Monday, October 30, 2006

KhutBah AiDil FitRi 1427

Oleh : Ustaz Emran Ahmad Omar
{بسم الله الرحمن الرحيم }
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ ونستهديه ونستغفره، وَنَعُوذُ باللهِ مِنْ شرور أنُفْسِنَا ومِنْ سَيئاتِ أعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ َأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اللهم علمنا ما ينفعنا، وانفعنا بما علمتنا، وارزقنا من كرمك وإحسانك يا أرحم الراحمين، اللهم إنا نعوذ بك من علم لا ينفع، ومن قلب لا يخشع، ومن عين لا تدمع، ومن دعوة لا يُستجابُ لها.

الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ و الله اكبر , الله اكبر , و لله الحمد
أما بعد :

Muslimin yang dirahmati Allah swt sekalian,

Al-Imam ibnu Taimiyyah rahimullah ketika ditanya kepadanya apakah yang dimaksudkan dengan Ubudiyah maka beliau pun menjawab sesungguhnya ubudiyah itu ialah ketaatan kepada Allah swt dan melakukan apa yang diredhai serta dikehendaki oleh Allah swt baik berupa perkataan seperti zikir dan doa atau mengucapkan perkataan yang baik, perbuatan hati seperti niat dan hasrat kepada kebaikan serta ikhlas dan juga amalan zahir anggota badan seperti mendirikan solat berpuasa, menunaikan zakat, mengerjakan haji, memenuhi amanah dan tanggungjawab kepada yang berhak, berlaku adil, menunaikan amar makruf nahi mungkar, berjihad di jalan Allah menentang kuffar dan munafiqin serta musuh Allah swt, berbakti kepada ibu dan bapa, berlaku baik kepada jiran, membaca Al-Quran dan lain-lain kewajipan yang telah disampaikan dengan jelas dan terang oleh Nabi Muhammad salallahualaihiwasalam.

Allah swt telah berfirman :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah aku menciptakn jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (Adz-zariyat : 56)

Demikian juga Allah swt berfirman di dalam ayat yang lain :

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
“Dan sesungguhnya telah kami bangkitkan pada setiap umat itu rasul untuk menyeru pengibadatan kepada Allah dan menyampaikan seruan menjauhi taghut. Dan di antara umat itu ada orang-orang yang diberi pertunjuk oleh Allah dan ada pula di antara umat itu orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.” (An-Nahl : 36).

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
“Dan tidaklah kami mengutuskan sebelum engkau akan rasul kecuali telah kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain aku dan sembahlah aku”. (Al-Anbiya : 25).

Penghambaan diri kepada Allah swt ialah suatu kewajipan dan merupakan perintah dari Pemilik Alam Semesta supaya manusia tunduk dan patuh kepada ketetapan dan perintahnya serta supaya manusia mencari akan jalan-jalan yang dapat membawa mereka kepada mentaatinya secara penuh sempurna dan diredhai olehnya.

Kerana itu manusia diwajibkan menuntut ilmu serta dijadikan usaha menuntut ilmu iu sebagai sebahagian dari usaha ketaatan dan dikira dalam amalan ketaatan dan diberi ganjaran ketaatan iaitu pahala, keampunan, dan ketinggian darjat serta kedudukan di sisi-Nya sehingga akhirnya diberikan keredhaannya.

Semuanya supaya dari usaha menuntut ilmu itu manusia dapat meninggalkan kejahilan dan mengetahui serta menemui perkara-perkara yang dapat dilakukan bagi mentaatinya, yang perlu dan mesti dilakukan bagi mentaatinya, yang perlu ditinggalkan bagi mentaatinya dan juga yang perlu dicari dan dikaji bagi mentaatinya serta mengetahui pula perkara yang mesti diperjuangkan, dipertahankan dan digadaikan nyawa dan darah demi menunaikan ketaatan kepadanya.

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفاً وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Sesungguhnya aku mengadapkan wajahku kepada yang menjadikan langit dan bumi dengan kelurusan (ketaatan dan kepatuhan) dan bukanlah aku dari kalangan orang yang musyirikin”. (Al-An’am : 79).

Kerana itulah usaha menuntut ilmu mendapat ganjaran yang besar serta diberi galakan dan diperintahkan manusia supaya menuntut ilmu.

Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama dan ilmu yang dapat membawa manusia kepada mentaati Allah, mengetahui cara dan panduan untuk mentati Allah serta ilmu yang perlu bagi menunaikan ketaatan kepada Allah swt.

Muslimin yang dihormati sekalian,

Disamping Allah swt memuliakan para ahli ilmu dan golongan yang berusaha mencari ilmu dan menyampaikan ilmu maka Allah swt juga turut memuatkan kejian, celaan, kemurkaan dan sehingga mengutuk dan melaknat yang bermaksud menafikan rahmatnya kepada mereka yang menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu dengan tujuan yang bukan untuk beribadah dan bertujuan tidak untuk menunaikan ketaatan kepadanya sebaliknya menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu demi kepentingan dunia dan selain daripada untuk ketaatan kepada Allah swt.

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk menyaingi para ulama, atau untuk berdebat dan mengalahkan orang yang bodoh atau untuk mencari wajah manusia kepadanya maka Allah akan menempatkan dirinya di dalam api neraka”. (Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

Allah melaknat, mencela dan mengutuk golongan ini serta menjanjikan azab sengsara kepada mereka kerana ilmu hanya dicari untuk tujuan mentaatinya, demi mengetahui apa yang perlu diamalkan bagi mentaatinya dan demi manusia dapat mentaatinya bukan untuk kepentingan duniawi dan kesenangan juga bukan untuk berlagak sombong dan mengaku pandai serta manfaat peribadi seperti mencapai kedudukan dunia di dalam masyarakat seperti mendapat perkerjaan yang hebat dan berstatus seperti pensyarah, penasihat syarikat, pakar rujuk dan demi mendapat penghormatan manusia.

Muslimin yang dikasihi sekalian,

Demikianlah juga segala amalan lain dalam kehidupan termasuk kepada amalan dan perbuatan mencari rezeki dan nafkah bagi menyara hidup sehingga kepada memenuhi keperluan diri dan peribadi seperti makan dan minum, pernikahan dan hubungan seks.

Semuanya harus ditunaikan demi ketaatan kepada Allah swt dan dilakukan demi mentaatinya serta tidak dilakukan selain untuk mentaatinya.

Para ulama menyebutkan hendaklah usaha mencari rezeki dilakukan kerana hendak mentaati Allah swt dan dilakukan kerana menurut perintah Allah swt yang menyuruh hamba-hambanya mencari nafkah dan rezeki dari apa-apa yang telah dipermudahkan olehnya di dunia ini dari rahmatnya juga dengan apa yang telah ditetapkan olehnya.

Malangnya manusia hari ini mencari rezeki dan sara hidup demi keperluan peribadi dan demi hawa nafsu dan menunaikan kehendak hidupnya tanpa ada apa-apa ikatan kepada ketaatan kepada Allah swt lalu bagaimanakah mereka ini mendakwa hamba Allah yang menunaikan ketaatan kepadanya ?

Kita hari ini mencari duit, wang ringgit kerana kita memerlukannya, kita perlu bekerja kerana kita harus mendapatkan wang ringgit bagi membolehkan membeli sesuatu barangan dan memiliki sesuatu keperluan atau apa-apa barangan yang dikehendaki atau perkhidmatan yang diingini.

Wang ringgit diperlukan bagi membeli makanan untuk mengisi perut yang lapar dan dicari bagi membeli tilam untuk dibuat lapik tidur demi merehatkan badan yng keletihan.

Di manakah ketaatan kepada Allah swt ?

Para salaf soleh dahulu, para auliya Allah swt, para nabi dan mereka yang beriman sebaliknya berusaha dan bekerja semata-mata kerana Allah swt.

Mereka mencari kerja demi menunaikan ketaatan kepada Allah yang memerintahkan hambanya supaya berusaha, apabila mendapat sesuatu pekerjaan mereka menunaikannya demi untuk melakukan ibadah kepada Allah swt dan mereka menjalankan kerja tersebut dengan sebagai kerja ibadah kepada Allah swt lalu setelah itu mendapat hasil kerja iaitu wang ringgit, barangan dan untung hasil kerja sebagai ganjaran dari ketaatan kepada Allah yang disampaikan dalam bentuk duniawi iaitu wang ringgit dan lain-lain dan mereka membeli barangan dan makanan demi ibadah kepada Allah supaya berjual beli dan bermuamalah sesama manusia kemudian makan dan minum mengisi perut kerana ketaatan kepada Allah swt.

Perut tidak dibiarkan lapar kerana Allah memerintahkan hamba-hambanya memenuhi hak tubuh badannya untuk kekal sihat dan kuat menunaikan kewajipan ibadah di muka bumi dan kerana itu diisi perut dengan makanan.

Mukmin yang hakiki makan dan minum kerana untuk menghilangkan kelaparan demi ketaatan kepada Allah swt tetapi manusia yang mengaku Islam hari ini makan dan minum kerana hawa nafsu mahu menikmati rasa yang lazat dan kesedapan yang nikmat.

Muslim dahulu yang bergelar salaf soleh bernikah dan berkahwin demi menjaga agama dan keperluan fitrah dengan memilih wanita yang solehah tetapi muslim hari ini bernikah dan berkahwin dengan wanita yang cantik dan yang menarik hati sehingga pernikahan dilangsungkan demi syahwat bukan demi ketaatan.

Pekerjaan dilakukan pada hari ini dengan kita semua masing-masing memiliki pekerjaan khusus dengan harapan beroleh wang ringgit lalu semuanya dipergantungkan kepada wang bukan kepada Allah swt.

Pemilihan pekerjaan juga dilakukan kepada yang mana satukah lebih memberikan keuntungan dan ganjaran wang yang lebih besar bukan dipilih pekerjaan kepada yang mana satukah lebih memberikan ketaatan yang besar kepada Allah swt dan dapat menunaikan ibadah yang lebih kepada Allah swt ?

Bertaqwalah kepada Allah wahai muslimin sekalian,

Taatilah kepada Allah dengan lisan perkataan dan perbuatan juga dengan hati yang tersembunyi. Ikutilah panduan dari kitab dan sunnah dengan mengikhlaskan diri hanya kepada Allah swt dan hiduplah semata-mata untuk mentati Allah swt.
قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah iaitu tuhan sekalian alam.” (Al-An’am : 162).

Jauhilah, janganlah hidup demi cita-cita sendiri, ideologi atau pemikiran sendiri yang sebenarnya muncul hasil kejahilan dan kebodohan dari kurang memahami erti kehidupan dan tidak mendapat pertunjuk serta cahaya hidayah dari Allah swt.

Sangatlah malang mereka yang hidup bukan untuk Allah swt baik kehidupan mereka untuk sesuatu yang dinamakan duniawi, kesenangan dan keseronokkan sebuah hidup yang singkat atau pun kehidupan mereka demi sebuah ideologi dan pemikiran manusia dan hidup serta memperjuangkannya atau demi cita-cita sendiri dan impian peribadi yang dibangkit dan ditimbulkan oleh syaitan yang licik dan hawa nafsu yang jahat.

Semoga Allah mengampunkan kita dan memelihara kita dari kerosakan dan kejahatan dunia, dari goda dan tipu daya syaitan, dari desakan dan goda hawa nafsu dari kejahatan musuh-musuh Allah swt yang berniat menghancurkan Islam dan umatnya.


………………………


Muslimin yang dirahmati Allah,

Pada hari ini umat Islam berdepan dengan gejala kemusnahan dan kerosakan yang sangat dahsyat baik kepada agama, akhlak dan juga sistem kehidupan sehingga sangat sukar bagi seseorang untuk membezakan di antara perkara yang benar dan salah lantaran terlalu banyak kepalsuan dan kejahatan.

Benarlah kata-kata seorang sahabat rasulullah iaitu Ibn Mas’ud radhiyallahu’anhu apabila menyebut : “Barangsiapa yang hendak mencari panduan hendaklah mengikuti jejak langkah orang-orang yang telah tiada (iaitu para salaf) kerana orang yang masih hidup itu tidak dapat dipercayai”.

Melihat situasi umat Islam hari ini yang dipenuhi dengan pelbagai masalah satu demi satu sangat menghairankan kita seolah-olah apa yang menimpa umat Islam ialah satu perancangan rapi yang disusun bagi menghancurkan agama Islam itu sendiri.

Membaca buku “The International Jew” oleh Henry Ford bekas pengasas automobil dunia yang pertama, kemudian buku “The New International Jew” oleh Brigadier General Gordan Mohr, buku “The Fearful Master” oleh Edward Griffin dan seterusnya buku-buku baru seperti “Who Really Runs The World” oleh Thom Burnett dan Alex Games benar-benar membuka mata kita akan perihal konspirasi jahat musuh utama Islam iaitu yahudi dalam memainkan percaturan politik dunia menentang Islam.

Gerakan Zionis yang diberi gelaran freemason dan illuminati kini benar-benar menguasai dunia seperti yang digambarkan oleh para pengkaji politik dunia dengan membongkarkan satu demi satu bukti-bukti kejahatan zionis dalam politik dunia bagi menentang Islam.

Musuh Islam yang disebut oleh Allah sebagai yahudi pengikut Samiri laknatullah yang tidak pernah beriman dengan nabi Musa lalu mencabar syariat Allah dengan mengarang kitab Talmud sebagai ganti kepada taurat sehingga kini masih hidup dan bekerja keras menentang Islam dengan penuh perancangan rapi sejak ratusan tahun lagi.

Firman Allah swt :

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ
“Dan tidaklah akan meredhai sama sekali yahudi dan nasrani kepada kamu sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka dan katakanlah sesungguhnya hidayah Allah itulah pertunjuk dan sekiranya engkau mengikuti hawa nafsu mereka setelah datangnya kepadamu pengetahuan (kebenaran) maka tidaklah ada bagi kamu dari sisi Allah akan perlindungan dan pertolongan.” (A-Baqarah : 120).

Mereka tampil dengan topeng kejahatan yang bernama zionis dan kumpulan agama yang disebut sebagai illuminati menguasai ekonomi dunia sehingga berjaya menguasai bank-bank seluruh dunia dan mengawal mata wang dan pertukaran nilai wang semasa berdasarkan kehendak mereka dan permainan mereka.

Golongan yahudi penyembah syaitan ini menguasai bank-bank dunia seperti Rothschild Bank of London, Rothschild Bank of Berlin, Lazard Brothers of Paris, Israel Moses Seif Banks of Italy, Warburg Bank of Amsterdam, Warburg Bank of Hamburg, Lehman Brothers of New York, Kuhn Loeb Bank of New York, Goldman, Schs of New York, Chase Manhattan Bank of New dan pelbagai lagi sehinggalah paling mengejutkan kita ialah International Monetary Fund (IMF) iaitu yang disebut sebagai bank dunia dan juga The Federal Reserve Bank (FED) United States iaitu Bank Negara Amerika Syarikat turut dimiliki oleh Yahudi dan merupakan sebuah bank persendirian.

Kumpulan Freemason dan penganut Illuminati yang menguasai dunia hari ini terdiri dari para pemimpin eropah dan barat seperti Presiden Bush, John Kerry, Tony Blair dan lain-lain yang masing-masing sewaktu zaman mudanya pernah mengikuti gerakan freemason misalnya George W. Bush menurut kajian pernah menganggotai sebuah pertubuhan rahsia yang diberi nama "Skull and Bones" iaitu salah sebuah kumpulan jemaah aktif yang bergerak di kalangan mahasiswa di universiti barat bagi merekrut pemimpin masa depan ke dalam fahaman Illiminati dan menjadi penyokong freemason.

Demikian sikap musuh Allah swt yang disebut dalam firman-Nya :
وَلا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا
“Dan mereka tetap akan memerangi kamu sehingga mereka berjaya memesongkan kamu dari agama kamu jika mereka mampu…” (Al-Baqarah : 217).

Mereka menjadikan United Nation (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sebagai platform atau wasilah bagi mencapai matlmat mereka menguasai dunia dengan Amerika Syarikat sebagai askar dan tentera politik mereka untuk menjalankan misi-misi penubuhan Negara yahudi utopia mereka di Israel.

Kebuluran di Negara-negara miskin berlaku hasil permainan politik mereka, hasil tekanan ekonomi yang dikenakan oleh mereka dan percaturan kawalan ekonomi dengan penguasaan mereka kepada matawang semasa menjadikan mereka boleh menentukan nasib sesebuah Negara.

Menguasai politik dunia melalui United Nation membolehkan mereka merangka pelbagai sistem lalu dipaksakan kepada Negara-negara di dunia supaya mengikutinya atas alasan Kesatuan Sedunia sehingga akhirnya Negara-negara dunia tunduk sedikit demi sedikit kepada gerakan yahudi laknatullah ini.

Misalnya dengan menguasai The World Trade Organization (WTO) sebuah badan ekonomi dunia di Geneva yang mengawal sistem perdagangan dunia dan mengenakan pelbagai peraturan perdagangan yang hanya menguntungkan yahudi dan barat mereka dapat menindas Negara Islam dan mengambil keuntungan serta menekan ekonomi negara Islam.

Kemudian penguasaan mereka terhadap United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pula menjadikan mereka menguasai sistem pendidikan di Negara-negara Islam lalu menaburkan pelbagai agenda yang dapat membawa perubahan kepada masyarakat menurut kehendak mereka yang sekaligus menghancurkan pemikiran umat Islam dari kefahaman Islam yang asli dan sahih.

Melalui pusat pengajian yang kononnya menurut silibus dunia atau disebut menurut sistem UNESCO seperti universiti-universiti, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi inilah maka lahirnya pelajar-pelajar yang mengagungkan budaya barat, pemikiran kuffar dan menghasilkan pelbagai pemikiran aneh ke dalam masyarakat yang bertentangan dengan Islam.

Melalui hasil didikan silibus merekalah maka lahirnya gerakan pembebasan wanita yang begitu lantang menyuarakan bantahan terhadap agama kerana memaksakan wanita Islam menutup aurat, mencela kitab dan sunnah kerana dituduh berlaku zalim di dalam hak pewarisan dan pelbagai lagi.

Sistem pendidikan sebeginilah juga menghasilkan identiti baru dalam bidang keilmuan apabila pengajian yang ditawarkan di pusat-pusat pengajian ialah demi bermatlamatkan kepada pekerjaan dan keperluan sektor pekerjaan. Maka ilmu dituntut hanya kerana keperluan pekerjaan dan bukan lagi ibadah kepada Allah swt sehingga penyelewengan berlaku di dalam sistem kehidupan manusia muslim yang bertujuan kepada Allah menjadi berubah kepada tujuan matlamat duniawi.

Muslimin yang dikasihi sekalian,

Sesungguhnya kekuatan musuh sangatlah hebat dan peperangan mereka sangatlah terancang. Maka menjadi kewajipan kepada umat Islam menetap diri di dalam satu soff kepimpinan yang benar menurut syarak dan menjauhi kebathilan serta kejahilan dengan kegigihan menuntut ilmu kerana ketaatan kepada Allah swt dan kemudiannya beramal dengan gigih kerana Allah swt.

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Iltizamlah kamu dengan jamaah muslimin dan kepimpinannya.” (hadith sahih riwayat Bukhari serta Tirmidzi dengan jalan riwayat yang pelbagai).

Jemaah di sini bermaksud jemaah Islam yang menegakkan sunnah rasul salallahualaihiwasalam secara syumul dan mengikuti jejak langkah salaf soleh seperti di dalam hadith perihal jemaah dengan sanad yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi rahimahullah yang menyebutkan bahawa maksud jemaah itu ialah apa yang rasululullah dan sahabat berada di dalamnya.

Maka jemaah ini ialah kelompok umat Islam yang meniti jalan yang ditinggalkan oleh rasululullah dan para sahabat tanpa menambah dan mengurang, memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh para baginda nabi dan sahabat iaitu menegakkan aqidah yang sahih, menegakkan syariat dengan sempurna, menentang syirik dan kekufuran dan memerangi bid’ah dan kebathilan.

Bukanlah jemaah itu kumpulan yang mengaku berjuang Islam tetapi tidak menurut sunnah rasulullah sebaliknya berasaskan kepada idealogi pemikiran manusia atau berdasarkan kutipan risalah pengalaman mana-mana tokoh dakwah yang dibukukan atau hanya menekankan aspek juz’iyah seperti perundangan dan kekuasaan Islam dengan memperjuangkan politik dengan mengatas namakan Islam tetapi mengabaikan prinsip dasar perjuangan rasulullah salallahualaihiwasalam seperti aqidah, ibadah dan juga menentang bid’ah serta syirik dan kekufuran.

Hendaklah juga umat Islam menjauhi taghut dan kezaliman serta mengabung diri di dalam harakah Islam yang sahih berdasarkan aqidah dan tauhid kepada Allah swt sekalipun bilangan mereka sedikit dan sekalipun mereka tiada mempunyai bendera dan slogankata atau tidak mempunyai logo dan borang penyertaan atau juga tidak didaftarkan di bawah mana-mana pertubuhan.

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطاً
“Bersabarlah engkau bersama golongan yang menyeru kepada tuhan-Nya pagi dan petang dalam keadaan mereka itu mengharapkan keredhaan-Nya. Janganlah kamu berpaling pandangan kamu dari golongan ini hanya semata-mata kerana menginginkan perhiasan kesenangan hidup di dunia, serta janganlah pula kamu mengikuti golongan yang dilalaikan hatinya dari mengingati kami dan mereka mengikuti hawa nafsunya sedang perbuatannya itu melampaui batas.” (Al-Kahfi : 28).

Tetapi umat Islam yang beriman kepada Allah swt dan mengetahui isi kitab dan sunnah akan mengenali mereka dari tanda-tanda yang disebutkan oleh Allah swt sendiri di dalam kitab-Nya dan oleh rasul-Nya Muhammad salallahualaihiwasalam di dalam hadith-hadithnya.

Sabda rasulullah salalahualaihiwasalam : “ Tidaklah akan hilang dari umatku satu golongan yang sentiasa menegakkan haq (kebenaran) sehingga tiada yang dapat menjejaskan mereka dari orang-orang yang menghina mereka sehinggalah datang ketentuan Allah.” (hadith sahih riwayat Muslim).

Maka gabunglah bersama mereka, bantulah mereka dan iltizamlah dengan jemaah dan kumpulan mereka sehingga datangnya ketentuan Allah swt.

Segala puji hanyalah bagi Allah rabbul alamin.

Tiadalah yang baik itu melainkan semuanya datang dari Allah swt, dan ana bermohon diri kepada Allah akan keampunan-Nya di atas segala kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan dan di atas segala kelemahan dan kecacatan.

Ya Allah, ampunilah umat Islam seluruhnya
Ya Allah ampunilah umat Islam seluruhnya yang beriman kepada-Mu dan beriman kepada rasul-Mu.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada umat Islam, berikanlah kemenangan ke atas umat ini sesungguhnya janji-janji Mu sentiasa benar dan pertolongan Mu pula sentiasa benar.

Ya Allah, bantulah umat Islam di seluruh dunia yang ditindas, diseksa, yang dihina dan yang ditewskan oleh musuh-musuh agama-Mu.

Bantulah mereka ya Allah, musnahkanlah perancangan musuh-musuh-Mu, hancurkanlah kekuatan musuh-musuh-Mu dan berikanlah kegagahan kepada Islam, berikanlah kekuatan kepada umat Islam.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami dan dosa kaum muslimin seluruhnya yang hidup atau pun sudah mati.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab siksamu di dunia dan di akhirat, selamatkanlah kami dari bala-Mu, dari kemurkaan-Mu dan berikanlah kesejahteran kepada kami di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, bantulah para mujahidin agama-Mu, para pemuda Islam dan pejuang di jalan-Mu. Bantulah para ulama dan pelajar ilmu yang ikhlas dan gigih menunaikan ketaatan kepada-Mu.

Ya Allah menangkanlah kumpulan mujahidin ke atas musuh-musuh agama-Mu, hindarkanlah mereka dari bencana dan kejahatan dari muslihat dan kegagalan dalam perjuangan menegakkan agama-Mu.

Segala puji hanyalah bagi-Mu tuhan sekalian Alam.
Selawat dan salam kepada rasulullah
salallahualaihiwasalam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radiallahuanhumajmain.

Ustaz emran ahmad
Mekah Al-Mukarramah
1 Syawal 1427

Sunday, October 22, 2006

Panduan Meraikan Hari Raya E'idul Fitri Menurut Sunnah

Allahuakbbar….Allahuakbbar…Allahuakbar...Walillahilhamd,

Pertama

Bersolat di kawasan lapang seperti padang atau kawasan terbuka jika mampu dan bukannya bersolat di masjid sebagai menuruti sunnah rasulullah yang keluar meninggalkan masjid dan bersolat di kawasan lapang.

Daripada Abi Said al-Khudri ra berkata : “Sesungguhnya rasulullah salallahualaihiwasalam keluar pada hari Eidhul Fitri dan Adha ke musolla (tempat solat bukan masjid) dan seawal perkara yang dilakukan ialah menunaikan solat…” (hadith sahih Bukhari no. 905 dan Muslim no. 889 dan lain-lain).

Sesungguhnya sunnah yang dilakukan oleh rasulullah ialah keluar dari rumah baginda lalu menuju ke kawasan yang telah ditetapkan untuk bersolat yang biasanya kawasan lapang seperti padang pasir dan lain-lain yang luas terbuka dan meninggalkan solat di dalam masjid.

Tujuan bersolat di tempat lapang dan bukannya masjid ialah supaya hanya wujud satu jemaah dan umat Islam dapat berkumpul bersatu di bawah bumbungan langit sambil menunaikan kalimah Allah swt di bawah ajaran sunnah baginda salallahualaihiwasalam.

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai” (Ar-Rum 31-32).

Kecualilah apabila berada di masjidil haram bagi yang menyambut Aidhil Fitri atau Adha di Makkah kerana bersolat di Masjidil Haram lebih utama dari bersolat di musolla (tempat solat yang bukan masjid seperti kawasan lapang)


Kedua

Menunaikan sunnah takbir sebelum menunaikan solat dan sewaktu berjalan menuju ke tempat solat dan bertakbir menurut sunnah yang sahih

Sesungguhnya seperti apa yang sampai riwayat kepada kita daripada rasulullah bahawa sesungguhnya baginda keluar pada hari Aidhil Fitri dan bertakbir sehingga sampai ke tempat solat dan sehingga selesai menunaikan solat dan apabila selesai solat maka barulah berhentilah takbir” (hadith mursal sahih yang mempunyai syawahid oleh Ibn Abi Syaibah no. 487 Jilid 1 dan lihat Kitab Sahihah oleh Syeikh Albani ra no. 170).

Disyariatkan mengangkat suara (meninggikan suara) dalam bertakbir sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat solat merupakan sesuatu yang disepakati oleh para imam yang empat walaubagaimanapun tidaklah disebut langsung dalam mana-mana riwayat bahkan ditentang oleh para ulama salaf apabila menjadikan takbir itu sebagai satu suara yang dilakukan secara serentak beramai-ramai dan beralunan lagu dan ianya dilarang. (lihat dalam kitab sahihah oleh Syeikh albani dan fatwa Syeikh Soleh Utsaimin dan Syeikh bin baz ra dan lain-lain).

Perbuatan mengadakan takbir sebagai satu alunan dan lagu dan juga dilakukan secara serentak ialah bid’ah dan bukan sunnah ditambah lagi takbir yang dilaksanakan pada hari ini bukanlah dari riwayat yang sahih.

Adapun bacaan takbir yang sahih yang sampai kepada kita pada hari melalui riwayat yang sahih ialah :

Berdasarkan kepada riwayat Ibn Mas’ud ra :

الله اكبر , الله اكبر , لا اله الا الله و الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

Isnad riwayat ini sahih daripada Ibn Mas’ud ra seperti yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah ra dalam Musnadnya no. 168 Jilid 2.

Berdasarkan riwayat Ibn Abbas ra pula :


الله اكبر , الله اكبر , لا اله الا الله و الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
الله اكبر و اجل الله اكبر على ما هدانا

Isnad riwayat ini sahih daripada Ibn Abbas ra dan dikeluarkan oleh Baihaqi no. 315 Jilid 3.

Manakala Salman ra bertakbir dengan menyebut :

الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر كبيرا

Riwayat ini sahih isnadnya seperti yang dikeluarkan oleh Baihaqi no. 316 Jilid 3.


Adapun apa yang ditambah-tambah pada zaman ini yang kemudian dijadikan satu rutin takbir dan cara bertakbir yang berkumandang di masjid-masjid amatlah tidak bersesuaian dan wajar ditnggalkan. Disebutkan oleh Hafidz Ibn hajar ra dalam kitabnya Fathul Bari m/s 536 Jilid 2 dengan menyebut : “ telah diadakan bacaan takbir itu pada zaman ini (zaman beliau) sedangkan ianya sesuatu yang tiada asal usul (bid’ah)…”.

Dari riwayat Aisyah ra bahawa baginda rasulullah pernah bersabda: “ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien). “ (Hadith sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5).

Bahkan lebih teruk pada zaman ini umat Islam bernasyid pula pada takbir itu dengan menjadikan bacaan takbir beralunan-alunan mendayu suara meniti di angkasa takbir raya menurut cara bid’ah yang bukan sunnah.


Ketiga

Sunnah keluarnya wanita ke tempat solat sehingga para wanita yang haid dan juga kanak-kanak digalakkan untuk mendengar peringatan khutbah bagi yang tidak boleh bersolat dan hal ini perlu dipromosikan kepada masyarakat Islam Malaysia.

Daripada Umm Athiyah ra : “ Rasulullah memerintahkan kami (para muslimah) supaya kami keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha yang hamba mahupun yang haid dan kanak-kanak serta orang tua maka yang didatangi haidh tidaklah bersolat sebaliknya mendengar khutbah dan mendoakan para muslimin maka aku berkata kepada baginda : wahai rasulullah dikalangan kami ada yang tidak mempunyai jilbabnya maka baginda bersabda : “ Maka pakaikanlah jilbab kepadanya oleh saudara perempuannya dari jilbab mereka” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 971 dan Muslim no. 890).

Demikianlah kesungguhan baginda ingin menegakkan sunnah supaya disuruh juga sekalipun yang tidak memiliki jilbab supaya dipinjamkan atau diberikan jilbab oleh saudara-saudaranya yang lain supaya wanita itu dapat keluar menyaksikan hari raya dan menikmati ganjaran pahala dan mendengar nasihat khutbah dan beraya bersama akum muslimin.

Adapun umat Islam Malaysia pula sangat malang sudahlah kaum wanita tidak keluar pada waktu menunaikan solat dan sebaliknya duduk di rumah sahaja menonton televisyen sehingga setelah selesai solat dan selesai khutbah barulah mereka (kaum wanita Malaysia) akan keluar berhias-hias “tabarruj” cantik-cantik memamerkan kecantikan yang diharamkan.

“Dan hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” ( Al-Ahzab: 33).

Sesungguhnya secara umum selain dari waktu yang diperintahkan dan disyariatkan mereka sewajarnya tidak berhias dan harus berada di rumah.

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (An-Nur: 31)

Keempat

Sunnah pergi ke tempat solat dan pulang melalui jalan yang berbeza

Ini sunnah yang kerap ditinggalkan apabila kita selalu pergi dan kembali melalui jalan yang sama demi menjimatkan masa dan kerana hendak segera sampai lalu menyebabkan kita gagal mengikuti sunnah.

Daripada Jabir ibn Abdillah ra berkata : “Sesungguhnya nabi salallahualaihiwasalam sewaktu hari raya akan menukar jalan (sewaktu pergi dan kembali)” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 987).

Daripada Abu Hurairah ra berkata : “Sesungguhnya baginda nabi salallahualaihiwasalam sekiranya keluar pada hari raya maka baginda akan kembali pada jalan yang lain dari jalan yang dilaluinya sewaktu keluar” (hadith sahih riwayat Ibn Majah no. 1301 dan lain-lain).

Orang ramai berusaha menyegerakan kembali dan pergi dengan melalui jalan yang sama kerana hal duniawi dan ini sangatlah dicela apabila hanya demi mengejar rancangan televisyen sedangkan sunnah menyuruh kita berziarah, bertemu sahabat dan kenalan serta saling beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim.

Kelima

Sunnah berjalan kaki menuju ke tempat solat

Daripada Ali ibn Abi Tahlib ra yang berkata : “Sesungguhnya termasuk sunnah ialah keluar pada hari raya dengan berjalan kaki” (Hadith hasan riwayat Tirmidzi).

Juga dari riwayat Ibn Umar ra yang menyebut : “Sesungguhnya rasulullah salallahualaihiwasalam keluar pada hari raya dengan berjalan dan pulang dengan berjalan” (hadith sahih riwayat Ibn Majah).

Walaubagaimana pun sekiranya tempat solat itu tersangatlah jauh maka tidaklah mengapa jika menaiki kenderaan dan Islam ini bukanlah menyusahkan sebaliknya memudahkan.

“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).

Sebaliknya sunnah pula janganlah ditinggalkan bahkan diamalkan jika berkemampuan untuk melaksanakannya dan keletihan dan kemalasan bukanlah alasan dan hujah yang sesuai dan wajar untuk meninggalkan sunnah apatah lagi Allah swt juga pernah berfirman :

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).

Dan sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu urusan maka hendaklah kamu memenuhinya semampu kamu” (hadith sahih, riwayat bukhari dan Muslim no. 3199).


Keenam

Mengadakan bid’ah dengan melakukan azan dan iqamah sedangkan sunnah ialah mendirikan solat hari raya dengan ditiadakan azan dan iqamah.

Wujud kebanyakkan tempat yang masih mengalunkan azan sedangkan ianya bukan sunnah dalam agama.

Daripada Ibn Abbas ra dan Jabir ra yang berkata : “Tiada azan pada hari Eidhul Fitri dan hari Adha” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 970 dan Muslim no. 886).

Juga berkata Jabir ibn Samrah ra bahawa beliau telah solat hari raya bersama rasulullah berkali-kali dan semuanya tanpa azan dan iqamah (hadith sahih riwayat Muslim no. 887 dan Abu Daud dan Tirmidzi).

Berkata Ibn Qayyim ra bahawa sunnah ialah tidak mengadakan seruan azan dan iqamah dan juga tiada mengadakan apa-apa seruan. Walaubagaimanapun saya selalu mendapati di sesetengah tempat terdapat orang yang menambah : “ As-Solah, As-Solatu rahimakumullah…”

Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .


Ketujuh

Sunnah ialah meninggalkan perbuatan menziarahi kubur dan kawasan perkuburan keluarga baik ibubapa dan adik-beradik serta tidak melakukan bid’ah dengan menyiram air mawar dan sebagainya.

Menziarahi kubur tidaklah haram dan berdosa bahkan dibolehkan dan menjadi kebaikan apabila ianya dapat mengingatkan kematian sebaliknya yang dicegah ialah apabila menetapkan hari khusus seperti hari raya sebagai hari menziarahi kubur dan ini ialah bid’ah.

Baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya aku pernah melarang kamu menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah ia” (hadith sahih riwayat Muslim no. 977 dan Abu Daud, Nasaie dan lain-lain).

Hadith di atas menunjukkan kebolehan menziarahinya namun sama sekali tidak membenarkan perbuatan bid’ah dan kejahilan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu.

Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Sekiranya perbuatan menziarahi kubur dilakukan pada hari raya kerana hanya itulah hari yang lapang dan cuti baginya maka tidaklah mengapa dan dibolehkan dan tidaklah termasuk bid’ah sebaliknya sekiranya dilakukan sebagai merasakan ianya ibadah menziarahi kubur pada hari raya maka hukumnya berdosa dan haram.

“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu.” (Al-Mai’dah : 3).

Secara ringkas perbuatan membaca al-fatihah di sisi kubur, menyedekahkan pahala bacaan ayat-ayat suci juga perbuatan bacaan Yasin dan lain-lain adalah ditegah oleh para Sunnah.

“Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih” (Alil-Imran –31).

Tuesday, October 17, 2006

Zakat Fitrah Satu Kewajipan Yang diSyariatkan Kepada Umat Islam

Berikut ialah Artikel yang ditulis oleh ustaz emran ahmad mengenai zakat fitrah sebagai peringatan kepada umat Islam moga beroleh kebaikan dan kebajikan.

Bulan Ramadhan yang mulia ini bakal berakhir beberapa waktu lagi maka wajarlah kita saling memperingati sesama umat Islam supaya menunaikan kewajipan yang difardhukan kepada setiap muslim yang berkemampuan iaitu untuk menunaikan zakat Fitrah.

Berdasarkan istilah, zakat fitrah ialah sedekah yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam pada bulan Ramadhan sebelum solat Aidulfitri dan ianya dilakukan untuk bertujuan memberi bantuan dan kesenangan kepada golongan fakir miskin khususnya untuk mereka dapat bersenang-senang di hari raya dan bergembira seperti umat Islam yang lain serta membersihkan amal ibadah golongan yang berpuasa dari lagha’ (sia-sia) dan kekejian dan menunaikan kewajipan mereka (lihat Al-Mughni oleh Imam Ibn Qudahmah m/s 56 Jilid 3).

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra dengan berkata : “Rasulullah salallahualaihiwasalam telah memfardhukan zakat fitrah sebagai membersihkan orang yang berpuasa dari lagha’ (sia-sia) dan kekejian dengan memberikan makan kepada fakir miskin dan barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka ianya dianggap zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka ianya menjadi sedekah daripada sedekah-sedekah yang biasa” (hadith hasan riwayat Abu Daud no. 1609 dan Ibn Majah no . 1827 dengan adanya an’an namun adanya syahid dari lain riwayat).


Kewajipan Zakat Fitrah


Kewajipan Zakat Fitrah merupakan ijmak ulama ummah bahawa ianya satu kewajipan berdasarkan sunnah rasulullah sekalipun ianya tiada dalil dalam Al-Qur’an selain hanya dari sunnah rasulullah namun ianya disepakati dan tiadalah yang menyalahinya dari kalangan ahlul ilmi seperti yang disebut oleh Imam Ibn Qudamah yang menaqalkan dari Imam Abi Bakr Muhammad Ibn Munzir Al-Naisaburi pengarang kitab Al-Ijmak (lihat Al-Ijmak oleh beliau m/s 55).

Sekalipun wujud pernyataan Imam Ibn Abd Bar bahawa sebahagian dari golongan yang terkemudian dari mazhab Malik dan Daud yang mengatakan ianya sunat yang sangat dituntut namun pendapat ini jelas salah dan terkeluar dari hujah jumhur dan ijmak muslimin termasuk pendapat golongan anti-hadith yang tidak menerima pensyariatan sunnah rasulullah dan mereka itu (anti-hadith) kafir bukanlah lagi muslim.

Kewajipan Zakat Fitrah ialah dituntut kepada setiap muslim berdasarkan hadith Ibn Umar ra yang berkata : “Rasulullah telah memfardhukan (mewajibkan) zakat Fitrah segantang tamar atau dari gandum ke atas hamba ataupun yang merdeka, lelaki dan perempuan yang kecil (muda) atau yang tua dari umat Islam dan mengarahkan supaya ditunaikan kewajipan ini sebelum keluarnya orang ramai ke solat (Solat Aidhul Fitri)” (Hadith sahih diriwayatkan oleh Bukhari no. 1503 dan Muslim no. 984 dan lain-lain).

Perintah rasulullah dalam hadith di atas jelas menjadi hujah kewajipan dan tuntutan kepada Umat Islam untuk menunaikannya sebagai mentaati perintah Allah swt yang menyebut :

"Barangsiapa yang mentaati rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah" (An-Nisa : 80).

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :59)

Dalam riwayat Abu Hurairah ra baginda rasulullah juga pernah bersabda dengan pesannya :
“Setiap Umatku akan masuk syurga melainkan mereka yang engkar, maka sahabat bertanya, siapakah yang engkar itu wahai rasulullah ? Siapa yang mentaati aku maka dia akan masuk syurga dan siapa yang menderhakai aku maka dialah golongan yang engkar.” (Hadith Sahih riwayat Bukhari no. 728).

Demikianlah apabila dilihat kepada kata-kata Said ibn Musaiyib dan Umar ibn Abd Aziz ra pada firman Allah : “Sungguh telah berbahagialah mereka yang menyucikan diri” (Al-A’la : 14) iaitu yang dimaksudkan menyucikan diri ialah yang menunaikan zakat fitrah.

Disepakati oleh Ijmak ulama bahawa Zakat Fitrah ini wajib ke atas semua umat Islam yang mampu menunaikannya tanpa memudharatkan kehidupan keluarganya dalam menunaikannya dan menjadi kewajipan kepada mereka untuk menunaikan sesiapa yang dibawah tangungannya yang tidak mempunyai kemampuan misalnya kanak-kanak yang menjadi kewajipan bapa dan walinya menunaikan zakat itu bagi pihak mereka (lihat dalam Al-Iqna’ dan Al-Ijmak oleh Ibn Munzir m/s 55).

Adapun bagi wanita yang belum bernikah maka menjadi kewajipan untuk mereka menunaikan zakat Fitrah bagi diri mereka sendiri dan sekiranya mereka dibawah tangunggan wali mereka maka walilah yang menjadi penanggung dan sekiranya yang sudah bernikah maka suaminya yang menjadi pembayar zakat dan dipertangungjawabkan.

Bagaimana menunaikan Zakat Fitrah ?

Zakat Fitrah boleh dikeluarkan dengan memberi segantang tamar atau gandum atau kismis menurut hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dan Hakim. Walaubagaimanapun ianya secara umum dibolehkan memberikan makanan yang menjadi pemakanan asasi sesuatu masyarakat seperti beras bagi masyarakat Melayu di Malaysia ini berdalilkan kepada hadith dari Abu Said al-Khudri ra yang menyebut mereka mengeluarkan segantang dari makanan atau dari gandum …(lihat dalam Bukhari no. 1505 dan Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dan Nasaie).

Ini dapat dilihat dalam pelbagai hadith baik dari Ibn Umar ra dan juga dari Ibn Abbas ra yang hanya menyebut sejumlah gantang dari makanan dan tanpa mengkhususkan apakah jenis makanan kecuali memberi contoh bahawa ada yang memberi tamar, gandum dan kismis dan daqiq (tepung) dan lain-lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitabnya dengan sanad yang sahih.

Kiraan gantang ini ialah menurut kiraan ahlul Madinah berdasarkan hadith Ibn Umar ra yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Timbangan (berat) itu ditimbang menurut ahlul Makkah dan Sukatan (jumlah) itu ialah dikira pada sukatan Ahlul Madinah” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 2340, Nasaie dan Baihaqi).

Ditunaikan zakat Fitrah itu ialah hanya kepada golongan fakir miskin seperti yang disebutkan dalam pelbagai hadith yang berkait dengan zakat Fitrah seperti yang diriwayatkan dari Ibn Abbas ra dengan berkata : “Rasulullah salallahualaihiwasalam telah memfardhukan zakat fitrah sebagai membersihkan orang yang berpuasa dari lagha’ (sia-sia) dan kekejian dengan memberikan makan kepada fakir miskin dan barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka ianya dianggap zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka ianya menjadi sedekah daripada sedekah-sedekah yang biasa” (hadith hasan riwayat Abu Daud no. 1609 dan Ibn Majah no . 1827 dengan adanya an’an namun adanya syahid dari lain riwayat).


Maka pendapat ini dipegang oleh Syeikhul Islam Imam Ibn taimiyyah ra dalam Majmuk Fatawa Jilid 13 dan pelajarnya Imam Ibn Qayyim ra serta fuqaha Mazhab Malikiyah dan inilah yang paling rajih menurut ana sendiri daripada pendapat lain seperti pendapat kebanyakkan orang ramai yang khususnya dalam mazhab syafie yang mengatakan ianya boleh ditunaikan kepada ashab yang lapan yang berhak menerima zakat dan ana tidak bersetuju dalam hal ini kerana ianya tiada dalil khas dan zakat fitrah bukanlah seperti zakat harta.

Berdasarkan dalil dan hujah yang jelas ialah menyebutkan bahawa kewajipan zakat ini hanya berlaku khas dalam Bulan Ramadhan dan di dalam hadith hanya menyebut golongan fakir miskin yang berhak menerima zakat fitrah ini adapun golongan ashab yang lapan seperti yang termaktub dalam Surah At-Taubah ayat 60 itu ialah untuk zakat harta bukan zakat fitrah, wallahualam.


Waktu menunaikan Zakat Fitrah


Pelaksanaan zakat fitrah dilakukan dalam Bulan Ramadhan namun menurut sunnah yang sahih ialah pada dua hari dan sehari sebelum Aidhul Fitri seperti yang terdapat dalam riwayat Ibn Khuzaimah yang menyebut mengenai perbuatan Ibn Umar ra yang menunaikannya pada sehari atau dua hari sebelum hari Aidhul Fitri.

Juga dalam hadith yang beran’an dari Ibn Umar ra yang menyebut : “Rasulullah telah memerintahkan supaya menunaikan zakat Fitrah sebelum keluarnya orang ramai ke Solat Aidhul Fitri” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1509 dan Muslim no. 986 dan lain-lain).

Maka pelaksanaan zakat Fitrah hendaklah dilakukan sebelum selesainya solat Aidhul Fitri kerana waktu tamatnya ialah pada selepas solat seperti yang disebut oleh baginda “…barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka ianya dianggap zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka ianya menjadi sedekah daripada sedekah-sedekah yang biasa” (hadith hasan riwayat Abu Daud no. 1609 dan Ibn Majah no . 1827 dengan adanya an’an namun adanya syahid dari lain riwayat).

Demikianlah serba ringkas ana cuba ungkapkan persoalan zakat fitrah secara umum menurut panduan sunnah tanpa terlalu menuruti helaian mazhab dan khilaf fiqhiyah sebaliknya mengambil dari qaul rajih pilihan fuqaha ummah dari asar dan riwayat sahih dari sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam.


“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa” (Al-Baqarah : 183).

"Barangsiapa yang mentaati rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah" (An-Nisa : 80).

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :59)

Wallahualam



Saturday, October 07, 2006

Lailatul Qadar dan PerihalNya

Lailatul Qadar dan PerihalNya

Malam Al-Qadar ialah sebuah malam mulia yang berlaku dalam Bulan Ramadhan dan padanyalah diturunkan Al-Qur’an dan ianya merupakan sebuah malam yang agung dan waktu yang berkah dan penuh rahmah.

“Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Qur’an pada malam al-Qadar” (Al-Qadr : 1). “Tahukah kamu apakah itu malam Al-Qadr ?” (Al-Qadr : 2).

“Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr : 3).

“Turun para malaikat dan ruh (jibrail) pada malam itu dengan izin tuhan mereka untuk mengatur tiap-tiap urusan” (Al-Qadr : 4).

“Selamatlah malam itu hingga terbitnya fajar” (Al-Qadr : 5).

Pada malam tersebut yang berlaku dalam bulan Ramadhan merupakan malam mulia yang lebih mulia dari seribu bulan dan juga padanya berkah dan keselamatan dan kebaikan serta turunnya para malaikat dengan izin Allah untuk menunaikan doa-doa mereka yang memohon dan beribadah kepada Allah swt dengan ikhlas dan mengampuni dosa dan menjalankan perintah Allah swt.

Waktu Malam Al-Qadar

Disebut dalam pelbagai riwayat bahawa waktunya secara berbilang-bilang dan tidak tetap dan berbeza-beza dari tahun ke tahun. Namun apa yang sahih dari rasulullah maka waktunya ialah pada malam 21, malam ke 23 , malam ke 25 malam ke 27 dan malam ke 29 dalam bulan Ramadhan. Pastinya waktu lailatul qadar ini ialah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhan seperti yang disebut oleh pelbagai riwayat dan juga dalam hal ini telah terdapat satu risalah khas yang ditulis oleh Imam hafidz al-Iraqi ra berkenaan malam ini jadi bolehlah dirujuk.

Terletaknya lailatul qadar pada sepuluh malam yang terakhir ialah berdasarkan riwayat dari Ummul Mukminah Asiyah ra yang berkata : “Sesungguhnya rasulullah apabila berdekatan dengan sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan berpesan : “ Bersungguhlah (dalam ibadah) atau berwaspadalah kerana lailatul qadar itu pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 1169).

Sekiranya seseorang itu dilemahkan oleh sesuatu atau tidak mampu juga berusaha gigih pada sepuluh malam itu keseluruhannya maka hendaklah menumpukan usaha ibadahnya pada malam 23 dan ke atas ini disebabkan dari riwayat Ibn Umar ra bahawa bersabda baginda rasulullah : “ Hendaklah kamu bersungguh mendapatkannya lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dan sekiranya kamu dilemahkan atau menjadi letih maka janganlah kamu ditewaskan pada tujuh hari yang baki” (hadith sahih riwayat bukhari dan Muslim no. 1165).

Secara umum diperhatikan pada dalil-dalil di atas maka para ulama menyimpulkan bahawa malam yang paling khas dan kemungkinan berlakunya lailatul qadar ialah pada malam 23, 25 dan 27 serta 29 secara berselang-seli dan berbeza-beza atau mungkin bersamaan pada setiap tahun. Bagaimana Mengetahui bahawa malam itu ialah lailatul qadar ?

Pertanda sesuatu malam itu ialah lailatul qadar dapat diketahui melalui riwayat sahih yang disebutkan pertandanya dalam riwayat Abu Hurairah ra bahawa rasulullah pernah bersabda :
“ Paginya malam Lailatul qadar itu ialah apabila mataharinya muncul dengan lemah cahaya dan kurang panasnya seolah ianya redup sehingga meninggi” (hadith sahih riwayat Muslim : 762).

Manakala menurut riwayat Ibn Abbas ra berkata telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Lailatul qadar itu malam rahmah berkah dan bercahaya (berseri-seri indah) , tidak panas dan tidak pula sejuk dan pada paginya matahari menjadi lemah (cahaya dan panasnya) kemerah-merahan” (hadith hasan riwayat Thiyalisi no.349 dan Ibn Khuzaimah dan Bazzar).

Kebiasaannya sekiranya hujan pada waktu siang maka malamnya akan menjadi sebuah malam yang sederhana suhunya dan tidak panas serta tidak sejuk dan keesokkan harinya menjadi redup menurut fenomena kebiasaan. Walaubagaimanapun hanya Allahlah yang mengetahui secara tepat dan hendaklah umat islam berusaha beribadah setiap malam dan waktu kerana Allah dan mengharap redha-Nya.

Faedah Lailatul Qadar Sesungguhnya disebut oleh baginda rasulullah : “Barangsiapa yang mendirikan lailatulqadar dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan baginya segala dosa yang telah berlalu” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 759). Telah sahih dari Ummul Mukminah Aisyah ra yang telah bertanya rasulullah apakah yang perlu dibaca pada malam lailatul qadar jika beliau menjumpainya maka dijawab oleh rasulullah dengan bersabda : “ Berkatalah kamu : Allahumma sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang menyukai mengampunkan hamba-Mu maka ampunilah aku” (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 3760 dan Ibn majah no. 3850).


Doa ini ialah berikut :

اللَّهُمَّ اِنَكَ عَفُوٌّ تُحِبُ اَلفْوَ فَاعْفُ عَنِّيِ

Sesungguhnya pada malam Al-Qadar ini segala doa dimakbulkan dan hendaklah seseorang itu berdoa dengan kebijaksanaan dan untuk kebaikan dan bukanlah untuk keburukkan.

" Dan berdoalah kamu kepada Aku(Allah) nescaya Aku(Allah) akan makbulkan" (Surah Al-Ghafir : 60).

Ketahuilah hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya , cukuplah kita memohon kebaikan dari Allah dan meminta Allah yang menentukan apa yang baik untuk kita bukan sebaliknya kita yang memandai-mandai meminta yang bukan-bukan tanpa kita mengetahui apakah ianya baik untuk kita atau sebaliknya.

Manusia selalunya tidak tahu apa yang harus diminta dan tidak tahu apa yang dimintanya kepada Allah swt. Mereka memarahi Allah kerana tidak memakbulkan doanya sedangkan apa yang dimintanya itu sebenarnya buruk bagi mereka.

Jauhilah mendoakan sesuatu yang khusus yang boleh mempengaruhi hidup orang lain kerana hal itu jika dimakbulkan boleh menyebaban penderitaan kepada orang lain. Tidak mustahil doa ini dimakbulkan Allah namun apakah ini merupakan kebaikan baginya ?

" Dan ketika hamba-Ku berdoa kepada Aku , sesungguhnya aku amat dekat kepada mereka dan aku akan menyahut setiap doa dari orang yang berdoa" (Al-Baqarah : 186).

Kerana itulah disebut dalam hadith riwayat Jabir ibn Abdillah ra yang berkata “ Sesungguhnya rasulullah salallahualaihiwasalam mengajar kami melakukan isythikarah (solat ) dalam setiap urusan keseluruhannya seperti seolah baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Quran dan baginda bersabda ; “ Jika ada sesiapa di antara kamu yang mengalami masalah dalam sesuatu urusan maka solatlah dua rakaat sunat kemudian berdoalah ; Allahumma (wahai tuhan) , aku memohon pertunjuk dari-Mu dengan ilmu yang Engkau miliki, dan memohon kekuatan dari-Mu, dengan kekuatan yang Engkau miliki, dan memohon dari-Mu sesuatu dari kebesaran dan kemurahan-Mu yang agung.
Sesungguhnya Engkau mentaqdirkan sesuatu dan aku tiadalah kuasa dalam hal itu, dan Engkau mengetahui dan aku tidaklah mengetahui dan bahkan Engkau adalah Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Allahumma (wahai tuhan), sesungguhnya jika bagi-Mu bahawa perkara ini adalah baik bagiku dan bagi agamaku serta kehidupanku dan membawa hasil yang elok maka taqdirkanlah ianya untuk aku dan permudahkanlah aku dengannya serta berkatilah aku padanya.
Wahai tuhan, jika urusan ini buruk bagi aku dan bagi agama aku serta buruk bagi kehidupan dan memudharatkan aku maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya. Taqdirkanlah bagi aku sesuatu yang lebih baik darinya dan berkatilah aku padanya” (Hadith sahih, riwayat Bukhari m/s 126 dalam Fathul Bari Jilid 7).


Wallahualam.


Segala puji hanyalah bagi Allah