Tuesday, February 26, 2008

Mengundi Berdasarkan Parti atau Calon ? - Pendapat Rasmi Ustaz Emran

Salam,

Segala puji hanyalah bagi Allah swt,

Cuma saya renungi kenyataan Dr MAZA, saya kurang bersetuju pada maksud kesimpulan kenyataan beliau ( Di DALAM UNDILAH BERDASARKAN CALON) dan kurang setuju mereka yang mengamal pakai secara mutlak pendapat beliau dlm hal ini.

Sistem demokrasi bukan sama dengan sistem yg dibawa oleh nabi SAW pada konsep keseluruhan, sebab itu dlm hal ini pendapat ustaz Hasrizal

http://saifulislam.com/?p=1502

Pandangan beliau lebih tepat, berguna dan bermanfaat memandangkan lebih menepati situasi semasa dan lebih mengenai sistem yang berkuasa.

Dalam sistem parti, walau Calon tu baik macam mana pun, namun dia tetap tertakluk kepada kehendak parti dan keputusan mesyuarat bahagian dan negeri parti dia, bukan sesuka hati dia tadbir kawasan yg dia wakil sesuka hati...

Misalnya Dr Asyraf Wajdi org yang baik dan kita sayangi, namun bertanding atas tiket UMNO menjadikan beliau tertakluk atas arahan dan dasar parti. lalu masakan kita boleh percaya beliau nak tegakkan Islam di kawasan Tumpat dan menjadi raja memerintah di kawasan tersebut yg boleh menegakkan apa yg beliau rasa betul ? sedangkan haluan parti dan kehendak organisasi UMNo dan BN berbeza ?

Menteri Besar pun kena naik turun dua tiga kali putrajaya bagi nak boleh mendapatkan kuasa utk memerintah lagi negerinya..inikan pula wakil rakyat ?? Parti yg berkuasa...

Hal ini lebih menepati kaedah syarak dan fatwa-fatwa ulama salaf sendiri yg menuntut melihat kepada maslahat dan kesan dr tindakan yg dilakukan...

Kesan dan maslahat dr undi kita tercapai bukan pd kemenangan wakil rakyat tertentu dan peribadi tetapi parti !! Kemenangan parti yg menentukan dasar negara dan itu yg memperngaruhi maslahat.

Baca dr perspektif usul fiqh dan qawaid fiqhiyah pun kita akan setuju..parti yg penting krn aulawiyatnya kemenangan parti yg menghasilkan kesan dan menimbulkan apa yg disebut maslahat dan mudhorat.

Juga cuba baca artikel Dr Abd Aziz Bari, pakar perlembagaan supaya kita tahu cara sistem Malaysia berfungsi maka hukum dan pendapat agama dapat disalurkan menepati kehendak Ummah dan keperluan Islam semasa...

Mengenai hujah dr kitab dan Sunnah, saya nasihatkan jgn kita (org awam, Dr MAZa takpalah dia mufti) mudah-mudah menyandarkan pendapat -pendapat kita pd kitab dan sunnah dalam persoalan politik yg kita kurang arif dan tahu sistem dan perjalanannya kerana boleh mengabikatkan buruk pd org awam.

bagaimanapun, pendapat Dr MAZA tdklah saya tolak keseluruhan,

Pada situasi tertentu, kita boleh meletakkan pendapat beliau tetapi MESTI SUSUN PD AULAWIYAT DAN KEADAAN.

Pada situasi normal dan umum, utamalkan memilih PARTI !! kerana dr kaedah fiqhiyah kita faham memilih parti menghasilkan kesan dan perubahan pd maslahah kita....!!

kemudian dlm situasi khusus barulah pemilihan individu penting misalnya dlm pemilihan calon-calon yg datang dr parti-parti yg masing-masing dipercayai dan boleh diyakini kesungguhan mereka menegakkan Islam misalnya

"Dalam pilihanraya Umum ke 12 kali ini, kawasan Parlimen Alor Setar ditandingi oleh PAS, BN dan PARTI ISLAM REFAH contohlah takpun HAMAS !!!

Masa tu antara HAMAS dan PAS bolehlah kita compare antara dua parti yg nak bawa Islam ini siapa calon yg lebih baik...!!!

tetapi antara calon PAS yg kita tahu hala tuju dan matlamat serta dasar partinya dengan calon BN yang juga kita tahu ke mana dasar dan matlamat partinya...tak wajar...

tak patut kita pilih berdasarkan calon !!! ini bersalahan dgn kaedah syarak dan juga maslahat pd agama...sekiranya kita faham cara politik di Malaysia berfungsi !!!

Maaf,

saya terlupa melengkapkan pendapat saya di atas tadi dengan satu lagi keadaan dan situasi iaitu apa harus dibuat bagi kawasan yang ditandingi oleh calon syiah atau kumpulan yg beraliran sesat dan dia mewakili parti Islam dan mewakili parti yg mempunyai dasar hendak memperjuangkan Islam.

Jawapan yg dianggap oleh saya sebagai paling tepat ialah kita haruslah mengutamakan aulawiyat pd maslahat, situasi semasa yg berlangsung dgn sistem yg ada.

Di Malaysia, parti PAS pun mengadakan muktamar dan pemilihan, di situ ialah medan untuk kita jatuhkan org-org yang berfahaman salah dan sesat ini...di situ ialah medannya....bukan PRU pilihanraya Umum sebab apabila di dalam pilihanraya...menjatuhkan orang ini memberi kesan pd PARTI sekaligus memberi kesan pd maslahat kita keseluruhan.

Kita boleh sahaja jatuhkan beliau selepas pilihanraya dengan melalui desakan kepada parti, kepada pucuk pimpinan setelah Malaysia telah tertegak dengan dasar yang kita inginkan sudah berlangsung.

Seorang syiah, memang berbahaya namun dia bertanding membawa misi dan dasar parti yang didokongi beliau bukan aqidah syiahnya !!

Selepas pilihanraya, parti berjaya mendapat dan berpeluang melaksanakan dasar, kita boleh pula berterusan memperjuangkan Agenda SUNNAh dan perjuangan kitab dan sunnah yg kita inginkan dengan mendesak kepimpinan yg berfahaman sesat digugurkan.

Jika parti tersebut tidak mahu, maka kita boleh berterusan memperjuangkan isu-isu aqidah Islam dan apa yang tidak dititik beratkan oleh mereka dengan kemampuan kita.

Namun sewaktu saat kita hendak mempertaruhkan masa depan negara dan hala tuju masyarakat dan kebajikan rakyat, jangan menjadikan nila setitik rosak susu sebelangga.

Oleh itu tumpukan fokus bagi mencapai hak-hak Islam dan rakyat kemudian setelah pilihanraya, usahalah semampu kita ubah pula dan muhasabah serta perbaki soff-soff perjuangan Islam

wallahualam...

Sekadar pendapat, jika tersalah Alhamdulillah dan jika benar moga Allah kuatkan kita menanggung amanah bagi melaksanakannya.

Sunday, February 24, 2008

Pilihanraya Umum ke 12- Apa lagi yang anda perlu tahu ?

Assalamualaikum,

Salam hormat kepada pembaca yang dirahmati sekalian, apa lagi yang dirasakan perlu anda ketahui ?

semoga permasalahan anda terjawab melalui artikel dan tulisan-tulisan di bawah.

Apakah hukum menyertai pilihanraya ?

sila buka :

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=61173





Bolehkah saya mengundi calon non-muslim ?

sila buka :

http://saifulislam.com/?p=1502#more-1502



Jangan risau, akan saya update dan tambah dari semasa ke semasa untuk kegunaan anda sebagai bekal menghadapi PRU ke 12.


Saturday, February 23, 2008

Iklan- Jangan lupa apa terjadi pada umat Islam luar

Salam,

Di tengah-tengah kekecohan pilihanraya, kita tidak harus lupa pada penderitaan umat Islam di luar sana mungkin sedikit iklan boleh menyedarkan kita ?

entahlah...









Keamanan tidak akan pernah dapat dicapai tanpa Islam, yakinkah dengan multi-rasional, perpaduan kaum, kemewahan ekonomi, pembangunan dan Islam hadhari akan dapat menyekat barat dan kuasa-kuasa besar dunia daripada menjajah dan menakluk kita ?



Apakah hanya dengan menganut faham sekuler, mengakui Islam hanya sekadar agama yang berkait urusan nikah-kahwin, cerai dan mati itu boleh menjamin kita akan dianggap sebagai rakan oleh Amerika dan musuh-musuh Islam lalu mereka tidak akan mengapa-apakan kita ?





