Saturday, January 06, 2007

Sebuah Pertanyaan ?


Pada suatu masa dahulu saya sempat mengikuti kuliah oleh Syeikh Dr Musfir Al-Ghamidi di Ma’had Rabitah Alam Islami Mekah sewaktu beliau mensyarahkan kitab Jami Ulum Wal Hikam oleh Ibn Rejab Al-Hanbali.

Di dalam mensyarahkan persoalan jihad, beliau menolak kewajipan berjihad di Iraq dan Afghanistan serta di Palestin sebaliknya mengatakan jihad itu mesti dengan izin pemerintah (waliul Amr) dan sekalipun tanahair Islam diserang misalnya seperti Iraq maka umat Islam tidak wajib pergi ke sana tanpa izin pemerintah masing-masing dan tanahair Islam yang diserang wajib mempertahankan diri masing-masing sehingga mereka tidak mampu lagi mempertahankan diri mereka barulah jatuh hukum jihad kepada wilayah dan umat Islam lain yang berhampiran.

Ini bermakna, umat Islam Iraq wajib mempertahankan diri mereka sendiri tanpa bantuan umat Islam luar yang tidak mendapat keizinan pemerintah mereka yang sekuler dan yang tidak mahu menegakkan Islam di dalam pemerintahan masing-masing. Para pemuda Islam tidak wajib pergi ke Iraq dan lain-lain tempat bahkan berdosa pergi ke sana disebabkan perbuatan mereka di anggap bughah (pemberontak dan pengganas) kepada kerajaan.

Kemudian apabila saya berusaha mempersoalkan kenyataan fatwa ini maka beliau segera memotong dan menjawab sesungguhnya Allah swt tidak akan mempersoalkan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang kita tidak mampu.

Allah tidak akan mempersoalkan kamu mengapa kamu tidak pergi berjihad ke Iraq dan membela nasib umat-umat Islam di Iraq dan Palestin serta Afghanistan ? Sebaliknya setiap seseorang itu dipersoalkan sekadar kewajipannya seperti solat, puasa, zakat dan haji serta lain-lain amalan kebajikan yang mampu dilakukannya.

Allah tidak akan mempersoalkan kamu apakah usaha kamu apabila Masjidil Al-Aqsa dicemari oleh yahudi dan hampir di bakar oleh mereka. Juga Allah tidak akan mempersoalkan kalian mengenai apakah usaha kalian apabila askar kuffar Amerika membunuh anak-anak kecil Iraq dan memperkosa gadis-gadis Islam dan membunuh para pemuda Islam serta menakluki wilayah Islam kemudian mengantikannya dengan kerajaan Syiah.

Allah tidak akan mempersoalkan kalian di akhirat dengan soalan demikian ?

Pendapat di atas merupakan fatwa yang dipegang oleh sebahagian besar umat Islam yang merasaan pemergian keluar ke tempat-tempat peperangan di antara umat Islam dan kuffar ialah bukan jihad sebaliknya ialah keganasan dan kedosaan.

Mereka mengatakan sekiranya pengganas (mengikut pandangan mereka) seperti Osama Bin Laden dan gerakannya Al-Qaeda tidak wujud maka situasi umat Islam kini adalah lebih baik.

Malangnya jika kita mengatakan demikian maka siapakah yang berperang di Iraq sekarang bagi mewakili umat Islam sekiranya bukan anggota mujahidin yang dianggap pengganas oleh Amerika ?

Sejak tewasnya askar Iraq pimpinan Saddam Hussain maka perjuangan menentang Amerika di Iraq diketuai oleh kumpulan Al-Qaeda Iraq yang pernah dipimpin oleh Syeikh Abu Mus’ab Al-Zarqawi ra dan sehingga kini mereka masih menentang Amerika yang disokong oleh Syiah di Iraq.

Apakah Iraq akan lebih baik tanpa golongan mujahidin (yang disebut sebagai Al-Qaeda) dan askar Amerika menguasai Iraq tanpa tentangan dan tumpah darah kemudian menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Syiah pimpnan Nuri Al-Maliki dan Moqtada As-sadr yang memiliki Askar Al-Mahdi-nya ?

