Perbezaan yang paling ketara antara seruan dakwah tauhid yang dibawa oleh manhaj Salaf dan Asya'irah ialah;
1. Manhaj salaf membawa tauhid yang bertujuan mengesakan Allah dalam
ibadah dan menafikan sekutu baginya, pendek kata tauhid itu di sisi
manhaj salaf ialah menjadikan ibadah hamba (manusia) hanya kepada Allah
sahaja dan menentang segala pengabdian atau ibadah kepada selain Allah.
==> Sebab itu GOLONGAN SALAF dalam perbincangan tauhid lebih fokus
kepada menjadikan ibadah kita hanya kepada Allah dan menjauhi bentuk
ibadah kepada selain Allah.
===> Sebab itu GOLONGAN salaf
cukup anti @ alergik kepada syirik dan perbuatan yang berkait dengan
ibadah yang tidak ditujukan kepada Allah secara langsung, mengadakan
perantara (wasilah) antara Allah dan makhluk.
Ini kerana, manhaj
salaf menekankan konsep لا إله إلا الله yang diterjemah sebagai (TIADA
TUHAN YANG "BERHAK" DISEMBAH SELAIN ALLAH) dalam dakwah dan seruan
mereka terhadap tauhid sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Rajab
Al-Hambali rahimahullah (wafat 795 Hijrah) yang menyatakan;
إنما أراد التوحيد الكامل الذي يحرّم صاحبه على النار
Sesungguhnya yang dikehendaki bagi maksud tauhid yang sempurna, yang dengannya menyebabkan para pemiliknya (pemilik tauhid) itu diharamkan daripada azab api neraka ialah;
Sesungguhnya yang dikehendaki bagi maksud tauhid yang sempurna, yang dengannya menyebabkan para pemiliknya (pemilik tauhid) itu diharamkan daripada azab api neraka ialah;
وهو تحقيق معنى لا إله إلا الله
فإن الإِله هو المعبود الذي يُطاع فلا يُعصى؛ خشيةً، وإجلالا، ومهابةً،
ومحبةً، ورجاءً، وتوكلا، ودعاءً
Membenarkan maksud Lailahailallah,
kerana sesungguhnya Al-ILah ialah Tuhan yang disembah yang ditaati dan
tidak diderhakai, ditakuti, diagungkan, digeruni, dicintai, diharapkan,
yang menjadi tempat pergantungan dan kepada-Nya ditujukan doa
permintaan. [Jami Al-Ulum Wal Hikam, Ibn Rajab]
2. Manhaj
Asya'irah pula berbeza dalam memahami Tauhid dengan aliran salaf apabila
Tauhid di sisi mereka bermaksud mengesakan Allah yang bersifat azali
dengan makhluk yang bersifat baharu sebagaimana yang dinyatakan oleh
Imam Al-Junaid Al-Baghdadi (wafat 298 Hijrah);
هو إفراد القدم عن الحدث
Mengesakan Allah yang Qadim daripada makhluk yang bersifat baharu.
Mengesakan Allah yang Qadim daripada makhluk yang bersifat baharu.
Kemudian, jika dirujuk tokoh-tokoh lain dalam aliran Asya'irah yang
menjadi pegangan kaum Asya'ari dan Maturidi serta ahli kalam dan gagasan
ilmu berkait tauhid dan aqidah, mereka lebih banyak membincangkan aspek
sifat Tuhan yang berbeza dengan sifat makhluk.
Pendek kata,
perbahasan tauhid berkisar soal zat Tuhan, sifat Tuhan dan Af'al
(perbuatan Tuhan) yang tidak sama dengan makhluk.
==> Sebab
itu GOLONGAN ASYA'IRAH lebih fokus dan tertumpu pada isu menyerupakan
Allah dengan makhluk (Pada ZAT, SIFAT, AF'AL (PERBUATAN) atau tidak
menyerupakan Allah dengan makhluk, sebab itulah perjuangan TAUHID mereka
sejak sekian lama.
==> Bagi kebanyakan ASYA'IRAH, tawasul
bukan isu syirik, memohon kepada selain Allah, mengambil perantara,
berlebihan dalam memuliakan orang soleh, guru-guru, tunduk rukuk dan
mencium kaki guru, bukan termasuk syirik. Kerana syirik ialah perbuatan
menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk.
Justeru perjuangan
pendakwah ASya'irah dan Maturidiyyah sejak sekian lama adalah lebih
menjurus kepada memastikan tiada orang menyamakan sifat Allah dengan
makhluk berbanding memastikan orang tidak beribadah dan mengambil
sembahan atau melakukan bentuk pengibadatan kepada selain Allah
sebagaimana yang diperjuangan oleh Manhaj Salaf.
# Sila baca dan
hadam apa yang dijelaskan di atas berulang kali sehingga faham,
InsyaAllah akan kita bahas sambungannya kemudian!
No comments:
Post a Comment