"Sesungguhnya telah pun sesat golongan sebelum mereka dan menyesatkan pula ramai orang selain mereka dan sesatlah mereka dari jalan yang benar" (Surah Al-Mai'dah : 77).

berikut ialah laporan berita :

Los Angeles, Alta California - May 2, 2004 - (ACN) The release, by CBS News, of the photographs showing the heinous sexual abuse and torture of Iraqi POW's at the notorious Abu Ghraib prison has opened a Pandora's box for the Bush regime. Apparently, the suspended US commander of the prison where the worst abuses took place, Brigadier General Janis Karpinski, has refused to take the fall by herself and has implicated the CIA, Military Intelligence and private US government contractors in the torturing of POW's and in the raping of Iraqi women detainees as well.....



Sila layari : http://www.jameswickstrom.com/

Astagfirullah...x3

Apa ustaz niiih ? Pamerkan gambar2 macam ni di blog ini ?

Saya menyakini, ramai yang membuka weblog ini banyak secara kebetulan, jadi bagi saya tidak mengapa pelajari hakikat dan kebenaran walau melalui cara yang agak keterlaluan...gambar di atas sudah ditapis, cuma saya terfikir harus dipamerkan gambar di atas agar menunjukkan sikap kebiadapan bangsa yang mengaku bertamadun di dunia hari ini dengan keangkuhan mereka.

Maruah umat Islam, tiada pembela, keagungan Islam hanya didengari sekali-sekala diselangi dengan batuk-batuk buatan oleh penceramah yang berucap di PWTC dengan merasmikan acara dan majlis rasmi.

Tiada kesungguhan, hanya ucapan belaka...

Ramai yang akan mengeluh pada saya, lalu berkata, "ustaz, kita kalau hendak menegur pun kenalah berhikmah dan beradab, menjaga tatatertib...." saya setuju pada hal tersebut, cuma jangan terlupa realiti semasa ialah apa yang saya pamerkan dan apa yang lebih lebih teruk dari itu...!

Masih ramai, umat Islam yang berilmu kononnya, mantap aqidah katanya, suci dan bersih matlamat ujarnya, salim dan sahih manhaj omongnya....namun masih menyetujui SEKULER di negara sendiri dan menganggap menjatuhkan kuffar di negara luar yang menindas umat Islam dan berjihad menentangnya ialah kerja bid'ah.

Adapun kerja-kerja menjatuhkan kezaliman, kefasiqkan dan kebathilan (yelah, sapa pulak yang mengkafirkan orang Islam di Malaysia ni jadi kita cakap fasiq jer...) ialah satu kerja khawarij yang melawan sebuah pemerintahan yang sah menurut kitab mereka dan sunnah mereka pada omongan-omongan mereka...

Bukan sekali orang menegur pasal gambar yang pernah saya pamerkan ini, katanya elok pamerkan gambar-gambar yang menutup aurat, saya setuju namun agaknya dia terlupa di Cyber Cafe yang dia sedang menaip itu ketika menulis kepada saya itu pun, gadis yang disebelahnya bahkan memakai skirt singkat menampakkan betis dan peha.

Kita tidak suka kepada kejahatan tetapi kita tiada pula melakukan usaha untuk mengubahnya lalu bagaimana ?

Kita benci parti pembangkang tiada akhlak dan tiada moral ketika bercakap tapi kita lupa yang kita juga seperti mereka yang mahu menegakkan Islam cumanya mereka bekerja siang dan malam tetapi kita hanya mengkritik pagi dan petang.

Friday, February 15, 2008

Perubahan atau menerima keadaan yang ada


Salam,

"There are two primary choices in life: to accept conditions as they exist, or accept the responsibility for changing them." - Denis Waitley





(Terdapat dua pilihan di dalam hidup, sama ada anda mahu menerima keadaan situasi yang ada atau anda mahu memikul tanggungjawab untuk mengubah situasi yang ada)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah nasib mereka." (Al-Hijr : 15)


Sekiranya anda merasakan bahawa rakyat sudah terbela, Islam sudah tertegak di Malaysia, hiburan seperti Akademik Fantatsia, budaya wanita dan gadis memakai baju menampakkan pusat, lelaki berambut punk ialah bagus, tahanan ISA memang layak dikenakan hukuman dan orang awam patut dipenjarakan tanpa bicara, anda menyukai kenaikan harga barang, merasa bahagia dengan kenaikan minyak, yuran pengajian yang meningkat, tidak mengapa PTPTN dan pengajian pendidikan kepada rakyat perlu dibayar, tol perlu wujud, hospital sudah cukup jimat murah dan polis boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa memerlukan waran dan bicara mahkamah.



Maka undilah ....




Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! di bawah anak-anak tangga...menyedut nikmat air-air syahwat..dibalik semak dan dibelukar-belukar dalam...lalu terdedah dan tertangkap sehingga memalukan...Hidup Malaysia ! Maju negara apabila bangsa lain tertangkap di bilik hotel mewah dan terkantoi melalui Video Klip yang tersebar...I am the Man !!! Mengaku bangga dan kemudian dia dibela...!!!

Bangsa Melayu layaknya melepas nafsu hanya di perdu buluh dan di balik semak...tak ubah seperti binatang...sedang yang lain di hotel mewah...bintangnya tidak terkira...

Astagfirullah...itu sahaja keluhan orang-orang kita...
Dosa dan dosa... katanya setelah pulang dari kedai kopi, membaca surat khabar kebangsaan...tetapi nasib bangsa tidak diubah setelah 50 tahun diberi mandat.

Apa usaha kita ?
Marilah pikul tanggungjawab bersama....

Membangun Bersama Islam !!!

Wednesday, January 30, 2008

Keajaiban Al-Quran Meramal Masa hadapan : Even New Techno Can't Do That !

Satu lagi aspek keajaiban Al-Qur'an ialah bahawa ianya mendedahkan lebih awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Ayat 27 surah al-Fath, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan masyarakat jahiliyyah.

"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu ) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan aman, mencukur rambut dan kepada dan mengguntingnya, sedang kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang hampir (Penaklukan Khaibar). (Surah Al-Fath, 27)

Dalam pertimbangan yang lebih teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya, seperti yang dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian memasuki Mekah.


Pemberitaan mengenai peristiwa ini yang akan terjadi di masa hadapan hanyalah sebahagian dari kebijaksaan di dalam Al-Qur'an. Dan ini juga adalah bukti bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, Maha Mengetahui. Kemenangan Byzantin adalah secebis dari khabar berita yang diberikan mengenai masa hadapan, bersama-sama dengan maklumlat lain yang tidak diketahui oleh manusia ketika itu.

Hal yang paling menarik mengenai peristiwa sejarah ini, yang akan kita lihat secara terperinci di lembaran berikutnya, iaitu kekalahan kerajaan Rom di kawasan paling rendah di permukaan bumi. Hal ini menarik kerana frasa 'kawasan yang paling rendah' secara khusus di tekan dalam ayat yang berkaitan dengan kemajuan teknologi ketika itu, ianya sangat jelas mustahil untuk membuat pengukuran dan menentukan titik yang paling rendah di muka bumi. Sebenarnya, ini adalah wahyu yang diturunkan kepada umat manusia dari Tuhan yang Maha Mengetahui.


KEMENANGAN BYZANTIN.


Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.


"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah". Surah Ar-Rum: 1-4.



Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.

Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.

Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas.


Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan


Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu. Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi.

Dengan itu kenyatan'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.

Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi.



Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.



KEAJAIBAN AL-QUR'AN DARI SUDUT SEJARAH PERKATAAN HAMAN DI DALAM AL-QUR'AN


Maklumat yang diberikan di dalam Al-Qur'an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur'an telah diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.


Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur'an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam 6 tempat yang berbeza di dalam Al-Qur'an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.

Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1.100 tahun selepas era Nabi Musa.

Segolongan penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur'an dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur'an secara tidak tepat.

Kemustahilan dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba.


Misteri hiroglifik mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' bertarikh kembali pada tahun.



Lupa pulak nak bagitau sumbernya, ya tuan-tuan artikel ini dipetik dari laman :

http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban05.php

Wallahualam



Segala puji hanyalah bagi Allah swt

Sunday, January 20, 2008

Raddul Fi'el, perangai orang kita


Bercakap mengenai raddul fi'el pasti orang-orang agama boleh memahami maksud dan maknanya melainkan mereka cuba berpura-pura tidak tahu, kura-kura di dalam perahu. Bagi pembaca yang belum mengenali dan menguasai bahasa arab, maka saya terjemahkan raddul fi'el kepada anda sebagai sikap suka mengulang balik apa yang telah dibuat oleh orang lain, sikap suka meniru apa yang sudah dibuat oleh orang lain, sikap suka membalas perbuatan orang lain sehingga sesuatu masalah menjadi berulang-ulang kali dan berpusing-pusing di dalam tahap yang sama.

Sebagai contoh kasar, jika kita melihat seorang ustaz dan ahli agama berdakwah menggunakan medan siber, laman web dan seumpamanya maka golongan raddul fi'el ini tidak boleh nak berdiam diri dan berusaha membantu Islam dengan pelbagai cara lain yang cukup luas seluas langit nun di atas sana melainkan mereka pun sibuk nak juga tiru dan nak juga berdakwah dengan menggunakan medan siber, laman web, blogger, groups dan lain-lain.

Menyemak

Masalahnya sikap mereka ini membuatkan laman web agama menjadi tersangat banyak dan menjadi semak samun dan dipenuhi di antara dusta dan haq, kebenaran dan kepalsuan, penyelewengan dan kelurusan.

Seingat saya, laman web agama yang cukup lama ialah seperti Al-Ahkam.net, ustaz shamsuri dan beberapa lagi sahaja yang bertahun-tahun dahulu menjadi rujukan dan bukaan ramai orang. Malangnya sekarang ini beribu laman termasuk blogger itu dan ini yang giat ditulis oleh ramai orang yang minat sangat nak kongsi, nak popular dan nak menjadi tukang cerita termasuk nak berkongsi ilmu sebagai ustaz yang baru tahun satu-dua di universiti.

koho-koho...
Apa yang nak dikejarkan ? sabarlah dahulu, tunggu biar diri kita benar-benar berilmu, agar tidak terlalu banyak kesilapan yang kita buat sewaktu menulis dengan ilmu yang sedikit sehingga kemudian hari kita tidak menyesal dan tidak tertampung untuk menebus semula kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Pengalaman sendiri

Saya menulis kerana ingin berkongsi pengalaman saya sendiri, di waktu saya mula menulis di blog ini, tidak banyak sangat website agama yang wujud ketika dahulu untuk saya bergabung diri. Kalau sudah wujud nescaya tidak akan lama weblog pandangan seorang ustaz ini. Hasilnya, saya banyak menyesal itu dan ini, pendapat-pendapat tidak releven saya sukar ditebus kembali. Banyak yang sudah tersebar, dikata orang menjadi buah pendapat dan fkiran saya namun hakikatnya Allah yang mengetahui saya sudah berubah dan menjadi orang baru yang tidak pun akan kembali melangkah ke belakang cukuplah sekadar menoleh mengambil pengajaran dan iktibar.

Demikian, nasihat saya jauhilah sikap raddul fi'el iaitu melakukan apa yang sudah dilakukan oleh orang lain. Sebaliknya berusaha menceburi bidang-bidang yang masih berbaki banyak untuk kita mainkan peranan dan bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan kita.

Bergabung dan bekerjasama


Bersatu dan bergabung lebih elok daripada berpecah dan bersendirian, sebuah laman weblog seperti tazkirahonline sebagai contoh sangat bagus dijadikan pengajaran kerana ia menghimpunkan ramai penulis-penulis sekaligus mengambarkan sikap jama'ie, soff , keperluan penyusunan dan kekuatan jemaah yang dimaksudkan oleh Islam.

Bahkan kesalahan kita dapat diperbetulkan dan sesetengah gaya tulis kita yang benar tetapi masih dapat diperhalusi supaya menjadi lebih baik dapat dihasilkan.

Perangai orang kita di dalam amalan raddul fi'el


Cuba anda lihat, berapa ramai anak-anak muda sekarang di UIA, UKM, UM, universiti luar negara dan anak-anak didik pak syeikh salafi di Malaysia kita berangan-angan dan bermimpi nak menjadi seperti Syeikh Albani ra ?

Ini sikap raddul fi'el juga, suka sangat meniru sesuatu yang belum tentu sesuai untuk kita tiru dengan situasi kita. Benda bagus kalau dapat meniru menjadi seperti Syeikh Albani ra tetapi perlukah kita menjadi seperti beliau ? Aulawiyatkah ? Benarkah kita di jalan yang sesuai ?

Cuba anda lihat realiti, ramai ustaz-ustaz yang mengambil bidang hadis didorong untuk mengetahui, dipengaruhi untuk mengambilnya sebagai teras pengajian kerana inginkan kelebihan menjadi orang yang mengetahui bidang hadis, kerana itu salafi, kerana boleh mengantikan syeikh albani, kerana boleh mensahihkan dan mempalsukan sesuatu hadis dan kerana boleh itu dan ini..

Last-last orang yang mengambil bahasa arab sebagai ijazah sarjana dan sastera arab sebagai subjek teras itu yang menjadi popular dan menjadi pakar adapun anda yang mengambil pengkhussan hadis ? Disebabkan bank-bank memerlukan anda memiliki ijazah di dalam syariah, syarikat dan jabatan kerajaan memerlukan orang yang berkelayakkan syariah menyebabkan anda tiada pilihan melainkan menjadi pak turut kepada sistem yahudi dengan mengambil gelaran MA (Master) membayar puluhan ribu, tiada duit mengambil hutang dan pinjaman riba untuk menyambung pengajian di dalam bidang yang anda sudah pandai.

Anda belajar mengakademikan diri anda ke peringkat yang lebih tinggi dan anda terpaksa pula mengambil Phd (DOktor) lalu jadilah anda orang yang mempunyai sarjana dan doktor maka sekarang anda layak menduduki jawatan sebagai pensyarah universiti dan ahli akademik untuk berucap di seluruh negara tentang konsep hadis dan ilmu-ilmunya.

saudara,
Maulana Asri tiada Phd pun, dan saya yakin dengan pendapat saya biar puluhan tahun lagi sekalipun, saya percaya beliau dengan izin Allah swt akan terus menyumbang dengan ilmu dan menjadi rujukan umat di Malaysia. Orang-orang yang berkualiti bukannya perlu Phd atau Master untuk menonjolkan diri tetapi mereka dinaikkan oleh Allah swt setelah mereka layak dan berhak di sisi Alah untuk dijadikan sebagai pedoman umat.

Bahkan geng ghaib dan tareqat seperti Ustaz AsSya'ari Al-Arqam pun boleh menonjol dan berjaya suatu ketika dahulu tanpa perlukan Phd dan Master agaknya kalau ditanya mana-mana pemimpin ajaran sesat seperti Ayah Pin berapa ramai sangat yang memiliki Phd dan Master ?

Tuan-puan,

Penting untuk difahami bahawa harga diri dan nilai dakwah yang kita serukan bukan bergantung kepada phd dan title Master, lemah benar kita kalau untuk berjaya dan mendapat kedudukan serta untuk menonjolkan diri maka kita perlu memiliki phd dan Master.

Sedih...

Kembalikan perhatian anda kepada realiti

Apakah yang diperlukan oleh masyarakat kita sekarang ? seorang mujtahid agong (meminjam istilah yang menarik daripada ustaz zain-ys) ? Seorang mufti hebat dan alim ? kita sudah punyai..seorang lelaki pintar yang genius ? kita sudah ada adik Adi Putra lalu apakah yang diperlukan oleh Islam dan umat kita ?

Kita perlukan apa yang diperlukan oleh Islam untuk berjaya ditegakkan di Malaysia, dan di dunia Islam hari ini iaitu "Kesatuan, Kefahaman yang sahih, Aqidah yang benar, Ilmu yang bermanfaat, Kekuatan menghadapi musuh, Kekayaan, Pembaikan dan Islah di dalam masyarakat, Al-Quran dan Sunnah di tegakkan serta dijadikan panduan dan ditafsirkan menurut panduan yang sahih."

Kita memerlukan perkara-perkara di atas lalu kita harus bekerja keras memenuhi tuntutan keperluan tersebut.

Lalu tinggalkanlah segala sikap raddul fi'el yang mengarut, mengulang kerja apa yang sudah di buat oleh orang lain, mencari gaduh dan mencari salah serta mahu membetulkan orang yang sudah lebih betul dan lebih kurang sama dengan kita.

Sangat elok kita memuhasabah diri kita dan mencari akar umbi perjuangan kita dan menilai seketika segala gerak langkah kita untuk maju ke hadapan.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt

Thursday, January 10, 2008

Kenapa Muslimah Kita Gagal Memenuhi Tuntutan Menutup Aurat ?

Assalamualaikum,

Disebabkan saya menaiki komuter setiap hari menuju ke tempat kerja menyebabkan seringkali saya berpeluang menemui dan melihat pelbagai gelagat muslimah dari segi pakaian dan pernampilan yang berbagai rupa. Sudah sekian lama saya tidak pulang ke Malaysia, maka sebulan dua ini menjadi satu pengalaman baru dan sebuah realiti yang perlu saya terima apabila melihat cara pemakaian dan penampilan masyarakat wanita Islam Malaysia.


berikut ialah apa yang saya terlihat sekalipun puas berusaha tidur di dalam komuter ;

1) Bertudung - tetapi tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan bonjolan buah dada

2) Berseluar - seluarnya ketat dan menampakkan bentuk badan

3) Berbaju kemeja - Kemeja pun singkat dan ketat, kain kemeja itu tidak pun menutup atau dilabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan atau belakang seluar.

kalaulah zip seluar terbuka mesti dapat diketahui oleh orang

4) Berbaju T-Shirt dan berlengan pendek - menampakkan lengan dan sikunya yang sesetengahnya lengan berbulu.

5) Baju kurung - tersangat ketat, menampakkan bentuk badan, menampakkan pinggang yang langsing, bahagian dada yang dipersempitkan, dan warna warni yang cukup menarik perhatian.

6) Skirt - Selalu memakai skirt yang singkat menampakkan betis dan sesetengahnya suka memakai skrit terbelah yang boleh kelihatan bahagian dalaman apabila duduk di dalam komuter.

7) Seluar jeans - cukup ramai wanita memakai seluar jeans sekalipun ianya ketat, menampakkan bentuk tubuh badan, dan mengikut shape potongan kaki.

berikut ialah jenis pekerjaan muslimah yang kebanyakkannya berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna ;

a) pekerja kilang atau buruh - suka memakai seluar jeans dan T-shirt lengan pendek dan tudung singkat.

semua saleswomen di pasaraya pakai macam ini, jurujual di kedai-kedai dan lain-lain.

b) pekerja kerajaan - suka memakai baju kurung ketat, mengikut potong badan, macam kerengga di pinggang, suka pakai kasut tinggi terhuyung-hayang berjalan, tudung selalu singkat atas dada sehingga menonjolkan bentuk buah dada.

c) pekerja swasta - suka memakai gaya bebas, kalau yang muda selalunya jeans dan kemeja atau t-shirt dengan seluar kain yang ketat bewarna hitam. ada yang berpangkat akan memakai baju kurung atau kebaya yang ketat.

kebanyakkannya tidak memakai tudung.

ini ialah berdasarkan pemerhatian saya sahaja...

kalau mengikut teori pihak tertentu, suruh bangunkan Islam dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat,kemudian baru negara...menerapkan kefahaman aqidah dahulu dan apa-apalah pun maka saya menyeru yang menerima teori ini supaya menasihati ahli keluarga kita yang terjebak di dalam kesalahan aurat ini agar mereka mendapat kefahaman aurat yang sahih.

sekiranya anda memerlukan bantuan saya sila beritahu...

juga kepada mereka yang mengikut teori kena bina negara dahulu dan mesti tegakkan hukum dan undang-undang islam supaya berkuasa ke atas rakyat dan mampu mengubah sistem dan peraturan berpakaian dan etika kod kerja di swasta dan kerajaan serta lain-lain.

maka nasihat saya dimohon supaya anda lebih gigih lagi berusaha menjayakan misi membina kuasa dan kekuatan Islam di tanahair ini dan sekiranya anda juga memerlukan bantuan saya sila beritahu apa yang dapat saya bantu..

biar apa pun teori anda tentang cara pelaksanaan Islam...kita bersetuju aurat wanita muslimah perlu dijaga dan kefahaman yang salah terhadap maksud aurat itu perlu diperbetulkan.

sampai bila ?

sampai bila, harus kita melihat orang perempuan atau muslimah kita berusaha memakai tudung dan mengenakan pelbagai tudung yang mahal harganya tetapi tetap memakai seluar jeans ketat dan memakai skirt yang menampakkan betis kaki ?

sampai bila... kita hendak membiarkan kefahaman aurat hanya bermaksud menutup rambut ?
segala puji hanyalah bagi Allah swt,
emran ahmad
bekas ustaz