Lalu hiduplah umat Islam Iraq dengan syiah memimpin mereka dan demokrasi dikalungkan ke leher mereka dan menjadilah askar-askar kuffar Amerika sebagai hero umat Islam sedunia kerana menyelamatkan rakyat Iraq dari kesengsaraan kezaliman kerajaan Saddam Hussain.

Apakah ini lebih baik daripada situasi sekarang ?

Disebabkan kumpulan ulama Islam seperti Syeikh Dr Safar Al-Hawali pada hari ini dan seangkatan ulama sebelumnya seperti Syeikh Dr Abdullah Al-Azzam ra yang menyeru umat Islam menegakkan jihad dan memelihara aqidah Islam maka bangkitlah para pemuda arab dari seluruh dunia untuk menyahut seruan jihad dan terjadilah pertentangan terhadap kuffar di mana-mana ceruk dunia Islam melawan dan mengangkat senjata menyandang gelaran pengganas yang cuba dilabelkan kepada mereka oleh CIA dan Mossad melalui rangkaian media massa maka jadilah lisan-lisan umat Islam termasuk pembaca berita di Malaysia menyebut para pemuda Islam yang menyahut seruan jihad sebagai pengganas.

Mereka ini berusaha melawan dan memastikan Amerika tidak mudah memenangi mana-mana wilayah Islam melainkan terpaksa melalui pengorbanan dan kasualiti yang besar serta memberi tentangan yang cukup hebat terhadap kuffar sehingga begitu mengerunkan mereka dari mana-mana kerajaan Islam di dunia sekarang ini.

Tidak ada sebuah negara Islam pun di dunia hari ini yang layak di takuti oleh Amerika Syarikat dan sekutunya Britain kerana mereka memiliki kekuatan menguasai kesemua negara di dunia hari ini melalui pengaruh mereka dan setiap negara lain terpaksa tunduk kepada desakan mereka sebaliknya kumpulan pengganas antarabangsa yang disebut mujahidin Al-Qaeda ini pula yang ditakuti setiap waktu oleh kumpulan kuffar ini.

Mengapa ?

Sekiranya anda bersolat Jumaat dan mendoakan kumpulan mujahidin di dalam doa-doa masing-masing di seluruh dunia maka kumpulan mujahidin yang manakah yang di maksudkan oleh anda ?

Sila nyatakan siapakah yang anda maksudkan mujahidin di waktu ini ?

Wahai umat Islam sekalian !

Ternyata di dalam kefahaman anda terhadap agama terdapat banyak kecelaruan dan kesilapan sekalipun anda mungkin seorang ustaz, guru agama, pengkaji sanad-sanad hadith dan juga seorang kadhi atau mufti.

Tetapi apakah fikrah (kefahaman) murji’ah dan kesesatan masing menyalut pemikiran anda ?

Menjawab persoalan yang maha penting berkenaan aqidah anda apakah anda seorang ahlul sunnah yang hakiki dan mempunyai kefahaman yang sahih maka perlulah anda mengetahui perkara terbabit :

1) Apakah Makna Ahlul Sunnah Wal Jamaah ?
2) Dasar Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah
3) Al-Wala Wal Bara’
4) Maksud Murji’ah
5) Apakah Jihad sudah terhenti d zaman ini ? Jihad tidak lagi fardhu (wajib) disebabkan yahudi (Zionis) telah menguasai dunia melalui PBB (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan menetapkan seluruh negara mengikuti peraturan sedunia dan hidup aman damai jangan kacau Yahudi nak buat kerja jahat di Palestin dan seluruh dunia dan kalau nak kacau juga mesti melalui uslub aman damai melalui mesyuarat supaya bagi masa yahudi nak bunuh habis-habisan umat Islam sementara negara-negara Islam sibuk bermesyuarat dan nak susun ayat untuk dibuat resolusi dan kemudian bila mesyuarat hampir tamat yahudi pun berhenti berehat dari kerja jahatnya dan kemudian menerima resolusi dan bantahan dari umat Islam dengan bercuti 2-3 hari dari kerja jahatnya ?
6) Apakah jihad itu mesti dengan izin pemerintah ?
7) Jihad itu apakah dengan membasmi kemiskinan ? atau Jihad itu bermaksud dengan senjata dan nyawa ?
8) Apakah syarat-syarat keIslaman ?
9) Apakah perkara yang boleh menjatuhkan kekufuran dan bilakah orang-orang ini boleh dibunuh ?
10) Apakah boleh menjatuhkan hukuman bunuh kepada mereka yang berwala kepada kuffar ? serta kepada mereka yang membunuh ahlul sunnah dan berhasrat menegakkan pemerintahan syiah yang sesat dan penuh kebahtilan ?
11) Apakah maksud ubudiyah ?
12) Apakah menghadiri exam dan peperiksaan di universiti itu satu kewajipan supaya mendapat sijil dan bolehkah hal itu menjadi pengecualian kepada para pemuda Islam untuk menjadi alasan mereka tidak perlu pergi berjihad di medan peperangan ?
13) Apakah kerana kerajaan melarang umat Islam dari terlibat dengan aktiviti keganasan itu menjadi alasan dan hujah untuk mengatakan umat Islam di negara tersebut tidak perlu meninggalkan universiti, bidang pekerjaannya untuk pergi mengangkat senjata melawan musuh-musuh Allah ?
14) Apakah askar Amerika yang menakluk wilayah umat Islam itu bukan musuh Allah dan bukan musuh agi umat Islam ?
15) Apakah kedudukan undang-undang dunia PBB mengenai keamanan itu yang direka berdasarkan protokol zionis itu perlu dipatuhi melebihi kitab Al-Qur’an dan sunnah rasulullah ?
16) Apakah jihad itu hanya mempertahankan diri bukan menyerang musuh ?
17) Apakah kita mesti hidup aman damai sampai mati dan tidak boleh menyerang negara-negara bukan Islam untuk memastikan Islam yang menguasai dunia dan menguasai pemerintahan dunia bukan yahudi dan bukan Amerika ?
18) Apakah kita tidak akan ditanya mengenai apa yang berlaku dan menimpa umat Islam di seluruh dunia hanya disebabkan kita bukan seorang pemerintah dan bukan pula mempunyai kekuatan ? Adakah disebabkan kita seorang penebar roti canai maka kita terselamat dari soal jawab mengenai umat Islam di Iraq dan lain-lain tempat di hadapan Allah swt ?

Permasalahan Yang Tidak Dapat Di Jawab

Pelbagai persoalan tidak mungkin dapat dijawab dalam sekelip mata dan mustahil seorang ulama boleh maksum dari sebarang kesalahan demikian memerlukan kepada umat Islam mengkaji dan memiliki sifat kebaikan dalam dirinya iaitu “menginginkan islah” (menginginkan kebaikan) kepada diri dengan mengkaji dan memikirkan perihal kehidupan ini akan arah tuju dan matlamat hidup masing-masing.

Allah swt telah berfirman :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (Adz-zariyat : 56)

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah iaitu tuhan sekalian alam.”
(Al-An’am : 162).

Benarlah sabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan kepadanya maka diberikan kepadanya akan kefahaman dalam agama.” (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Relakah anda mati dalam sistem kuffar ? terjajah minda anda oleh penjajahan pemikiran dari usaha zionis (yahudi) yang memonopoli seluruh hidup anda dengan kedustaan. Yakinkah anda televisyen yang selama ini menyiarkan siaran akhbar dan berita semuanya itu benar atau hanyalah rekaan dan bukan kisah benar ?

Bilakah anda akan berjihad (membunuh dan dibunuh) di jalan Allah swt ?


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-baqarah : 218).


وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيداً عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلاكُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan Jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tua-mu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, Maka Dialah Sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong.” (Al-Hajj : 78).


Berkata Syeikh Abi Zakaria Ahmad ibn Ibrahim (ابن النّحّاس ) di dalam kitab-Nya
مشارع الاشواق إلى مصارع العشاق bahawa jihad itu kerap di salah ertikan oleh musuh-musuh Islam kepada umat Islam dengan gambaran yang salah dan kerap di salah fahami oleh ahli ilmu sendiri apabila menganggap ianya tidak harus dengan peperangan sedangkan yang dimaksudkan dengan jihad itu ialah bertemu musuh dan membunuh mereka dengan segala kemampuan.

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلاةَ
وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, Maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian. jika mereka bertaubat dan mendirikan sholat dan menunaikan zakat, Maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(At-Taubah : 5).

Maksud jihad itu ialah mencapai kemenangan dan menegakkan kalimah Allah swt serta menghapuskan bathil dan tidak tercapai hal itu melainkan melalui pertumpahan darah dan pembunuhan.

Sabda baginda rasulullah : “ Berjihadlah menentang musyrikin dengan harta kamu, diri kamu dan juga melalui lisan-lisan kamu..” (Hadith sahih riwayat Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

Cumanya jihad itu dilaksanakan dengan bertahap iaitu menyeru musuh kepada dakwah Islam melalui lisan dan dakwah kepada kitab dan sunnah dan kemudian menghapuskan mereka yang menolak seruan tersebut sebagai menyucikan dunia daripada kesyirikan dan kebathilan.

Inilah yang disebutkan di dalam sebuah hadith riwayat Muslim yang baginda rasulullah pernah memerintahkan sahabat ra supaya menyeru musuh kepada dakwah Islam sebanyak tiga kali dan kemudiannya memerangi mereka setelah engkar terhadap seruan tersebut (hadith riwayat Muslim no 1357 Jilid 3).

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
“ Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, ialah para ulama, Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
(Faathir : 28).

Malangnya disebabkan para ulama yang penakut dan demi ingin tidak mahu umat melihat mereka sebagai penakut di hadapan musuh-musuh Allah lalu mengubah ayat-ayat Allah kepada tafsiran pelbagai yang menyesat dari kitab dan sunnah serta jalan pemahaman salaf soleh lalu menisbahkan kefahaman mereka sebagai kefahaman salafi.

Apakah jihad mesti dengan izin pemerintah ?

Permasalahan ini perlu dijawab oleh ahli ilmu dengan perbincangan yang mendalam dan dipenuhi suasana kesedaran dan keikhlasan dalam mencari kebenaran bukan dalam kewujudan niat untuk pepentingan politik dan juga jauh dari kepentingan duniawi serta kewujudan takut kepada pihak manusia yang lemah disisi Allah di hari akhirat kelak.

Jihad itu ialah disebabkan kekufuran dan inilah yang dipegang oleh Imam Syafie ra dan berlakunya jihad itu bertahap kepada umat Islam dan daripada jihad Makki berpindah kepada jihad Hijri sehingga sampai kepada zaman jihad al-Madani.

Pada Jihad Madani ini memiliki tiga marhalah iaitu :

a) Jihad dengan hujah dan bayan (dakwah)
b) Jihad peperangan tetapi dengan izin bukan wajib
c) Jihad peperangan yang wajib kepada umat Islam

Mengenai apakah jihad wajib dengan keizinan imam di setiap wilayah maka jawapannya ialah tidak disebabkan pada situasi hari ini kedudukan pemerintah ialah ditaati hanya dalam hal keduniaan dan ketaatan kepada mereka hanyalah dalam perkara yang menepati syarak manakala dalam hal yang menyalahi syarak misalnya dengan mengabaikan jihad yang wajib maka ketaatan kepada mereka ialah tidak wajib.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ بَلِ اللَّهُ مَوْلاكُمْ وَهُوَ خَيْرُ النَّاصِرِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindungmu, dan Dia-lah Sebaik-baik penolong.” (Ali-Imran 49-50).

Ketaatan kepada pemerintah yang keluar dari ketaatan dan wala kepada Allah kepada berwalakan dan mentaati pemikiran serta panduan kuffar ialah tidak wajar serta perlu difahami keluarnya kita dari mentaati mereka ialah bukan sebagai pengganas atau pemberontak (bughah) sebaliknya ialah sebagai menuju kepada perintah Allah yang menyeru supaya bersatu bersama kumpulan mujahidin yang tetap di atas sunnah dan pertunjuk Allah swt dalam memerangi kuffar.

وَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلاكُمْ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
“Dan jika mereka berpaling, Maka ketahuilah bahwasanya Allah Pemimpin-kamu. Dia adalah Sebaik-baik pelindung dan Sebaik-baik penolong.” (Al-Anfaal : 40).

Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).

Dari Wail bin Hujr radhiallahu 'anhu, dia berkata :Salamah bin Yazid Al-Ju'ti pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam : "Wahai Rasulullah, kalau kita diperintah oleh sultan yang meminta haknya, tetapi tidak mahu menunaikan hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka Rasulullah salallahu 'alaihi wa sallam berpaling darinya. Kemudian Salamah bertanya lagi dan Rasulullah berpaling lagi. Kemudian Salamah bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, maka ia ditarik oleh Al-Asy'ats bin Qais. Maka Rasulullah salallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Dengar dan taatlah kalian, kerana mereka akan memikul dosa-dosa mereka dan kalian juga akan memikul dosa-dosa kalian (sendiri)." (hadith sahih riwayat Muslim 3/1474).

Pelbagai hadith yang datang membawakan dalil-dalil ketaatan kepada pemimpin semuanya mensyaratkan seorang pemimpin itu mestilah ditaati hanya dalam perkara kebaikan dan yang menepati syarak sebaliknya apabila seseorang pemimpin itu telah mengalihkan wala (ketaatan) dirinya sendiri daripada kitab dan sunnah kepada taghut (kuffar) dan kesesatan yang dibawa oleh percaturan politik kuffar melalui protokol zionis maka terangkatlah tangan-tangan yang wajar diberi wala (ketaatan) kepadanya menuju kepada tangan-tangan yang berjihad di jalan Allah swt melalui jalan yang sahih.

Jihad mempertahankan wilayah umat Islam daripada serangan kuffar ialah fardhu ain ke atas setiap umat Islam dan hal ini telah disepakati oleh ulama dahulu dan sekarang termasuk empat mazhab. Menjadi kewajipan ke atas umat Islam yang wilayah mereka dicerobohi oleh kuffar untuk mempertahankan tanahair Islam sehingga anak tidak perlu meminta izin ibubapanya dan rakyat tidak perlu menantikan izin dari ketuanya.

Sekiranya umat Islam di wilayah tersebut tidak mampu menolak pencerobohan kuffar maka hukum kewajipan ain ini tersebar kepada wilayah Islam yang berhampiran sehingga ke seluruh alam Islam untuk menghalau penceroboh kuffar dari tanahair Islam.

Maka persoalan jihad ini perlu difahami akan maksud dan tuntutannya oleh setiap umat Islam dan Syeikhul Islam ibn Taimiyyah ra menyebutkan bahawa jihad mempertahankan diri dan wilayah Islam ini merupakan jihad yang paling dahsyat dari segala jenis jihad dan sebarang usaha membebaskan tanahair Islam daripada kuffar perlulah dilaksanakan.

Di dalam Hasyiah Ad-Dusuki bahawa disisi Malikiyah menjadi kewajipan kepada umat Islam mempertahankan wilayah Islam yang diceroboh oleh kuffar sehingga kepada perempuan, hamba dan kanak-kanak dan perlulah mereka keluar membela tanahair Islam dari musuh yang menyerang sekalipun dilarang oleh pemimpin dan suami atau pemilik mereka. (lihat dalam Hasyiah Ad-Dusuki 174/2)

Demikian juga di dalam Nihayah Al-Muhtaj oleh Ar-Ramli As-Syafie bahawa di dalam syafiyah sendiri berpendapat sekiranya jarak musuh dan kita amatlah dekat dan mereka menceroboh ke dalam negeri kita maka diwajibkan kepada ahli negeri untuk mempertahankan wilayah Islam sehingga terhadap mereka yang tidak perlu berjihad seperti orang kanak-kanak, hamba sahaya dan wanita.

Kedudukan Iraq yag diceroboh dan sebelum ini Afganistan dan Palestin serta pelbagai lagi tempat di dunia Islam memberikan keadaan wajib mempetahankan Islam bukan hanya kepada wilayah terbabit sahaja sebaliknya juga kepada seluruh tanahair Islam yang lain untuk mengirim pasukan dan tentera serta pemuda untuk turun berjihad bagi menunaikan tuntutan fardhu kifayah ke atas umat Islam di wilayah yang jauh dan dalam situasi sekarang seluruh umat Islam menanggung hukum fardhu ain disebabkan penceroboh kuffar sehingga kini gagal dikeluarkan dari wilayah-wilayah Islam akibat kekuatan mereka.

Siapakah khalifah umat Islam hari ini ?

Kedudukan umat Islam hari ini tanpa khalifah dan pemerintah yang menyatukan seluruh umat Islam di bawah satu payung kerajaan menjadikan pelbagai hujah dan dalil berkaitan ketaatan kepada pemerintah dinilai semula bagi mencapai maksud syarak.

Disebabkan umat Islam telah ditewaskan dalam perang dunia apabila jatuhnya kerajaan Islam Turki Utmaniyah maka khalfah telah dihilangkan daripada umat Islam maka menjadi kewajipan ke atas setiap muslim untuk menegakkan keutuhan syariah yang telah dicemari oleh setiap kuffar tanpa mengira pangkat dan kedudukan dan tanpa memerlukan kepada izin sesiapa.

Pemecahan negara-negara umat Islam kepada pemerintahan yang berbeza-beza oleh kuffar ialah satu sistem yang tidak boleh diterima sebagai sebuah kerajaan yang sah disebabkan mereka tertegak melalui perancangan jahat zionis (yahudi) dan kuffar. Penubuhan negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia ialah juga melalui perancangan barat supaya wilayah-wilayah umat Islam ini tidak bergabung menjadi sebuah negara yang satu lalu dipecahkan mereka melalui sistem penjajahan oleh barat.

Kewujudan pemerintah di negara-negara masing-masing hanyalah sebagai boneka barat dan kuffar bagi mengekalkan keamanan mereka dan memelihara kepentingan mereka di negara tersebut. Maka hukum dan pemerintahan sebegini tidak layak menerima ketaatan daripada umat Islam dan keluarnya umat Islam ke medan-medan jihad ialah tanpa perlu memohon izin daripada mereka.

Pemerintah yang wujud pada masa kini ialah “pemerintahan urfi” iaitu pemerintahan adat dan budaya setempat yang memikul tugas sebagai pemimpin setempat dan berdasarkan adat budaya sesuatu kawasan yang tidak memikul tugasan sebagai pemerintah agama atau wliul amr yang memiliki tugas-tugas syarak seperti memelihara aqidah, memelihara agama dan menegakkan hukum Islam serta memelihara hak-hak umat di dalamnya.

Maka ketaatan kepada mereka ialah dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang keduniaan dan urusan pentadbiran kehidupan bukan persoalan syarak dan agama.

Apakah kita tidak akan ditanya oleh Allah swt mengenai jihad ?

وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئاً وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, Maka Tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.” (Al-Anbiya : 47).

Seorang pembuat roti canai di tanah Melayu ini bolehkah membuat alasan bahawa beliau seorang yang miskin, lemah dan tidak bekemampuan untuk dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku di dunia Islam yang lain ? Apakah seorang kerani yang bekerja di syarikat swasta boleh membuat alasan bahawa beliau tidak terlibat dengan apa yang berlaku di tanahair Islam di Iraq dan pembunuhan ke atas umat Islam di sana ?

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum Kami jika Kami lupa atau Kami tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa yang tak sanggup Kami memikulnya. beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong Kami, Maka tolonglah Kami terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah : 286).

Sekalipun Allah tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh mereka namun bukanlah dimaksudkan dalam ayat ini sebagai pengecualian dan alasan terhadap mereka yang sengaja lari dari kewajipan syarak.

Solat itu merupakan kewajipan yang difardhukan ke atas setiap umat Islam dan ianya mampu ditunaikan kerana itu ianya difardhukan oleh Allah swt maka demikian juga jihad terhadp orang-orang kafir itu merupakan sesuatu yang mampu dilakukan sekiranya tidak pasti tidak akan diperintahkan oleh Allah swt.

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْراً لِأَنْفُسِكُمْ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. dan Barangsiapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, Maka mereka Itulah orang-orang yang beruntung.” (At-Taghabun : 16).

Dan sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu urusan maka hendaklah kamu memenuhinya semampu kamu” (hadith sahih, riwayat bukhari dan Muslim no. 3199).

Apakah Allah swt tidak akan mempersoalkan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang berkait mengenai jihad, kewajipan mengangkat senjata ke atas musuh-musuh Islam yang zalim ke atas umat Islam ? Tidak akan mempersoalkan langsung hamba-hamba-Nya ke atas kekejaman musuh Allah kepada mujahidin dan pejuang agama-Nya ?

Di dalam hadith yang sahih disebutkan bahawa rasulullah bersabda: “Tidaklah bergerak seorang anak adam itu di hari kiamat sehinggalah disoal oleh tuhannya mengenai lima perkara iaitu mengenai umurnya kemanakah akan dihabiskan ? mengenai waktu mudanya ke manakah dipenuhi ? hartanya dari manakah diperolehi dan ke manakah pula dibelanjakan ? dan apakah yang diperbuat dengan ilmu yang dimiliki ?” (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2416).

Apakah jawapan kita terhadap umur yang dihabiskan bukan di jalan Allah ? Apakah dengan mengatakan dihabiskan usia untuk mencari sijil dan ijazah dari universiti lalu mendapatkan pekerjaan dan gaji yang selesa itu satu alasan ? Mendapatkan jawatan yang selesa, pekerjaan yang enak ? memperolehi kenderaan yang mewah, tempat tinggal dan rumah yang selesa serta keduniaan itu boleh menjadi alasan disisi Allah swt dan boleh memuaskan kehendak Allah swt yang maha perkasa dari persoalan terhadap umur manusia ke manakah di habiskan ?

Golongan kuffar mampu membuat perencanaan jahat terhadap Islam lalu melaksanakannya terhadap memerangi Islam di mana-mana sahaja. Mereka mampu mencipta pelbagai alatan yang tidak pernah dimimpikan oleh umat Islam. Demi keduniaan manusia boleh berusaha melakukan sesuatu yang mustahil sedangkan demi agama manusia tidak mampu berbuat apa-apa ?

Demi cinta kepada wanita seseorang boleh mengorbankan apa yang dimiliki, demi cita-cita seseorang boleh berusaha keras dan gigih mencapai apa yang diingini tetapi demi jihad di jalan Allah swt seseorang itu membuat alasan kerana beliau ialah seorang pekerja juruteknik yang tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk keluar di jalan Allah swt.

Sabda rasulullah salallahualaihi wasalam : “Barangsiapa yang mampu menyekat wajahnya dari kepanasan api neraka maka lakukanlah walaupun dengan sebiji buah tamar.” (Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

Baginda juga bersabda : "Jagalah dirimu dari api neraka meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik." (Sahih Bukhari & Muslim).


Rujukan :

1) مشارع الاشواق إلى مصارع العشاق
2) لا طريق غير الجهاد لتحرير المسجد الاقصى
p/s :

Penulis tidak bertanggungjawab di atas isi kandungan tulisan di atas memandangkan apa yang ditulis hanyalah merupakan idea dan terjemahan dari kitab-kitab yang disebutkan di atas serta apa yang tercatat di atas hanyalah sebagai salah satu idea kreatif dalam hak kebebasan menyuarakan pendapat dan idea. Sebarang tindakan terhadap artikel di atas tidak ada kena mengena dengan penulis.

Sebarang usaha dan tuduhan mengaitkan penulis dengan gerakan keganasan adalah tidak wajar dan penulis berlepas diri daripada mana-mana usaha keganasan.

“Peace, No War”

No comments: