Saturday, April 13, 2013

7 Ciri-ciri Pemimpin yang diperlukan oleh umat Islam

  1. Beriman dan bertaqwa

Ini kerana Allah SWT berfirman bahawa bumi ini akan diwariskan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa :
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku." [An- Nur : 55]

2. Beraqidah ahli sunnah serta berpegang teguh kepada al-Kitab dan sunnah.


Kata Imam Malik RA,
السنة سفينة نوح من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق
'As-sunnah itu seperti kapal Nabi Nuh, barangsiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang menyelisihinya akan karam.' [Tarikh Dimasyq, Ibn Asakir]

Pemimpin yang berfaham dengan kefahaman sesat atau tergolong dalam ahli bid'ah akan menghancurkan umat serta membawa kepada malapetaka kepada agama Islam dan fitnah yang besar.

Ini berdasarkan kepada hadith Tsauban RA daripada Rasulullah salallahualaihiwassalam yang bersabda :
إِنَّ مِمَّا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي أَئِمَّةً مُضِلِّينَ "Sesungguhnya, yang paling aku takutkan ke atas umatku ialah imam-imam yang menyesatkan". [Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah]

3. Berilmu dan mengasihi para ulama' serta suka menerima nasihat dari mereka.


Ulama' adalah pelita Islam, mereka membawa cahaya menerangi manusia maka mana-mana pemerintah yang melazimi ulama' akan terselamat dari kegelapan. Di dalam hadith juga ada menyebut hadith الدين النصيحة 'Agama ini ialah nasihat.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

4. Amanah dan jujur dalam menunaikan kewajipan terhadap rakyat


Kata Wahab bin Munabbih rahimahullah,"Apabila seorang pemimpin berkeinginan melakukan kecurangan atau telah melakukannya, maka Allah akan menimpakan kekurangan pada rakyatnya di pasar, di ladang tanaman, pada haiwan ternak dan pada segala sesuatu. Dan apabila seorang pemimpin berkeinginan melakukan kebaikan dan keadilan atau telah melakukannya nescaya Allah akan menurunkan berkah pada penduduknya."

Al-Walid bin Hisyam berkata,"Sesungguhnya rakyat akan rosak kerana rosaknya pemimpin, dan akan menjadi baik kerana baiknya pemimpin."

Kemakmuran umat Islam tidak akan dicapai melainkan dengan memiliki pemimpin yang jujur dan amanah dalam melaksanakan hak-hak dan tanggungjawab mereka.

5. Adil dalam berhukum dan membuat keputusan


ِAllah SWT berfirman : وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى 'Janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil, berlaku adillah kerana ia lebih mendekati taqwa.' [al-Maidah:8]

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman :
وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ
"...dan (menyuruh kamu) agar apabila berhukum di antara manusia supaya kamu berhukum dengan adil .." [an-Nisa:58]

Keadilan ialah tonggak langit, tanpanya langgit bisa runtuh lalu membawa seribu satu macam bala. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya atau bermaksud menghukum dengan hak dan kewajipan yang Allah perintahkan. Lawannya ialah zalim dan melampaui batas.

Tanpa keadilan maka tidak akan ada pertolongan Allah.

Umar bin al-Khaththab RA berkata kepada al-Mughirah ketika mengangkatnya menjadi gabenor Kufah: "Wahai Mughirah, hendaklah orang-orang baik merasa aman denganmu dan orang-orang jahat pula merasa takut terhadapmu".

6. Berani melaksanakan kebenaran dan menunaikan kewajipan


Tidak ada faedahnya seseorang menjadi pemimpin yang penakut dan bacul melainkan dia akan membawa mudharat serta kebinasaan kepada umat.

Keberanian itu dikasihi oleh Allah SWT sebagaimana sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ' Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.' [riwayat Muslim]

Pemimpin yang berani akan sentiasa membawa kebenaran dan menegakkannya walau ditentang atau diselisihi oleh ramai orang.

Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : لا يزال من أمتي أمة قائمة بأمر الله لا يضرهم من خذلهم ولا من خالفهم ، حتى يأتيهم أمر الله وهم على ذلك ' Tidak akan hilang daripada umatku satu golongan yang akan tetap melaksanakan perintah Allah dan tidak akan memudharatkan mereka orang yang mencela mereka atau menyelisihi mereka sehinggalah datang ketentuan Allah.' [riwayat al-Bukhari]

7. Penyayang dan mengasihi umat Islam serta membela golongan yang lemah


Seorang pemimpin hendaklah memiliki sifat kasih sayang. Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda:
اِرْحَمُوْا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
"Sayangilah orang-orang di bumi, nescaya Zat yang ada di langit akan menyayangimu". [Riwayat al-Tirmidzi]

Di dalam hadith yang lain ada menyebut bahawa pertolongan Allah akan diberikan kepada hamba-hambaNya selama mereka membantu orang yang lemah dikalangan mereka. Maka pemimpin Islam ialah mereka yang sentiasa hampir dan menjadi pembela kepada rakyat bawahan bukan sebaliknya menindas mereka !

Rasulullah salallahualaihiwassalam berdoa :
اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ
"Ya Allah, bagi siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyulitkan mereka, maka timpakanlah kesulitan kepadanya. Dan barang siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyayangi mereka, maka sayangilah dia.". [riwayat Muslim]

Jangan memilih pemimpin selain dari mereka yang ada tujuh sifat ini kerana kelak kita akan menyesal dikemudian hari !

Friday, April 05, 2013

Tukarkan Yang Berhormat (YB) kepada Yang Berkhidmat (YB)

Parlimen telah dibubarkan oleh Perdana Menteri. Seluruh rakyat kecoh, sana sini bercerita dan heboh namun bagi seorang Muslim, peribadinya tidak akan bertukar menjadi berwarna-warni sebaliknya kekal sebagai Muslim, tenang dan mengatur langkah dengan berhati-hati agar menepati kehendak Allah SWT.

Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :
 قل آمنت بالله ثم استقم 
'Katakanlah aku beriman kepada Allah dan beristiqamah.' [riwayat Muslim]

Tukarkan Yang Berhormat (YB) kepada Yang Berkhidmat (YB)

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda:
إنكم ستحرصون على الإمارة وستكون ندامة يوم القيامة
'Kamu sangat ingin mendapatkan jawatan kepimpinan sedangkan ia akan menjadi punca penyesalan dihari kiamat.' [riwayat al-Bukhari]

Jika ada yang dilantik ke jawatan kepimpinan maka hendaklah dia berusaha melepaskan kesusahan umat Islam, memudahkan urusan orang ramai dan membantu meringankan beban manusia kerana Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :
من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا والآخرة
'Barangsiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia maka Allah akan melepaskan daripadanya kesusahan dihari kiamat dan barangsiapa yang mempermudahkan urusan seseorang maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. [riwayat Muslim]

Allah akan membantu seseorang selama dia dalam keadaan sentiasa membantu saudaranya, jika seseorang pemimpin menjadi 'Yang Berkhidmat' (YB) maka dia pasti akan dibantu oleh Allah namun jika dia menjadi 'Yang Berhormat' (YB) maka dia pasti akan dihinakan oleh Allah di hari akhirat !

Tidak ada kebaikan yang terlepas dari pemerhatian dan amalan sahabat Nabi Salallahualaihiwassalam

Kata Ibn Umar RA :
كنا نعد لرسول الله صلى الله عليه و سلم في المجلس مائة مرة '
Kami mengira Rasulullah salallahualaihiwassalam menyebut dalam satu majlis sebanyak seratus kali perkataan berikut :
رب اغفر لي وتب علي إنك أنت التواب الرحيم
'Wahai tuhan, ampunilah aku dan maafkan aku sesungguhnya Engkau adalah Maha penerima taubat dan Maha Penyayang.' [riwayat Abu Daud dan Al-Tirmidzi]

Sahabat radiallahuanhum mengira tiap-tiap zikir yang disebut oleh Nabi Salallahualaihiwassalam akan berapa banyak baginda mengucapkannya dan lain-lain. Jika mereka begitu teliti dan bersungguh dalam mengikuti baginda maka masih adakah lagi amalan-amalan kebaikan yang dapat terlepas daripada pemerhatian mereka?

Kerana itu disebut oleh Huzaifah al-Yamani :
كل عبادة لم يتعبدها أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فلا تعبدوها
'Setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh para sahabat rasulullah salallahualaihiwassalam maka janganlah kamu melakukannya.'

Tidak ada kebaikan yang terlepas dari mereka, jika ada perkara yang kita lakukan tanpa pernah dibuat oleh para sahabat nabi Salallahualaihiwassalam maka hal tersebut bukanlah suatu kebaikan tetapi bid'ah dan keburukan yang tercela !

Sunnah menjimatkan air ketika berwudhu'


Anas bin Malik RA berkata :
كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يتوضأ بالمد، ويغتسل بالصاع إلى خمسة أمداد
'Sesungguhnya Rasulullah Salallahualaihiwassalam berwudhu dengan jumlah air sebanyak satu mud dan mandi dengan satu sha sehingga lima mud. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sebahagian pendapat mengatakan jumlah satu mud ialah lebih kurang 0.687 liter atau 687 mililiter dan sebahagian yang lain mengatakan ianya berjumlah 1.3 liter.

Orang yang berwudhu' dengan air yang banyak mudah diserang was-was oleh syaitan.

WA


Panduan Berwudhuk Cara Sunnah - Ustaz Emran

Julaibib, orang yang tak disukai oleh manusia tapi dicintai oleh Rasulullah Salallahualaihiwassalam


Beliau hodoh dan dipandang lekeh oleh manusia, beliau dianggap buruk perangai dan tidak disebut dalam majlis-majlis yang mulia dan tak diambil berat kewujudannya oleh orang lain.

Namun kata Rasulullah Salallahualaihiwassalam, Dia adalah daripada aku dan aku pula adalah daripadanya. [riwayat Muslim]
Kelebihan Julaibib RA

1. Rasulullah Salallahualaihiwassalam meminang untuknya agar dia boleh bernikah
2. Rasulullah Salallahualaihiwassalam mengingatinya dan merasa sedih dengan kehilangannya.
3. Mayat beliau ditemui berada dikelilingi oleh tujuh musuh yang turut mati dibunuh olehnya. Mengambarkan keberanian dan keperwiraannya.
4. Nabi Salallahualaihiwassalam mengatakan Julaibib adalah sebahagiaan daripada baginda dan baginda juga adalah sebahagian dari Julaibib dengan sabdanya : هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ ، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ . مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا sebanyak dua kali atau tiga kali.
5. Nabi Salallahualaihiwassalam pangku mayat beliau diatas kedua tangan baginda sehingga selesai dikorek liang lahad untuk beliau.
6. Kulit baginda dan kulit Julaibib bersentuhan tanpa lapik.
7. Nabi Salallahualaihiwassalam sendiri menurunkan jenazahnya ke dalam liang lahad.

Kemudian isteri Julaibib RA yang sanggup menikahi Julaibib yang tidak kacak dan tidak 'handsome' itu maka baginda mendoakannya dengan kebaikan melalui doa : اللهم صب عليها الخير صباً ، ولا تجعل عيشها كداً كداً

Kisah yang panjang ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Baihaqi, Imam al-Baghawi dan kisah yang berkait dengan kematian Julaibib RA diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya.



( أَنَّ جُلَيْبِيبًا كَانَ امْرَأً يَدْخُلُ عَلَى النِّسَاءِ ، يَمُرُّ بِهِنَّ وَيُلَاعِبُهُنَّ ، فَقُلْتُ لِامْرَأَتِي : لَا يَدْخُلَنَّ عَلَيْكُمْ جُلَيْبِيبٌ ؛ فَإِنَّهُ إِنْ دَخَلَ عَلَيْكُمْ لَأَفْعَلَنَّ وَلَأَفْعَلَنَّ .
قَالَ : وَكَانَتِ الْأَنْصَارُ إِذَا كَانَ لِأَحَدِهِمْ أَيِّمٌ لَمْ يُزَوِّجْهَا حَتَّى يَعْلَمَ هَلْ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهَا حَاجَةٌ أَمْ لَا .
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِرَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ : زَوِّجْنِي ابْنَتَكَ . فَقَالَ : نِعِمَّ وَكَرَامَةٌ يَا رَسُولَ اللهِ وَنُعْمَ عَيْنِي . قَالَ: إِنِّي لَسْتُ أُرِيدُهَا لِنَفْسِي . قَالَ : فَلِمَنْ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : لِجُلَيْبِيبٍ : قَالَ : فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أُشَاوِرُ أُمَّهَا . فَأَتَى أُمَّهَا فَقَالَ : رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ ابْنَتَكِ . فَقَالَتْ : نِعِمَّ وَنُعْمَةُ عَيْنِي . فَقَالَ : إِنَّهُ لَيْسَ يَخْطُبُهَا لِنَفْسِهِ إِنَّمَا يَخْطُبُهَا لِجُلَيْبِيبٍ . فَقَالَتْ : أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ لَا . لَعَمْرُ اللهِ لَا نُزَوَّجُهُ .
فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ لِيَأْتِيَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيُخْبِرَهُ بِمَا قَالَتْ أُمُّهَا قَالَتِ الْجَارِيَةُ : مَنْ خَطَبَنِي إِلَيْكُمْ ؟ فَأَخْبَرَتْهَا أُمُّهَا فَقَالَتْ : أَتَرُدُّونَ عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمْرَهُ ؟ ادْفَعُونِي ؛ فَإِنَّهُ لَمْ يُضَيِّعْنِي .
فَانْطَلَقَ أَبُوهَا إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ : شَأْنَكَ بِهَا . فَزَوَّجَهَا جُلَيْبِيبًا قَالَ :
فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةٍ لَهُ ، قَالَ : فَلَمَّا أَفَاءَ اللهُ عَلَيْهِ قَالَ لِأَصْحَابِهِ: هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟ قَالُوا : نَفْقِدُ فُلَانًا وَنَفْقِدُ فُلَانًا . قَالَ : انْظُرُوا هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟ قَالُوا : لَا . قَالَ : لَكِنِّي أَفْقِدُ جُلَيْبِيبًا . قَالَ : فَاطْلُبُوهُ فِي الْقَتْلَى . قَالَ : فَطَلَبُوهُ فَوَجَدُوهُ إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ . فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ! هَا هُوَ ذَا إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ . فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ عَلَيْهِ فَقَالَ : قَتَلَ سَبْعَةً وَقَتَلُوهُ ، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ ، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ . مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا .
ثُمَّ وَضَعَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى سَاعِدَيْهِ وَحُفِرَ لَهُ مَا لَهُ سَرِيرٌ إِلَّا سَاعِدَا رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ وَضَعَهُ فِي قَبْرِهِ ، وَلَمْ يُذْكَرْ أَنَّهُ غَسَّلَهُ .
قَالَ ثَابِتٌ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا .
وَحَدَّثَ إِسْحَاقُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ ثَابِتًا قَالَ : هَلْ تَعْلَمْ مَا دَعَا لَهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ قَالَ : اللهُمَّ صُبَّ عَلَيْهَا الْخَيْرَ صَبًّا ، وَلَا تَجْعَلْ عَيْشَهَا كَدًّا كَدًّا .
قَالَ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا .
قَالَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ : مَا حَدَّثَ بِهِ فِي الدُّنْيَا أَحَدٌ إِلَّا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، مَا أَحْسَنَهُ مِنْ حَدِيثٍ !

Sunday, March 10, 2013

Realiti pendakwah hari ini VS Zaman salafussoleh


1. Berdakwah ertinya berceramah.
2. KPI pendakwah ialah memastikan orang tertarik dengan apa yang disampaikan
3. 'Client' pendakwah ialah pihak penganjur dan 'customer' pula ialah pendengar maka kena jaga hati penganjur dan pendengar.
4. Upah pendakwah ialah bayaran wang dan hormat
5. Matlamat pendakwah ialah menjadi terkenal dan popular atas alasan supaya dakwah dapat lebih tersebar.
6. Pendakwah pun berjaya, terkenal dan mendapat pelbagai anugerah dan gelaran tokoh. Sejuk perut mak mengandungkan anak sebab anak dia sudah terkenal, berjaya dan dihormati.
7. Pendakwah pun makin kaya, naik kereta mewah, ada pemandu, ada banglo2-3 biji, ada syarikat perniagaan, ada produk dihasilkan, ada itu dan ini. Susah nak jemput ceramah atau tanya soal-jawab sebab taraf sudah tinggi.
8. Kemudian pendakwah pun tua dan sakit, masuk hospital pakar yang mewah baik di dalam atau diluar negara.
9. Pendakwah mati dan orang pun sedih akan kehilangan pendakwah yang terkenal dan dihormati.
10 tahun selepas pendakwah mati. Ditanyakan kepada bekas pengikut setia pendakwah tersebut beberapa soalan agama tetapi dia tidak boleh menjawabnya. Katanya macam pernah tahu tetapi sudah lupa. Nantilah dia tanyakan dengan ustaz baru yang sekarang ini tengah naik namanya.....Pengikut setia pendakwah yang sudah mati itu pun sekarang sudah ikut ustaz baru pula.

Dakwah Islam di Zaman Salaf

1. Berdakwah ertinya menyampaikan ilmu dari al-Quran dan as-sunnah dan menerangkan kefahaman dan cara beramal dengannya.
2. KPI pendakwah ialah menyampaikan ilmu dengan amanah, telus dan memahamkan masyarakat akan kitab Allah dan sunnah rasul Allah.
3. Pendakwah tidak kisah kalau dibenci atau dicemuh, dihalau dia pun beredar, dipenjara dia pun sabar dan ditohmah dia menjawab dengan ilmu.
4. 'Client' pendakwah ialah penuntut ilmu, 'customer'nya pula ialah orang ramai yang mahu mengambil manfaat.
5. Matlamat pendakwah ialah menyampaikan kebenaran, menyebarkan ilmu dan sunnah.
6. Pendakwah mengisi masa dengan menulis kitab-kitab sebagai bekalan amal dan panduan untuk orang ramai, menjawab soal-jawab agama, mengajar orang ramai agar faham kitab Allah dan mendidik murid-muridnya agar jadi alim dan faqih.
7. Pendakwah akan terkenal apabila diuji dengan pemerintah atau pihak yang tidak suka dakwahnya. Dipenjara kerana fatwanya menentang pemerintah atau difitnah oleh pihak yang jahat dll.
8. Semakin tinggi ilmu semakin tawadhuk, mempunyai ramai kawan dan murid-muridnya menjadi alim mengantikannya.
9. Pendakwah menjadi tua dan sakit dan murid-muridnya atau pelajarnya akan mengantikannya mengajar dan dia diwarisi oleh pendakwah-pendakwah lain.

Apabila beliau meninggal, buku-bukunya tersebar, bermanfaat dan ilmu-ilmunya masih dipakai dan murid-muridnya bertukar menjadi ulama' mewarisinya dan mereka pun meneladani akhlak dan peribadinya.

Sabda Nabi Salallahualaihiwassalam :
العلماء ورثةُ الأنبياء، وإن الأنبياء لم يُورِّثوا دينارًا ولا درهمًا، وإنَّما ورَّثوا العلم ' Para ulama itu mewarisi para anbiya, dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka mewariskan ilmu.' [riwayat Abu Daud]

Friday, March 01, 2013

Amalan sedekah al-Fatihah kepada orang yang mati


1. Membaca doa dan bersedekah untuk si mati InsyaAllah sampai, menurut jumhur ulama' dan sebahagian fuqaha menganggap perkara ini merupakan ijma.'

2. Di dalam hadith Muslim, terdapat sunnah mendoakan dan memberi salam kepada ahli kubur apabila melalui kawasan perkuburan dengan membaca :
السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية
'Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, dari kalangan mukminin dan muslimin, InsyaAllah kami akan menyusul kalian, Aku berdoa kepada Allah supaya memberi keselamatan kepada kami dan kamu. [riwayat Muslim]

3. Walaubagaimanapun, perbuatan membaca al-fatihah kepada si mati atau menyedekahkan pahala bacaannya kepada si mati tidak pernah diajarkan oleh Nabi salallahualaihiwassalam dan bukan merupakan amalan para sahabat dan kaum salaf.

Tidak diriwayatkan walau satu hadith, cerita atau apa jua kisah bahawa baginda SAW dan para sahabat pernah melakukan amalan sedekah al-fatihah kepada orang mati dikalangan mereka.

Isunya bukan soal sampai tak sampai, tetapi soal tak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan ianya masalah ibadah serta tidak boleh melakukan sesuatu yang Nabi SAW tidak buat.

4. Sedekah ialah memberikan sesuatu yang sudah kita miliki, adapun pahala bacaan al-fatihah belum tentu dimiliki oleh kita kerana boleh jadi saja ianya ditolak oleh Allah SWT kerana tidak ikhlas, tidak betul tajwid atau salah sebutan bacaan sehingga maknanya lari.

Lalu jika pahala al-fatihah itu pun belum dijamin dapat, bagaimana mahu diberikan kepada orang lain ? Kalau sedekah harta dan sesuatu milik kita maka hal tersebut sudah jelas dan sememangnya diterima oleh syarak.

5. Sunnah mengajar kita supaya membaca 'إنا لله وإنا إليه راجعون ' apabila mendengar berita kematian atau musibah dan kemudian mendoakan si mati jika dia orang yang beriman dengan membaca doa yang baik-baik seperti contohnya doa : اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة ' Ya Allah, ampunilah dia dan gantikanlah bagi kami dengan ganti yang baik. [Riwayat Abu Daud] atau membaca doa yang masyhur dibaca ketika solat jenazah :
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

6. Tiap amalan yang kelihatan baik tetapi tidak dilakukan oleh Rasul dan para sahabat pastinya tertolak atau tidak benar sebab jika ianya perkara baik sudah pasti mereka akan mendahului kita. Ini berdasarkan kata-kata Huzaifah al-Yaman RA yang menyebut :
كل عبادة لم يتعبدها أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فلا تعبدوها
'Setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh para sahabat Rasulullah Salallahualaihiwassalam maka janganlah kamu melakukannya.

7. Namun, jika ada yang tetap mahu berkeras melakukan amalan membaca surah al-fatihah dan menyedekahkannya kepada orang mati maka janganlah dicela atau dimusuhi mereka sebaliknya menjaga ukhuwah dan persaudaraan se-Islam itu adalah lebih utama dan lebih mulia. Daripada Jabir RA menyebut, bahawa Nabi Sallahualaihiwassalam bersabda : إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّونَ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ ، وَلَكِنْ فِي التَّحْرِيشِ بَيْنَهُمْ Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk disembah di jazirah Arab tetapi dia akan berusaha menanamkan bibit permusuhan dikalangan manusia. [riwayat Muslim no. 2812]

WA