yang banyak.
9. Kini anda memiliki sebuah perpustakaan peribadi impian.

macam2 manfaat yang akan anda ketahui dan rasai apabila anda memilikinya.. anda mampu memilikinya..