Berapa kali nak kena beritahu bahawa kita harus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah menurut kefahaman salafus soleh (generasi sahabat dan umat terawal) di dalam mencari pertunjuk dan hidayah kepada Allah swt.
Sejak isu "Kepimpinan Ulama" ditimbulkan maka saya menyedari bahawa umat Islam Malaysia masih terkeliru dengan maksud ulama dan umara.
Pertamanya kita perlu faham apakah ulama mesti memimpin dan mentadbir negara ?
Mari kita kaji hal itu berdasarkan kitab dan sunnah bersama-sama.
Sekiranya kita melihat di dalam kitab-kitab feqah yang menulis persoalan ini maka kita akan mendapati para ulama telah menetapkan beberapa syarat untuk menjadi pemimpin bagi umat Islam.
Syarat-syarat seorang Imam (Khalifah)
1) Muslim
"Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir terhadap orang-orang yang beriman." (An-Nisa : 141)
Menurut Imam Ibnu Katsir yang dimaksudkan ialah Allah tidak mengizinkan orang kafir untuk menguasai orang yang beriman. (Tafsir Ibnu Katsir Jilid 3, ms 388)
2) Baligh
"Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik." (An-Nisa : 5)
Belum sempurna akalnya maka kanak-kanak dan mereka yang belum baligh termasuk dalam ayat ini seperti yang disebut di dalam Ahkam Al-Quran oleh Ibnu Al-Arabi Jilid 1, ms 318.
3) Beraqal
Disebut oleh ulama' bahawa gugur status "kepimpinan" atau hak seorang imam apabila dia didapati tidak berakal dan menjadi gila. Adapun bijaksana menjadi syarat yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin tetapi tidaklah diwajibkan.
Sabda rasulullah yang bermaksud : "Terangkat pena itu daripada tiga golongan iaitu orang yang gila sehinggalah dia menjadi waras..." (hadis riwayat Ahmad)
Pena yang terangkat bermaksud kewajipan syarak terangkat daripadanya dan kepimpinan ialah kewajipan syarak yang tersangat besar.
4) Merdeka
Para ulama' menekankan syarat kemerdekaan supaya hendaklah seorang pemimpin Islam itu membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh sesuatu apa-pun dan seorang hamba itu tertakluk kepada tuannya dan tidak bebas. Ini yang disebutkan oleh Al-Ghazali di dalam Fadhoih Al-Bathoniyah hal. 180.
Imam Syaukani berkata di dalam Kitab Adhoul Bayan bahawa tiada khilaf di kalangan ulama berkenaan hal ini.
5) Lelaki

Perlantikan imam dan khalifah haruslah seorang lelaki dan hal ini seperti yang disebutkan oleh Imam Syaukani tidak patut wujud perselisihan seperti di dalam Kitab Adhoul Bayan.
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)." (An-Nisa : 34)
Ianya ditegaskan lagi berdasarkan hadis Abi Bakrah ra bahawa nabi pernah bersabda yang bermaksud : " Tidak akan berjaya suatu kaum yang diperintah oleh perempuan." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari )
6) Berilmu
Disebut di dalam kitab feqah pemerintahan bahawa kewajipan bagi seorang pemimpin Islam itu haruslah berilmu. Ini disebabkan tanpa ilmu dan kejahilan yang menguasai akan membawa umat Islam kepada kehancuran dan hal itu ditegah maka memiliki ilmu ialah satu kewajipan untuk memastikan umat Islam dipandu ke arah kebaikan.
"Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. " (Az-Zumar : 9)
Menjadi perbahasan ulama apakah seorang imam atau khalifah itu diwajibkan mampu berijtihad atau merupakan alim di dalam ilmu agama.
Pendapat yang pertama :
Menurut pendapat jumhur seseorang imam haruslah memiliki kemampuan berijtihad seperti yang disebutkan oleh Imam Syatibi ra : "Sesungguhnya ulama menaqalkan secara sepakat bahawa kepimpinan yang utama tidaklah diangkat melainkan kepada orang yang mencapai tahap kemampuan berijtihad dan berfatwa di dalam ulum syarak." (Al-I'tisom : ms 126 Jilid 2)
Demikian juga yang disebutkan oleh Imam Al-Juwaini (Imam Haramain) di dalam kitabnya Ghiyasul Umam hal. 66.
Pendapat ini dipegang oleh majoriti ulama seperti Imam Syafie, Al-Mawardi, Qadhi Abu Ya'la, Al-Qurtubi dan sebagainya.
Mereka juga berkata syarat Imam itu harus menguasai pengetahuan terhadap kitab dan sunnah seperti hadis riwayat Muslim yang bermaksud : "Hendaklah yang mengimamkan kaum itu seseorang yang paling bagus bacaannya terhadap kitab Allah dan sekiranya bacaan mereka sama maka hendaklah yang paling mengetahui sunnah.." (hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Al-Imam Ibnu Khaldun di dalam kitabnya Muqadimah hal. 193 menyebutkan bahawa taqlid itu merupakan tanda kekurangan dan seorang imam harus punyai kesempurnaan pada sifat dan keadaan.
Pendapat yang kedua :
Imam Syahrastani menyatakan tidak salah sekiranya Imam bukan mujtahid atau ulama' dengan syarat hendaklah seseorang yang bertaraf mujtahid atau ulama' berada di sampingnya untuk membantunya di dalam urusan agama. (Al-Milal Wal Nihal ms 160 Jilid 1)
Demikian juga sebahagian pendapat ulama mazhab Abu Hanifah dan pendapat Imam Ghazali yang mengatakan tidaklah harus menjadi mujtahid tetapi sebaliknya sudah mencukupi jika seorang imam itu mendatangi ahli ilmu.
