Monday, May 03, 2010

Perkahwinan Yang Ideal Menurut Al-Quran dan As-sunnah


Ketika saya ditanya oleh orang ramai berkenaan perkahwinan yang ideal di dalam Islam maka saya pun menjawab bahawa perkahwinan yang dituntut oleh agama ialah perkahwinan yang menjadi ibadah.

Perkahwinan itu ialah perintah Allah SWT bagi menyalurkan fitrah manusia ke jalan yang halal.

Maka selama perkahwinan itu adalah menjadi ibadah kepada Allah SWT, membuahkan pahala maka ianya adalah dikira ideal dan mencapai tuntutan dan perintah agama walau apa pun jua versi dan suasana perkahwinan itu.

Di dalam Al-Quran ada menceritakan perkahwinan versi Asiah isteri Firaun, isteri solehah bersama suami yang jahat.

Di dalam Al-quran ada menceritakan perkahwinan Nabi Allah Luth, isteri jahat bersama lelaki soleh.

Di dalam Al-Quran ada menceritakan perkahwinan Ibrahim, perkahwinan Ismail, perkahwinan Musa, perkahwinan Ayub ,perkahwinan rasulullah salallahualaihiwasalam dan para rasul selainnya.

Kita melihat pada perkahwinan mereka terdapat bermacam-macam ragam dan cerita yang mampu menumpahkan air mata dan bukanlah kisah fantasi bahagia khayalan yang jauh dari realiti.

Para rasul di utuskan daripada kalangan manusia dan Islam ialah agama yang paling memahami realiti manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Katakanlah: "Al Quran itu diturunkan oleh (Allah) yang mengetahui rahsia di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?” (Al-Furqan : 6-7)

“Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.” (Al-Furqan : 20)

Banyak ayat yang menunjukkan maksud yang hampir serupa iaitu para rasul ialah manusia seperti kita dan yang membezakan mereka dan kita hanyalah kerana mereka itu diberi wahyu.

Wahyu iaitu Islam (Al-Quran dan As-sunnah) datang untuk memandu kehidupan manusia agar menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT. Kedatangan wahyu juga untuk menyedarkan kepada manusia erti sebenar kehidupan mereka ini di dunia.

Allah SWT befirman : “ Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.” (Adz-Zariyat : 56)

Wahyu mengajarkan kita hidup ini singkat, kita akan dibangkitkan dan diberi pengadilan serta menyuruh kita beramal untuk akhirat.

Allah SWT befirman yang bermaksud : “Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan manusia akan masuk ke syurga, dan segolongan pula akan masuk ke dalam Jahannam.” (As-syura : 7)

Allah SWT berfirman : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Al-An’am : 32)

Itulah tugas utama wahyu.

Mukjizat, keramat, segala macam lagi kelebihan yang diberikan kepada rasul itu hanyalah semata-mata bagi membantu mereka mencapai objektif utama wahyu iaitu menyedarkan manusia hidup ini singkat, wujudnya akhirat dan hari pembalasan, mengajarkan manusia cara yang sebenar menyembah Allah SWT dan menyedarkan manusia agar beramal sebanyak mungkin menghadapi hari akhirat serta jangan lalai oleh dunia dan terpedaya oleh syaitan.

Maka mukjizat itu sekadar membantu agar orang percaya mereka ini ialah rasul yang benar-benar diutuskan.

Kehidupan para rasul itu pula dijadikan contoh dan teladan untuk diikuti oleh manusia dan kehidupan mereka itu adalah persis seperti kehidupan manusia lainnya cuma yang membezakan mereka dan kita ialah kehidupan mereka itu dipandu oleh wahyu.

Maka kita yang mahu mengikuti teladan mereka itu pula harus tahu apa yang mahu di ikut, iaitu mengikuti wahyu dan apa yang dikehendaki wahyu.

Jangan tersalah ikut pula, lalu perlulah kita memiliki ilmu.

Jika tidak maka kita akan disesatkan oleh Iblis dan syaitan di dalam keadaan kita tetap menganggap diri kita sedang di dalam jalan kebaikan dan sedang mengikuti wahyu walhal hakikatnya kita sebenarnya sedang mengikuti syaitan.

Ini banyak terjadi kepada ramai orang yang menganggap mereka sedang mengikuti sunnah dan agama tetapi tidak pula perbuatan mereka itu menjadi ibadah kepada Allah SWT dan tidak pula diterima oleh Allah SWT.

Pada hari ini orang ramai membuka buku agama, merujuk kepada para ustaz, membaca tulisan karya-karya sunnah di dalam perkahwinan semuanya kerana mahu mencari bahagia dan gembira semata-mata. Mereka mahu tahu bagaimana kami dapat menyelesaikan masalah kami dengan agama. Kami mahu tahu bagaimana Sunnah mengajar kita melakukan hubungan seksual suami isteri. Kami mahu tahu pula bagaimanakah bentuk perkahwinan, ciri-ciri rumahtangga yang menjadi idaman sunnah ?

Lalu segeralah tampil pemuka-pemuka agama menulis dan mencatatkan isi-isi hadis dan ayat-ayat al-quran bagi menzahirkan bentuk-bentuk rumahtangga idaman, perkahwinan yang menurut sunnah, cara sunnah menjalani kehidupan rumahtangga dan sebagainya.

Sayang sekali segala apa yang ditulis akhirnya menjadi kosong.

Ianya menjadi kosong apabila apa yang ditulis hanyalah kekal sebagai pengetahuan tetapi tidak diamalkan kerana masyarakat tidak dapat mengamalkannya kerana peribadi yang mampu mengamalkan sunnah-sunnah perbuatan yang disebut oleh hadis-hadis di dalam buku-buku agama itu tidak lagi wujud masa kini atau jarang sekali orang yang memiliki peribadi seperti itu.

Kemudian ada pula muncul tokoh-tokoh agama menulis buku tentang praktikel rumahtangga menurut Islam maka kita lihat dia memaparkan pengalaman sebenarnya menjalani rumahtangga, diceritakan bagaimana dia melayani anak dan isteri dan buku-buku seperti ini berkembang pesat menjadi kegilaan orang ramai yang mahu meniru dan mencontohi tokoh mulia ini di dalam berumahtangga.

Diceritakan setiap hari dia membasuh pinggan, membersihkan tandas membantu isteri dan menjadi bapa yang mithali di dalam rumah lalu memetik ayat-ayat Al-quran dan hadis bagi menghiasi dan menjadi bukti sokongan perbuatannya. Jadilah dia tokoh ikutan ramai dan teladan masa kini rumahtangga islami.

Namun jika dijenguk ke dalam rumahnya maka kita tidaklah mendapati apa yang diucapkan seindah khabar yang terpapar di dalam tulisan.Bahkan para mailakat di langit tinggi pun sudah puas menyumpah dan mencelanya setiap hari.

Kehidupan ini bukanlah seindah mimpi, jadi usahlah berkhayal di siang hari.

Oleh itu adalah mengarut apabila seseorang itu beranggapan bahawa apabila mengikuti Al-Quran dan As-sunnah maka dia akan menjadi selamat daripada di uji dan akan menjalani kehidupan yang sempurna tanpa gangguan dan dugaan.

Lupakah kita Kisah Nabi Allah Ya’kub a.s misalnya yang diuji dengan anak-anaknya yang brpecah, diuji dengan kehilangan anaknya Yusof lalu menangis sehingga menjadi buta ? Tergugat hati dan jiwa kita jika kita membaca ayat-ayat Allah SWT dengan penuh tadabbur dan memikirkan pengajarannya bahawa kehidupan yang kita lalui ini bukanlah sebuah cerita fantasi.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” (Yusof : 111)

Alam realiti tidak seindah mimpi.

Demikianlah ajaran Al-Quran yang mahu mengetuk kepala-kepala manusia yang masih dunggu dan leka mengimpikan kebahagiaan dunia yang sementara. Mereka ini disesatkan oleh Iblis dan kerana itu mereka bertanya-tanya tentang perkahwinan yang ideal daripada Al-Quran dan Asunnah yang pada anggapan mereka akan dapat diharapkan membawa bahagia, gembira dan kehidupan yang tiada susah dan derita di atas dunia ini.

Apakah mereka terlupa akan siapakah diri mereka ? Kenapa mereka datang ke atas muka bumi ini dan ke manakah mereka akan pergi selepas ini ?

Ternyata mereka terlupa.

Disebabkan itulah kita melihat buku-buku perkahwinan, tulisan berkait pernikahan dan hubungan suami isteri semuanya menjurus kepada tajuk “membawa bahagia” kerana itulah yang dicari oleh semua manusia yang telah dihanyutkan oleh Iblis ini iaitu untuk bahagia di dunia.

Ustaz, macam mana saya ingin rumahtangga saya lebih bahagia ?

Ustaz, tolong saya.. apa harus saya lakukan kerana rumahtangga kami tidak bahagia !

Ustaz kenapa suami saya tidak…

Ustaz, isteri saya gagal membahagiakan saya…

Saya merasa kasihan terhadap mereka yang bertanya kerana gagal memahami erti perkahwinan dan mengapa serta kenapa mereka hidup di atas muka bumi ini.

Punca kejahilan masyarakat ialah berpunca daripada kejahilan ulama dan pendakwah di dalam menerangkan maksud dan tuntutan sebenar agama.

Banyak buku-buku agama yang ditulis oleh ramai ilmuan cuba memaparkan sunnah-sunnah rumahtangga dan perkahwinan di dalam Islam mengikut acuan al-quran dan hadis. Malangnya seperti kata hukama, apabila seseorang itu hanya menguasai ilmu tekstual (digelar suhufiyun) maka kekallah ilmu itu di buku dan diteks-teks tulisan tanpa dapat diserap dan diamalkan kerana kejahilan mereka di dalam ilmu usul dan kaedah bagi menerapkan ilmu itu ke alam realiti bagi memenuhi perintah ilahi.

Boleh jadi kejahilan itu berlaku bagi mereka yang menulis buku dan boleh jadi kejahilan itu berlaku kepada mereka yang membaca apa yang ditulis.

Sebuah hadis tidak boleh difahami dengan lafaz zahir semata-mata dan sebuah hukum tidak boleh dihasilkan hanya melalui sebuah hadis atau sepotong ayat Al-quran.

Demikianlah juga menetapkan sesuatu sebagai sunnah dan tidak hanya dengan berdasarkan kefahaman singkat terhadap dalil-dalil syarak.

Salah Faham Maksud Sunnah

Sunnah menurut Imam Ibnu Rejab Al-Hambali ialah bermaksud : “ Jalan yang dilalui oleh Nabi salallahualaihiwasalam dan yang diikuti oleh para sahabatnya yang terselamat daripada syubhat dan syahwat.” (Kaysful Kurbah, ms 15)

Maksud sunnah ini pelbagai khasnya apabila dibaca mengikut tafsiran ulama bahasa, ulama hadis dan juga usul feqah. Namun keseluruhan pengertian berkenaan sunnah ini akan dapat bersepakat pada satu hal iaitu sunnah itu adalah merupakan wahyu. Mengikutinya mendapat pahala dan meninggalkannya serta menyalahinya akan mengundang dosa dan kesesatan.

Oleh yang demikian takrifan sunnah yang perlu diserapkan ke dalam minda umat Islam ialah apa yang disebutkan oleh Al-Imam Barbahari ra apabila beliau berkata : “Ketahuilah sesungguhnya Islam itu ialah As-sunnah dan As-sunnah itu ialah Islam dan tidaklah dapat menegakkan salah satu di antara keduanya secara bersendirian melainkan menegakkan dengan kedua-duanya serentak.” (Syarah as-sunnah, ms. 65)

Bagi mereka yang berilmu akan menyedari bahawa apabila merujuk kitab-kitab sunnah tulisan para salaf atau kitab yang padanya ada bertajuk sunnah karya ulama salaf maka apakah yang akan kita jumpai ?

Misalnya kitab As-sunnah oleh Imam Ahmad, Kitab As-sunnah oleh Imam Abdullah (Anak Imam Ahmad), Kitab As-sunnah Abu Bakar Al-khalal , Kitab Sorih As-sunnah oleh At-Tabari, Kitab As-sunnah Al-Muzni, Kitab As-sunnah oleh Ibn Abi A’sim, Kitab Syarh As-sunnah oleh Al-Baghawi, Kitab Syarh As-sunnah oleh Al-Barbahari, Kitab As-sunnah oleh Al-Muruzi, Kitab Usul As-Sunnah oleh Al-Humaidi dan lain-lain.

Jika kita lihat semua kitab ini ada berjudul Sunnah lalu apakah isinya ? Sekitar apakah perbincangannya ?

Jawapannya ialah Aqidah.

Kita tidak akan mendapati mereka berbincang soal sunnah itu lalu merujuk kepada persoalan memakai serban atau jubah sebaliknya apabila disebut kalimah sunnah itu ianya merujuk kepada Aqidah dan usul agama yang menjadi pegangan dan dasar Islam.

Sunnah menurut kefahaman Salaf ialah sesuatu yang bermaksud membawa tuntutan agama, merupakan sesuatu yang Allah kehendaki dan merupakan perkara yang perlu dilakukan bagi mencapai keredhaan Allah SWT. Dalam erti kata lain yang mudah ialah apa yang merupakan maqasid syarak (menjadi tujuan syarak) dan jika melakukannya bererti kita telah menunaikan perintah Allah, layak mendapat ganjaran pahala.

Oleh sebab kapasiti sunnah itu begitu besar maka sepotong dua hadis yang dibaca secara zahir tidak mampu dijadikan hujah untuk mengatakan sesuatu perbuatan itu ianya sunnah atau tidak.

Statusnya sama seperti anda mengatakan sesuatu itu halal dan haram.

Sunnah ialah apa yang halal dan baik serta disukai oleh Allah manakala lawannya iaitu bid’ah dan segala yang menyalahi sunnah sebagai dosa dan haram dan dibenci oleh Alah SWT.

Maka hendaklah difahami bahawa menyimpulkan sesuatu itu sebagai sunnah atau tidak memerlukan kepada ilmu dan kefahaman yang kukuh terhadap Kitab Allah SWT dan Hadis rasulullah salallahualaihiwasalam.

Tingginya darjat mereka yang berilmu ini ialah kerana mereka sukar disesatkan oleh Iblis dan syaitan kerana setiap lubang-lubang dan helah syaitan diketahui dan dapat dipatahkan oleh mereka.

Allah SWT befirman : “Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. Sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang mereka seru selain Allah. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.” (Al-Ankabut : 41-43)

Lalu apabila ada orang-orang berilmu yang turut disesatkan oleh syaitan, terpedaya oleh belitan iblis dan godaan dunia serta terperangkap di dalam perbahasan hadis dan agama yang tak berkesudahan kerana tidak mengetahui apa yang harus dilakukan, buntu yang mana satukah yang benar maka pada ketika itu mungkin kita patut bermuhasabah kembali.

Perlu atau tidak kita menilai semula definisi tentang siapakah orang yang berilmu ? Khuatir selama ini kita tersilap menilai dan memberi gelar “alim” kepada orang yang tidak berhak. Baginda rasulullah SAW bersabda lagi : “ Janganlah kamu berteman kecuali dengan orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu daud dan Tirmidzi)

Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang bertaqwa.

Wallahu’alam.

Wednesday, April 07, 2010

Memahami Siapakah Golongan Khawarij


Mazhab Khawarij adalah merupakan mazhab Aqidah yang paling lama dan terawal muncul selepas Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bahkan kemunculan mazhab Khawarij adalah lebih dahulu daripada Syi’ah.

Kalimah Khawarij di dalam bahasa Arab : خوارج bermaksud “Mereka yang Keluar” dan hal ini daripada sudut Istilah merujuk kepada kefahaman golongan yang keluar daripada ketaatan kepada Khalifah Ali bin Abi Tolib radiallahuanhu serta menolaknya.
Ajaran Khawarij ini sebenarnya telah muncul semenjak di zaman rasulullah lagi apabila mereka ini dikenali sebagai kaum pemberontak dan penentang yang menganggap hanya mereka sahaja yang benar sedangkan orang lain semuanya salah.

Hal ini berlaku berdasarkan riwayat Abu Said Al-Khudri radiallahuanhu yang menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang berkata kepada rasulullah sewaktu baginda membahagikan barangan kepada para sahabat supaya baginda berlaku adil. Maka ditegur oleh baginda dengan berkata : “Celakalah kamu bukankah aku ini orang yang paling bertaqwa kepada Allah ?” Maka Khalid Al-Walid ingin membunuh lelaki itu tetapi ditahan oleh Rasulullah dan baginda kemudian mengatakan bahawa daripada keturunan lelaki ini akan lahir golongan yang akan membaca Al-Quran tetapi bacaan itu tidak pun melewati kerongkong mereka dan agama ini akan terlepas daripada diri mereka seperti terlepasnya anak panah dari busurnya.

Menurut Kitab-kitab Firaq (perpecahan umat) awal kemunculan Khawarij secara rasmi ialah semasa zaman Amirul Mukminin Ali bin Abi Tolib radiallahuanhu sewaktu terjadinya Majlis Tahkim bersama dengan Muawiyah radiallahuanhu. Mereka berkumpul disuatu tempat yang disebut Harurah (sebuah kawasan di daerah Kufah) dan membantah perlaksanaan Majlis tersebut kerana menganggap ianya membelakangi Kitab Allah dan hukum Allah swt.

Namun hakikatnya itu bukanlah punca sebenar mereka keluar daripada pasukan Ali bin Abi Tolib radiallahuanhu.

Mereka juga sebelum kemunculan secara rasmi telah bertanggungjawab kepada beberapa siri fitnah dan kejahatan seperti pembunuhan Khalifah Utsman bin Affan radiallahuanhu. Setelah Utsman dibunuh, mereka kemudian bersembunyi ke dalam pasukan dan penyokong Ali bin Abi Tolib untuk mengelakkan diri mereka daripada diburu dan dibunuh balas oleh Muawiyah radiallahuanhu yang memiliki hubungan kekeluargaan dengan Khalifah Utsman bin Affan.

Pembunuh Utsman adalah tidak diketahui kerana jumlahnya ramai dan apabila Ali bertanya kepada golongan Khawarij ini siapakah yang membunuh Utsman maka ribuan manusia daripada penyokong Khawarij ini mengaku telah membunuh Utsman lalu hal itu menyebabkan Khalifah Ali bin Abi Tolib radiallahuanhu menangguhkan usaha untuk melakukan Qisos ke atas Utsman sehingga menyebabkan ketidak puasan hati di sisi Muawiyah dan juga ramai sahabat yang lain.

Akhirnya terjadilah perang siffin kerana perbezaan pendapat dan juga kerana masing-masing pasukan diapi-apikan oleh golongan munafiqin (seperti kaum Khawarij dan Abdullah bin Saba’ daripada Syiah). Kemudian masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding maka terjadilah perdamaian antara kedua belah pihak dan Majlis Tahkim.

Melihat hal ini orang-orang Khawarij menjadi bimbang bahawa dengan perdamaian di antara Ali dan para sahabat seperti Muawiyah akan menyebabkan mereka ditangkap dan diburu kerana telah membunuh Utsman bin Affan radiallahuanhu maka akhirnya mereka pun melarikan diri dan keluar daripada pasukan Ali bin Abi Tolib dan menubuhkan pasukan mereka sendiri untuk menyelamatkan diri.

Mereka juga kemudian membuat perancangan untuk membunuh para pemimpin Islam seperti Khalifah Ali bin Abi Tolib dan Muawiyah bin Abi Sufyan dan lain-lain sahabat radiallahuanhum tetapi hanya Ali yang berjaya di bunuh sewaktu solat subuh di masjid.
Khawarij menafsirkan Kitab Al-Quran secara zahir.

Mereka menolak tafsiran Al-Quran oleh para sahabat dan memahami Islam secara hukum zahir dan mengambil lafaz-lafaz Al-Quran secara zahir ayat. Hal ini menyebabkan mereka tersesat dan ditambah pula oleh sikap ta’asub mereka kepada diri mereka dan ibadah mereka yang tersangat banyak melebihi ibadah para sahabat menyebabkan mereka memperendahkan para sahabat rasulullah dan tidak mengambil hadis yang bertentangan dengan kefahaman dan tafsiran mereka.

Golongan Khawarij kemudian berkumpul serta berpusat di Nahrawan dan melantik Imam dan ketua perang mereka sendiri serta menubuhkan pasukan ketenteraan dan jamaah mereka dengan memiliki Imam solat, tukang azan dan mendirikan insititusi agama yang diharapkan dapat mengatasi ajaran Islam yang dikuasai oleh para sahabat rasulullah salallahualaihiwasalam.

Mereka mengkafirkan sejumlah besar para sahabat, khalifah-khalifah Islam dan umat Islam yang melakukan dosa besar serta maksiat pada pandangan mereka. Iman di sisi mereka ialah tetap dan tidak boleh berkurang dan jika berkurang pada seseorang kerana maksiat maka orang itu di sisi mereka telah menjadi kafir. Dakyah mereka sangat merbahaya sehingga mengakibatkan ramai para sahabat telah ditangkap dan dibunuh kerana pada anggapan mereka para sahabat rasulullah telah menjadi murtad disebabkan mereka tidak sefahaman dengan kepercayaan Khawarij.

Pokok seruan Khawarij ialah seperti berikut :

1) Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir
2) Al-Quran ditafsirkan menurut lafaz zahir
3) As-Sunnah tidak diterima sebagai hujah kerana nabi boleh tersalah dan tersilap dan para sahabat baginda tiada kelebihan bahkan kaum yang sesat
4) Pemimpin atau Imam boleh diangkat daripada sesiapa sahaja tidak semestinya daripada kaum Quraisy sebaliknya boleh jadi daripada hamba dan bahkan daripada kaum wanita.
5) Para sahabat yang terlibat di dalam perang Jamal, menerima majlis Tahkim ialah kafir.

Tokoh-tokoh utama Khawarij ialah Abdullah bin Wahhab ar-Rasyidi , Urwah bin Hudair , Mustarid bin Sa'ad , Hausarah al-Asadi , Quraib bin Maruah , Nafi' bin al-Azraq , Abdullah bin Basyir , Najdah bin Amir al-Hanafi yang mana setiap daripada mereka ini kemudian mempunyai pengikut dan menghasilkan cabang daripada ajaran Khawarij yang tambah menyesatkan dan menyeleweng daripada Islam yang lurus.

Sehingga kini sebilangan kecil Mazhab Kahwarij masih wujud di dunia Islam seperti kelompok Ibadi di Negara Oman, Zanzibar, dan Maghrib walaubagaimanapun mereka menolak untuk dikenali sebagai Khawarij.

Kesimpulannya Imam Al-Shahrastani menyatakan bahawa sesiapa yang keluar memberontak daripada Imam yang sah dilantik oleh jamaah umat Islam ialah Khawarij tidak kira apakah di zaman sahabat, tabien atau selepas mereka selama wujud Imam-imam yang sah. (Lihat : Kitab Al-Milal Wa Al-Nihal, Jilid 1, ms. 101)

Golongan salaf pula menjelaskan bahawa Khawarij ini ialah golongan yang beramal di dalam Islam menurut pendapat mereka sendiri dan mengambil ayat-ayat zahir di dalam Al-Quran tanpa merujuk kefahaman salaf soleh dan penafsiran rasulullah serta menolak hadis rasulullah dan tafsiran agama oleh para sahabat baginda.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada mereka.

Hukum Ahlul Sunnah Wal Jamaah Terhadap Khawarij

Disebut di dalam Kitab Al-Ahkam Sulthoniyah bahawa apabila berlaku perberontakan maka hendaklah di seru kedua-duanya kepada kitab Allah swt dan sunnah rasul-Nya maka sekiranya salah satu daripadanya enggan dan berdegil untuk berterusan menetap di atas kerosakkan maka mereka boleh diperangi.

Maksudnya :

“Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya tapi kalau yang satu melanggar Perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar Perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. kalau Dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu Berlaku adil; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang Berlaku adil.” –Surah Al-Hujurah : 9.

Hakikatnya kefahaman khawarij pada zaman ini sebenarnya tidaklah sama seperti yang difahami oleh kebanyakkan ramai.

Pada zaman dahulu, khawarij muncul adalah disebabkan kerana fitnah harta, bermula di zaman Rasulullah salalahualaihiwasalam apabila seorang lelaki yang disebut sebagai bernama Dzul- Khuwairisah yang menegur Nabi supaya berlaku adil di dalam pembahagian harta sehinggalah kepada zaman Utsman bin Affan radiallahuanhu yang dibunuh oleh kumpulan Khawarij kerana masalah tanah di Iraq.

Rakyat yang gila harta di zaman tersebut mengambil peluang di atas politik Utsman yang lembut dan bertoleransi (Pemimpin yang adil dengan rakyat yang berhati serigala) untuk membuat tuntutan demi tuntutan melampau sehingga akhirnya membawa kepada pembunuhan Utsman radiallahuanhu. Kejahatan mereka jelas kelihatan dengan kelicikan mereka yang segera bergabung dengan Ali dan mengangkatnya sebagai Khalifah demi mengelakkan mereka daripada ditangkap begitu juga sikap mereka yang memulakan peperangan dengan Aisyah radilallahuanha dan tentera yang dipimpin oleh Talhah dan Zubair demi mengelakkan rahsia mereka pecah. Begitu juga peperangan dengan Muawiyah dilakukan demi memastikan mereka terselamat daripada diadili kerana membunuh Utsman sehingga apabila rencana mereka gagal kerana terbentuknya Majlis Tahkim yang mendamaikan para sahabat maka mereka akhirnya melarikan diri dan menuduh sesiapa yang menerima majlis Tahkim itu sebagai Kafir.

Tiada Hukum Selain Hukum Allah

لا حكم الا حكم الله

Seruan ini dipopularkan oleh Khawarij namun maksudnya adalah benar cuma digunakan oleh Khawarij pada jalan yang salah.

Mereka melaungkan slogan ini bukanlah demi untuk berhukum dengan hukum Allah kerana jika benar sedemikian pasti mereka mahu melaksanakan Qisos (bunuh balas) ke atas pembunuh Utsman sebaliknya mereka melaungkan slogan ini hanyalah sebagai retorik politik demi menolak Majlis Tahkim agar para sahabat berterusan berperang supaya mereka mudah menangguk di air yang keruh.

Perdamaian Ali bin Abi Tolib dan Muawiyah bin Abi Sufyan pasti akan membahayakan mereka kerana hal itu akan menyebabkan mereka akan diburu dan dibunuh oleh gabungan para sahabat (yang telah berhenti berperang) tersebut kerana mahu menuntut balas di atas pembunuhan Utsman bin Affan.

Mereka segera menyisih diri daripada pasukan Ali kononnya kerana membenci dan menolak dihukum dengan Majlis Tahkim hakikatnya mereka ketakutan dan melarikan diri dengan segera ke Nahrawan dan mengangkat Imam, pasukan perang dan melakukan persiapan perang kepada para sahabat.

Jumlah mereka ketika itu diriwayatkan hampir 6,000 orang.

Mereka ini sebenarnya adalah munafiq umat ini yang secara lisan dan zahir mereka seolah-olah beribadah kepada Allah dengan ibadah yang sangat mengkagumkan namun hati dan Iman mereka hanyalah senipis kulit bawang yang boleh dibeli dengan dunia.

Idealisme Khawarij pada umat sekarang masih wujud tetapi bukanlah kepada mereka yang menuntut supaya umat Islam melaksanakan Syariat Allah atau bukanlah pula kepada golongan yang berjuang dengan gigih jiwa dan harta mereka untuk menegakkan Islam.

Mereka itu bukanlah Khawarij sama sekali.

Sekalipun kumpulan mujahidin yang berjihad dengan jiwa dan raga mereka pada hari ini mendapat tentangan daripada musuh Islam dan pihak pemerintah di negara-negara mereka namun mereka ialah Ahlul Sunnah Wal Jamaah sebaliknya pihak pemerintah yang memerintah di kebanyakkan negara-negara Islam itulah yang merupakan Khawarij dan pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Idealisme Khawarij ialah menafsirkan Al-Quran dan agama dengan akal serta kepentingan politik mereka dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakkan pemerintah.

Demikian juga sikap mereka yang menolak hadis dan tidak menerima tafsiran agama oleh para sahabat kerana menganggap mereka lebih bijak dan pandai daripada para sahabat baginda.

Jika kita perhatikan sikap mereka yang rajin beribadah di dalam upacara rasmi berarak di jalan-jalan mengangkat spanduk sewaktu program Maulidur Rasul dan hari kebesaran Islam jelas sekali menunjukkan secara zahir mereka beriman dan Islam tetapi pada hakikatnya Iman mereka hanyalah senipis kulit bawang yang boleh dijual beli dengan harga dunia. Mereka terkenal mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah para pejuang Islam yang sebenar dengan memberi label sebagai pengganas, militan dan penjahat sehingga para pejuang kebenaran yang benar itu kelihatan salah dan boleh dibunuh tanpa perasaan bersalah dan orang yang salah serta tersangat jahat dan zalim itu dianggap benar.

Tidak sekadar itu mereka bahkan memuliakan orang-orang yang kafir dan menjalinkan kerjasama serta perkongsian kekayaan, membantu di dalam peperangan membunuh umat Islam seperti di Iraq dengan menyediakan pangkalan tentera, bekalan minyak dan bantuan kewangan sekalipun menyedari hasil sokongan mereka mendatangkan bencana dan pembunuhan ribuan nyawa umat Islam yang tidak bersalah.

Kesimpulannya para ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah berpendapat orang-orang Khawarij boleh diperangi dengan peperangan yang setaraf dengan kerosakkan yang dilakukan oleh mereka. Para ulama menyebut selama mereka masih dianggap sebagai Muslim, pembunuhan terhadap mereka tidaklah dilakukan sehinggalah mereka terlebih dahulu memerangi umat Islam.

Memerangi mereka adalah dilakukan sekadar untuk mencegah mudharat dan kerosakkan yang dilakukan oleh mereka serta usaha dakwah dan menasihati mereka untuk diajak kembali kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dilakukan selama mampu bagi mencontohi sikap Abdullah Ibnu Abbas radiallahuanhu yang meminta izin daripada Ali untuk memujuk golongan Khawarij.

Disebut di dalam Kitab Al-Ahkam Sulthoniyah bahawa apabila berlaku perberontakan maka hendaklah di seru kedua-duanya kepada kitab Allah swt dan sunnah rasul-Nya maka sekiranya salah satu daripadanya enggan dan berdegil mahu tetap di atas kerosakkan maka mereka boleh diperangi tetapi tidak boleh sama sekali bagi pihak yang berkuasa meminta atau menerima pertolongan orang yang kafir dalam memerangi pihak yang melampaui batas tadi. (lihat Al-Ahkam Sulthoniyah oleh Qadhi Abi Ya’la m/s 66)

Sebahagian ulama Islam serta dari riwayat Imam Ahmad ra seperti yang disebutkan di dalam kitab Al-Ahkam Sulthoniyah sendiri menyebutkan bahawa di larang mengunakan Manjanik (sejenis senjata dahulu semacam meriam) terhadap umat Islam yang memberontak atau disebut bughah (pada hari ini mereka dinamakan pengganas).

Ini semua membuktikan bahawa maruah dan nyawa seorang Muslim itu adalah sangat berharga berbanding seorang yang kafir sekalipun seorang Muslim itu berdosa.

Wallahu’alam.

Monday, April 05, 2010

Panduan Mudah Memagari Rumah dan Anak daripada Syaitan


Berikut ialah nasihat dan pedoman untuk memagari rumah dan anak-anak daripada gangguan syaitan seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-sunnah.

1. Membaca surah Al-baqarah di dalam rumah

Rasullullah bersabda:"Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

2. Membaca Bismillah sebelum masuk dan semasa keluar daripada rumah

3. Membaca ayat kursi kepada anak-anak sebelum tidur



{ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }


4. Membaca doa berikut kepada anak, sambil tangan mengusap kepalanya :

اعذك بكلمات الله التامة من كل شيطان وشره

Maksudnya : “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan kejahatannya.”

5. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur

Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan, bahawa apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbaring di perbaringan baginda pada malam hari, baginda menyatukan kedua telapak tangan baginda lalu baginda meniup keduanya dan membacakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian baginda mengusap tubuh baginda yang mampu diusap dengan kedua tangannya. Baginda mulai dari kepala, wajah, dan bahagian muka tubuhnya. Baginda melakukan hal itu tiga kali.“ (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)

6. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam

Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan membersihkan hidungnya tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Disebut dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang membaca 100 kali :

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير


dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang.

p/s :

Demi menjadikan amalan di atas berkesan maka terlebih dahulu orang yang mengamalkannya haruslah beriman dan melaksanakan perintah Al-Quran itu sendiri serta membersihkan diri dan ahli keluarganya daripada syirik dan maksiat kepada Allah SWT kerana tiadalah makbul doa melainkan dari jiwa yang suci daripada syirik dan derhaka kepada Allah SWT.

Wednesday, March 31, 2010

Apa yang Kita Malu dan Tak Malu ?

Selalunya saya perhatikan bahawa ramai di kalangan kita sekarang ini sudah malu untuk mengaku beragama dan malu pula untuk beramal dengan agama. Dewasa ini orang ramai lebih senang dan berbangga menjadi anti-agama, agama biasa-biasa, sederhana, moderate dan semacam lagi ungkapan-ungkapan yang menunjukkan bahawa saya bukanlah seorang yang KUAT BERAGAMA.

Kita Malu untuk memegang Al-Quran di Khalayak Ramai...khuatir kononnya kita dianggap wara' dan beragama....malu rupanya...

Tetapi kita tidak pula malu untuk memegang guitar, alatan muzik di hadapan khalayak, ke sana sini memikul kayu besar itu sambil berbangga dikenali dan disangka sebagai pemuzik, ahli kumpulan muzik, artis dan sebagainya...


Kita malu untuk memakai pakaian yang labuh menutup aurat, malu untuk kelihatan seperti ustazah dan orang yang alim serta wara kerana tidak mahu menjadi hipokrit kononnya (aku tak baik jadi buat apa nak pakai tudung labuh atau pakaian yang menutup aurat sempurna)





Tetapi kita tidak pula malu untuk mendedahkan aurat dan bahagian anggota tubuh badan kita kepada lelaki yang bukan mahram dan kepada mereka yang tidak berhak melihat aurat dan bahagian badan kita.




Kuat beragama ialah satu aib dan memalukan pada zaman ini

Kenapa dan mengapakah jadi sedemikian ?

Banyak faktornya yang mendorong perkara sedemikian terjadi.

Pertamanya sudah pastilah apa yang berlaku ini merupakan jasa ibubapa yang dikasihi di dalam merosakkan dan menyesatkan anak-anak mereka menjadi hamba-hamba Allah SWT yang derhaka. Mereka bijak menggunakan agama untuk hawa nafsu mereka dengan memaksa anak-anak supaya mentaati ibubapa. Jangan menjadi anak derhaka dan hendaklah taat kepada ibubapa kerana itu suruhan agama dan sebeban lagi hujah-hujah yang padu dan jitu untuk memaksa para anak mentaati ibubapa.

Kan senang kalau mentaati ibubapa menjadi anak yang baik ?

Malangnya ketaatan kepada ibubapa itu sebenarnya ialah amanah Allah SWT kepada para ibubapa agar dapat menjadi alat untuk membolehkan mereka (ibubapa) mudah membawa anak-anak mereka menuju Allah SWT, sebagai bantuan untuk membolehkan mereka membimbing dan membesarkan anak-anak mereka dengan Islam.

Namun bukan itu yang berlaku sebaliknya ibubapa menggunakan senjata "Ketaatan kepada ibubapa" untuk memenuhi nafsu serakah dan jahat mereka. Anak-anak menjadi mangsa kejahilan agama, mangsa nafsu keduniaan dan nafsu kebanggaan mereka sehingga anak-anak dibesarkan jauh daripada Islam, dengan tujuan menjadi aset kebanggaan duniawi dan lebih dahsyat kehidupan anak-anak itu dirosakkan dengan arahan dan ajaran yang salah serta menyeleweng.


Mereka (ibubapa) menyuruh anak-anak mentaati mereka sedangkan mereka tidak pula taat kepada Allah SWT.

Ibubapa menakut-nakutkan anak-anak dengan slogan "Anak Derhaka" dan mengancam mereka dengan neraka dan dosa sedangkan para ibubapa telah terlebih dahulu sepatutnya takut dan gerun dengan janji-janji Allah SWT kepada orang yang khianat kepada amanah dan derhaka kepadanya.

Mereka ini (golongan ibubapa yang tidak beragama tetapi menggunakan agama sebagai alat) adalah sejahat-jahat manusia dan tiada ketaatan kepada mereka.

Tiada ketaatan kepada makhluk di dalam bermaksiat kepada Allah SWT dan mentaati ibubapa yang derhaka kepada tuhan ialah dilarang jika ketaatan itu membuatkan diri mereka semakin berbangga dan suka di dalam kesesatan.

Keduanya sudah pasti pihak kerajaan dan pemerintah yang berkuasa.


Pemerintah berperanan besar menerapkan agen perosak berupa hiburan di dalam masyarakat kerana untuk menyeimbangi sokongan dan suara mojariti agar rakyat tetap suka serta bernaung di dalam kerajaan yang memerintah. Tiada usaha dakwah dan pembaikan dilakukan secara bersemangat kerana apa yang menjadi pemerhatian pemerintah adalah cuma satu, iaitu jalan untuk mereka kekal memerintah....itulah fokus utama semua pemerintah....mahu lebih kuasa dan mahu mengekal kuasa.


Ketiga ialah Para pendakwah, ulama dan ahli ilmuan agama


Mereka ini suka menjadi rahib, paderi dan ahli ibadah yang tidak perlu bersusah payah melakukan kerja-kerja kasar mencari rezeki dan menggerakkan tulang empat kerat. Bernaung di bawah bangunan tinggi dan mewah sebagai penasihat yang warak, atau bekerja mengikut jadual sebagai tukang syarah dan ceramah menyebabkan anak-anak muda dan masyarakat bawahan sangat jauh berhubungan dengan ahli agama.

Tiada dijemput tiadalah kelibat, datang dengan undangan dan sampul berisi bukan sekadar surat...mereka ialah orang-orang yang suka dan gembira didengari suaranya, disanjungi dan dihormati...demi pengaruh mereka bercakaran sesama sendiri dan demi keyakinan bahawa hanya mereka yang lebih suci dari yang lain maka mereka akan melakukan apa sahaja termasuk mencerca dan mencela aib peribadi.



Itulah ahli agama rata-ratanya di zaman ini...berjalan tidak berkaki, perut semakin lebar setiap hari tanpa puasa Isnin khamis yang menjadi amalan sunnah nabi SAW.

Nafsu dan emosi menguasai diri, kerana kematangan dan akhlak yang terpuji terpendam disebalik tekanan duniawi yang memaksa para pendakwah menjadi hamba-hamba sahaya kepada pemerintah zalim dan jahil dengan itu secara tanpa disedari mereka pun mula memilih topeng-topeng dan skrip-skrip yang mudah daripada Al-Quran dan As-sunnah untuk diamalkan di atas pentas kehidupan.

Hakikatnya sudah menjadi sunnatullah, bahawa hanya pelakon yang handal memainkan watak mengikut skrip sahaja yang biasanya akan menjadi watak utama dan skrip pula jika yang sukar dan susah sahaja barulah akan mendapat anugerah.



Rata-rata yang lain cuma watak sampingan yang akan dilupakan oleh sejarah.

Friday, March 19, 2010

Promosi Buku - Mencari Pasangan Hidup (Pesta Buku KLIBF 2010)


Alhamdulillah, akhirnya terbit jua buku kedua saya yang bertajuk "Mencari Pasangan Hidup" semoga ianya dapat diterima sebagai bekalan dan amalan ibadah di sisi Allah SWT.

Buku Mencari Pasangan Hidup ini menampilkan manual mencari jodoh didasari bimbingan daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Antara kandungannya ialah :

* Mengapa perlu berkahwin muda?
* Adakah ibu bapa berhak menghalang?
* Martabat wali dalam perkahwinan
* Masalah sekufu menurut pandangan Islam
* Hukum kahwin lari dalam Islam

Harga: RM16.00 Muka surat: 352



Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan memberi kita pertunjuk dan hidayah-Nya.

Wednesday, March 17, 2010

Ahl Sunnah Wal Jamaah ialah Terrorist, dulu, kini dan selamanya kepada Musuh Islam


Rumusan Artikel :

“Perangai Raddul fi’el ini memang terkenal berlaku kepada mana-mana gerakan Islam, individu pendakwah dan peribadi orang ramai yang tidak ada matlamat serta wawasan yang jelas dalam agama mereka atau disebut sebagai tiada memiliki manhaj yang jelas. Dakwah mereka ini tidak bergerak maju ke hadapan lantaran tiada matlamat dan wawasan yang ingin mereka capai selain pasif dan kaku serta institusi agama mereka hanyalah sebagai candu kepada rakyat untuk mentaati kerajaan dan bersikap sabar terhadap kezaliman tanpa usaha aktif tajdid dan pembaharuan masyarakat dilakukan kerana takut kepada ancaman dan risiko khayalan mereka sendiri.

Dakwah mereka tidak bersikap realiti dan menolak segala bentuk risiko kepada diri mereka.

Raddul fi’el bermaksud dakwah mereka hanyalah dakwah respons atau dakwah pasif yang bersikap jawapan balas terhadap apa yang berlaku dan bukan dakwah pemula atau dakwah yang membina ummah. Mereka tidak pandai memulakan apa-apa usaha yang baik tetapi hanya tahu memberi komen, memberi respond balas terhadap usaha orang lain dan sentiasa begitu tanpa mahu memulakan apa-apa perubahan kepada ummah kerana khuatir keadaan akan menjadi lebih buruk sedangkan keadaan yang paling teruk dapat berlaku kepada ummah ialah apabila tiada perubahan.

Apabila Amerika Syarikat dan kuasa dunia sedang giat menyerang umat Islam secara fizikal dan politik melalui propaganda mereka di bawah slogan memerangi Terrorist maka golongan ini dengan segera bangkit bukan untuk membela umat Islam yang tertewas di tangan musuh Islam sebaliknya mereka segera bangun menyambut tangan-tangan musuh itu dengan penuh sopan lalu berkata kami orang-orang Islam ini bukanlah terrorist, jadi usahlah memerangi kami.

Seolah-olah forum, seminar dan usaha kecil mereka itu yang mempromosikan ketaatan kepada pemerintah, melarang umat Islam daripada berjihad diharap akan didengari oleh telinga-telinga penguasa barat dan musuh Islam yang benci kepada Islam itu lalu mereka pun akhirnya akan dapat menerima persahabatan yang cuba dihulurkan oleh sebahagian umat Islam ini dan menghentikan serangan terhadap Islam.

Seolah-olah harapan para penguasa Negara-negara Islam dan ulama mereka ini, agar dengan seluruh umat Islam tidak ada yang berjihad dan tidak ada yang turun ke medan perang membela muslimin yang tertewas itu akan dapat menyebabkan barat dan musuh Allah itu menjadi puas dan gembira lalu bersikap belas kasihan kepada umat Islam dan akan menghentikan serangan mereka terhadap kita.

Sayang sekali harapan mereka itu tidak akan termakbul kerana musuh Islam itu akan sentiasa memusuhi kita, sayang sekali kerana mereka itu lebih cinta dan suka menghulur persahabatan kepada kuffar berbanding sesama umat Islam dan amat sayang sekali kerana penguasa mereka itu lebih suka mendera,memenjara, menyeksa dan menangkap para pejuang Allah SWT berbanding musuh-musuh-Nya.

Mereka mengharap rahmat dan ehsan kuffar agar tidak mengapa-apakan mereka di dunia sedang kita mengharap rahmat dan ehsan Allah SWT agar tidak membakar kita dengan api neraka.

Antara kita dan mereka ada perbezaan dan jurang pemisah.” – ustaz emran.

Allah SWT befirman : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus. (Al-Mumtahanah : 1)

Umat Islam dalam kekeliruan

Saya mendapat makluman rakan bahawa sebuah seminar Anti-Terrorist dianjurkan oleh sebuah badan dakwah sunnah dengan kerjasama badan kerajaan. Katanya seminar tersebut membincangkan persoalan jihad dan terrorist serta mempromosikan dakwah sunnah yang bercanggah dengan terrorist. Harapannya supaya seminar ini memperjelaskan bahawa dakwah sunnah itu bukanlah dakwah yang mengajak kepada keganasan, sebaliknya ahlul sunnah ini ialah dakwah anti keganasan dan dakwah yang harmoni serta sinonim dengan keamanan.

Saya sangat kecewa dengan seminar tersebut termasuk para peserta , penganjur mahupun penceramah yang terlibat serta di dalamnya. Bagi saya mereka itu semua sedang keliru dengan kefahaman sunnah yang silap dan gagal.

Ibarat kata Ibnu Umar ra yang mencela pertanyaan seorang penduduk Iraq tentang apakah hukum fidyah bagi orang yang membunuh lalat sedangkan mereka (penduduk Iraq) telah bertanggungjawab membunuh cucu rasulullah SAW.” (Riwayat daripada Bukhari)

Buat makluman anda yang belum sedar, takala ini umat Islam sedang berdepan dengan musibah apabila diserang daripada segenap penjuru oleh barat dan pihak-pihak yang memusuhi Islam. Serangan ini berlaku bukanlah kerana umat Islam itu sendiri yang meletupkan diri, menembak dan membunuh anak-anak orang-orang Eropah dan Amerika sebaliknya serangan demi serangan yang dilakukan oleh pihak barat dan eropah adalah serangan yang berasaskan perancangan rapi, perbezaan idealogi dan perbezaan kehendak yang membawa kepada pertempuran di antara umat Islam dan kuffar.

Beberapa hari yang lalu Israel telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka sebuah Kuil Sinagog yang ketiga di tengah ibukota Masjid Al-Aqsa. Sedang di Iraq dan Afghanistan, jutaan umat Islam menderita oleh penjajahan barat ke atas mereka. Di wilayah China, Muslim Uighur giat ditindas dan disebelah kita kaum Muslim Pattani dibunuh dan kampung mereka menjadi huru-hara, di selatan Filihipina umat Islam Mindanao semakin tertekan.

Apa yang menghairankan saya ialah mengapa tiada satu pun seminar sunnah yang membincangkan persoalan nasib umat Islam ini dan apakah bantuan yang boleh kita hulurkan kepada saudara seagama kita yang berada di seluruh dunia ?

Sekiranya keadaan kita sudah stabil, kekuasaan dunia itu berada di tangan kita dan yang menjadi polis dunia itu ialah para pemimpin kita dan negara-negara Muslim yang kukuh dan berdaulat maka tidak mengapa kita bicara soal terrorist dan ancaman-ancaman keganasan. Di waktu itu kestabilan adalah sangat mustahak dijaga dan dikawal rapi agar umat Islam mengecapi keamanan dan kestabilan perjalanan hukum dan pemerintahan yang berdasarkan wahyu dan kelangsungan hukum-hukum syarak harus dipelihara.

Sewaktu umat Islam berada di tangga teratas, tidak mengapa pedang-pedang disarungkan, panah-panah disimpan, busur digantung dan segala senjata dikawal rapi dan diselia agar tidak digunakan ke jalan yang salah. Apabila umat Islam yang berkuasa, hukum Allah SWT tertegak dan keamanan dibina berasaskan aqidah yang sahih maka waktu-waktu tenteram itu dapat digunakan oleh masyarakat bagi giat membangunkan amal soleh dan kebajikan serta amalan-amalan sunat maka di waktu itu tidak mengapa jihad diperketatkan.

Jihad diperketatkan syarat-syaratnya, diletakkan prosedur dan dikurangi jumlah askar yang dikirim sewaktu keadaan sudah aman dan stabil.

Apbila umat Islam tidak berdepan dengan segala macam bahaya dan ancaman-ancaman jahat oleh para musuh Islam maka ketika keamanan itu berlangsung sehingga dikatakan seorang wanita mampu sahaja bermusafir walau tanpa ditemani oleh seorang mahram adalah tidak mengapa jihad dan feqahnya diselia rapi, dibahaskan dan ditekankan unsur-unsur didikan, toleransi, adab dan akhlak.

Kita punyai banyak masa waktu itu untuk menjelaskan dan mengajar anak-anak supaya berjihad dengan baik dan cara-cara praktis jihad dengan syarat-syaratnya yang ketat.

Malangnya waktu itu bukanlah sekarang.

Saya bersetuju dengan sikap Imam Nawawi ra yang tidak bersikap pengampu terhadap pemerintah seperti ulama-ulama hari ini yang dengan segera menyahut segala macam seruan dan arahan pemerintah tanpa pertimbangan wajar.

Sewaktu Raja Zahir Shah menitahkan supaya harta rakyat dikumpulkan buat memerangi Tatar yang mengancam wilayah Islam maka Al-Imam Nawawi pun menolak keputusan ini dengan mengatakan : “Aku mendengar engkau memiliki seribu orang hamba lelaki yang setiap daripada mereka memiliki seutas tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus orang hamba perempuan, dan setiap daripada mereka itu memiliki sejumlah perhiasan.Maka seandainya engkau sanggup membelanjakan semua itu terlebih dahulu, sehingga hamba-hambamu hanya memakai tali pinggang yang diperbuat daripada kain, dan hamba-hamba perempuanmu itu hanya tinggal memakai baju tanpa perhiasan dan baitul mal sudah kehabisan harta maka barulah aku akan mengeluarkan fatwa untukmu agar dapat kamu mengambil harta rakyat itu.”

Jangan menjadi raddul fi’el atau pengikut buta, sebaliknya lihat dan nilai dahulu situasi ummah

Waktu sekarang ini seorang kanak-kanak bisa dirogol dan mayatnya dibuang, yang merogol dan dirogol kedua-duanya adalah Muslim. Pada hari ini golongan yang berpesta seks dan melakukan jenayah secara berkumpulan ialah anak-anak Muslim dan mereka yang ke masjid serta bergaduh berkenaan persoalan siapakah yang lebih baik dan benar ialah para pendakwah dan ustaz.

Maka situasi zaman hari ini adalah berbeza.

Seminar dan dakwah seruan anti terrorist ialah seminar atau dakwah terakhir dalam senarai seminar atau seruan yang wajar dan patut serta layak dianjurkan oleh para pemikir dan pendakwah sunnah.

Pada hari ini jihad menjadi wajib dengan pelanggaran kuffar ke atas tanah-tanah Islam, pembunuhan secara besar-besaran oleh Amerika Syarikat dan pihak bersekutu barat kepada penduduk Islam Iraq, Afghanistan dan Palestine menjadi asbab (sebab-sebab) yang sangat wajar untuk askar-askar dan pemuda Islam dikirim ke sana untuk membela dan mempertahankan Islam dan nyawa umatnya.

Walau di atas bendera apapun, walau di atas pasukan manapun mereka itu pergi ke sana maka Allah SWT akan menilai niat dan hati masing-masing tanpa mengabaikan semangat dan kesungguhan mereka berjihad di jalan Allah SWT.

Aisyah ra meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda : "Ada satu pasukan menyerang ka'bah, tatkala mereka sampai di tanah lapang, maka mereka akan ditenggelamkan (ke dalam perut bumi) dari awal pasukan hingga yang paling akhir dari mereka." Dia (Aisyah) berkata, "Saya berkata, "Bagaimana ditenggelamkan dari yang paling pertama hingga yang paling akhir , padahal di dalamnya ada orang-orang pasar (para pedagang) dan yang bukan daripada kalangan mereka?" Baginda menjawab, 'Mereka ditenggelamkan (ke dalam perut bumi) dari yang paling pertama hingga yang paling akhir, kemudian mereka dibangkitkan menurut niat mereka." (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam riwayat yang lain, Aisyah bertanya mengenai keadaan orang yang terpaksa menyertai mereka atau berada di dalam medan tersebut kerana terpaksa maka dijawab oleh baginda : “Dia ditenggelamkan bersama mereka, tetapi dia akan dibangkitkan pada hari kiamat menurut niatnya.” (hadis riwayat Tirmidzi, Ibn Majah)

Kaum wanita juga boleh menyumbang dan menyertainya jika mereka berkuasa dan berkemampuan untuk menyumbang kepada usaha jihad ini.

Pelbagai aksi-aksi jihad dan usaha-usaha yang dilakukan oleh para pemuda, para pejuang Islam dan setiap usaha mereka itu jika ditengah-tengah medan perang maka ianya dikira sebagai usaha amaliyat (operasi) jihad yang mengandungi risiko tersilap dan tersalah dan ianya termasuk dalam bahagian ijtihad yang mendapat pahala jika tersilap atau tepat.

Usah menilai operasi jihad dan aktiviti ketenteraan serta pertempuran dengan hanya membaca kertas kerja-kertas kerja seminar dan tulisan ahli akademik yang tidak pernah mengunjungi medan pertempuran.

Relaiti vs. Fantasi

Tiada apa yang dapat dikawal dan terjamin di dalam medan perang. Setiap operasi jihad memiliki risiko dan setiap apa sahaja usaha melemahkan musuh akan mengundang bahaya di pihak kita maka operasi yang dirancangkan oleh para panglima perang selalunya dibuat berdasarkan taktik, targat (sasaran) lawan, keadaan masa dan kesesuaian serta sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pengalaman-pengalaman lepas.

Budak-budak mentah yang baru berhingusan mengenali sunnah dan Islam, para penceramah yang sentiasa dibawa oleh driver (pemandu) ke tempat ceramah dengan duit minyak perjalanan yang disponsor, pendakwah dan ahli akademik agama di universiti yang mendapat layanan kelas pertama di dalam majlis-majlis rasmi dan muka depan akhbar sama sekali tidak akan memahami hal ini.

Ramai orang bercakap tentang fiqh jihad dan maghazi sedangkan mereka tidak pernah ke medan-medan jihad perang lalu bagaimana mereka beroleh fiqh nya ? Fiqh jihad ini ialah fiqh yang terkait dengan tindak aksi perang dan kemahirannya serta taktik dan percaturan perang yang hanya jauhari mengenal manikam.

Sama seperti fiqh haji, haruskah seorang yang tidak pernah menunaikan haji dan tidak pula umrah serta dia tidak pernah menjejak kaki ke Mekah itu layak untuk mengulas perihal haji ? Apakah cukup sekadar buku bergambar dan berwarna untuk menjadi panduannya di dalam berceramah kepada orang ramai perihal haji ?

Apakah daripada buku dan tulisan daripada orang-orang yang juga tidak pernah pergi berperang itu dia layak mengucap perihal perang ?

Fiqh ialah praktikel dan amalan yang terhasil daripada kejituan faham yang berasaskan pengalaman yang mendalaman terhadap perkara yang diperbincangkan dan masakan seorang yang bermewah-mewah di dalam hidup hasil makan gaji daripada majikan dan hasil ampu mengampu dapat beroleh fiqh di dalam jihad ?

Maka secara ringkasnya suka sekali saya katakan bahawa golongan sunnah pada hari ini sudah keliru dengan apa yang sepatutnya mereka perlu lakukan dan hasil kekeliruan mereka itu telah bercampur aduk dengan kehendak duniawi mereka sehingga terlahir pelbagai perkara ganjil dan pelik di dalam usaha dakwah mereka.

Dakwah Ahl Sunnah Wal Jamaah ialah dakwah yang dibina atas inisiatif untuk memperbaiki masyarakat

Ahl Sunnah Wal Jamaah tidaklah muncul pada zaman rasulullah SAW dan jika mahu mengira bid’ah dan benda baru di dalam agama itu sekadar merujuk kepada perbuatan yang tidak dibuat pada zaman nabi SAW maka penamaan ahl sunnah wal jamaah ini juga merupakan salah satu bid’ah.

Ahl Sunnah Wal Jamaah ialah nama yang dinisbahkan kepada golongan yang menetap diri di atas sunnah rasulullah SAW oleh para ulama di zaman selepas sahabat yang melihat kemungkaran aqidah dan penyesatan telah banyak berlaku maka mereka mula mempersoalkan sumber hadis-hadis yang tersebar di kalangan mereka dan membezakan di antara perawi hadis yang manakah menetap di atas sunnah dan yang manakah pula ahli bid’ah.

Hal ini disebutkan oleh Imam Muslim dalam Kitab Sahihnya, dengan sanadnya yang sahih bahwa Muhammad bin Sirrin menyatakan dahulunya mereka tidak pernah menanyakan tentang isnad ketika membawakan hadis Nabi salallahualaihiwasallam. Namun apabila terjadi fitnah yakni bid’ah maka mereka pun mula menanyakan perihal para periwayat yangg menyampaikan hadis tersebut.

Ibnu Sirin rahimahullah mengatakan : "Mereka (pada mulanya) tidak pernah menanyakan tentang sanad. Ketika terjadi fitnah (para ulama) mengatakan : Tunjukkan (nama-nama) perawimu kepada kami. Kemudian jika dia melihat kepada Ahlus Sunnah maka hadits mereka akan diambil. Dan jika melihat kepada Ahlul Bi'dah maka hadits mereka tidak diambil". (Diriwayatkan oleh Muslim dalam Muqaddimah kitab sahihnya hal.15).

Al-Imam Ibnul Jauzi mengatakan : "..... Tidak diragukan bahwa Ahli Naqli (dalil) dan Atsar pengikut atsar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan atsar para shahabatnya, mereka itu Ahlus Sunnah".

Al-Imam Malik rahimahullah pernah ditanya : "Siapakah Ahlus Sunnah itu ? Beliau menjawab : Ahlus Sunnah itu mereka yang tidak mempunyai laqab (jolokan) yang sudah terkenal yakni bukan Jahmi, Qadari, dan bukan pula Rafidhi". (Al-Intiqa fi Fadlailits Tsalatsatil Aimmatil Fuqaha. hal.35 oleh Ibnu Abdil Barr).

Melihat kepada sejarah kelahiran dakwah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, kita boleh mendapati bahawa mereka bukanlah ulama yang berdiam diri di atas kesesatan dan kebathilan yang berleluasan di kalangan mereka sebaliknya memulakan usaha untuk memulakan pembaikan aqidah yang telah merosak dalam masyarakat.

Tuduhan ke atas Ahl Sunnah Berlangsung sepanjang Zaman

Penindasan, tuduhan dan kecaman terhadap ahlul sunnah Wal Jamaah akan terus berlangsung sepanjang zaman oleh para musuh Islam dan mereka yang benci kepada dakwah Islam yang sahih.

Para sahabat tidak kurang dicela dan dituduh dengan pelbagai kecaman oleh musuh Islam seperti Syiah dan Khawarij. Golongan Syiah misalnya telah menuduh para sahabat sebagai murtad, mengubah suai isi kandungan Al-Quran dan mengadakan seribu macam lagi pertuduhan-demi pertuduhan kepada para sahabat.

Apabila Muktazilah berkuasa ke atas umat Islam, maka ahlul Sunnah menghadapi tekanan dan dituduh dengan pelbagai macam tuduhan sehingga ramai ulama ahlul sunnah termasuk Imam Ahmad diseksa dengan kejam.

Para ulama dan pejuang Islam zaman berzaman difitnah dan ditindas oleh pemerintah dan pihak yang berkuasa kerana sesungguhnya fitrah perjuangan Islam itu haruslah dibenci oleh musuh-musuh Allah SWT dan mereka yang tidak suka berhukum dengan hukuman Allah SWT.

Al-Imam ibn Taimiyyah ra diseksa dan dikejami di dalam penjara serta dituduh dengan pelbagai macam tuduhan dan kemudian Syeikh Muhammad Abd Wahab di tanah hijjaz juga mengalami pelbagai tuduhan dan fitnah sehingga ke hari ini dengan pelbagai gelaran busuk dan jahat.

Di Turki, semenjak 3 Mac 1924 bersempena pembubaran Khilafah Uthmaniyyah oleh Mustapa Kamal, umat Islam mengalami keruntuhan moral dan agama yang tersangat dahsyat di Turki. Ahlul sunnah dilabel sebagai pengganas, bersekongkol dengan pihak asing manakala Mustapa Kamal kemudian mengantikan sistem Khilafah dengan negara republik dan menjadikan Turki sebagai sebuah Negara yang Sekuler. Gerakan Islam diharamkan dan dilabel sebagai pengkhianat bangsa dan Negara Turki serta ramai ulama dibunuh dan melarikan diri.

Apapun ringkasnya ulama Sunnah tidak tinggal diam dan para pendakwah sunnah tidak pula berkira-kira mengeluarkan fatwa aneh untuk mentaati Perlembagaan Turki dan menyuruh mentaati pemerintah Turki yang sesat dan menyeleweng itu serta bersabar dan tetap diam tanpa apa-apa usaha sebaliknya berterusan usaha demi usaha dilakukan untuk mengubah kepimpinan Negara dalam kemampuan dan keadaan mereka yang terhimpit oleh dunia eropah dan sistem sekuler sehingga akhirnya berjaya menjatuhkan kumpulan Sekuler sebagai penguasa dan sekarang ini di Turki gerakan Islam semakin giat berusaha berdakwah untuk membawa perubahan kepada masyarakat Turki dengan dakwah yang hikmah dan bijaksana disebalik tohmahan dan tuduhan ke atas mereka.

Turki setelah hampir 76 tahun kini semakin mengorak langkah menuju kepada Islam melalui hasil usaha pendakwah yang tidak pernah berputus asa menyeru kepada Islam dan bercita-cita melihat Islam memerintah kembali di Turki disebalik menghadapi tentangan sengit kaum sekuler dan perlembagaan Turki.

Kesimpulannya

Ahlul sunnah akan dikenali sebagai terrorist, pengganas dan segala macam lagi label yang diletakkan oleh para kuffar kepada dakwah ini sebagai jalan untuk menghina dan menjatuhkan kemuliaan Islam namun hakikatnya usaha mereka itu pasti tidak akan berjaya kerana kebenaran tidak akan pernah padam dan surut.

Allah SWT befirman : "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya." (As-soff : 8)

Zaman berlalu dan musim manusia pasang surut namun kita akan melihat bahawa yang kekal dan berterusan hidup ialah semangat perjuangan Islam dan pembela-pembela Islam akan senantiasa lahir mempertahankan Islam demi mencari redha dan kasih sayang Allah SWT.

Mulut-mulut manusia yang merungut dan mencemuh akan hilang oleh arus masa dan zaman dan mereka yang sibuk berdiri di atas rostrum berceramah dan berforum bercakap tentang Islam pada fahaman mereka akan layu dan luntur ditelan zaman.

"Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. " (As-Soff : 9)

Sejarah menyaksikan bahawa sekadar ceramah, ucapan, seminar dan cakap-cakap mulut dan bacaan kitab tidak akan pernah mengubah apa-apa. Para sahabat radiallahuanhum mendirikan khilafah ar-rasyidin dengan mata pedang dan darah yang banyak.

Abu Bakar ra memulakan pertumpahan darah ini sewaktu mahu membela kewajipan zakat yang telah ditinggalkan oleh sebahagian orang dan peperangan ini telah meragut ribuan nyawa para sahabat yang terkorban di dalam peperangan tersebut bagi memerangi golongan yang tidak membayar zakat.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Abu Bakar dilantik menjadi khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w dan pada waktu itu ramai dikalangan bangsa Arab yang kufur (murtad). Lalu Umar r.a berkata: (Bagaimanakah kamu ingin memerangi orang-orang yang murtad kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperintahkan supaya memerangi orang-orang yang murtad sehingga mereka mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah, jika mereka menyatakan pengakuan tersebut, maka jiwa dan hartanya terpelihara daripada aku kecuali apabila orang berkenaan melakukan tindakan yang boleh dijatuhkan hukuman dan perhitungan orang tersebut terserahlah kepada Allah s.w.t? Lantas Abu Bakar r.a menjawab: Demi Allah, aku akan terus memerangi orang yang memisahkan di antara sembahyang dengan zakat kerana zakat adalah kewajipan terhadap harta. Demi Allah, seandainya mereka tetap enggan membayar walaupun seekor anak kambing betina yang belum sampai umurnya satu tahun sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka kerananya. Kemudian Umar r.a berkata: Demi Allah sesungguhnya Allah telah menerangi dada Abu Bakar untuk memerangi mereka dan aku juga yakin bahawa tindakan tersebut adalah benar). (Hadis riwayat Bukhari)

Kita terhutang budi atas usaha jihad dan pengorbanan mereka dan kerana usaha gigih merekalah yang berkorban dengan darah dan nyawa mereka menyebabkan generasi Islam hari ini mendapat Islam yang terpelihara daripada pencemaran dan kepalsuan.

Malangnya hari ini bukan sahaja zakat tidak ditunaikan, solat juga tidak didirikan oleh majoriti umat Islam, kemudian di mana-mana wujud pemerkosa maruah umat Islam oleh pihak barat dan penindasan serta penghinaan terhadap Islam berlaku secara berleluasa.

Nabi Muhammad dilukis gambarnya dengan penuh penghinaan dan tiada siapa daripada pemuda sunnah yang mempertahankan kemuliaan dan maruah nabi mereka dengan menghukum pelaku penghina Nabi.

Sudah nyata gelaran sunnah pada zaman ini sungguh mudah dan lumayan sekali untuk diakui.

Walau apapun yang akan tetap tinggal dan kekal ialah amalan dan usaha jihad berterusan di mana-mana, usrah kecil akan terus berjalan, dakwah dan nasihat melalui tulisan akan kekal tersimpan dan nasihat-nasihat kecil, pesanan dan wasiat jihad akan terus berjalan sepanjang masa dan zaman mencari para pemuka dan pembawa panji-panji Islam untuk tampil membela agama.

Akhirnya amalan-amalan dan usaha kecil daripada kerahan tenaga (jihad) itulah yang akan membuahkan hasil, tarbiyah dan latihan-latihan semangat dan perjuangan kepada anak-anak itulah juga dapat mendatangkan manfaat kepada ummah dan generasi hadapan.

Zaman akan datang, Islam akan memerintah dunia semula.

Itulah keyakinan kita bahawa masa depan di tangan Islam dan kita tidak pula menanti untuk munculnya Imam Mahdi melakukan perubahan itu dan kita tidak pula menunggu turunnya Nabi Isa a.s untuk merealisasikan hal tersebut.

Kita sebaliknya berkata kami akan berusaha menegakkan Islam sepanjang hayat kami dan seterusnya anak-anak kami dan generasi kami sehingga Islam tertegak di atas muka bumi ini walau siapapun yang muncul dan didatangkan oleh Allah SWT kemudian untuk memerintahnya.

Kami dan generasi kamilah yang akan membina masa depan Islam itu.