Tuesday, May 30, 2006

Persoalan Hadith Muadz Ibn jabal ra Berkaitan Ijthad Dengan Akal : Syarahan Ringkas


Adapun hadith Muadz ini sangatlah masyhur dan terdapat di dalam pelbagai kitab termasuk Al-Wajiz Fi Usul Fiqh oleh Dr Abd Karim Zaidan yang merupakan pakar usul fiqh masa kini dalam memasukkannya sebagai hujah dalam ijtihad dengan akal dan hal ini agak perlu diperjelaskan.

Darjah hadith ini ialah dhaif pada sanadnya dan matannya seperti berikut yang dikeluarkan oleh At-Tirmidzi ra :

Diberitahu kepada kami oleh Hanad yang berkata telah memberitahu kami oleh Waki' daripada Syu'bah daripada Abi Aun As-Saqafi daripada Haris ibn Amri daripada salah seorang dari sahabat Muadz ibn Jabal bahawa nabi salallahualaihiwasalam kononnya bertanya kepada Muadz ra sebelum diutuskan ke Yaman dengan bersabda : "Bagaimanakah kamu akan berhukum ? Lalu dijawab dengan Kitab Allah maka bersabda baginda : Sekiranya kamu tidak mendapati ianya di kitab Allah ? Maka dijawab akan aku berhukum dengan sunnah rasulullah lalu bersabda lagi : Sekiranya tidak terdapat dalam sunnah rasulullah ? Maka dijawab Muadz : Aku akan berijtihad dengan fikiran aku maka bersabdalah baginda : “Segala puji hanyalah bagi Allah yang menepati utusan rasulullah dengan apa yang disukai rasulullah” .

Hadith ini dhaif pada sanadnya dan diriwayatkan oleh Al-Imam Tirmidzi di dalam Sunannya pada hadith benombor 1327 dan menyebutkan hadith ini gharib (ganjil) dan isnadnya tidak bersambung dan Abu Aun As-Saqafi ialah Muhammad ibn Ubaidillah.

Manakala Haris ibn Amru ialah majhul dan tidak diketahui perihalnya menjadikan hadith ini jatuh kepada kedudukan di antara dhaif dan maudhuk (palsu) dan lelaki dari sahabat Muadz ini pun yang disebut dalam hadith juga majhul tidak diketahui siapakah dia.

Hadith ini tidak dapat dipakai untuk dibuat hujah kerana pada sudut maknanya juga hadith ini tidak menepati kehendak syariat kerana ijtihad dengan akal sangatlah dicela dan menyalahi kaedah ulama fiqah dan usul Islam yang meletakkan asas ijtihad dalam perkara yang tiada di kitab Allah dan sunnah dengan seperti menggunakan ijmak, qiyas dan sebahagian ulama seperti Imam Ahmad ra mengutamakan hadith dhaif daripada akal (ra'yu).

Berkata Ibn Hazm di dalam kitabnya Al-Ihkam fi Usul Al-Ahkam Jilid 2 m/s 773 bahawa hadith ini layahillu al-ihtijaju bihi (ianya tidak halal untuk diterima) dan menyebut kerana gugurnya rawi dan terputus sanad.

Walaubagaimanapun berkata Al-Imam Ibn Qayyim ra di dalam kitabnya A'lamul Muwaqi'ien & I'lamul Muwaqi'ien di jilid 1 m/s 162 bahawa hadith ini masyhur di kalangan ahli ilmu dan Imam Syu'bah turut meriwayatkan hadith ini sedangkan ahli hadith menyebutkan jika kamu melihat riwayat hadith yang pada sanadnya terdapat Syu'bah maka peganglah dengan kukuh hadith tersebut dan ramai ahli ilmu menerima hadith ini dengan tidak menanyakan sanadnya dan berkata juga Abu Bakar Al-Khatib bahawa Ubadah meriwayatkan daripada Abd Rahman ibn Ghanam dariada Muadz dan sanadnya bersambung wallahualam.

Saya menyimpulkan hadith ini termasuk dalam silsilah (senarai) hadith dhaif lantaran tidak ada bukti jelas mensahihkannya dan Muhadith mutakhir seperti Allamah Syeikh Albani ra turut mendhaifkan hadith ini dan meletakkannya di Silsilah hadith Dhaifnya pada bilangan hadith bernombor 881.


Wallahualam.

p/s :

Sebenarnya ana berhasrat mengulas panjang hadith ini dan mengulas mengenai kaedah usul feqah terhadap berhujah dengan akal dan cara mengunakan akal menurut kaedah Islam dalam memahami agama tetapi masa terlalu singkat disebabkan ana terlalu sibuk menguruskan banyak hal. Doakan ana dalam menghadapi menhah ujian dakwah dan kehidupan.

jazakumullahukhairan.

Thursday, May 18, 2006

Catatan Seorang Pejuang - (Kisah Benar)


Semalam saya mengalami sedikit masa-masa tertekan apabila mendapat khabar dari seorang rakan bahawa seorang ikhwah (asli arab yaman) yang menjadi tempat rujukan saya dan selalu meminta bantuan kepadanya sudah pun berangkat ke Iraq bagi menyertai jihad di sana dan dia telah pun selamat ke sisi Allah swt dari amaliyat jihadnya serta berhasil membunuh 20 ekor askar Amerika Laknatullah.

Saya tidak tahu sejak bila sebenarnya beliau berangkat, bagaimana caranya dan apa kaedah yang digunakan sehingga beliau berjaya membolosi kawalan ketat dan dapat masuk ke bumi Iraq demi Allah saya tidak tahu. Sudah lama saya tidak ketemu dengan beliau sejak saya lebih menumpukan kepada pengajian saya dan sibuk dengan usaha mencari jodoh bagi mengubati hati yang terluka dan tiba-tiba sahaja mendapat khabar bahawa beliau sudah terkorban di Iraq dan terlibat dalam amaliyat jihad (meletupkan diri dengan kereta) yang sekaligus berhasil membunuh hampir 20 orang lebih askar Amerika di kawalan pos.

Saya benar-benar tidak ada apa-apa maklumat tentang beliau, cara mereka dan bagaimana mereka ke Iraq serta apa-apa jua hal yang berkait dengan jihad di sana dan satu-satunya hubungan saya dengan dia ialah dia merupakan bekas sahabat dan rakan kenalan yang banyak membantu saya di bumi Yaman ini. Tidak lebih dari itu jadi makluman buat kepada tali barut Amerika dan SB-SB yang sentiasa gigih berusaha menghalang usaha jihad dan takut kepada aktiviti jihad serta melabelkan jihad sebagai "keganasan" atau "terorist" atau apa pun bahawa saya ingin mengisytiharkan bahawa saya tidak tahu apa-apa maklumat dan hubungan dengan mana-mana aktiviti keganasan atau jihad.

Saya hanyalah pernah mengenali beberapa ikhwah (pemuda) muslim yang baik, soleh dan warak serta mengimpikan bidadari lalu meninggalkan saya dan pergi berjihad tanpa memberitahu saya setelah itu mendapat maklumat kematian mereka dari berita-berita arab seperti Al-Jazeera itu sahaja. Oleh itu dimohon jasa baik agar tidak menyusahkan saya atas hal-hal seperti ini dan tujuan saya memaparkan catatan kali ini pun sebagai penerangan dan manfaat umum supaya mengetahui isi hati dan kisah yang berlaku oleh pemuda-pemuda Islam yang benar-benar cintakan Islam.

Rakan-rakan pelajar agama di Yaman ini yang pernah mengenali ikhwah-ikhwah (pemuda) yang terlibat dengan jihad di Iraq serta yang telah terkorban di sana maka demi melahirkan rasa sedih dan mengubati duka maka mereka telah menghasilkan sebuah nasyid yang sangat merdu dan indah yang pernah ana dengar. Amatlah wajar ana kongsikan nasyid ini bersama dan logiknya ianya bukanlah satu kesalahan untuk berkongsi nasyid yang mengubati luka.

(Nasyid ini di dalam bahasa arab tetapi telah saya terjemahkan)
"Selamat tinggal Wahai Pejuang"

Selamat tinggal wahai pejuang
Air mataku jatuh kerana rindu padamu
Bumi meratapi kehilanganmu dan menerima ketulan daging-dagingmu
Meskipun jasad kita terpisah namun jiwa kita tetap bersatu

Di dunia kita bertemu
Di akhirat kita akan bersatu

Kita mohon pada yang Esa
Di waktu sahur kita berdoa
Agar kita dapat kembali bertemu dengan gembira
Tanpa ada sesuatu yang mendukacita
Nun di syurga sana harapan kita

Di dalamnya ada sungai-sungai
Mata air yang tidak terputus
Di dalamnya bidadari memanggil-manggil kita
Dengan suaranya yang merdu tanpa bandingan

Di dalamnya kita bertemu orang yang dikasihi
Di dalamnya pula kita menjumpai rasul dan sahabat terpilih
Di dalamnya juga para umat terdahulu
Telah mendahului kita mencapai syuhada

Wahai pejuang yang telah mendahului kami
Pergilah engkau ke sisi ilahi
Masuklah engkau ke syurga abadi
Selamatlah engkau dengan apa yang dilalui
Selamat tinggal wahai pejuang
Moga kita akan bertemu lagi.

Wallahualam

Ana sewaktu membaca kiriman nasyid ini dari rakan ana lantas terus merasa sebak di dada, sesak di jiwa dan hening di mata. Masakan tidak telah sampai maksud impian para pemuda ini kepada agama dengan mengorbankan jiwa dan raga sedang kita disini masih asyik dengan mimpi sia-sia.

Tentu sahaja pemuda yang lemah lembut, menjaga agama dengan sepenuh perhatian dan halus pekerti budi ini bukanlah seorang pengganas yang jahat dan ganas seperti digambarkan oleh musuh-musuh Allah. Lihat sahaja bagaimana mereka mengambil wudhuk sudah cukup mengetahui kelembutan dan kehalusan bicara dan budi mereka.

Tertib, halus, senyum, perlahan suara dan rendah mata serta tenang gerak langkah maka tidak mungkin pemuda ini jadi ganas hanya mereka membela agama Allah ?

Sedangkan tentera Amerika dengan mempunyai kad askar dan pakaian tentera serta senjata di tangan boleh berleluasa membunuh umat Islam di mana-mana, menghentak-hentak serta menghenjut-henjut zakarnya dengan sepuas-puas ke dalam faraj gadis muslimah yang lemah, menghempuk kepala mereka ke dinding-dinding penjara setelah puas diperguna dan membunuh orang tua, menembak para pemuda dan mencacatkan kanak-kanak dengan senjata kimia maka apakah ini bukan pula keganasan ?

Lalu setelah askar ini menyelesaikan misi kerja lalu kembali pulang ke Amerika dan mendapat cuti serta bonus dari kerajaan kuffar itu maka dia boleh pula datang ke Malaysia untuk bercuti dengan memuaskan hati dan bergembira di negara umat Islam ini dan bercuti dan memuaskan nafsu sepuas-puas hati.

Tidak di tahan di kastam, tidak dihalang dilapangan terbang serta tidak pula ditangkap kerana memasuki negara umat Islam tetapi apabila, tetapi apabila, tetapi apabila, tetapi apabila para pemuda Islam yang jujur, ikhlas, dan teguh beragama, lurus peribadi dan mahu membela agama pergi keluar berjuang maka dia akan ditangkap dan dituduh "irhabi" (pengganas) dan dia akan ditahan di mana sahaja lapangan terbang, disoal siasat di mana sahaja kastam dan akan dipenjara di mana-mana sahaja penjara hanya kerana dia mahu membela Islam.

Para pemuda Islam ini menderita di mana-mana sekiranya mereka mahu pulang ke negara asalnya pun akan ditangkap sahaja maka lebih baik terus berjuang di negara orang sehingga mati terkorban demi agama dari kembali dipenjara di negara sendiri.

Allah maha mengetahui
betapa kita melayani musuh Allah dengan mulia dan menghinakan pejuang Allah dengan kejahilan kita maka ketahuilah akan sampai saat waktu segalanya mendapat ketentuan.

Wallahualam.





Tuesday, May 16, 2006

Perihal Istia’zah (الأستعاذة) Memohon Perlindungan Allah



أعوذ باالله من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan Nama Allah dari Syaitan yang direjam


Sesungguhnya meminta perlindungan dari Allah terhadap segala keburukan dan kejahatan merupalkan kewajipan kepada setiap muslim. Bahkan ianya termasuk perkara ibadah dan penghambaan seseorang kepada Allah dengan menjadikan Allah sebagai pelindung dan tempat memohon segala sesuatu. Seperti firman Allah swt dalam Al-Qur'an :

وَقُلْ رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ ٱلشَّياطِين
“ Dan berkatalah kepada tuhan; aku memohon perlindungan dari bisikan syaitan-syaitan.”
(Surah Mukminun : 97).


Begitu juga dalam firman Allah swt yang lain :

فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ إِنَّهُ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
“ Maka mintalah perlindungan dari Allah sesungguhnya Dialah Maha Pendengar dan Maha Mengetahui.” (Surah Fusilat : 36).


Mengenai masalah istiazah dan memohon perlindungan Allah dari gangguan Iblis dan syaitan maka para ulama’ menyebut bahawa ianya dilakukan selepas membaca Al-Quran dan berpegang pada zahir ayat yang memerintahkan supaya beristiazah Manakala menurut Al-Qurtubi yang mengambil riwayat dari Abu bakr bin Al-Arabi (Ibnul Arabi) dan dari ulama’ Malikiyah menyatakan sesungguhnya dibaca istiazah dan memohon perlindungan dari syaitan selepas membaca Fatihah.

Bagaimanapun jumhur (sebahagian besar ulama’ ) memegang pendapat bahawa istiazah dilakukan sebelum membaca Al-Quran demi mempertahankan gangguan syaitan. Bahkan sebagai menuruti firman Allah swt :

فَإِذَا قَرَأْتَ ٱلْقُرْآنَ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيْطَانِ ٱلرَّجِيمِ
“ Dan jika kamu membaca Al-Quran maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.” (Surah An-Nahl :98).
Ayat ini membawa makna jika kamu ingin membaca Al-Quran yakni amalan membaca itu belum dilakukan tapi jika akan dilakukan seperti mana ayat :

: إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلاةِ فٱغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ
“ Dan jika kamu mendirikan solat maka hendaklah kamu basuh muka dan kedua tangan kamu”
(Surah Al-Mai’dah :6).

Ayat ini menunjukkan jika ingin menunaikan solat hendaklah terlebih dahulu berwudhuk dan sudah tentu wudhuk mesti dibuat sebelum solat. Maka demikianlah ditafsirkan bagi ayat membaca istiazah terlebih dahulu sebelum membaca Al-Quran.

Jumhur Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa Istiazah dilakukan sebagai sunnah dan tidaklah sampai ke tahap wajib dan berdosa jika ditinggalkan.Namun diriwayatkan dari Atho ibn rabih akan bahawa ianya wajib dibaca dalam solat dan diluarnya ketika ingin membaca Al-Quran. Maka berkata pula Ibn Sirrin ra bahawa jika kamu beristiazah sekali sepanjang hayat maka sesungguhnya telah menggugurkan perintah istiazah sebagaimana yang diperintahkan dalam Quran Surah An-Nahl ayat 98 tadi.

Menurut Imam Syafie ra bahawa dalam bacaan di kuatkan membacanya dan jika diperlahankan (dibaca secara sirr, rahsia) pun tidak mengapa seperti dalam kitabnya Al-Umm dengan memberikan pilihan kerana Ibn Umar membacanya secara perlahan (sirr) dan Abu Hurairah pula membacanya secara lantang.

Makna Istiazah

Istiazah bermaksud meminta perlindungan dan pertolongan kepada Allah dari gangguan Syaitan dan godaannya dan ianya merupakan satu perintah umum kepada semua manusia. Sabda rasulullah kepada Abi Zar ra :

يا أ با ذر, تعوذ با الله من شياطين الأنس والجين, فقلت أو للأنس شياطين ؟ قال : نعم .
“ Wahai Abu Dzar, Mintalah perlindungan kepada Allah dari Syaitan manusia dan syaitan dari jin”. Lalu aku pun bertanya apakah ada Syaitan dari kalangan manusia ? Baginda pun menjawab : Ya (Hadith Hasan Lighairih, riwayat Ahmad no.2136 & An- Nasaie no. 275 Jilid 8 ).


Cara Pembacaan Istiazah


Menurut Imam Syafi’e dan Abu Hanifah ra pada ta’a’uz ialah dengan cara membaca :

اعوذباالله من الشيطان الرجيم
“ Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.”(Hadith Sahih, Tirmidzi no. 3696 & Abu Daud no. 4781) dan mereka berpendapat cukup berpada dengan kadar demikian. Namun menurut para ulama’ yang lain dibenarkan menambah sekadar yang terdapat dalam dalil dan pertunjuk dari sunnah rasulullah. Seperti yang diriwayatkan dari rasulullah salallahualaihiwasalam yang pernah membaca dengan menyebut :

أعوذباالله السميم العليم من الشيطان الرجيم
“Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari Syaitan yang direjam
” (Hadith Sahih, riwayat Abu Daud no. 775).


Juga bacaan seperti :

الشيطان الرجيم من همزه ونفخه و نفثه أعوذباالله من
“ Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam dari bisikannya, tipu helahnya dan dari gangguannya”
(Hadith Hasan, riwayat Abu Daud 764 & Ibn. Majah 804).

Manakala dalam bab membaca istiazah dalam solat maka menurut Imam Abu Hanifah dan Muhammad (anak muridnya) megatakan ianya dibaca. Dan jumhur mengatakan ianya dibaca selepas takbir iaitu sebelum Fatihah.

Mengenai hal ini para ulama’ mengatakan membaca istiazah dalam solat ialah sunnat yang sangat dituntut dan demikian pendapat jumhur kerana berdalilkan pada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id AL-Khudri bahawa rasul jika bangun malam akan bertakbir kemudian membaca doa iftitah lalu beristiazah dengan membaca :

أعوذباالله السميم العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه و نفثه
“Aku berlindung dengan Allah yang Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui dari Syaitan yang direjam dari bisikannya dari tipu helahnya dan dari dirinya.”
(Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi 242 & Ibn Majah 604).

Ianya dilakukan sebelum membaca bismillah dan Al-fatihah demikian menurut pendapat jumhur (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 332 Jilid 1). Walaubagaimana pun saya menganggap membaca istiazah dalam solat dan sebelum memulakan bacaan Al-Quran sebagai wajib sebagai ihtiyat (berhati-hati) kerana disebut secara amar (perintah) dalam Al-Quran perintah beristiazah melalui firman Allah :

فَإِذَا قَرَأْتَ ٱلْقُرْآنَ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيْطَانِ ٱلرَّجِيمِ
“Dan jika kamu membaca Al-Quran maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.”
(Surah An-Nahl :98).

Para ulama’ menyebut melalui kaedah usul bahawa meminta perlindungan Allah dari syaitan itu wajib bagi setiap muslim dan muslimat dan dengan membaca istiazah dapat menghalang gangguan syaitan maka membacanya wajib demi mencapai tujuan menghalang gangguan syaitan sebagaimana kaedah :

ما لا يتم الواجب الا به فهو الواجب
“Apa-apa yang dengannya diperlukan bagi menyempurnakan perkara wajib maka ianya pun menjadi wajib”
(Lihat Al-Wajiz fi Syarah Qawa’id Fiqhiyah fi Syariah Islamiyah m/s 181 ).


Dan para ulama’ yang mengatakan membaca istiazah itu wajib dalam solat ialah Atho ibn Rabih ra dan As-Sauri serta Auzaie dan Imam Daud Az-Zahiri dan Ibn Hazm Az-zahiri serta juga dari riwayat Ahmad (lihat Al-Muhalla’ m/s 247 Jilid 3 dan Majmuk m/s 281 Jilid 3).

Ianya dibaca secara sirr (perlahan) kerana tiada dalil nabi salallahualaihiwasalam dan para sahabat membacanya secara jahar (kuat/ lantang) bahkan para khulafah ar-rasyidun juga membacanya secara sirr cuma dibenarkan oleh ulama’ untuk membacanya secara jahar (kuat) sekali-sekala sebagai memberi didikan kepada makmun demikian menurut pendapat Ibn Abbas ra dan pendapat ulama’ seperti Imam Nawawi. (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 332 Jilid 1).

Imam Syafie mengatakan ianya iaitu istiazah dibaca setiap rakaat sebelum memulakan bacaan Quran dalam solat sebagai hukum sunnat namun pendapat yang dipilih ialah membaca pada setiap rakaat sebelum memulakan bismillah dan Al-Fatihah.




p/s :

Moga Artikel ringkas ini menjadi manfaat buat yang mahu mempelajari ilmu agama dan mahu meminta perlindungan dari Allah terhadap segala keburukkan dan kejahatan syaitan yang menjadi musuh manusia dan berada di hati manusia.

Berlalu masa dan hari tetapi diri semakin susut di hati kerana belum menemui apa yang dicari iaitu cinta abadi yang akan kekal menemani diri menemui ilahi. Moga kesusahan hari ini akan dibalas dengan kemuliaan di kemudian hari.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

KEZALIMAN KERAJAAN BN (Tahanan ISA disiksa mental, maruah dan diri dihina)

Tahanan ISA disiksa mental, maruah dan diri dihina
Mon May 15, 06 02:46:54 PM
Oleh Saari Sungib abuurwah@gmail.com


Merenung pengalaman saya ditahan dua kali di bawah ISA dan kemudian merengkok selama dua tahun di Kem Kamunting, saya dapat simpulkan enam tujuan paling utama kenapa ISA terus digunakan oleh kerajaan Umno-BN.


Pertama; tujuan ISA digunakan adalah untuk menanamkan rasa menyesal dan serik di kalangan tahanan kerana berani menentang kerajaan Umno-BN. Ini dilakukan melalui proses soal-siasat 60 hari dan juga tahanan selama dua tahun atau lebih di Kem Kamunting.


Soal-siasat 60 hari biasanya dimulakan dengan menjatuhkan maruah tahanan, melakukan segala yang boleh menjadikan tahanan merasa dihina serta memaksa tahanan mengaku bersalah atau mewujudkan keadaan di mana tahanan merasakan telah melakukan kesalahan terhadap agama, bangsa dan negara.


Dalam keadaan penahanan dilakukan secara gempar dan trauma, orang tahanan dibawa ke balai polis untuk tujuan pentadbiran. Segala yang ada pada dirinya direkodkan. Baju, seluar, seluar dalam, sikat, kad pengenalan, dompet duit, duit syiling, duit kertas, tali pinggang, cermin mata dan sebagainya.


Bahan-bahan yang dirampas dari rumah atau pejabatnya akan dicatatkan satu persatu. Cap jari tahanan akan di ambil. Bukan hanya cap ibu jari sahaja yang diambil, tetapi setiap jari dan kemudian keseluruhan jari-jari tangan diambil. Ini dilakukan pada semua jari di kedua-dua belah tangan, kanan dan kiri.


Proses ini memakan masa yang panjang. Boleh mengambil masa hingga tiga jam!


Terpaksalah tahanan tadi menunggu selama itu pula di balai dengan penuh tanda tanya dalam dirinya sendiri. Pada ketika itu sudah pelbagai soalan berlegar dalam fikirannya.
Sesudah itu SB-SB yang menahan akan mengarahkan tahanan menanggalkan pakaian. Kebanyakan tahanan yang ketika itu sedang berada dalam keadaan trauma, biasanya tidak membantah dan terus menanggalkan pakaian mereka.


Tindakan ini sebenarnya dilakukan oleh SB sebagai mengukur tahap ketahanan dan kecekalan tahanan. Jika baru diarah menangggalkan pakaian di balai pun, tahanan tersebut sudah jadi longlai dan terus akur kepada arahan, pastinya di bilik soal-siasat nanti dia akan lebih lembik dan longlai tidak bermaya lagi.


Setelah urusan di balai polis beres, tahanan akan digari, ditutup mata dan dibawa dalam sebuah kenderaan menuju ke tempat tahanan lain bagi proses soal-siasat.


Sampai di sana sekali lagi proses pentadbiran akan dijalankan. Sekali lagi seluruh cap jarinya diambil. Sekali lagi dia diarahkan untuk menanggalkan pakaiannya di depan SB dan polis.


Dia diberikan pakaian lokap dan diarahkan memakai pakaian tersebut dalam keadaan berbogel di depan SB dan polis. Kalau semasa di balai tadi dia sudah lembik, maka di tempat tahanan dengan segala trauma yang telah diwujudkan itu, dia pastinya akan bertambah lembik.


Di tempat tahanan SB, maruahnya sudah tidak ada harganya lagi!


Ia terus dihina dengan tidak diberikan alas kaki, ditempatkan di sel yang kotor dan jijik, disindir, dimaki dan dilontarkan kata-kata yang kesat oleh pengawal-pengawal tempat tahanan dan sentiasa berada dalam keadaan kedua belah tangannya digari dan matanya ditutup pada bila-bila masa ia dibawa keluar daripada sel tahanan.


Tujuannya adalah untuk menghina tahanan dan menjadikan tahanan merasakan dirinya amat hina sekali.


Pengawal sel tahanan diarahkan oleh SB-SB agar menghempaskan pintu-pintu besi sel setiap kali keluar masuk. Tujuannya untuk menambahkan trauma dan kecut hati pada diri orang tahanan.


Bingit telinga dan bagai nak tercabut jantung orang tahanan dek seringnya pintu-pintu besi itu dihempas semasa dibuka dan ditutup. Ia dilarang menyebut namanya sendiri. Ia hanya boleh menyebut nombor tahanannya kepada pengawal sel atau kepada SB-SB yang menyoal-siasat.


Setiap kali masuk ke bilik soal-siasat dipandu oleh pengawal sel dalam keadaan digari tangan dan ditutup mata, orang tahanan kena berkata: "Tuan, OT 220, melapor diri tuan".


Sering kedengaran pekikan yang kuat:"Apa macam pondan ni! Cakap kuat-kuat! Ulang sekali lagi!. Aku picit telur kau nanti baru tahu!"


Tahanan mengulang lebih kuat: "Tuan, OT 220, melapor diri tuan".


Ditengking oleh SB sekali lagi: "Bagus! Lain kali kalau cakap macam pondan aku londeh seluar engkau!"


Proses soal-siasat pula dilajankan dengan berulang-ulang. Soalan yang sama diulang-ulang berkali-kali. Kadang-kadang oleh pasukan SB yang sama. Kadangkala oleh satu pasukan SB yang baru.


Bosan. Sakit hati.


Biasa ditanya adalah berkenaan ceramah yang disampaikan. Segala-galanya mesti diceritakan kepada SB-SB itu. Siapa anjur? Berapa orang hadir? Siapa penceramah lain? Kamu datang dengan siapa? Naik apa? Sampai pukul berapa? Bertolak pukul berapa? Ikut highway mana? Pakai baju apa? Pakai kopiah atau pakai songkok? Apa kamu cakap? Apa penceramah lain cakap? Apa reaksi pendengar bila kami bercakap? Berapa banyak kamu dapat bayaran untuk bercakap? Berapa kali kamu takbir? Kamu laung Reformasi berapa kali? Apa slogan lain kamu guna?


Esoknya soalan yang sama diulang-ulang oleh pasukan SB yang sama atau pasukan SB yang lain!


Selepas itu datang pula seorang dua SB bertanya penceramah tadi berapa sm tinggi dia? Apa warna kulit dia? Rambut dia macam mana? Panjang ke pendek? Pakai spek ke tidak pakai spek? Apa jawatan dia dalam PAS? Apa jawatan dia dalam KeADILan? Dia orang kuat Anwar ke? Dia sokong Chandra ke sokong Wan Azizah?


Jika sebelum ditahan seseorang itu telah berceramah lebih dari 200 kali, maka berminggu-minggulah ia terpaksa berdepan dengan kerenah SB-SB tersebut menjawab soalan yang tidak dan kena mengena dengan keselamatan negara itu.


Setiap kali tahanan membantah bahawa semua ceramah itu dijalankan di atas nama parti politik yang sah. Maka SB-SB itu tidak memperdulikan bantahan tersebut. Mereka hanya menyatakan bahawa tahanan telah memudaratkan keselamatan negara dan dengan itu SB mesti dapatkan segala maklumat tentang apa yang telah diceramahkan oleh tahanan dalam ceramah-ceramah politiknya.


Sebenarnya tindakan tersebut tidak ada tujuan selain untuk menjadikan tahanan merasa serik dan menyesal kerana telah berceramah mengkritik dasar-dasar, program-program dan salahlaku kerajaan Umno-BN.


Itu saja!
Dosa tahanan mendedahkan penyelewengan Umno-BN di depan rakyat dalam ceramah-ceramah umum mesti dihukum oleh SB-SB melalui soal-siasat ISA yang panjang dan amat membosankan.


Memang tidak dinafikan saya sendiri pada ketika itu merasa bosan. Pada masa itu ada juga saya merasa serik dan menyesal terlibat dalam ceramah-ceramah mengkritik kerajaan Umno-BN.


Tambahan pula mereka secara halus sering bertanya adakah saya mahu terus berceramah jika dibebaskan nanti?


Saya faham maksud SB-SB yang bertanya seperti itu!


Ada juga di kalangan SB-SB itu yang lebih direct. Mereka terus nasihat dan pujuk saya agar jangan menyusahkan diri dan anak-anak isteri saya dengan terlibat lagi dalam ceramah-ceramah politik yang mengkritik kerajaan Umno-BN. Tumpu sahaja menjaga anak-anak dan isteri. Biar keluarga saya hidup bahagia. Kerajaan jaga semuanya baik. Jangan susah-susahkan diri dan keluarga saya!


Kalau mahupun kata mereka, terlibat hanya di peringkat NGO dengan mengemukakan syor-syor membina kepada kerajaan. Jangan buat bising menghentam kerajaan. Kerajaan ini guna hikmah dan rasional. Jika saya beri teguran secara baik kerajaan akan dengar dan laksanakan nasihat saya.


Lebih baik lagi, ceburkan diri dalam Umno. Buat perubahan melalui Umno. Itu lebih baik, kata mereka!


Isu Yang Sama, Perpekstif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

p/s :
Saya tidak pernah bersetuju dengan kerajaan Sekuler UMNO atau Barisan Nasional dan tidak pernah mengampu kerajaan. Saya seringkali menegur kerajaan Barisan Nasional dengan cara dan uslub yang baik dan berhujah dan rasanya dalam hal ini saya lebih bagus dari TOK-TOK GURU SUFI serta USTAZ AL-Azhar atau HADRAMUT yang tidak pernah pun berani menegur kerajaan sebaliknya menjilat dengan lidah yang panjang dan zikir-zikir yang meleret.
Pun begitu saya tidak juga hanya menegur kerajaan BN tetapi juga PAS dan sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan. Disisi saya baik PAs atau BN menduduki kerusi serupa yang sama nilainya disisi saya iaitu sebagai saudara seISlam yang perlu saya nasihati.
wallahualam.

Thursday, May 11, 2006

Jihad dan Terorist, Amerika Diluar Syiah di Dalam Umat Jadi Kelam

Asalamualaikum, menulis dari ruangan kecil yang berhawa dingin dalam masa pemusafiran saya dalam menilai suasana semasa waktu ini. Baru sahaja saya menyelesaikan membaca kenyataan Iran dan pemimpin mereka terhadap Amerika itu dan ini sedangkan hakikatnya hanya segelintir yang tahu bahawa Iran sebenarnya bekerjsama dengan Amerika.

Pemimpin Iran hanya mempamerkan sikap munafiq terkutuk menyelar Amerika begitu dan begini dan juga demikian kekufuran Amerika memaparkan kononnya mahu mengancam Iran dan sebagainya sebagai menunjukkan permusahan kedua-dua negara ini sedangkan hakikatnya mereka iaitu kedua-dua negara ini "bersetubuh" dan "berjima" serta "berzina" secara mut'ah berkali-kali demi maslahat jahat mereka.

Semua orang yang waras dan ahli kaji politik antarabangsa serta memiliki kefahaman yang baik dapat menilai bagaimana kepimpinan Amerika begitu kuat menyokong syiah di Iraq kerana syiahlah yang bersepakat dengan Amerika dalam usaha menjatuhkan Sadam dan juga dalam usaha menghapuskan gerakan jihad yang kononnya disebut "militan", "pengganas" dan juga "terorist" .

Amerika mengangkat pemimpin syiah di Iraq bagi menjadi kerajaan boneka mereka dan memberi dana yang cukup besar di Yaman kepada gerakan syiah Al-Houti di Sa'dah (Sidi Hussain dan Sidi Badruddin ) untuk mengadakan peperangan dan perang saudara serta mengulingkan kerajaan Sekuler Yaman lalu mengantikannya dengan kerajaan syiah.

Mereka (Syiah di Yaman) mendapat bantuan dana dari Amerika sehingga mampu memiliki senjata api dan alatan roket serta lain-lain senjata berat bagi menguasai wilayah Sa'dah Yaman dan berusaha mengadakan perang gerila di beberapa wilayah di sini bagi menguasai San'a. Juga lebih dahsyat dari itu kebanyakkan pegawai-pegawai kerajaan juga terdiri dari golongan syiah yang disusup masuk secara licik bagi mengunakan kesempatan menerapkan syiah di Yaman.

Tidak terkira jumlah yang terkorban dari pertempuran dan bagi pengikut Sidi Badruddin dan Sidi Husain syiah Al-Haouti ini mereka akan mendapat syahid jika berperang untuk pemimpin mereka dan jika membunuh sunni maka mereka akan mendapat pahala dan syurga dan lain-lain ganjaran.

Iran pula hanya mengecohkan umat islam dengan isu nukler dan lain-lain hanyalah sebagai helah mahu menarik perhatian umat Islam kepada beberapa hal 1) bahawa mereka negara Islam yang kuat dan mampu menjadi pemimpin kepada negara Islam yang lain khasnya dari negara Islam asia seperti Malaysia dan Indonesia yang pengecut yang tunduk dan rukuk serta sujud kepada Amerika dengan begitu tomaninah dan tertib.

(Malaysia dan Indonesia wajar dikira pengecut kerana sanggup bekerjasama dengan kuffar Amerika yang memperkosa dan membunuh umat Islam dan menyembelih umat Islam seluruh dunia serta lebih teruk sanggup pula berkongsi maklumat risikan dan rahsia dengan musuh Allah ini- kita sangka baik sahaja bahawa ini semua kerana jahil maka moga Allah bukakan hati pemimpin kita kepada hidayah dan kembali kepada Isla, amin).

Iran juga sebenarnya menipu dalam mengatakan mereka jaguh dan disebalik kelantangan mereka terhadap Amerika dan musuh Allah sebenarnya hanyalah dusta belaka. Salman Rusydee yang mengarang "Satanic Verses" sehingga sekarang tidak dapat dibunuh oleh Iran sekalipun mereka (Iran syiah mendakwa) mereka menawarkan ganjaran berjuta-juta untuk sesiapa yang membunuh Salman maka hakikatnya mereka tidak peduli pun penghinaan kepada Aisyah, rasulullah dan Al-Qur'an oleh Salman Rusydee kerana itu pun juga pegangan mereka.

Tahukah anda,bahawa tokoh ulama ahlul seperti Syeikh Ihsan Ilahi telah berjaya dibunuh oleh puak syiah sekalipun dikawal ketat hanya kerana dia membongkari kedustaan dan kejahatan syiah. Maka sebenarnya jika syiah benar-benar mahu membela rasulullah maka sudah lama Salman Rusydee itu dibunuh tetapi sebaliknya sangat ramai tokoh ulama dan pendakwah ahlul sunnah dibunuh oleh puak syiah dan musuh-musuh Islam kekal tidak terusik.

2) Iran menunjukkan kelantangannya juga kerana disebabkan mahu mengatup dan melindungi hubungan baiknya dengan Amerika bagi menarik sokongan umat Islam kepada Iran dan simpati antarabangsa sambil melupakan jenayah besar syiah kepada negara-negara Islam yang lain.

Syiah menghina rasulullah dan mengatakan wahyu Allah asalnya untuk Ali bukan kepada Muhammad jadi apa kisahnya mereka jika rasulullah dihina oleh lukisan kartun Denmark ? Aisyah ra dituduh berzina dan sebagainya oleh musuh Allah maka apa pedulinya syiah yang juga mendokong hal sedemikian ? Mengatakan semua sahabat telah murtad kecuali lima atau tujuh orang sahaja dan lain-lain maka syiah lebih jahat dari Salman Rusydee dan juga dari pelukis kartun Denmark yang menghina nabi salallahualaihiwasalam.

Bodoh orang yang mempercayai syiah dan Iran...

Kasihan juga saya apabila melihat Indonesia sibuk dengan isu saudara seIslam kita Nordin Mat Top yang dituduh melakukan keganasan di Indoesia dengan letupan bom di kedutaan Asutralia dan Bali serta tempat-tempat pelacuran di mana faraj perempuan jadi dagangan serta anak-anak gadis Islam menjual kehormatan kepada zakar-zakar besar hitam dan putih orang Eropah yang melancong ke Bali bagi memuaskan nasfu dengan "faraj dan lubang punggung yang sempit dan kecil milik gadis asia"juga bagaimana "puting dadanya" digigit lembut oleh lidah-lidah kasar peminum arak dan mereka yang kafir kepada Allah dengan bayaran yang murah.

Setakat ini dari berita-berita jawapos dan juga surat khabar indonesia yang saya baca maka saya mendapati berlaku jihad oleh golongan berfaham agama seperti Nordin Mat top dan lain-lain ini kerana beberapa perkara :
a) Perjuangan mereka ini kerana tidak dapat sabar dan tidak dapat menahan diri lagi apabila melihat terlalu banyak kerosakan akhlak dan agama di dalam masyarakat Islam akibat kejahilan dan jauhnya umat Islam dari Al-Qur'an dan sunnah dan pihak musuh Islam pula menzalimi umat Islam tanpa ada pembelaan dari kerajaan dan negara-negara Islam.

Arab Saudi sibuk dengan Amerika dan membincangkan soal minyak dan duit dagangan serta keuntungan dan pemerintahnya pula memikirkan giliran gadis yang manakah akan disantap malam ini (Saya cukup memahami fitrah lelaki arab terutamanya yang kaya-raya).

Di Arab Saudi semua orang cukup takut kepada mati kerana disebabkan kemewahan dan kesenangan hidup mereka dan keselesaan yang ada menjadikan mereka mencintai dunia maka berbeza dengan di Iraq di dalam penjara Abu Ghuraib apabila perempuan muslimah Islam yang diperkosa dan dirogol hari-hari dan setelah mengandung dan puas disetubuhi maka dihempuk kepala mereka ke dinding lalu meninggal diseksa oleh Askar Amerika.

Maka tidak hairan mengapa ahlul sunnah di Iraq sanggup meletupkan diri mereka dengan bom buatan sendiri serta melakukan jihad terhadap Amerika tanpa takut mati kerana apa yang ada baki di negara mereka ialah kehancuran dan kematian yang mulia lebih disukai dari kematian hina dan dimurkai oleh Allah.

Maka kerana itu saya rasa dan berpendapat bahawa perbuatan jihad Nordin Mat top dan seangkatan dengannya hanyalah kerana tidak dapat bersabar dengan situasi umat Islam dan mahu mencapai syahid dengan jalan mengorbankan diri di jalan Allah dan menghancurkan kemudahan-kemudahan Amerika dan barat di Indonesia dan memusnahkan tempat-tempat maksiat di Indonesia sehingga orang ramai kembali sedar dan mengangkat semula kalimah jihad yang telah lama padam.

b) Siapa yang tidak marah apabila umat Islam sendiri menyokong kuffar dan menangkap umat Islam dan dihukum kerana membela Islam maka apakah baki Islam pada pemerintah ? Demikian agaknya pemikiran mereka (golongan jihad) apabila melihat kerajaan terlalu keras terhadap umat Islam, menekan dan menzalimi sesama umat Islam sebaliknya bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan Amerika dan ISrael serta negara kuffar yang lain.

Di Indonesia setiap yang terlibat dengan jihad boleh disabitkan di bawah akta keganasan dan terorist dan boleh ditembak mati maka tentunya ini menyakitkan hati umat Islam apabila kerajaan sanggup membunuh pejuang Islam yang bersih hatinya mahu berjuang di agama Allah hanya kerana mahu melindungi kuffar yang dimurkai Allah ?

c) Saya sangat yakin setiap gerakan jihad yang mengorbankan diri mereka dan sanggup mengadaikan kesenangan duniawi, kedudukan, kerusi parlimen, duit gaji bulanan dengan OT (Overtime) , faraj isteri dan buah dadanya yang lembut, kelucuan anak-anak kecil dan kenderaan mewah serta lain-lain kesenangan untuk hidup dalam buruan, bahaya dan mengorbankan nyawanya dan kehidupannya serta masa depannya tidak lain ialah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari kiamat dan yakin dengan janji -janji Allah dan mereka ini benar-benar ikhlas dan bukannya mahu mengharap balasan duniawi.

Maka sangatlah sayang, manusia suci seperti ini dibunuh dan dipenjarakan sebaliknya saya mempunyai saranan dan cadangan yang lebih baik dari itu iaitu alangkah bagusnya jika mereka ini diberi pangkat dan anugerah penghormatan dan mengirim mereka ke negara-negara barat dan Palestin serta memberi ruang mereka berjihad di sana (di luar negara misalnya ke negara kuffar) jika takut mereka berjihad di negara sendiri.

Baik Indonesia dan Malaysia semuanya sepakat dan setuju keganasan Amerika dan tahu akan kezaliman kuffar kepada Islam maka mengapa tidak sahaja dikirimkan para lelaki gagah berani ini yang sanggup meletupkan dirinya ke negara-negara kuffar ?

Itu sekadar cadangan kerana saya merasa rugi kehilangan orang-orang seperti mereka ini yang sanggup mati di zaman serba teknologi yang mana manusia suka kepada kehidupan duniawi dan tinggalkan agama deminya.

Juga harapan saya kepada kerajaan supaya berlembutlah dan kajilah dulu sebelum menghukum mengapa mereka yang berjihad ini memilih jalan jihad. Hendaknya dipertimbangkan permintaan mereka apakah kehendak dan kemahuan mereka kerana mereka umat Islam, saudara kita yang beriman dan mahu kebaikan kepada agama maka hendaknya diberi peluang mendengar tuntutan mereka.

Jika tuntutan mereka sahih dan benar misalnya mahu pusat-pusat judi ditutup, mahu tempat pelacuran dibakar dan arak diharamkan kepada dijual untuk umat Islam dan menuntut menghentikan sokongan kerajaan kepada kuffar maka permintaan seperti ini sangat baik dan mengapa tidak dipenuhi sahaja ? Apa ruginya kerajaan ?

Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124).

Jika ditutup pusat judi, maksiat dan zina, serta menegakkan Islam dalam negara maka selain kerajaan akan mendapat sokongan pemuda berani mati seperti ini bahkan kerajaan juga akan mendapat berkah dan pertolongan dari Allah serta rahmat dan kemajuan dicapai juga kemakmuran dan Islam dapat tertegak dan musuh-musuh Allah akan takut serta kezaliman dihentikan.

"Mereka yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah maka mereka itulah yang mengharap rahmat Allah” (Al-Baqarah : 218).

Baiklah waktu mencemburui saya, sayang tidak dapat mengulas panjang mengenai situasi politik semasa moga kita ketemu lagi insyaAllah...

p/s :

Setiap lontaran kata-kata di atas hanyalah sekadar pendapat saya dan hendaklah difahami saya bebas dari menyokong mana-mana pihak dan apa yang ditulis cumalah pendapat saya yang boleh diterima dan ditolak.

Saya tidak menyokong keganasan tetapi tentu sahaja saya mahukan keadilan dan diteliti isu dengan saksama sebelum membuat keputusan. Jadi kepada mana-mana pihak harap berlapang dada dengan kenyataan saya dan sila menegur dan membetulkan pandangan saya ini jika dirasakan wujud kesalahan.

wallahualam.

Thursday, May 04, 2006

Hukum Kejiranan Dalam Islam

(Berikut ialah ringkasan dari buku Ustaz Emran yang bertajuk "Fiqh Kejiranan Menurut Sunnah" yang asalnya dicadangkan untuk dibuat satu perbahasan lengkap membahaskan isu kejiranan dalam Islam secara menyeluruh dan aspek-aspeknya namun memandangkan suasana Malaysia dan kurang motivasi beliau maka tidak diselesaikan dan cukuplah ringkasan ini buat manfaat orang awam).

HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA (NAK AMBIL POST KAT MANA-MANA PUN AMBILLAH sebab BUKAN ISU SENSITIF PUN tak payah MINTA IZIN).


Muqadimah

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله نحمده و نستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و سيئات أعما لنا من يهده الله فلا مضلَّ له ومن يضْلل فلا هاديه له, و أشهد أن لا َّاله إلا الله و حده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران: 102)
ياَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم من نَّفسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنهَا زَوجَهَا وَبَثَّ مِنهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا (النساء: 1)
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيداً يُصلِح لَكُم اَعمَالَكُم وَيَغفِر لَكُم ذُنُوبَكُم وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَد فَاز فوزا عظيما (الأحزاب:70).

أمِّا بعد:

Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam namun dalam kepesatan teknologi dan kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab di antara satu sama lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

Kita lihat manusia hari ini sibuk membina rumah besar dan memasang pagar tinggi-tinggi dengan dinding tembok yang tebal sehingga memisahkan dirinya dari jiran sebelah dan hidup sendiri tanpa mempedulikan orang lain.

Marilah kita kembali kepada sunnah rasulullah dan ajaran Islam dalam menghidupkan masyarakat Islam dengan mengamalkan sunnah yang sudah semakin dilupakan iaitu menghidupkan semangat kejiranan.

Yang benar

emran ahmad Omar
San’a Yaman
(Jiran anda yang baik)



Jiran dalam Islam


Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.

Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء
“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).

Disebut oleh baginda rasulullah bahawa memiliki jiran yang baik termasuk salah satu di antara tanda-tanda kebahagiaan dan memperolehi jiran yang jahat dan tidak baik termasuk tanda keburukkan dan derita. Islam merupakan agama yang sempurna dan lengkap dengan segala pertunjuk dalam pelbagai perkara termasuk dalam soal kemasyarakatan.

Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat.

Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.

Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.

Sekiranya dia seorang yang kaya dan menghuni di perumahan mewah maka jirannya ialah mereka yang mewah dan sekiranya dia miskin dan menetap di kampung maka jirannya terdiri di kalangan mereka yang sepertinya dan ada juga yang bercampur aduk.

Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Maka Islam dalam memelihara hak sesama manusia serta memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia dan akhirat turut memasukkan asek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan seperti yang disebut di dalam hadith tadi.


Maksud dan Jenis Jiran Dalam Islam

Allah swt telah berfirman :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah dengan perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan sahaja menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam satu kewajipan untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan kepada Allah swt.

Allah menyebut (( وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى)) : iaitu yang bermaksud jiran yang padanya terdapat hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali Ibn Talhah daripada Ibn Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan Mujahid dan selain mereka yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama. Juga ada yang mengatakan dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya berdekatan.

Allah menyebut juga ((وَالْجَارِ الْجُنُبِ )) : iaitu yang bermaksud lawan kepada ayat sebelumnya yang sebahagian ulama tafsir menyebut ianya ialah jiran yang tidak memiliki hubungan darah atau kekeluargaan seperti pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra, juga yang mengatakan ianya bukan muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang disebut dalam riwayat dari Ikrimah dan Mujahid dan yang lain mengatakan yang dimaksudkan ialah jiran yang berjauhan rumahnya.


Dan setiap makna dari tafsir di atas dapat dipakai dan memiliki kekuatan hujah masing-masing dan dapat dirangkumi sekaligus dalam maksud ayat.

(lihat tafsir Tabari m/s 175-180 Jilid 5, tafsir Qurtubi m/s 183 Jilid 5 dan Tafsir Ibn Katsir m/s 495 Jilid 1dan Tafsir Syaukani m/s 743 Jilid 1).

Kesemua makna yang tersebut di atas menrangkumi makna jiran dan memiliki hak ke atas muslim yang beriman dengan Allah swt untuk berlaku baik kepada jiran baik yang beragama Islam atau bukan baik yang berhubungan darah atau yang tidak ada hubungan darah baik yang berdekatan rumah atau berjauhan.

Berkata Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra : “ Maksud nama jiran itu ialah merangkumi baik yang muslim atau yang kafir, baik yang beribadah atau yang fasiq, baik rakan atau musuh, baik yang asing atau yang senegeri, baik yang memberi manfaat atau mudharat serta baik yang mempunya kekeluargaan atau yang tidak ada hubungan atau juga yang berhampiran rumahnya atau yang jauh rumahnya dan kesemuanya memiliki hak dan kedudukan antara satu sama lain..”

(lihat dalam Fathul Bari m/s 441 Jilid 10).

Kedudukan jiran itu berbeza-beza martabat dan kedudukan sekalipun masing-masing memiliki hak untuk berlaku baik dan dimuliakan dan hal ini jelas daripada riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “ Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)

Berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah, jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah dan jiran yang kafir.

Demikian juga seperti yang disebut dalam kitab Tanbihul Ghafilin m/s 153 Jilid 1 dan Tafsir Al-Qurtubi m/s 183 Jilid 5 serta Fathul Bari m/s 441 Jilid 10 yang menyebut bahawa terbahagi jiran itu kepada 3 jenis seperti yang disebutkan di bawah :

1) Jiran yang muslim dan berhubungan darah – Mereka ini mempunyai tiga hak iaitu hak Islam, hak kekeluargaan dan hak kejiranan

2) Jiran yang muslim tanpa hubungan darah – Mereka ini mempunyai dua hak iaitu hak muslim dan hak kejiranan.

3) Jiran yang bukan Islam – Mereka ini mempunyai satu hak iaitu hak kejiranan.


Kedudukan Jiran Menurut keutamaan

Dapat disimpulkan dari ayat surah An-Nisa dan pelbagai hadith mengenai keutamaan jiran bahawa jiran itu memiliki kedudukan berbeza mengikut keadaannya antara satu sama lain seperti yang turut disebut oleh Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra

(lihat dalam Fathul Bari m/s 441 Jilid 10).

Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya :

1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah

Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)

2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan

Allah berfirman :
وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى
“..jiran tetangga yang berhubungan dekat”
(An-Nisa: 36).

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu pahala sedekah dan dapat mengeratkan hubungan” .

(hadith sahih riwayat Nasaie no. 2582 dan Tirmidzi no. 658, Ibn Majah no. 1844 dan Ahmad 16276 serta Darimi dan Baihaqi juga Hakim dengan Isnad yang sahih, disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan dihasankan oleh Tirmidzi).

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat

Allah berfirman :
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُم وَالَّذِينَ أُوتُوْا العِلْمَ دَرَجَاتِ
“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
(Al-Mujadalah :11).

Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa telah berkata Muhammad Al-Basri “ Diluaskan majlis (dberi penghormatan dalam majlis) kepada penghafaz Al-quran, ulama’ dan golongan tua dalam agama.”

(Lihat Khatib Al-Baghdadi dalam Jami’ Akhlaq Rawi wa Adab Sima’,m/s 393).

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah

Allah swt berfirman :
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لاَ يَسْتَوُونَ
“ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ? Sungguh mereka tidak sama”
(As-Sajadah : 18).

5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Seorang muslim itu ialah saudara kepada muslim yang lain, tidaklah boleh dia menzaliminya dan menyerahkannya kepada musuh (untuk dianiayai)..”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2310 dan Muslim no. 2580)

6) Jiran yang kafir

Allah swt berfirman :
وَالْجَارِ الْجُنُبِ
“Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh” (An-Nisa : 36).

Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.

(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. 6496).


Had Lingkungan Kejiranan

Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya seacra zahir kembali kepada uruf (adat setempat).

Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya.

(sila lihat dalam Fathul Qadir oleh Syaukani m/s 743 Jilid 1).

Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil yang wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut : “ Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran” . Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa pembesar suara maka dialah jiran.

Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam satu lingkungan yang dapat mendengar iqamah solat, sebahagian yang lain mengatakan pula jiran ialah mereka yang dapat besolat berjemaah pada waktu subuh dan Jumaat bersama-sama.

Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien seperti Hasan Al-Basri, Al-Auzaie dan Az-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh buah rumah dari seluruh sisi penjuru.

(lihat dalam Tafsir Al-Qurtubi m/s 185 Jilid 5, Fathul Bari m/s 447 Jilid 10 dan Jami Ulum Wal Hikam 347 Jilid 1).

Kesimpulannya lingkungan kejiranan kembali kepada penakrifan umum dan adat setempat yang terpakai dalam sesuatu masyarakat kerana setiap kawasan berbeza adat dan budaya. Sekurang-kurang lingkungan dan jumlah bilangan jiran ialah 40 buah rumah dari segenap sisi penjuru dan selebih-lebihnya ialah yang terpakai dan diamalkan oleh masyarakat setempat.


Kepentingan Jiran dalam Islam

Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :


وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

Allah memesan kepada hamba-hamba-Nya supaya menjalankan kewajipan menyembah-Nya dan juga dalam masa yang sama menjalankan kewajipan kepada sesama hamba-hamba yang lain. Bahkan di dalam kitab dan sunnah banyak sekali ayat-ayat dan hadith yang menyebut perintah menjalinkan hubungan sesama makhluk dan manusia dengan baik dan ihsan.

Adapun berkait soal jiran, di dalam Islam jiran menduduki kedudukan yang utama dan mulia disisi syarak dan perlu dipenuhi hak-hak dan kewajipan serta memuliakan mereka supaya tercapai salah satu kebahagiaan yang disebut di dalam hadith yang dinyatakan sebelum ini.

Diriwayatkan daripada Aisyah ra dan Ibn Umar ra daripada nabi salallahualaihiwasalam yang bersabda : “ Selalu Jibril memesan kepadaku (supaya berlaku baik) perihal jiran sehingga aku seolah-olah menyangka mereka dapat mewarisi (harta pusaka)” .

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5668 dan Muslim no. 2624).

Jelaslah bahawa perintah Jibril di atas menyuruh berlaku ihsan dan baik kepada jiran dan melayani mereka dengan baik tanpa mengira apakah muslim atau kafir dan apakah jahat atau baik.

Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.

(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. 6496).

Juga baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.

(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).

Hadith di atas sangatlah besar pengertiannya apabila rasulullah menghimpunkan keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan berlaku baik kepada jiran sekaligus bermakna iman kepada Allah itu bukanlah hanya di lisan atau hati sebaliknya mencakupi urusan amal perbuatan dan cabang-cabangnya sangatlah banyak serta salah satu dari cabang iman itu ialah memuliakan jiran dan berlaku baik kepadanya.

Demikian Al-Imam Baihaqi ra memasukkan dalam kitabnya Syabul Iman (Cabang Keimanan) dan menyebut pada cabang yang ke 67 dari cabang iman itu berdasarkan hadith 70 lebih cabang iman bahawa termasuk menghormati dan memuliakan jiran itu ialah cabang iman.

Menyayangi jiran juga termasuk dari perintah Islam seperti dalam hadith nabi yang menyebut : “ Demi zat yang jiwaku berada dalam genggamannya tidaklah beriman seorang hamba itu sehingga dia mencintai jirannya atau saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri” .

(hadith sahih riwayat Muslim no. 45).

Demikianlah disebut oleh baginda rasulullah bahawa hendaklah mencintai jiran dan memelihara hak mereka seperti mana kita mencintai diri kita sendiri dan mahu hak-hak kita dijagai dan dipelihara. Bahkan demikian itu merupakan kesempurnaan iman dan tanda sebagai seorang yang beriman kepada Allah.

Memenuhi Hak Jiran

Kejiranan ialah satu daripada fitrah manusia yang hidup dalam masyarakat dan Islam itu berada di antara pertengahan dalam banyak perkara dengan tidak berlebih dan berkurang. Menyentuh perihal jiran, Islam tidak membebani seseorang itu dengan sesuatu hal yang melampau sehingga dia perlu memelihara jirannya dengan mengabaikan hak dirinya sendiri sebaliknya juga sehingga tidak mengabaikan hak jirannya dengan mengutamakan dirinya sendiri sebaliknya berlaku tangungjawab ini secara saksama.

Berikut ialah di antara hak jiran yang wajar dipelihara :

1) Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran

Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” .

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47).


Perbuatan menyakiti jiran ini adalah dilarang baik dengan perbuatan, perkataan dan lisan juga dengan cara dan sikap yang ditunjukkan dan tidaklah menjadi seorang yang benar-benar beriman di sisi Allah bagi mereka yang bermusuhan dengan jirannya.

Daripada Abi Hurairah ra yang berkata telah bertanya kepada nabi salallahualaihiwasalam akan perihal seorang perempuan yang sesungguhnya dia itu berpuasa siang dan mendirikan solat malam tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya maka dijawab oleh baginda : “ Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka” dan ditanyakan kepada baginda akan perihal seorang perempuan yang lain yang bersolat sekadar yang wajib dan berpuasa ramadhan dan bersedekah tetapi tidak menyakiti jirannya maka dijawab : “Maka dia berada di syurga”.

(hadith sahih riwayat Ahmad no. 9673 dan Ibn Hibban no. 5763 danBukhari dalam Adabul Mufrad no. 119 dan Hakim no, 7304 dengan sahih Isnad dan disepakati oleh Adz-zahabi).

2) Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudharat

Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah serta termasuk salah satu tanda keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selama tidak membawa bahaya dan mudharat.

Baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.

(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).

Adapun bagi jiran yang beriman dan beragama Islam maka sekiranya jiran itu melakukan maksiat dan dosa serta kehidupannya tidak menuruti syariat Islam maka hendaklah didakwahkan dan berusaha dibimbing dengan nasihat dan teguran.

Sebaik-baik amal makruf dan mencegah mungkar itu ialah di dalam keluarga sendiri dan kemudian kepada jiran yang berdekatan. Menegur dan menasihati jiran dengan kebaikan dan kasih sayang, membimbing mereka kepada syariat Allah dan mencegah mereka dari melakukan maksiat ialah sebaik-baik dakwah dan cara memuliakan mereka.

3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka

Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang menyebut telah bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.

(hadith sahih riwayat Muslim no. 2625).

Juga daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.

(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. 6496).

4) Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan

Termasuk di antara hak dan kewajipan seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar mampunya.

Rasulullah bersabda : “Bukanlah orang yang beriman sekiranya dia kenyang seorang diri sedangkan jiran disebelahnya kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “ Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan disebelahnya dan dia mengetahui keadaan jirannya itu”

(hadith sahih riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 112 dan Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 19452 dan Hakim no, 7307 dengan isnad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi dan berkata Hafidz Al-Munziri bahawa rijalnya siqah).

Islam menetapkan bahawa hendaklah jiran itu membantu sekadar mampu dirinya untuk meringankan beban dan tekanan yang dihadapi dari kesusahan oleh jirannya dan demikianlah Islam berusaha memberi pertunjuk sedapat mungkin ke arah mencapai bahagia.

5) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat

Disebalik berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat serta membocorkan rahsia dan keaiban dari jirannya.

Hendaklah seorang yang beriman itu melindungi jirannya dari perkara yang membawa bahaya dan mudharat serta tidak menyerahkan mereka kepada musuhnya. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah yang menyebut : “Tidaklah masuk syurga orang yang tidak mengamankan jirannya dari sesuatu yang boleh membahayakannya” dan dalam riwayat lain “ orang yang tidak menyelamatkan jirannya dari sesuatu yang memudharatkannya” .

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5670 dan Muslim no. 46).

Memelihara jiran dari sesuatu yang bahaya, juga bermaksud tidak menyerahkan mereka kepada musuh dan membelot kepada mereka serta juga tidak membiarkan mereka tanpa amaran apabila adanya bahaya mendekati mereka.

Berlaku khianat kepada jiran boleh terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiran yang boleh memalukan mereka, mencederakan maruah atau nyawa mereka dan harta benda mereka. Bahkan pelbagai cara boleh berlaku dan yang paling buruk dan jahat serta keji di sisi Allah ialah mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan kepada ahli keluarga mereka.

Sabda rasulullah : “Sesungguhnya seorang lelaki itu berzina dengan sepuluh orang wanita adalah lebih ringan baginya daripada berzina dengan isteri jirannya” demikian juga apabila ditanya tentang mencuri maka dijawab : “Mencurinya seseorang itu daripada sepuluh buah rumah lebih ringan baginya daripada mencuri dari rumah jirannya” .

(hadith sahih riwayat Ahmad no. 23905 dan Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 103 dan tibrani dan berkata Hafidz Al-Munziri perawinya siqah).


Kesimpulan

Hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari akhirat mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan sebaik dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang yang beriman.
لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar kemampuannya”
(Al-Baqarah : 286).

Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai apa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup.

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).

Jiran merupakan teman sekehidupan yang berada berhampiran dengan kehidupan kita seharian dan mereka mempengaruhi keselesaan dan persekitaran hidup diri kita dan ahli keluarga. Bagi yang mempunyai anak-anak, jiran dapat menjadi teman dan contoh kepada perkembangan anak-anak dan persekitaran yang terbentuk memberikan kesan kepada masa depan mereka.

Memiliki jiran yang beragama dan soleh dapat mempengaruhi kehidupan anak-anak dan memberikan contoh serta persekitaran yang selamat serta selesa kepada ahli keluarga. Juga dengan memenuhi tanggungjawab dan peranan sebagai jiran yang baik merupakan salah satu daripada tanda keimanan dan contoh kebaikan kepada diri sendiri dan keluarga.

Tidaklah bergelar muslim yang baik dan benar apabila seseorang itu memiliki nama terkenal dan berceramah atau melakukan dakwah tabligh ke masjid-masjid dan rumah orang lain sedangkan jirannya sendiri tidak didakwah dan kewajipan kepada ahli keluarga dan jiran yang berhampiran pun tidak dipenuhi.

Islam itu mementingkan hubungan kemanusiaan yang baik dan menghimpunkan di antara keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan kelakuan baik serta akhlak dan budi perkerti mulia terhadap insan dan hamba Allah yang lain.

Marilah kita bersama-sama menjadi jiran yang baik dan berdoa kepada Allah swt seperti sabda baginda : “Ya Allah berikanlah aku perlindungan dari jiran yang jahat di tempat tinggalku” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban no. 1033 dan Abu ya’la no. 6536 dan Ibn Abi Syaibah no. 25421 dan Hakim no. 1951 denga sanad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi).


*******

p/s :
Semoga Artikel jiran ini menyejukkan sedikit ketegangan yang berlaku di kalangan umat Islam dan memahami hakikat ukhuwah Islamiyah tidak perlu kepada jemaah untuk mengajar tentang rukun ukhuwah sebaliknya cukup sunnah dan kitab Allah.

Saya akan bercuti untuk beberapa waktu jika keadaan mengizinkan untuk pergi berniaga bagi mencari wang untuk belanja pulang ke Malaysia jadi mungkin tidak menulis di web ini dan akan digantikan oleh pelajar atau rakan-rakan saya yang lain yang akan menulis bagi pihak saya..

insyaAllah.

Segala puji hanyalah bagi Allah

Wednesday, May 03, 2006

Fitnah Sanad Hadith : Sekadar Mencelah Memberi Buah Hujah


Ramai orang ramai terkeliru dengan sanad hadith apabila kebanyakkan pelajar agama di Kedah dan sekitar kawasan utara sibuk dengan sanad kitab dan hadith serta berebut-rebut belajar dari guru-guru agama yang memiliki sanad tersebut tanpa menilai kesahihan sanad dan kebenaran pemahaman dari ilmu yang disampaikan.

Kebanyakkan hafiz (penghafaz) Al-Qur’an di markaz pengajian di tanah arab misalnya di Yaman ini mempunyai sanad hafalan Al-Qur’an sehingga kepada rasulullah tetapi di sini timbul dua persoalan :

Pertamanya ialah apakah sanad itu sahih ? Kerana tidak ada ulama yang larat dan dapat mengkaji serta menilai darjah kesahihan sanad tersebut dan nilai perawinya apakah pendusta, ahli maksiat atau siqah.

Sebenarnya yang penting ialah perbuatan hafaz Al-Qur’an tersebut bukannya memiliki sanad hafalan Al-Qur’an sebab sekiranya memiliki sanad yang sahih sekalipun tetapi tidak menghafaz Al-Qur’an apa gunanya ? Tetapi jika tidak memiliki sanad dan dia dapat juga menghafaz Al-Qur’an maka dia tetap dianggap menghafaz Al-Qur’an sekalipun tidak mempunyai sanad.

Keduanya ialah kefahaman daripada isi kandungan Al-Qur’an dan mengamalkannya itu yang dituntut oleh islam bukannya memiliki sanad atau tidak kerana kalau seseorang itu menghafaz Al-Qur’an tetapi jahil makna dan isi kandungannya maka dia tak ubah seperti burung kakak tua sahaja dan selain pahala dia menghafaz Al-Qur’an dia tidak beroleh pertunjuk juga dari Al-Qur’an.

Demikianlah dengan ilmu Islam yang lain misalnya hadith atau sunnah yang penting ialah memiliki kefahaman ilmu tentang maksud dan tuntutannya secara sahih dan yang kedua ialah pengamalan darinya.

Adapun sanad hadith boleh dimiliki tetapi untuk apa ?

Baiklah di bawah ialah contoh sanad yang saya (ustaz emran) miliki terhadap hadith berikut :

الإيمان بضع وستون شعببة والحياء شعبة من الإيمان

Hadith di atas diriwayatkan oleh (saya) emran ibn ahmad ibn umar daripada guru saya Syeikh Qasim ibn Ibrahim Al-Bahr daripada gurunya Syeikh Muhammad ibn Sulaiman Al-Ahdal daripada bapanya Sulaiman Ibn Idris Maqbuli Al-Ahdal daripada pakciknya Ahmad Idris ibn Muhammad Al-Ahdal daripada bapanya Muhammad ibn Sulaiman ibn Abdillah Maqbuli Al-Ahdal daripada Abd Rahman ibn Sulaiman daripada bapanya Sulaiman ibn Yahya daripada Ahmad ibn Muhammad Syarif Maqbuli Al-Ahdal daripada Syeikh Yahya ibn Umar Maqbuli Al-Ahdal dengan berkata telah memberitahu kepada kami Sofiyudin Ahmad ibn Ishaq ibn Muhammad daripada bapanya Ishaq Ibn Muhammad daripada bapanya Muhammad Ibn Ibrahim ibn Jam’an daripada Muhammad Ibn Abi Qasim daripada bapanya Abi Qasim ibn Ishaq daripada Abi Qasim Ibn Muhammad Tahir daripada bapanya Tahir ibn Ahmad ibn Umar daripada bapanya Ahmad ibn Umar yang telah memberitahu kepadanya oleh Ibrahim Ibn Abdullah daripada Muhammad Ibn Musa daripada bapanya Musa ibn Muhammad Al-Zawali daripada bapanya Muhammad Al-Zawali daripada Ibrahim ibn Umar Alawi daripada Al-Imam Ahmad ibn Abi Khair Mansur Al-Syamaqi daripada bapanya daripada Abi Bakar ibn Ahmad As-Syarahi daripada Muhammad ibn ismail ibn Abi Soif Al-yamani daripada Abi Hasan Ali ibn Hamid daripada gurunya Isa ibn Abi Zarharawi daripada bapanya Abi Zarharawi daripada gurunya Syeikh Abdullah ibn Ahmad ibn Hamuwiyah Al-Sarqasi daripada gurunya Syeikh Muhammad ibn Yusof ibn Mathor Al-Farabri daripada Al-Imam Al-Hafizd Muhammad Ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah di dalam kitabnya Jami Sahihul Musnad Min Hadith Rasulullah Sallahualahiwasalam wa Sunnanihi wa Ayamihi atau ringkasannya Jami Sahih atau dikenali sebagai Sahih Bukhari yang telah diberitahu hadith ini daripada gurunya Abdullah Ibn Muhammad yang telah memberitahu kepadanya hadith ini daripada Abu A’miri Al-Aqadi yang telah memberitahu kepadanya Sulaiman Ibn Bilal daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abi Soleh daripada Abu Hurairah daripada nabi salallahualaihiwasalam.


Persoalan hadith ini kembali kepada dua perkara yang telah saya sebutkan di atas iaitu pertamanya apakah sanad ini sahih ?

Hadith ini sahih kerana terdapat dalam Kitab Sahih Bukhari bilangan hadith no. 9 dengan riwayat Imam Bukhari daripada gurunya Abdullah Ibn Muhammad yang telah memberitahu kepadanya hadith ini daripada Abu A’miri Al-Aqadi yang telah memberitahu kepadanya Sulaiman Ibn Bilal daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abi Soleh daripada Abu Hurairah daripada nabi salallahualaihiwasalam yang bersabda : “Iman itu terbahagi kepada enam puluh lebih cabang dan malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 9 dan Muslim no.152 ).

Hadith di atas telah pun sahih dan terdapat dalam Kitab sahih Bukhari tetapi sanad hadith ini daripada saya sehingga kepada Imam Bukhari pula tidak terjamin kesahihannya dan saya sendiri tidak berani meriwayatkan hadith ini mengatas namakan saya terus kepada rasulullah sebaliknya cukup mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitabnya daripada rasulullah dengan sanad bukhari yang telah dikaji dan disepakati kesahihan dan penerimaannya.

Adapun saya, belum ada kitab rijal (perawi) hadith membincangkan perihal diri saya dan guru saya dan guru kepada guru saya serta semua perawi kami sehingga kepada Bukhari apakah kami semua ini perawi-perawi hadith yang diterima riwayat kami atau apakah kami ini dhaif ? pendusta ? mungkar hadith ? atau seorang yang ahli maksiat ? kuat ingatan ? pelupa ? dan lain-lain.

Lalu sanad ini tidak lebih sekadar ijazah atau periwayatan berbentuk keberkatan ilmu dan kesinambungan ilmu dari guru kepada pelajarnya dan diberikan selepas tamat pengajian kitab dari syeikh yang mengajar hadith ini.

Keduanya ialah pemahaman hadith ini haruslah diambil dari seorang guru yang benar-benar alim dan benar pemahamannya menurut ahlul sunnah wal jamaah sekalipun dia tidak mempunyai sanad hadith.

Katakanlah sekalipun guru yang mengajar hadith ini merupakan cucu cicit rasulullah dan mempunyai sanad hadith atau cucu cicit Imam Bukhari yang meriwayatkan hadith ini dari Imam Bukhari misalnya tetapi dia mengajarkan kefahaman yang salah maka tidak berfaedah juga sanadnya bahkan ajarannya berbahaya dan berdosa.

Misalnya sabda nabi :

الإيمان بضع وستون شعببة والحياء شعبة من الإيمان
: “Iman itu terbahagi kepada enam puluh lebih cabang dan malu itu sebahagian dari iman”
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 9 dan Muslim no.152 ).

Lalu guru yang jahil tadi mengatakan sesiapa yang tidak mempunyai malu atau kurang malu maka dia tidak memiliki iman jadi telah kafir boleh dibunuh dan dagingnya boleh dibuat sup misalnya maka ini satu kefahaman yang salah dan menyesatkan dan sanad-sanadnya jadi sampah serta tidak berguna sekalipun benar-benar sahih bersambung kepada rasulullah.

Maka kefahaman yang sahih itulah yang paling penting dari sunnah dan hadith-hadith baginda supaya dapat kita fahami apakah tuntutan sebenar daripada hadith ini.

Ambillah pengajaran dari firman Allah swt :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan."
(Surah Al-Isra : 36).

p/s :

Semoga ulasan ini menambah jelas kepada orang ramai yang keliru tentang isu sanad dan sebagainya.