Kesimpulan
Adalah menjadi keperluan bagi kita melihat di antara realiti dan keperluan semasa dan hendaklah difahami bahawa kepimpinan itu perlulah diserahkan kepada mereka yang memiliki kemampuan untuk membawa umat kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
Menurut pengarang Kitab Al-Imam Al-Uzma Indal Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah mencukupi jika seorang pemimpin atau ima itu mengetahui tentang kitab dan sunnah dengan kefahaman yang baik walau sekalipun tidak mencapai tahap ijtihad tetapi hendaklah dia memiliki penasihat dan ulama yang mampu menyelesaikan permasalahan umat dan juga memiliki kekuatan di dalam kepimpinan untuk membawa kemanfaatan terhadap umat Islam dan berkemampuan menunaikan hak-hak kepimpinan.
Seseorang yang mampu menunaikan tanggungjawab agama dan umat.
Dimaksudkan dengan a'dalah ialah ketaqwaan dan ketaatan terhadap syarak di dalam menunaikan perintah Allah swt dan menjauhi segala dosa serta maksiat.
Di dalam Fasal 5, perlembagaan ada menyebut :
" Tujuan PAS ialah :- Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah." - PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA
Tidak patut wujud soal siapa yang lebih layak memimpin apakah profesional atau ulama' sebaliknya yang sepatutnya diperhatikan oleh setiap mereka yang bertaqwa di dalam PAS ialah siapakah yang lebih berhak memimpin PAS dan lebih layak.
Komen saya :
7) Al-A'dalah
Dimaksudkan dengan a'dalah ialah ketaqwaan dan ketaatan terhadap syarak di dalam menunaikan perintah Allah swt dan menjauhi segala dosa serta maksiat.
Maka para ulama Islam menegaskan bahawa seorang yang ahli maksiat atau fasiq tidak boleh diangkat sebagai pemimpin dan ini jelas disebutkan oleh Qadhi Iyad : " Tidak diangkat seorang yang fasiq sejak dari mula." dan demikian juga pendapat Imam Ibnu Hajar serta Al-Qurtubi yang menyebut : "Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak diangkat seorang khalifah daripada orang yang fasiq." (Jami Lil Ahkam Al-Quran )
Kepimpinan PAS Antara Ulama dan Profesional
Di dalam Fasal 5, perlembagaan ada menyebut :
" Tujuan PAS ialah :- Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah." - PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA
Tidak patut wujud soal siapa yang lebih layak memimpin apakah profesional atau ulama' sebaliknya yang sepatutnya diperhatikan oleh setiap mereka yang bertaqwa di dalam PAS ialah siapakah yang lebih berhak memimpin PAS dan lebih layak.
a) Siapakah yang paling layak dan berkemampuan untuk membawa PAS menuju matlamat dan membawa manfaat terhadap Islam dan ummah ?
b) Siapakah yang paling kurang mudharatnya terhadap Islam dan ummah ?
c) Siapakah yang diperlukan oleh situasi sekarang dan diyakini mampu memperjuangkan dan menguntungkan Islam dan umatnya ?
Komen saya :
Saban hari, PAS semakin menjadi terlalu rosak oleh pengaruh sekitarnya disebabkan kelemahan sistem tarbiyah yang gagal berfungsi dengan baik untuk menapis apa yang kotor dan mengisi kebaikan. Pemilihan dan muktamar pastinya berdasarkan kepada calon yang dikenali.
Bagaimana calon itu dikenali ? mestilah berdasarkan populariti, tidakkah kita nampak di sini ada kecelaruan ? sejak bila seseorang pemimpin itu dipilih kerana populariti ?
Tapi itulah realiti disebabkan perwakilan dan pemilih tiada pilihan melainkan memilih calon-calon yang mereka kenali dari media massa, ceramah dan sebagainya lalu itulah yang dipilih.
Maka orang yang rajin menonjolkan diri dan mendapat perhatian dan popular maka dialah yang berpeluang dipilih, persoalannya apakah dia yang paling layak ?
Mungkin terdapat seribu orang lagi yang lebih layak tetapi tidak dipilih lantaran tidak dikenali dan diangkat kenapa ?
Kegagalan sistem tarbiyah itulah, kalau usrah berjalan dan berlangsung, program rumah-ke rumah dan dakwah fardhiyah serta jamaie berjalan lancar.
InsyaAllah wangian syurga ini pasti akan menarik insan-insan soleh dan bertaqwa menyertainya.
InsyaAllah wangian syurga ini pasti akan menarik insan-insan soleh dan bertaqwa menyertainya.
Kemudian pastinya orang yang bertaqwa ini akan diketahui wujud, apalagi, calonkan mereka, angkat dan naikkan mereka kepada kedudukan yang wajar dan mungkin apabila setiap kawasan memilih wakil mereka yang soleh ini sebagai perwakilan untuk memilih pula di kalangan mereka yang soleh itu sebagai pemimpin kita boleh jadi ketika waktu itu akan melihat tidak ramai yang menjadi pemimpin hari ini berada di tempatnya.
Pilihlah siapa yang anda suka, asalkan bukan Syiah, bukan pro-Syiah, bukan pro taqrib (pro usaha mendekatkan sunni-syiah) , bukan ahli ahbasyh, bukan pendokong kepercayaan Allah di mana-mana dan bukan ahli syirik dan bukan ahli maksiat dan fasiq.
Wallahualam

Pilihlah siapa yang anda suka...kerana anda yang akan dipertanggungjawabkan ke atasnya !
1 comment:
assalamu alaikum.Ustaz, sila terangkan kaedah tarbiyyah yang mengikut al-Quran dan Sunnah. sila lawati blog saya: anakgeriksoleh.blogspot.com
Post a Comment