عن أمـيـر المؤمنـين أبي حـفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عـليه وسلم يـقـول : إنـما الأعـمـال بالنيات وإنـمـا لكـل امـرئ ما نـوى . فمن كـانت هجرته إلى الله ورسولـه فهجرتـه إلى الله ورسـوله ومن كانت هجرته لـدنيا يصـيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya :
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs (gelaran kuniyah Umar), Umar bin Khattab ra yang berkata : Aku mendengar rasulullah salallahu alaihi wasalam bersabda : “Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat dan setiap manusia itu ialah dengan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya maka hijrahnya itu ialah kepada Allah dan rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk tujuan dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang diniatkannya”.
On the authority of Omar bin Al-Khattab, who said : I heared the messenger of Allah salla Allah u alihi wa sallam say : "Actions are but by intention and every man shall have but that which he intended. Thus he whose migration was for Allah and His messenger, his migration was for Allah and His messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to take some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated."
Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Bukhari (no. 1) dan Muslim (no.1907) di dalam kitab sahih mereka yang dianggap sebagai kitab paling sahih selepas Al-Qur’an.
Hadith ini bersendiri riwayatnya daripada Yahya ibn Said Al-Ansori daripada Muhammad ibn Ibrahim daripada Alqamah ibn Waqqas Al-Laisi daripada Umar Ibn Khattab radiallahuanhu dan inilah jalan riwayat yang paling sahih seperti yang disebutkan oleh ulama seperti Imam Ali ibn Madini dan lain-lain. Juga berkata Imam Al-Khuttobi bahawa tidaklah aku mengetahui adanya perselisihan di kalangan ahli hadith berkenaan hal tersebut (mengenai riwayat ini yang paling sahih berbanding yang lain).
Dikeluarkan juga hadith ini oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya pada kitab Talaq no. 2201 dan Imam Tirmidzi pada bab Fadhailul Jihad no. 1647 dan Imam Ibn Majah pada bab Zuhud no. 4227 dan Nasaie pada bab Taharah no. 60 serta turut dimuatkan di dalam Muwatha Imam Malik no. 983 dan Musnad Ahmad pada no. 43 / 1 dan dikeluarkan juga oleh Imam Daruquthni serta Imam Ibn Hibban dan Imam Baihaqi di dalam kitab hadith mereka..
Hadith ini begitu besar pengaruh dan peranannya di dalam agama, sehingga berkata Abd Rahman ibn Mahdi : “Jikalau aku mengarang bab-bab maka nescaya akan aku jadikan hadith Umar mengenai amal dengan niat itu di setiap bab.” Dan katanya lagi ; “Barangsiapa yang hendak mengarang kitab maka hendaklah memulakan dengan hadith setiap perbuatan itu dengan niat.”
(Disebutkan oleh Imam Nawawi ra di dalam Kitab 40 Hadithnya m/s 42 dan syarah Muslim 53 /13 dan Imam Ibn Hajar ra di dalam Fathul Bari 11/1 )
Diriwayatkan juga bahawa Imam Syafie ra pernah berkata : “ Hadith ini ialah sepertiga ilmu dan termasuk (diguna pakai) dalam 70 buah bab feqah.”
Juga berkata Imam Ahmad ra bahawa usul Islam itu ialah pada 3 buah hadith iaitu hadith Umar ibn Khattab ra (hadith amal dengan niat) dan hadith Aisyah ra (Barangsiapa yang mengadakan urusan baru dalam agama kami) dan hadith Nu’man ibn Basyir ra (Halal itu jelas dan haram itu jelas).
(Lihat Fathul Bari oleh Imam ibn Hajar ra 11 / 1)
Demikian juga pesanan para ulama yang lain seperti Imam Al-Hakim, Imam Ishaq ibn Rahawih, Imam Abu Daud dan lain-lain bahawa hadith ini merupakan usul hadith dan sumber ilmu.
Asbab Wurud Hadith
Diriwayatkan oleh Imam Tibrani di dalam Mu’jam Kabir dengan Isnad perawi yang siqah daripada Ibn Mas’ud ra yang berkata : “ Bahawa di sisi kami terdapat seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang disebut sebagai Umm Qais tetapi wanita itu menolak pinangan lelaki tersebut sehingga si lelaki tadi sanggup berhijrah maka berhijrahlah lelaki tadi lalu berhasil menikahi wanita tersebut maka kami memberi gelar kepadanya sebagai “Muhajir Umm Qais” (penghijrah Umm Qais).”
Juga terdapat riwayat yang serupa daripada Said Ibn Mansur ra di dalam kitab Sunannya dengan sanad yang sahih menurut syarat Syaikhan daripada Ibn Mas’ud ra mengenai kisah Muhajir Umm Qais ini.
Memahami Hadith
إنـما الأعـمـال بالنيات
(Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat)
Disebutkan oleh para ulama bahawa yang dimaksudkan setiap amal itu dengan niat ialah bermakna penjelasan baginda rasulullah bahawa tidaklah berlaku sesuatu perbuatan itu melainkan dengan niat. Adapun amal di sini ialah amalan ibadah dan niat itu berlaku sebagai penentu kepada amalan ibadah yang dilakukan. Sekiranya berlaku amalan tanpa niat maka tidaklah dianggap sebagai ibadah dan tidak diterima.
لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” (Al-baqarah : 225).
Berdasarkan hadith rasulullah salallahualaihiwasalam : “Diangkat kalam daripada tiga golongan iaitu kanak-kanak sehingga baligh, orang yang tidur sehingga terjaga dan orang yang gila sehingga berakal” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4398 dan Nasaie serta Ibn Majah).
Demikian pendapat sebahagian ulama yang mengatakan ianya sebagai perintah syarak untuk berniat bagi melakukan setiap ibadah atau perkara syarak kerana berdalilkan kepada hadith ini.
Niat bermaksud hasrat atau tujuan dan ianya berlaku dengan perbuatan hati yang menandakan kewarasan seseorang serta kemampuannya sebagai manusia untuk bertindak dengan kehendak dirinya.
Maka niat menurut ulama menjadi penentu kepada penerimaan sesuatu amalan dan perbuatan syarak sehingga sekiranya niat itu rosak maka amalan ibadah tidak akan diterima dan jika niat tersebut soleh dan baik maka amalan tersebut akan diterima.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya Allah itu baik dan tidaklah menerima selain yang baik.” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 1015).
Sebahagian ulama pula menyebut “ Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat” ialah bermaksud amal di sini ialah amalan ibadah atau pebuatan syarak, dan dengan niat bermaksud bahawa baginda rasulullah hendak menjelaskan kepada kita bahawa amalan ibadah itu hanya jatuh dan berlaku dengan niat dan inilah pendapat yang paling sahih terhadap makna hadith ini.

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ
عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum Kami jika Kami lupa atau Kami tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa yang tak sanggup Kami memikulnya. beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong Kami, Maka tolonglah Kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah : 286)
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْراً فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah beriman kecuali orang yang dipaksa sedang hatinya tetap beriman tetapi barangsiapa yang terang dadanya (hatinya) kepada kekufuran maka bagi mereka kemurkaan Allah dan disediakan kepada mereka azab yang besar” (Surah An-Nahl ayat : 106).
Niat Membezakan Adat (kebiasaan) dengan Ibadah
Dimaksudkan niat disisi para fuqaha ialah ianya membezakan amalan ibadah daripada amalan adat (kebiasaan) dan juga membezakan amalan yang dilakukan secara tidak sengaja atau paksaan dengan menjadikannya sebagai satu amalan yang dilakukan dengan penuh kesedaran, keyakinan dan bertujuan.
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus[1595], dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.” (Al-Bayinah : 5)
[1595] Lurus bererti jauh dari syirik (mempersekutukan Allah) dan jauh dari kesesatan.
Dilakukan niat sebagai membezakan amalan berdiri untuk bersolat kepada Allah swt dan menunaikan ibadah kepada-Nya dengan perbuatan berdiri biasa yang dilakukan tanpa tujuan apa-apa atau berdiri sekadar melihat-lihat alam sekitar.
لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” (Al-baqarah : 225).
Demikian juga niat bermaksud membezakan amalan puasa yang dilakukan kerana Allah swt semata-mata dengan ikhlas dan mengabdikan diri kepada-Nya daripada amalan menahan makan dan minum semata-mata kerana sakit atau untuk mengurangkan berat badan atau dilakukan kerana menunjuk-nunjuk di hadapan manusia (bermaksud riya) mahukan penghormatan dan perhatian.
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ * الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُون * َ الَّذِينَ هُمْ يُرَاؤُونَ
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, Iaitu orang-orang yang berbuat riya*.” (Al-Maun : 4-6).
* Riya ialah melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keridhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di masyarakat.
Niat Membezakan Di Antara Suatu Ibadah dengan yang Lain
Juga disisi fuqaha niat bermaksud membezakan di antara perbuatan ibadah yang dilakukan dengan sesuatu ibadah yang lain sehingga tidak berlaku percampuran dan ketaatan ditunaikan dengan penuh kekusyukkan (penuh ketelusan dan keinsafan).
Niat memisahkan ibadah yang wajib dan sunat serta ibadah yang diperintahkan oleh Allah swt ditunaikan pada waktu dan tempat yang sesuai dengan apa yang diperintahkan bukan menyalahinya.
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً
“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa aman, Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” (An-Nisa : 103).
Melalui niat maka ibadah yang wajib dapat ditunaikan dan ibadah sunat pula dapat ditunaikan tanpa berlaku percampuran kerana yang dilakukan ialah ibadah tetapi ketaatan kepada Allah jelas ditunaikan dan dipersembahkan dengan penuh kesedaran, pemahaman dan tujuan.
يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ
“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan perkataan yang teguh di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.” (Ibrahim : 27).
Oleh kerana itu maka para fuqaha menetapkan bahawa niat hendaklah dilakukan dengan penuh kesedaran, penetapan dan juga penjelasan terhadap sesuatu ibadah yang dilakukan. Mengenai hal ini sebagai sedikit contoh, para fuqaha menetapkan bahawa tidak boleh melakukan perpindahan niat daripada sesuatu ibadah kepada sesuatu ibadah yang lain sebaliknya setiap perbuatan itu hanyalah boleh dilaksanakan dengan satu niat.
Misalnya seseorang yang sedang menunaikan solat fardhu tidak boleh dipertengahan solat menukarkan niatnya kepada solat sunat dan sekiranya dia melakukan hal yang demikian maka solatnya menjadi batal. Demikian juga apabila dia menunaikan solat sunat kemudian bertukar niatnya kepada solat fardhu maka menjadi batal solatnya.
Juga disebutkan oleh fuqaha bahawa tidak boleh melakukan perpindahan niat daripada suatu solat sunat yang khusus kepada solat sunat lain yang tertentu kerana ianya membatalkan solat. Demikian disebutkan oleh fuqaha bahawa setiap perbuatan ibadah itu mempunyai niat yang khusus dan sekiranya ditukar atau berlaku perubahan kepada niat maka batal dan rosaklah amalan tersebut.
(lihat di dalam Kitab Sahih Fiqh Sunnah m/s 307 Jilid 1)
Niat ialah Syarat Penerimaan Sesuatu Ibadah
Para ulama sepakat menyatakan bahawa keikhlasan itu ialah syarat utama penerimaan sesuatu ibadah dan ini berdasarkan kepada hadith Umar ibn Khattab ra dan juga dalil-dalil lain yang cukup banyak daripada Al-Qur’an dan sunnah.
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصاً لَهُ الدِّينَ
“Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama.” (Az-Zumar : 11).
Berkata Fudhail Ibn Iyad ra, “Hendaklah kamu ikhlas dan benar dalam beramal, ikhlas apabila kamu beramal hanya kerana Allah dan benar apabila amalan kamu itu menepati pertunjuk sunnah”. Sesungguhnya sunnah itu berperanan sebagai penerang dan penjelas bagi Al-Qur’an di samping sebagai pertunjuk yang sahih selepas Al-Qur’an.
قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصاً لَهُ دِينِي
“Katakanlah: "Hanya Allah saja yang aku sembah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku". (Az-Zumar : 14)
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi Ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj : 37)
Daripada Abi Hurairah ra yang berkata : Telah Bersabda rasulullah salallahualaihi wasalam : “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad kamu juga tidak kepada rupa kamu tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu” (riwayat lain menyebut dan amalan kamu). (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2564)
Ikhlas ialah darjah dan kedudukan seseorang yang tercapai melalui mujahadah dan keinsafan serta penyerahan dirinya kepada Allah swt dan melakukan amalan ibadah dengan ikhlas ialah dicapai melalui perbuatan hati iaitu niat.
Maka niat (perbuatan) kepada mengikhlaskan diri kepada Allah menjadi wajib dan disepakati hal ini disisi ulama Islam. Bagaimanapun perlulah difahami bahawa beza niat dan ikhlas ialah niat bermaksud perbuatan hati dan ikhlas pula ialah kedudukan ibadah tersebut atau perihal keadaan ibadah dan amalan yang dilakukan.
Oleh yang demikian setiap ibadah wajib dilakukan secara ikhlas kerana Allah swt tanpa selain-Nya dan jika sesuatu ibadah itu dibuat selain Allah tidaklah dinamakan ikhlas sebaliknya disebut sebagai syirik.

Perlaksanaan niat kepada semua ibadah itu menjadi wajib apabila tidak tercapai ikhlas melainkan dengannya maka kerana itu persoalan niat perlulah difahami oleh umat Islam. Disebabkan niat sebagai amalan hati yang menjadi alat kepada mencapai kedudukan ikhlas maka tidak hairan para ulama sejak dahulu sehingga kini mementingkan persoalan niat dan hati.
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Dunya dengan isnad yang terputus daripada Umar ra yang berkata : “ Tidak ada amal bagi mereka yang tiada berniat.” (Dikeluarkan oleh Baihaqi di dalam Sunan Kubra m/s 41/ 1 daripada hadith Anas secara marfu).
Juga dengan isnad yang dhaif daripada Ibn Mas’ud ra yang diriwayatkan pernah berkata : “ Tidak bermanfaat perkataan kecuali dengan amal dan tidaklah bermanfaat amal kecuali dengan niat dan tidaklah bermanfaat perkataan, amal dan niat kecuali dengan menepati sunnah.”
Bahkan pernah disebutkan di dalam kitab Jami Ulum Wal Hikam karangan Imam ibn Rejab ra di dalam bab niat akan perihal ulama terdahulu seperti Nafi Ibn Jubair ra yang dikatakan kepadanya “Apakah kamu tidak mahu pergi menunaikan solat jenazah ? Lalu dijawab kepada temannya, pergilah kamu dahulu sedang aku mahu berniat terlebih dahulu” kemudian barulah dia pergi.
Disebutkan bahawa Abdullah ibn Mubarak ra pernah mengatakan : “ Kadang-kadang amalan yang kecil menjadi besar dengan sebab niat dan kadang-kadang amalan yang besar menjadi kecil disebabkan juga oleh niat.”
Diriwayatkan Muthorif Ibn Abdullah ra pernah menyebutkan : “ Pembaikan hati itu ialah dengan pembaikan amal dan pembaikan amal ialah dengan memperbaiki niat.”
(Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitab Al-Hilyatul Auliya m/s 199 Jilid 2).
Perlaksanaan niat pula diwajibkan kepada sesetengah ibadah dan sebahagiannya menjadi perselisihan di kalangan ulama Islam. Misalnya para ulama bersepakat bahawa niat menjadi syarat kepada sahnya solat seseorang seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Munzir An-Naisaburi ra di dalam kitabnya Al-Ijmak
(Juga disebutkan di dalam Mughni Muhtaj m/s 148 /1 dan Bidayatul Mujtahid m/s 167 Jilid 1).
Manakala bagi mengangkat wudhuk sebahagian ulama mewajibkannya serta menjadi syarat sahnya sesebuah wudhuk dan pendapat ini dipegang oleh mazhab Malik, Syafie, Ahmad dan juga Abi Saur serta Daud Az-Zahiri. Manakala sebahagian lain mengatakan tidak wajib berniat ketika mengangkat wudhuk dan ianya bukan syarat sah wudhuk seperti mazhab Abi Hanifah dan As-Sauri.
(lihat Bidayatul Mujtahid m/s 15 / 1).
Walaubagaimanapun semua ulama bersepakat bahawa setiap ibadah itu wajib ditunaikan dengan penuh ikhlas dan jauh daripada riya’ (menunjuk-nunjuk kepada manusia) dan syirik (dilakukan kepada sesuatu yang selain kepada Allah) cumanya apakah perlu niat dilakukan pada setiap perbuatan tersebut atau tidak dan pendapat yang dipegang oleh jumhur ialah niat wajib dilakukan pada setiap waktu ibadah adapun cara dan pelaksanaan niat tersebut hal itu menjadi khilaf (perbezaan pendapat di sisi ulama Islam).
Niat ialah Amalan Hati
Adapun niat itu ialah amalan hati dan bukannya di lisan demikian menurut pendapat ulama dan padanya khilaf apakah dizahirkan niat di dalam setiap permulaan ibadah maka pendapat yang paling tepat ialah niat dilakukan pada setiap sebelum amalan ibadah (seperti pendapat Imam Ahmad ) dan niat itu dilakukan di dalam hati bukan di lisan dan inilah yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Ibn taimiyyah ra.
(lihat Majmuk Fatawa m/s 233 / 22).
قُلْ إِنْ تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menzahirkannya, pasti Allah Mengetahui". Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Ali-Imran : 29).
Berkata Syeikhul Islam Ibn taimiyyah ra : “ Tidaklah ada riwayat daripada baginda nabi salallahu alaihi wasalam atau daripada mana-mana sahabat yang melafazkan niat mereka sebelum mengangkat takbir ketika solat….”
(lihat Majmuk Fatawa m/s 238 / 22)

وإنـمـا لكـل امـرئ ما نـوى
(Setiap manusia itu ialah dengan apa yang diniatkan)
Di dalam hadith ini maksud yang hendak disampaikan ialah sebagai penjelas dan pemutus kepada kedudukan hadith yang pertama yang bermaksud bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang akan dinilai melalui niatnya baik lelaki dan perempuan di sisi Allah swt.
Mengenai hal ini hendaklah difahami bahawa amalan itu berkait dengan niat seseorang dan keputusan hukum ke atas setiap manusia ialah ditentukan dengan berdasarkan niat dan juga amalan mereka.
akan bersambung...
insyaAllah
No comments:
Post a Comment