Saturday, April 29, 2006

Al-Matsur Min AdzKar Rasul - Ringkasan


Bacaan zikir pagi dan petang

Bermulanya waktu bacaan zikir pagi ini ialah dari selepas selesai menunaikan solat fardhu subuh sehinggalah waktu tengahari dan bermula waktu bacaan zikir petang ialah dari selepas menunaikan solat Asar sehinggalah ke waktu Maghrib dan ada yang berpendapat sehingga pertengahan malam namun pendapat pertama lebih tepat.

Sesungguhnya kedua waktu ini merupakan waktu utama dan mulia kerana disebut dalam hadith yang sahih bahawa kedua waktu ini merupakan di antara waktu mustajab doa serta waktu pertukaran malaikat yang mengawasi manusia.

Sabda baginda rasulullah : "Silih berganti (datang) kepada kamu Malaikat malam dan Malaikat siang dan mereka berkumpul pada waktu solat Subuh dan solat Asar. Kemudian naik malaikat yang bermalam dengan kamu, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka, padahal Dia lebih tahu keadaan mereka : "Bagaimana (keadaan mereka) sewaktu kamu tinggalkan hamba-hamba-Ku ? Mereka menjawab : "Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami datang kepada mereka dalam keadaan solat". [1]

Boleh membaca zikir ini di dalam apa jua keadaan dan bahkan bagi wanita yang didatangi haid pun dapat membacanya serta haruslah dibaca zikir ini dengan difahami makna dan maksud supaya benar-benar mencapai maksud zikir iaitu mengingati Allah dan menghayati maksud dari bacaan yang dilafazkan.


أَصْبَحْنَا , وَأصبَحَ المُلكُ ِلله , وَالحَمدُ ِلله , لاَ إِلَهَ إِلاَ الله وَحدَهُ , لاَ شَرِيكَ لَه , لَهُ المُلكُ , وَلَه ُالحَمدُ , وَهُوَ عَلىَ كُلِ شَيءٍ قَدِيرَ , رَبِّ أسألُك خَيرَ مَا فِي هَذاَ اليَومِ , وخَيرَ ما بعدَهُ , وأَعُوذُ بِكَ مِن شرِّ مَا فِي هَذَا اليَوم , وشَرِّ ما بعدهُ , رَبِّ أعوذ بك من الكسل وسوءِ الكِبَرِ , رَبِّ أعوذ بكَ من عذابٍ في النارِ , وعذابٍ فِي القَبرِ[2]

1) “Berpagi-paginya kami dengan (pengakuan) bahawa kekuasaan (dari sudut pemerintahan alam semesta) itu milik Allah dan segala puji bagi Allah yang tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepada-Nya Kekuasaan (kerajaan) dan kepada-Nya kepujian. Dia berkuasa (berkemampuan) di atas tiap-tiap sesuatu. Wahai Tuhanku ! Aku bermohon kebaikan dalam waktu hari ini dan kebaikan untuk selepasnya dan aku memohon perlindungan dari keburukkan yang terdapat pada hari ini dan keburukkan yang terdapat selepasnya. Wahai tuhanku ! Aku memohon perlindungan dari sifat malas dan membesar diri dan aku memohon perlindungan daripada azab di neraka dan azab kubur”.

(Sekiranya waktu petang maka setiap perkataan yang bergaris ditukar waktunya misalnya perkataan أصبحنا (waktu pagi) menjadi أمسينا (waktu petang) dan kemudian perkataan اليومِ (siang) menjadi الليلة (malam) sesuai dengan waktu bacaan).


اللهم بك أصبحنا , وبك أمسينا , وبك نحيا , وبك نموت , وإليك النشور[3]

2) “Wahai Allah, kepada Engkaulah (matlamat) kehidupan pagi kami dan kepada Engkaulah petang kami dan kerana Engkau (matlamat) kematian kami dan kepada Engkaulah kami dikumpulkan”.

(Sekiranya waktu petang maka digantikan perkataan bergaris dengan bertukar waktu seperti yang sebelumnya dan kalimah النشور diganti pula dengan المصيرُ yang membawa maksud yang sama cuma disesuaikan dengan waktu seperti dalam riwayat hadith).

اللهم أنت ربي , لا إله إلا أنت , خلقتني , وأنا عبدُك, وأنا على عهدِك ووعدِك ما استطعتُ , أعوذ بك من شر ما صنعتُ , أبوءُ لَكَ بنعمتكَ عَلَيَّ , وأبوء بذنبي و فاغفر لي , فإنه لا يغفرُ الذنوب إلا أنت[4]

3) “Wahai Allah, engkaulah tuhanku, tidak ada yang berhak disembah selain Engkau, yang telah menciptakan aku dan aku ini pula hamba-Mu dan aku ini juga berada di dalam perjanjian dengan-Mu dan aku berusaha memenuhi kepada-Mu sekadar yang aku mampu. Aku bermohon perlindungan-Mu daripada keburukkan apa yang aku telah lakukan derhaka aku kepada-Mu dengan nikmat apa yang telah Engkau kurniakan dan kederhakaan dosaku maka ampunilah aku sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau” .


اللهم إني أصبحتُ أُشهِدُكَ , وأُشْهِدُ حَمَلَةَ عرشِكَ , وملائكتَك , وجميعَ خلقِكَ , أنك أنت الله , لا إله إلا أنت , وأن مُحمداً عبدُكَ ورسولُك[5]

4) “ Wahai Allah, sesungguhnya aku pada pagi ini bersaksi kepada-Mu dan aku juga bersaksi dengan Arasy-Mu dan malaikat-Mu juga serta seluruh makhluk-Mu bahawa sesungguhnya Engkau ialah Allah yang tidak ada yang berhak disembah selain Engkau dan sesungguhnya Muhammad itu merupakan hamba-Mu dan rasul-Mu”.

(sekiranya petang ubah sebutan kepada waktu petang)


اللهم عافِني في بدني , اللهم عافني في سمعي , اللهم عافني في بصري , لا إله إلا أنت[6]

5) “Wahai Allah sembuhkanlah (juga bermaksud pelihara) badanku, pendengaranku dan juga penglihatanku, Tidak ada yang berhak disembah selain Engkau” .


لا إله إلا الله وحده , لا شريك له , له الملك , وله الحمد , وهو على كل شيء قدير[7]

6) “Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan bagi-Nya kerajaan (kekuasaan) dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa (berkemampuan) di atas segala sesuatu”.

اللهم إني أعوذُ بك من الكفر والفقر , اللهم إني أعوذُ بك من عذاب القبر , لا إله إلا أنت[8]

7) “Wahai Allah sesungguhnya Aku memohon perlindungan-Mu daripada kekufuran dan kemiskinan dan wahai Allah aku memohon perlindungan-Mu daripada azab kubur dan tidak ada yang berhak disembah selain Engkau”.


اللهم إني أسألك علماً نافعاً , ورزقاً طيباً , وعملاً متقبلاً[9]

8) “Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang baik dan amalan yang diterima”.

اللهم إني أسألك العافيةَ في الدُنيا والآخرة , اللهم إني أسألك العفوَ والعافيةَ , في ديني ودُنياي , وأهلي ومالي , اللهم أستر عوراتي , وآمن رَوْعَاتي , اللهم أحفظني مِن بين يَدَيَّ , ومِن خلفي , وعن يميني , وعن شمالي , ومن فوقي , وأعوذُ بعظمتِك أ، أُغتاَل مِن تحتي[10]

9) “Wahai Allah sesungguhnya aku bermohon keselamatan di dunia dan akhirat, wahai Allah sesungguhnya aku bermohon keampunan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku serta kepada ahli keluargaku dan harta bendaku. Wahai Allah lindungilah auratku dan tenangkan (amankanlah) aku dari apa-apa yang menakutkan aku dan lindungilah aku dari apa-apa yang ada ditanganku dan dari apa-apa yang dibelakangku dan dari sisi kananku dan dari sebelah kiriku dan dari apa-apa yang di atasku dan aku memohon perlindungan dengan kebesaran-Mu janganlah aku sampai dibunuh oleh sesuatu yang berada di bawahku”

اللهم فاطِرَ السمواتِ والأرضِ , عالمَ الغيبِ والشهادةِ , رَبَّ كُلَّ شيءٍ ومَلِيكَهُ , أشهد أن لا إله إلا أنت , أعوذُ بك من شرِّ نفسي , وشرِّ الشيطانِ وشِرْكِهِ , وأن أقترِفَ على نفسي سوءاً , أو أَجُرَّهُ إلى مُسلم[11]

10) “ Wahai Allah yang menciptakan langit dan bumi serta mengetahui perihal yang ghaib dan yang terlihat, tuhan bagi segala sesuatu dan yang memilikinya sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah selain Engkau dan aku memohon perlindungan-Mu dari kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan kesyirikannya dan kelakuan jahatku kepada diriku sendiri atau melakukan sesuatu yang buruk kepada muslim yang lain”

بسم الله الذي لا يَضُرُّ مع أسمه شيءٌ في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم[12]

11) “ Dengan nama Allah yang tidaklah mudharat sesuatu dengan nama-Nya baik di dunia dan di langit dan Dia maha mendengar lagi Maha Mengetahui”

رضيت بالله ربا , وبالإسلام دينا , وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبياً[13]

12) “Telah Aku redha dengan Allah sebagai tuhanku dan Islam sebagai agama-ku dan Muhammad salallahualaihiwasalam sebagai nabiku” .

سبحان الله وبحمدِه عَدَدَ خَلْقِهِ , و رِضَا نفسه , سبحان الله زِنَةَ عَرْشِهِ , سبحان الله مِدَادَ كلماته[14]

13) “ Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya yang meliputi sejumlah bilangan ciptaannya dan keredhaan-Nya dan keindahan hiasan arasy-nya dan bilangan jumlah kalimah-Nya”.

سبحان الله وبحمده [15]

14) “Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya” (dibaca seratus kali)

يا حيُّ يا قيوم برحمتك أسغيثُ , أصلح لي شأني كله , ولا تَكلني إلى نفسي طَرْفَةَ عين أبدًا[16]

15) “Wahai yang hidup dan kekal abadi dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan untuk perbaikilah keadaanku dan kedudukanku seluruhnya dan janganlah membiarkan aku dengan diriku sendiri (tanpa pertolongan-Mu) walau sekelip mata selamanya”.

لا إله إلا الله وحده , لا شريك له , له الملك , وله الحمد , يحيي ويميت , وهو على كل شيء قدير[17]

16) “Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan bagi-Nya kerajaan (kekuasaan) dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa (berkemampuan) di atas segala sesuatu”.

أصبحنا على فطرة الإسلام وكلِمة الإخلاص , ودين نبينا محمد صلى الله عليه وسلم , ومِلَّةِ أبينا إبراهيم , حنيفاً مسلماً , وما كان من المشركين[18]

17) “ Berpagian kami di atas fitrah Islam dan kalimah yang ikhlas dan agama nabi Muhammad salallahualaihiwasalam dan jalan bapa kami Ibrahim yang lurus dan selamat dan tidaklah dia dari kalangan musyrikin”

أستغفر الله[19]

18) “Aku memohon ampun kepada Allah” (dibaca seratus kali)

سبحان الله[20]

19) “Maha suci Allah” (dibaca seratus kali)

الحمدُ لله[21]

20) “Segala puji hanyalah bagi Allah” (dibaca seratus kali)

الله أكبر[22]

21) “Allah Maha besar” (dibaca seratus kali)

لا إله إلا الله وحده , لا شريك له , له الملك , وله الحمد , وهوعلى كل شيء قدير[23]

22) “Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan bagi-Nya kerajaan (kekuasaan) dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa (berkemampuan) di atas segala sesuatu”.

( سورة : الإخلاص , والفلق , والناس )[24]

23) Kemudian dibacalah setelah selesai zikir-zikir di atas akan surah Al-Ikhlas, Surah Al-falaq dan Surah An-Nass.



*******


Setelah selesai membacakan zikir-zikir maka bolehlah berdoa dan memohon kepada Allah akan hajat-hajat tertentu yang baik dan diperlukan untuk kehidupan dunia di samping menumpukan kepada permintaan dan keselamatan di kehidupan akhirat.

Berikut ialah doa sampingan yang dapat dibaca bagi mengehilangkan kesedihan. Diriwayatkan dalam kitab ibn Sunni dari Abi Musa Al-Asya’ari ra bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Barangsiapa yang ditimpa kesedihan atau mengalami penderitaan maka berdoalah dengan kalimah ini dengan berkata :


اللهم اني عبدك , ابن عبدك , ابن أمتك , ناصيتي بيدك , ما ض في حكمك عدل في قضأؤك أسألك بكل اسم هو لك سميته به نفسك او أنزلته في كتابك أو علّمته احدا من خلقك أواستأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري و جلاءحزني و ذهاب همّي


Maka berkatalah seorang lelaki kepada baginda : Wahai rasulullah apakah kami dapat mengajarkan doa ini kepada yang tidak hadir di kalangan kami ? Maka bersabdalah baginda : “Bahkan sampaikanlah doa ini dan ajarkanlah mereka kerana sesungguhnya barangsiapa yang membaca doa ini maka nescayalah Allah akan menghilangkan derita sedihnya dan memberikan kegembiraan kepada dirinya”. [25]

Diriwayatkan dalam sahihain (kitab sahih bukhari dan Muslim) bahawa baginda rasulullah apabila ditimpa bala musibah akan membaca doa berikut :

" لا اله الا الله العظيم الحليم , لا اله الا الله رب العرش العظيم , لا اله الا الله رب السموات ورب الارض ورب العرش الكريم ".[26]
اللهم رحمتك ارجو فلا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح شاني كله لا اله الا أنت.[27]

Diriwayatkan oleh Anas bahawa baginda nabi salalallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Janganlah sesiapa di kalangan kamu yang mengharapkan kematian dari akibat derita kesusahan yang menimpanya sebaliknya jika sudah tidak mampu maka berdoalah Allahumma (ya Allah) hidupkanlah aku jika hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik bagiku” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 5671 dan Muslim no. 2680).


[1] Hadith sahih, diriwayatkan oleh Bukhari 1/139 dan Muslim 2/113 dll.
[2] Hadith sahih, diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmidzi dari jalan Abdullah Ibn Mas’ud
[3] Hadith sahih diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibn Hibban dari jalan Abi Hurairah ra
[4] Hadith sahih diriwayatkan oleh Bukhari dari jalan Syadad ibn Aus ra dengan menyebutkannya sebagai penghulu istigfar dan zikir ini besar fadhilatnya lihat dalam Kitab Al-Adzkar oleh Imam Nawawi.
[5] Hadith sahih dirirwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim dengan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Adz-zahabi dari jalan Anas ra.
[6] Hadith sahih diriwayatkan oleh Tirmidzi , Hakim dan Ibn Hibban dengan sanad yang sahih dari jalan Utsman ra.
[7] Hadith sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan juga Ibn Hibban dengan isnad yang sahih dari jalan Abu Ayub Al-Ansori dan lain-lain.
[8] Hadith hasan diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam sahihnya dengan dihasankan oleh Ibn hajar.
[9] Hadith sahih diriwayatkan oleh Ibn Majah dan selainnya dari jalan Umm Salamah .
[10] Hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Adz-zahabi dari jalan Ibn Umar ra.
[11] Hadith sahih diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Hakim dengan mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-zahabi dari jalan Abi Hurairah ra.
[12] Hadith sahih diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Hakim serta Ibn Hibban dari jalan Usman ra
[13] Hadith sahih diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmidzi dan Nasaie di dalam Amal Yaum dan Lail no. 4 dan Ibn Sunni dari jalan Mar’fu dari seorang sahabat rasulullah.
[14] Hadith sahih diriwayatkan oleh Muslim dan tirmidzi dari jalan Juwairiyah ra
[15] Hadith sahih diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dari jalan Abu Hurairah ra
[16] Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Hakim dan disepakati oleh Adz-zahabi dari jalan Anas ra
[17] Hadith sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan juga Ibn Hibban dengan isnad yang sahih dari jalan Abu Ayub Al-Ansori dan lain-lain.
[18] Hadith sahih riwayat Ahmad dan dihasankan oleh Ibn Hajar dan As-Suyuthi serta disahihkan pula oleh Al-Haisami dan Al-Iraqi dan An-Nawawi dan diriwayatkan oleh Ibn Sunni dalam Amal Yaum dan Lail no. 34.
[19] Hadith sahih riwayat Muslim dan Tibrani dan lain-lain
[20] Hadith sahih diriwayatkan oleh Tirmidzi
[21] Hadith sahih diriwayatkan oleh Tirmidzi
[22] Hadith sahih diriwayatkan oleh Tirmidzi
[23] Hadith sahih dan telah disebutkan sebelumnya cuma berbagai-bagai jalan riwayat.
[24] Hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dari jalan Abdullah Ibn Khubaib ra.
[25] Hadith sahih riwayat Ahmad no 391 Jilid 1 dan Ibn Hibban no 972 dan Abu Ya’la dan Hakim
[26] Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim
[27] Hadith hasan riwayat Abu Daud dan Ahmad

No comments: