Jumlah anak-anak muda yang menghadapi masalah psikologi dan jiwa semakin meningkat. Ditambah oleh faktor sosial, cara hidup dan kebergantungan kepada alat-alat telekomunikasi seperti 'handphone' dan laptop menyebabkan masalah kejiwaan di kalangan orang muda semakin parah.
Ada anak muda yang mengaku menjadi mujtahid mutlak, ada
yang menjadi nabi, ada yang mengaku Imam Mahdi dan tidak kurang ada yang
menjadi haluan kiri atau perasan dirinya muhaddith dan ahli fiqih.
Ringkasnya kita akan mendapati satu 'trend' atau cara hidup yang sama bagi semua masalah kejiwaan.
1. Sukar tidur atau gejala tidur lewat malam
Ramai anak-anak muda suka tidur lewat, pelbagai aktiviti mereka (main
game, program, bersosial) selalunya memakan waktu sehingga lewat malam.
Hal ini menyalahi fitrah dan sunnah.
وَمِنْ رَحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا
فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan kerana rahmatNya, Dia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaNya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur”. (Al Qasos:73)
“Dan kerana rahmatNya, Dia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaNya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur”. (Al Qasos:73)
Berdasarkan hadith daripada Abu Barzah RA :
ولا يحب النوم قبلها والحديث بعدها
"Baginda salallahualaihiwassalam membenci tidur sebelum solat Isya’ dan berbual-bual selepasnya” [HR. Bukhari dan Muslim]
2. Bangun lewat pagi
Memperbaiki waktu tidur dan bangun di awal pagi melakukan ibadah dan
mengerjakan solat, membaca al-Quran dapat merawat pelbagai penyakit
kejiwaan dan menghilangkan stress serta tekanan.
Daripada Dari Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda :
اللهم بارك لأمتي في بكورها
”Ya Allah, berkatilah bagi umatku pada awal paginya” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah]
”Ya Allah, berkatilah bagi umatku pada awal paginya” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah]
3. Tidak sabar dan gopoh
Diriwayatkan bahawa Imam al-Syafi'ie rahimahullah pernah menyebut;
إذا تصدر الحدث فاته علم كثير
'Apabila orang yang baru belajar gopoh mahu kehadapan (hendak menjadi tokoh), maka dia akan terluput ilmu yang sangat banyak.' [Fath al-Bari, Ibn Hajar]
Pakar kemanusiaan dan sains bersetuju bahawa alam ini
berjalan menurut proses yang memakan waktu, agama menamakannya sebagai
'sunnatullah'. Kupu-kupu tidak terus menjadi cantik dan boleh terbang
sebelum melalui 'metamorfosis' daripada ulat kepada kepompong.
Malangnya anak-anak muda mahu 'berjaya' dengan segera tanpa mahu susah.
Hasilnya mereka menderita pelbagai masalah jiwa, menjadi tokoh mujtahid
yang sarat pelbagai ilmu namun memiliki hati 'sesensitif' budak darjah
satu.
Pejuang rakyat dan masyarakat namun ketagih gambar 'blue'.
4. Kurang bersosial dengan keluarga dan orang tua
Masyarakat hari ini sedang mengalami masalah yang banyak akibat orang
tua dan ibubapa jarang meluangkan masa dengan anak-anak. Pakar
memberitahu masalah kejiwaan yang menimpa anak-anak muda dapat
berkurangan atau dicegah jika mereka mempunyai hubungan kemesraan dan
ikatan yang kukuh dengan orang tua dan keluarga.
Diriwayatkan
daripada Al-Aswad bin Yazid katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada
Aisyah: “Apa yang Nabi lakukan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda
sentiasa melayani isterinya (membantu isterinya) membuat kerja-kerja
rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk
sembahyang (ke masjid)." [HR. Al-Bukhari]
Anak-anak muda perlu
lebih meluangkan masa di kampung bersama datuk-nenek, pakcik-makcik dan
atok-atok serta mempelajari pelbagai ilmu kehidupan dan hikmah
pengalaman.
5. Malas beribadah dan sedikit amalan sunat
Ramai anak muda mengaku jarang beribadah sunat seperti melakukan
qiyamullai, solat tahajjud, membaca al-Quran dan berpuasa sunat.
Sedangkan amalan ini semua sangat membantu membina kekuatan jiwa dan
menguasai nafsu diri.
Kata seorang tabien ;
قيام الليل يشرف به الوضيع،ويعز به الذليل،وصيام النهاريقطع به عن صاحبه الشهوات
"Qiyamullai di waktu malam akan menjadikan orang yang rendah kedudukannya sebagai mulia, dan orang yang hina menjadi berwibawa. Sedangkan puasa di waktu siang akan mengekang seseorang daripada dorongan syahwatnya.’ [ al-Tahajjud wa-Qiyam al-Layl, Ibn Abi Dunya]
"Qiyamullai di waktu malam akan menjadikan orang yang rendah kedudukannya sebagai mulia, dan orang yang hina menjadi berwibawa. Sedangkan puasa di waktu siang akan mengekang seseorang daripada dorongan syahwatnya.’ [ al-Tahajjud wa-Qiyam al-Layl, Ibn Abi Dunya]
# Semoga 5 tips ini dapat membantu memperbaiki masalah yang dihadapi oleh anak-anak muda kita.
اللهم أصلح شباب المسلمين. اللهم أصلحهم وأصلح بهم، واهدهم واهد بهم
No comments:
Post a Comment